- JIKA.
Ku dengar nyanyian itu ,
ku ikuti dengan hati.
Indah nya senandung itu ,syair tulus menggugah rasa.
Wahai pelantun seni....
Apakah ada duka disenandungmu?
Ratap lagu kian mendayu,
tetes air digaun ini....
mengapa harus ada ?
Jika ku tahu,
kan ku tutup telinga ini.....
Sampai hilang nelangsa,
bersama tetes air digaunku....
nan kian mengering.
Ratih,4.11.12. - WARKAH UNTUK ADMIN TENTERA FISABIILILLAH
Maaf hamba mencelah...post begini hendaklah dilupuskan segera kerana mengundang sakit hati ...jika benar sakit hati pergi saja ke negara mereka,
fisabilillah itu baru betul ...bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau batas!
Kita di group ini untuk mengundang dan menyemai jiwa-jiwa fisabilillah ...
perkara yang menimbulkan sakit hati dan terkeluar pula maki hamun...kerana mereka...mereka lagi suka dan tepuk tangan...dan jika hendak sangat ada budaya maki hamun gara-gara mereka wujudkan sebuah group , 'MARI MAKI HAMUN LAKNATULLAH' puas hati semuanya berbahasa kesat gara-gara mereka yang mencabar kita mengeluarkan kata-kata kesat. Sedangkan setiap kata-kata ada pahala dan dosa.
Biarlah grup yang mulia ini adalah grup yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang sebenar-benarnya mahu ke jalan-jalan fisabilillah bercita-cita mati dalam fisabilillah. Insya-Allah Aamiin.
Saya penuh yakin admin yang menubuhkan grup ini misi dan visinya mahukan semua ahli bercita-cita dan berkesungguhan untuk ke jalan-jalan fisabilillah dan matipun dalam fisabilillah.
Makanya adalah dicadangkan mana-mana post yang mengundang berbaur politik kutuk mengutuk hina menghina dan negatif hendaklah dilupuskan dan hak keahlian menjadi ahli grup ini digugurkan demi merealisasikan hasrat admin yang suci murni. Untuk menjayakan sesuatu misi kita harus berani dan tegas. Jika admin grup ini wujud dia haruslah rajin memantau setiap post yang disiarkan dan mana-mana post yang mengundang perselisihan sesama ahli hendaklah dilupuskan dan ahli juga ditarik hak keahlian.
Ini hanyalah sebagai cadangan dan pandangan saya saja..jika tiada setuju...nggak apa-apa ...duhai admin.
Saya mohon maaf jika apa yang saya cadangkan ini telah membuat admin berkecil hati. Maafkan saya sekali lagi.
Setulus ikhlas daripada saya di rimba niagara,
Ratu Rimba Niagara
4 November 2012 - PUISI GURINDAM SYAIR PANTUN SENUSANTARA UNTUK SULTAN BRUNEI DARUSSALAM
H,H Haji Hassanal Bolkiah updated his cover photo.
Yesterday
...Continue Reading - MERAIH CINTA-NYA NAN ABADI
Begitu juga aku...hendak-Nya
Dengan Belas Ehsan-Nya
Dengan Nur Kasih-NyaDengan Sifat Maha Penyayang-Nya Tanpa Batas
Segala puisi cinta tentang-Nya yang kukarangkan
Mengajak aku mencintai-Nya
Mengajak pembaca karyaku jatuh cinta dengan-Nya
Moga mendapat perhatian dari-Nya
Agar cintaku Di-Balas-Nya
ALLAHU AKBAR
Akulah hamba-Nya
Paling bahagia tak dapat hendak dilafazkan
Dengan kata-kata paling indah
Bersyukurlah aku sebanyak-banyak-Nya
Pagi petang siang dan malam
Kerana aku tahu
Jika di akhirat nanti
Jika aku cagarkan
Harta sepenuh bumi
Untuk menebus cinta-Nya
Tak akan berarti lagi
Makanya tika
Nadi masih berdenyut
Jantung masih berdetak
Mahu aku habiskan hidupku
Dengan menginfakkan
Hidupku
Hartaku
Ke jalan-jalan-Nya
Agar DIA sentiasa sudi membalas cintaku
Dan membalas cinta semua pembaca karyaku
Yang matlamatnya sama denganku
Mahu
Memburu
Meraih Cinta-Nya Nan Abadi...
Tanpa nokhtah
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 November 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment