Tuesday, 6 November 2012

KERANA PADA-MU YANG AKU CINTA



WARKAH UNTUK ADMIN TENTERA FISABIILILLAH

Maaf hamba mencelah...post begini hendaklah dilupuskan segera kerana mengundang sakit hati ...jika benar sakit hati pergi saja ke negara mereka,
fisabilillah itu baru betul ...bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau batas!

Kita di group ini untuk mengundang dan menyemai jiwa-jiwa fisabilillah ...
perkara yang menimbulkan sakit hati dan terkeluar pula maki hamun...kerana mereka...mereka lagi suka dan tepuk tangan...dan jika hendak sangat ada budaya maki hamun gara-gara mereka wujudkan sebuah group , 'MARI MAKI HAMUN LAKNATULLAH' puas hati semuanya berbahasa kesat gara-gara mereka yang mencabar kita mengeluarkan kata-kata kesat. Sedangkan setiap kata-kata ada pahala dan dosa.

Biarlah grup yang mulia ini adalah grup yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang sebenar-benarnya mahu ke jalan-jalan fisabilillah bercita-cita mati dalam fisabilillah. Insya-Allah Aamiin.

Saya penuh yakin admin yang menubuhkan grup ini misi dan visinya mahukan semua ahli bercita-cita dan berkesungguhan untuk ke jalan-jalan fisabilillah dan matipun dalam fisabilillah.

Makanya adalah dicadangkan mana-mana post yang mengundang berbaur politik kutuk mengutuk hina menghina dan negatif hendaklah dilupuskan dan hak keahlian menjadi ahli grup ini digugurkan demi merealisasikan hasrat admin yang suci murni. Untuk menjayakan sesuatu misi kita harus berani dan tegas. Jika admin grup ini wujud dia haruslah rajin memantau setiap post yang disiarkan dan mana-mana post yang mengundang perselisihan sesama ahli hendaklah dilupuskan dan ahli juga ditarik hak keahlian.

Ini hanyalah sebagai cadangan dan pandangan saya saja..jika tiada setuju...nggak apa-apa ...duhai admin.

Saya mohon maaf jika apa yang saya cadangkan ini telah membuat admin berkecil hati. Maafkan saya sekali lagi.

Setulus ikhlas daripada saya di rimba niagara,

Ratu Rimba Niagara
4 November 2012
Like · · · Sunday at 5:29pm

  • Karaton Nusantara semua tidak bererti yang utama PANGKUAN kita pada jalan-jalan menuju FISABILILLAH bukan jalan-jalan kecurangan atau mencurangkan sesama kita... saat kita sama sama perlukan petunjukNya ya ilahi...
  • Ratu Rimba Niagara HARUMAN CINTAMU CINTANYA MELEKAT DI KAIN KAFAN

    HARUMAN CINTAMU CINTANYA MELEKAT DI KAIN KAFAN

    Haruman cintamu melekat di kain kafan
    pada saat terrpisah roh dari jasad
    jasad lesu kaku bisu

    kesakitan sakaratululmaut masih
    sakit tak terperi masih terasa
    sakitnya seperti
    tusukan seratus kali bilah pedang
    ALLAHU AKBAR!
    pasti dilalui oleh semua
    cuma amalan yang membedakan
    patutlah
    karena terlalu azab sakit sakaratulmaut
    Nabi Muhammad SAW
    berdoa kepada Tuhan
    agar diringankan sakit sakaratulmaut
    pada semua umatnya yang tercinta
    biar sakit sakaratulmaut
    baginda saja yang merasainya
    jangan umatnya
    Allahu Akbar...
    kasihnya Rasululllah
    pada umatnya
    hingga ke nafas terakhir
    kasih sebenar-benar kasih
    UMATKU UMATKU UMATKU
    itulah kalimah terakhir Nabi
    tika roh sucinya terpisah dari jasad
    Duhai Nabi Muhammad SAW Kekasih Allah
    Cintamu pada kami umatmu
    Kami sambut dengan penuh kasih sayang
    Sayang sebenar-benar sayang
    Kasih sebenar-benar kasih
    Kan kami teruskan
    Perjuangan sucimu
    Sehingga ke tetesan darah terakhir
    Biarlah kami dihina
    Biarlah kami derita
    Apalah ada pada hina dan derita di dunia ini
    Jika dibandingkan dengan pengorbananmu
    Pada kami yang tidak berbelah bahagi
    Terima kasih duhai Nabi Muhammad SAW Kekasih Alllah
    Haruman yang melekat di kain kafan ini
    Adalah berkat
    Mentauhidkan Tuhan...
    Ilmu yang baginda Rasulullah
    Ajarkan pada kami umatmu
    Sebagaimana baginda Rasulullah
    Meyayangi kami sehingga ke nafas terakhir
    Begitu juga kami padamu duhai
    Rasululllah cinta hati kami

