Sulaiman Dawud updated his cover photo.
updated his profile picture.
- Sulaiman Dawud and 9 others like this.
- Datok Pendita Adi Putra Memang sesuai sekali watak ini dgn tuan Sulaiman Dawud, byk persamaan barangkali
- Datok Pendita Adi Putra Gambar profile tuan Sulaiman Dawud, saya yakin sekali peribadi tuan menyamainya
- Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa Iye benar sekali gambar ini memang sepadan dengan tuan Sheikh Sulaiman Dawud kita ni ye Datok Pendita Adi Putra. Semoga Allah memberkatinya . Amiin.
- Tpss Syuhada Siddiq AlMustoffa Tuan Datok Pendita Adi Putra juga memang secocok dengan nama moyangnda itu. Semoga Allah menyertai mu jua - kedua-dua nya sekali.
Dawud Sulaimanupdated his cover photo.
- You, Sulaiman Dawud, Rasid Nodin, Kedaton Kraton Wahyu Utama and 41 others like this.
- Sulaiman Dawud I love Yogyakarta Hadiningrat...My Praying for Sultan Hamengubuwana X...God bless him...amin
- Ratu Rimba Niagara NEGARAMU KUKASEH NEGARAKU KAU SAYANG!
Karena-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram
Karena-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
Karena-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
Moga cinta karena-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
dua negara berjiran
sehati sejiwa
senada seirama
berpadu kasehkan negara
negaramu kukaseh
negaraku kau sayang
bila kaseh sudah terpatri
tak akan ada
benci membenci
dengki mendengki
dendam mendendam
jatuh menjatuh
yang ada
saling mempertahan cinta bernegara
kau pertahan negaraku
aku pertahankan negaramu
saling mempertahankan
itulah lambang cinta sejati
antara dua negara
bila cinta sejati terpatri
di kalbu setiap rakyat
negaramu negaraku
kebudayaan negaramu disanjung
kebudayaan negaraku dijunjung
Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :
Institusi diRaja Melayu
Kepahlawanan Melayu
Bangsa Melayu
Kita sama bersumpah setia untuk saling menyokong/dukungan
tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat yang penting
bersemangat juang seperti kita...
karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
Karya Putri Rimba Niagara
11 Mac 2012
Masyarakat Adat Mataram Ungkapan hati anda saya sosialisasikan di beberapa forum di Jogja, semoga keluarga besar kami membacanya.
20 minutes ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih kerana sudi menghargai suara hati saya yang sungguh-sungguh menyayangi negaramu negaraku kerana-Nya.
(PETIKAN DARIPADA MASYARAKAT ADAT MATARAM)
11 Mac 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
8 Ogos 2012
19 Ramadan 1433H
·
- PEJUANG SEJARAH NUSANTARA SULAIMAN DAWUD
Sekalung kalungan bunga budi kasih
kukalungkan
sebagai
ucapan terima kasih
atas usaha gigihmu
menyebar luaskan
bahan-bahan bacaan sejarah
mengenai Nusantara tercinta
kau terangkan begitu terperinci
berfakta bernas lengkap dan sempurna
hingga sesiapa yang membaca
menjadi bahan informasi
amat berguna
untuk generasi kini dan akan datang
menghargai dunia Melayu Islam Nusantara...
kau habiskan hidupmu membuat kajian dan kajiselidik
agar bahan yang kau sediakan itu benar-benar berfakta dan bernas
sejarah mesti berfakta dan bernas
jika tidak akan jadilah sejarah sebagai peristiwa tanpa kesohihan
tiadalah kepercayaan mereka kepada bahan sejarah yang ditulis
untuk mendapatkan kesohihan yang tepat
pasti banyak pengorbanan yang kau korbankan
tapi itu tidak kau hiraukan
kau berkorban bukanlah demi keuntungan
tapi adalah demi anak cucu Nusantara tercinta
agar mereka menghargai sejarah Nusantara
Allahu Akbar
aku tabik segala bakti mu itu
aku terharu dalam penuh rasa syukur
kerana Allah Allah Azzawajallah
Kurniakan seorang hamba-Nya
semulia hati mu berjuang demi
anak bangsa Nusantara...
