Tuesday, 14 February 2012

SALAM KERIS ABADI KARYA KERIS ABADI

‎~ Salam Keris Abadi ~

Dengan langkah kanan aku bermula
bersama iringan doa pada Illahi Rabbol Izzati
hanya padamu teman-teman yang aku sanjungi
Agar sejahtera melingkari diri

Dari berkat setiap titipan baris baitku ini
hanya untukmu semua teman yang aku sayangi
Sesungguhnya dikala ini
Aku redha dengan setiap unjuran langkahku
biar bertarung nyawa sekalipun aku tetap berserah
Kepada-Mu Ya Allah
Yang Maha berkuasa pencipta alam semesta

Titipan warkah ini aku layangkan
Untuk teman aku sayangi
Jika akhir riwayatku diseru Tuhan
Simpanlah ia sebagai kenangan
sebagai satu tanda di hari mendatang
yang aku penah kau kenal

Wassalam dariku yang sepi

~ Keris Abadi - 14/02/2012 - 08:53 pm

** Akan belayar tidak lama lagi **
 ·  · 10 minutes ago · 
  • You like this.
    • Rabeah Mohd Ali Duhai teman yang sentiasa tersanjung di hati...
      Ke manakah yang mahu kau membawa diri...???
      Kau mahu belayar ke mana tu ye???
      Terima kasih atas semua puisi-puisi indahmu...
      Puisi indahmu sentiasa tersemat di kalbu...
      7 minutes ago ·

      (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN PUISI ILAHI)
      14 Febuari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;