    Semoga melekatnya haruman cintamu di kain kafan
    Ketika roh terpisah dari jasad
    Cinta kami terpatri di Syurga bersamamu
    Aamiin Aamiin Aaamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    Ya Allah Kekasih Nabi Muhammad SAW
    Makbulkan doa kami ini
    Sesungguhnya kami sayang dan cintakanMu
    Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mencintaiMu
    Biarpun kami tahu cinta kami tidaklah sehebat cintanya padaMu
    Tapi cintanya padaMu membawa kami mencintaiMu
    Kami bersyukur Ya Allah
    Atas KurniaanMu
    Seorang hambaMu
    Yang begitu penyayang kepada kami
    Sanggup berkorban apa saja demi kami
    Hinggakan kami tak mampu hendak membalasnya
    Balaslah cinta kami Ya Allah...
    Agar kami mendapat syafaat darinya
    Tika di Padang Mahsyar kelak
    Semoga melekatnya haruman cintanya cintaMu
    Di kain kafan adalah lambang cinta kami
    KepadaMu pada KekasihMu Nabi Muhammad SAW
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ..

    Dengan Belas EhsanMu makbulkan doa kami ini.
    Doa daripada semua hambaMu
    Yang Mahu Pulang ke PangkuanMu
    Dalam redho lagi diredhoi
    Dalam jiwa yang tenang