kaulah pejuang Sejarah Islam Nusantara..
pada abad ke-21
sekalung tahniah dariku
dan aku sentiasa menyokong
setiap langkah perjuanganmu
kerana di setiap langkah perjuanganmu
adalah langkah-langkah tentera fisabilillah
moga Allah Azzawajallah merahmati hidup dan mati mu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin ...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012M - Sulaiman Dawud terima kasih banyak tuan Ratu Rimba Niagara >> Semoga syair di atas menjadi motifasi hamba untuk terus menyingkap dan mengungkap rahasia Sejarah Kesultanan di bumi Nusantara ini
- Ratu Rimba Niagara Tuan hambalah pejuang Sejarah Nusantara yang hamba kagumi atas usaha tuan hamba suci murni..makanya tercetuslah ilham ini. Teruskan perjuangan tuan hamba. Hamba sentiasa menyokongnya
Insya-Allah .Aamiin. - Sulaiman Dawud Syair-syair tuan Ratu Rimba Niagara, tentang kemanusiaan, tauhid, kesusasteraan sejarah Nusantara, insya Allah akan memberikan PENCERAHAN bagi bangkitnya ISLAM. Semoga tuan Yang Mulia Ratu Rimba Niagara dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan, dan apa yang Tuan cita-citakan yaitu memiliki 'Kota Buku Karyaku! Duniaku!'sebagai produk pelancongan yang dibanggai negara dan rakyat Malaysia dan seluruh dunia segera terwujud.
- Ratu Rimba Niagara Ya Allah Kau Maha memakbulkan doa hamba-Mu yang ikhlas kerana-MU
Makanya makbulkanlah Ya Allah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin. - Sulaiman Dawud Syair yang tergores melalui tinta para pujangga, lebih tajam daripada pedang para tentara· Like
CINTA SI NAGA SAKTI DENGAN SI PUTERI BUNIAN
Si Puteri bunian
gembira setiap hari
bermain di tepian Pantai Cinta Rindu
menyanyi lagu rindukan kekasih
yang dia sendiri tidak tahu
siapakah gerangan kekasihnya itu
tapi di hatinya asyik berbunga-bunga
kasih dan rindu yang tak terungkap
kata-kata yang diungkap
hanyalah rindu dan cinta
cinta bertapak di hati
seolah dirasakan hatinya
sudah dimiliki cinta
tapi masih tidak tahu siapakah
gerangannya kekasih
misterinya itu
Puteri Bunianku
Sebenarnya akulah kekasihmu
yang selalu mengekorimu
ke mana saja kau pergi
aku bahagia melihat
senyuman manismu
duhai kekasihku
aku wujud di sisimu
tapi kau tidak
diberi Khashaf Allah
untuk melihatku
duhai kekasih hatiku
cinta yang kau rasakan tika ini
adalah cintaku yang tak pernah
padam padamu duhai kekasihku
Si Puteri Bunian
Sifat kasih sayangmu
yang menyanyangi
semua makluk Tuhan
membuatkan aku jatuh cinta padamu
beruntunglah aku mencintaimu
kerana selama ini
aku tak pernah jatuh cinta
dan tak pernah pun
kenal apa itu erti cinta sebenarnya
Hakikatnya kekasihku
kaulah yang telah membuatkan
hatiku berbunga-bunga cinta
sejujurnya kukatakan
aku telah jatuh cinta padamu
cinta...cinta...cinta sepenuh hati
kau telah membuatkan aku taksub
dengan dunia cinta
Setiap waktu kau datang
ke Pantai Cinta Rindu ini
ku tunggumu dalam
rindu yang membara
Aku suka nyanyian syair-syair
karanganmu yang menghiburkan
hati seluruh penghuni lautan
cinta dan rinduku ini
