Saturday, 10 November 2012

KERANA CINTA TELAH LAMA TERBUKU KARYA DATUK JEM & RATU RIMBA NIAGARA


SI PUNGGUK MENDAYU PILU

KERANA CINTA TELAH LAMA TERBUKU

Kekasih,

Sedetik yang berlalu..
Dalam tawa dan sendu..
Tidak pernah sempurna hariku..
Tanpa ku ingat diri mu..
Kekasih,
Jadilah teman yang sentiasa menunggu..
Walau tak pasti bila kan bertemu..
Kekasih,
Jangan merungkai dalam celaru..
Tumpahkan kasih tanpa rasa ragu..
Luahkan sayang tanpa rasa jemu..
Kerana cinta telah lama terbuku..
Dan yang kumahukan hanyalah dirimu.

Cetusan rasa hati, Datuk Jem:-

KAU TETAP SEPIKAN AKU

kekasih...
aku nyaris kehilanganmu
karna kau sepikan aku di ombak rindu
tegamu bikin hatiku rapuh dengan cintamu
tak apalah ku sadar diriku siapa
tak setanding dia yang kau puja
jadilah aku si pungguk mendayu pilu
memanggil-manggil namamu
kau tetap sepikan aku
karna dia yang kau puja...
aku rela undur diri...
selamat tinggal kekasihku

RATU RIMBA NIAGARA
10 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;