    5 November 2012
  • Ina Zwan wahai kekanda Ratu Rimba Niagara.. kisah KERABAT JOHOR LAMA DAN KERABAT JOHOR MODEN.. ADALAH KISAH CINTA DARJAT.. bukan memaki yang saya utarakan.. SAYA BERCAKAP DENGAN PEMILIK PUTERI TUNGGAL.. banyak perkara yang kamu tak tahu.. jangan buruk sangka kepada saya.. NIAT SAYA .. HANYA MEMBETULKAN KELUARGA..
  • Ratu Rimba Niagara duhai ina zwan siapa bilang buruk sangka kepada kamu ye...
    puisi di atas adalah untuk grup tentera fisabilillah ..dan ia hanyalah sebagai cadangan kepada admin grup tersebut saja...kenapa pulak kamu kata saya buruk sangka kepada kamu ye.. tiada terlin
    tas pun di hati saya untuk bersangka buruk pada kamu dan kepada yang lainnya...saya bersiaran karya di sini dijemput oleh kerabat di sini...jika karya saya tidak layak lagi bersiaran di sini tak apalah saya hentikan siarannya. Maaf untuk segalanya.
    Siapalah saya di grup ini
    Cumalah rakyat biasa yang tak punya apa-apa
    Jika dibandingankan dengan kerabat bangsawan di sini
    Yang semuanya bijak pandai dalam berhujah ...
  • Ina Zwan BUKAN BEGITU MAKSUD DIHATI SI RAJA.. CUMA KATA-KATA BICARA SAYA SELALU DI PANDANG HINA OLEH RAJA DI SANA.. MEREKA BERDIAM DIRI KERANA BIMBANG TERKENA DAULAT NANTI RAJA DI SINI.. MAKA SAYA HANYA BERLAKON MENYATAKAN BICARA PADA KAMU .. TETAPI SEBENARNYA KEPADA MEREKA.. Maafkan saya kekanda Ratu Rimba Niagara.
  • Karaton Nusantara tidak semua orang mahupun anggota yang lahir di karaton bisa mewarisi kejiwaan karaton makanya harus mengerti dan memahami.. apa itu karaton? sebenar-benarnya jika kita punya cita-cita membina Kekaratonan yang asal muasalnya dari keluhuran kita..
  • Ratu Rimba Niagara AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
  • Ratu Rimba Niagara TIADA KATA SEINDAH BAHASA,
    BAHASA INDAH DALAM PERSAHABATAN;
    INDAHNYA DOA DALAM BERBAHASA,
    INSYA-ALLAH INSTITUSI DIRAJA DIMARTABATKAN.
  • Pangeran Adipati Agong tiada kata seindah bahasa
    kata pujangga kiasannya
    tiada harta sebaik rasa
    nikmat itu kurnia allah jua
  • Ina Zwan rasa hati ingin dicintai,
    mencari cinta kekal abadi,
    puas mengelilingi dunia ini,
    rupanya kekasih itu ada dalam diri.
  • Ina Zwan Dari selangor bermimpi 2 ular datang mahu mengigit,
    Tetapi bila mengejar SAWA DAN TEDUNG itu sujud mencium di kaki,
    Sudah diketahui peristiwa ini memang "DAULAT" dari kerajaan langit,
    Daulat Naga Emas sakti sedang mahu menaiki diri yang dipegang pada Raja Agong kini. Ampun Tuanku... Keris naga sedang berbicara, mohon diampun menggunakan tangan budak ini.. Ampun Tuanku
  • Ratu Rimba Niagara Daulat raja apalah ada,
    Kekuasaan Tuhan mengatasi segala yang ada;
    Hanya terpilih Dinaikkan darjat hamba-Nya,
    Diberikan darjat untuk menjadi hamba-Nya.
  • Ratu Rimba Niagara Mimpi tetap mimpi,
    Mainan tidur di ilusi minda;
    Jika benar rujuklah si arif mimpi,
    Berdasarkan Al-Quran mentafsir mimpi.
  • Ratu Rimba Niagara Hamba tidak pernah bermimpi,
    Jauh sekali bermimpi menjadi ratu;
    Itu cumalah karya dalam mimpi,
    Memartabatkan institusi raja juga ratu.
  • Ratu Rimba Niagara Kiri kanan menghina hamba,
    Kerana perasan menjadi ratu;
    Bukanlah begitu kehendak hamba,
    Tapi apakan daya telah takdirnya begitu.
  • Ratu Rimba Niagara Hamba senyum dalam duka,
    Ditelan juga kata nista;
    Tuhan sabarkanlah hatiku yang luka,
    Kerana pada-Mu yang aku cinta.
  • Ratu Rimba Niagara Kusulam rindu di awan larat,
    Rinduku bertambah sarat;
    Apa dayaku aku tak larat,
    Tanggungjawabku terlalu berat.
  • Ratu Rimba Niagara Ku terjah juga segala jalan berliku,
    Demi sebuah perjuangan yang hakiki;
    Janganlah selalu bersangka buruk pada diriku,
    Cuma mahukan sebuah ketenangan yang hakiki.
  • Ratu Rimba Niagara Pada mereka yang masih berdendam pada diriku,
    Maafkan aku ...ku tak tahu apa salahku;
    Jika tak puas hati berkomunikasilah denganku,
    Kita berbincang agar terlerai segala celaru.
  • Ratu Rimba Niagara Duniaku adalah karya,
    Sahabat setiaku adalah alam;
    Alam sumber inspirasiku berkarya,
    Tenangnya bersahabat dengan alam.
  • Ratu Rimba Niagara Manusia tak sudi berkawan denganku,
    Karyaku dikatakan cuma ilusi minda;
    Sesuka hati menghina anganku;
    Pada Tuhan kusandarkan segala cita.
  • Ratu Rimba Niagara Alam oo alam indahmu alam,
    Aku terpesona keindahanmu;
    Kau Diciptakan Tuhan Semesta Alam,
    Syukur izin-Mu kubicara dengan alam Ciptaan-Mu.
  • Ratu Rimba Niagara Ciptaan-Mu terlalu indah,
    Aku terpukau dalam memikirkan-Mu,
    Kebijaksanaan-Mu terlalu indah,
    Mencipta alam ini amat mudah bagi-Mu.
  • Ratu Rimba Niagara Segala-Nya mudah bagi-Mu,
    Dengan berkata Kun Fayakun;
    Maka jadilah apa mahu-Mu,
    Begitu hebat-Nya KUN FAYAKUN.
  • Ratu Rimba Niagara Makanya apa hendak dikesahkan,
    Segala masalah sandarkan pada-Nya;
    Pasti semua masalah Diselesaikan,
    Asalkan bersangka baik pada-Nya.
  • Ratu Rimba Niagara Doaku pada-Mu Tuhan,
    Segala perjuangan dan cita-citaku;
    Hanya kusandarkan pada-Mu Tuhan,
    Moga Kau makbulkan segala perjuanganku.
  • Ratu Rimba Niagara AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
    about a minute ago · Like

    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
    7 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;