terlalu membara-bara
Setiap kali syairmu kau lagukan
dengan suaramu yang merdu bak buluh perindu
mereka semuanya gembira dalam syukur pada Illahi
bilamana syair-syairmu mendayu-dayu memuji Illahi
semua penghuni lautan termasuk aku meratap pilu
sebagaimana air matamu berjuraian
begitu juga aku dan penghuni lautan semuanya
akulah yang menyapu air matamu
duhai kekasihku Si Puteri Bunian
Tak usahlah kau bersedih kekasihku
aku selalu menyokongmu
meniupkan semangatmu jika kau lemah tak bermaya
melindungi kau jika ada yang ingin mendatangkan
musibah padamu aku rela pertaruhkan nyawaku
demi cinta suciku padamu duhai
kekasihku Si Puteri Bunian
yang kucintai seumur hidupku
Saat-saat paling gembira ketika
kau berlari-lari di gigi pantai
aku di lautan mengekorimu
sehingga air di laut membiru berkocak
deras tapi tenang mengekori seiring
larianmu di gigi pantai
kau gembira
aku ceria
kau sedih
aku berduka
cintaku telah bertahta di hatimu
tanpa kau sedari tapi dapat merasakan
kehadiran cintaku
kasihan kau tidak dapat melihatku
tapi aku dapat melihatmu dengan jelas
sabarlah suatu masa nanti
jika Allah bukakan khashafNya padamu
kau akan dapat melihatku sejelasnya
tika itu cinta kita dalam RestuNya
Di pagi Jumaat itu
amat syahdu!
Si Puteri Bunian rasa tak tenteram
Pantai Cinta Rindu
Memanggil-manggilnya
"Tuan Puteri nak ke mana ya pagi-pagi ini..."
tanya dayang istana dengan penuh hormat.
"Beta hendak pergi ke Pantai Cinta Rindu,"
jawab Si Puteri Bunian penuh tegas tapi gelisah.
"Tapi Tuan Puteri ...Ayahanda Tuan Puteri telah
berpesan tidak membenarkan Tuan Puteri pergi
ke Pantai Cinta Rindu kerana terlalu berbahaya,
Demi keselamatan Tuan Puteri janganlah pergi
ye Tuan Puteri,"
"Tidak beta mesti pergi juga walau apapun
terjadi...rahsiakan permergian beta ini
daripada pengetahuan ayahanda beta," kata
Si Puteri Bunian lalu terus menghilang
dalam sekelip mata.
Si Puteri telah berada di Pantai Cinta Rindu
Dia melemparkan pandangannya ke
lautan yang terbentang luas
saujana mata memandang
sambil menyanyikan syair cinta untuk kekasih
misterinya yang tidak pernah dia kenali
asal usul kekasihnya tapi dia dapat
merasakan cinta yang terlalu amat mendalam
antaranya dengan kekasihnya
siapa namanya
bagaimana wajahnya
siapakah gerangannya itu
dia tak tahu
tapi hatinya benar-benar
merasai cintanya telah dimiliki
sedangkan ketika dia berfikir-fikir
siapakah gerangan kekasih misterinya itu
kekasihnya itu ada di sebelahnya di temani
dengan pengawal istana
Duhai Si Puteri Bunian
Jika kau nak tahu
Usul asal kekasih misterimu itu
Dia adalah merupakan
seekor naga yang gagah perkasa
mempunyai kesaktian yang luar biasa
mengusai seluruh penghuni lautan Cinta Rindu
biarpun dia berkuasa dan mempunyai kesaktian
kepada seluruh penghuni lautan
kekecil mana pun dan serendah mana pun darjat
dia tetap menghormati dan menyayangi
sepertimana dia sayangkan dirinya sendiri
hinggakan semuanya penghuni laut menyayangi dia
Dialah yang mengilangkan sepimu di kala kau berduka
dia menyanjungimu... melindungimu ...
menerimamu apa adanya
mencintaimu seumur hidupnya
sekarang dia ada di sebelahmu Si Puteri Bunian
Memandangmu dengan penuh kasih sayang
Sedang si Puteri Bunian keasyikkan memandang
keindahan ciptaan Allah sambil bersyair cinta
keluar seekor dinosaur rasaksa dari dasar lautan
ingin menyerang Si Puteri Bunian
Sepantas kilat Si Naga Sakti meletakkan
cengkerang siput di sisi Si Puteri Bunian
dan mengilhamkan Si Puteri Bunian meniup
cengkerang siput tersebut
setelah ditiup timbullah seluruh penghuni lautan
berenang-renang dengan laju meluru ke arah
dinosaur rasaksa
Si Puteri Buniaan meniup cengkerang siput
dalam keterujaan dan kegembiraan melihat
segala haiwan dan karangan laut pelbagai
bentuk dan rupa timbul di permukaan laut
berenang-renang pantas meluru ke arah
dinosaur rasaksa
indahnya permandangan laut Cinta Rindu
di kala itu hanya Tuhan saja yang tahu
tapi penuh debaran yang menakutkan
sesiapa yang melihatnya tapi tidak
dengan Si Puteri Bunian
dia suka dirasakan penghuni laut mengikuti
perintahnya....
Ketika perlawanan penuh dramatik itu antara
penghuni lautan dengan dinosaur rasaksa
pepasir di dasar lautan berterbangan ke udara
dan kocakan air laut amat dahsyat sekali
perlawanan berlarutan hingga ke petang
suara dinosaur bagaikan halilintar...
kekuatannya tiada tandingan tapi akhirnya
kalah ditewaskan oleh penghuni lautan
yang banyaknya tak terkira
Gembiralah tidak terkata Si Puteri Bunian
melihat kekalahan dinosaur rasaksa
lautan bertukar menjadi merah
darah dinosaur rasaksa hanyir pekat
amat meloyakan Si Puteri Bunian
Si Puteri Bunian memejamkan mata
ketakutan melihat pemandangan
lautan yang dipenuhi darah memekat
Apabila dibukakan mata
alangkah terperanjat Si Puteri Bunian
apabila didapati lautan Cinta Rindu
telah menjadi sedia kala
indah aman tenang
Lagi memeranjatkan apabila
didapati di sebelahnya ada
seekor naga tersenyum
melemparkan senyumannya
"Sudikah kau menjadi suri hidupku
wahai Si Puteri Bunian yang kucinta."
Si Puteri Bunian tidak menjawab.
Dia menadah tangan ke langit lalu berdoa,
"Ya..Allah siapalah aku untuk menolak
apa yang telah Kau telah takdirkan padaku
aku terima dengan redha apa saja aturanMu
kerana hidup dan matiku sudah kepasrahkan
padaMu sejak azali lagi."
"Duhai Cinta Kalbuku kerana keikhlasanmu
pada Tuhammulah maka dibukakan Khashaf
Dzat cintaNya padamu dan kerana itu juga
kau dapat melihatku," Habis saja Si Naga
Sakti berkata-kata dia bertukar menjadi
seorang teruna gagah perkasa.
Mereka berdua menadah tangan ke langit,
"Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong Lagi
Maha Berkuasa Dengan kurniaan cinta yang
Kau limpahkan kepada kami berdua berilah
kami peluang untuk melakukan amal kebaikan
yang kau redhai agar kami dapat sama-sama
menyambung percintaan suci ini hingga
ke SyurgawiMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin
DiAminkan juga seluruh penghuni lautan
dengan rasa kesyukuran tidak terucap!
Bergema suara lautan yang menakjubkan
di kala itu!Membahagiakan!Subhanallah!
Syukur tak terucap padaMu Tuhanku.
Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Julai 2011Like ·- Sulaiman Dawud and 3 others like this.
- Sulaiman Dawud Hanya ahli Hakikat dan ahli kasyaf yang bisa mengupas simbol, dan metafor kisah ini....karena di dalamnya terkandung sirr al-asraar, secret of secrets, core of the cores.....wallahu a'lamu bish shawwab
- Ratu Rimba Niagara Assalamualaikum wr wb sobat Dhei Melon..
Kisih ini ilham Kurniaan-NYa..Insya-Allah Aamiin.
Terima kasih atas sudi membaca karya hamba. - Dhei Melon Apakah ketika hal itu terbukti YM Ratu Rimba Niagara akan bertambah keyakinan kepada Allah adalah yg paling berkuasa tiada persekutuan baginya. (kisah itu menurut legendanya benar adanya) Ada terdapat Makam Raja Naga dan peninggalan kerajaan kerang manusia purba sebelum masehi di salah satu bumi nusantara. La Illaha Ilallah Muhammadan Rasulullah...
- Ratu Rimba Niagara DENGAN IZIN-NYA DIA IZINKAN AKU
Insya-Allah Aamiin seyakin-yakin-Nya Dengan Kekuasaan Allah SWT Mengatasi SegalaNya
Urusan hidup dan matiku telah kuserahkan padaNya Insya-Allah Aamiin
Lagi mencintaiNya Lagi banyak rahsia cintaNya membuatkan aku bertambah syukur padaNya
Hingga aku terpana dengan dzat cinta-Nya
Hinggakan semua yang ada di dunia ini adalah permata-permata Syurga yang hendak kukutip
Dan ingin kukongsikan kepada semua insan di muka bumi ini Insya-Allah Aamiin
Lagi aku kutip dan aku kongsikan
Lagi banyak yang gugur permata-permata Syurga
Bagaikan turunan salji
Hinggakan mataku terpana dzat khashaf cinta-Nya yang diberi
Duhai sobat akhiratku
Aku bukanlah orang yang arif untuk membincangkan ilmu khashaf
Apa tah lagi mengenai alam roh dan azali
Itu semua adalah rahsiaNya
Bilamana seorang putera raja beriman mangkat
Aku terpanggil mengarang puisi untuknya
Tapi aku tak tahu keadaan putera raja yang sudah bergelar roh
Kerana hasrat yang memanggil-manggil
Untuk mengarangkan
Aku berdoa kepada Allah SWT
Allah bantu aku Allah
Aku ingin sangat mengarang puisi untuk putera raja beriman ini
Izinkan aku mengarang puisi untuknya Allah
Keimanannya ketakwaannya ketawaudukannya membuatkan hatiku syahdu
Aku pilu... aku sendu...aku yakin dialah kekasih-Mu
Yang Kau balas dengan balasan Syurga Insya-Allah Aamiin
Ingin kukongsikan nikmat Syurga yang dialami
Sebagai muhasabah diriku dan kepada yang membaca setiap karya-karya ilham dari-Mu Allah
Dengan Rahmat Kaseh-Mu tanpa batas izinkan aku
Mengarangkan puisi untuk Putera Raja Yang Beriman itu Allah
Dengan Rahmat KasehNya tanpa batas
Tanpa mengira aku hambaNya yang serba tak sempurna
Dia sudi memberikan dzat cintaNya
Agar aku mengarangkan puisi Kemangkatan Putera Raja Beriman...
Aku merasakan seolah aku menyaksikan
Tatkala roh Putera Raja Beriman itu di angkat ke langit
Dengan wajahnya yang bercahaya-cahaya penuh senyuman menawan
Dan kedatangannya ditunggu oleh bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aku benar-benar terpana dalam dzat cinta-Nya
Dan aku terus menangis kesyukuran
Dengan izin-Nya Allah beri ku ilham untuk mengarangkan
Puisi untuk Putera Raja Beriman itu
Lebih memeranjatkan
Tika hamba menyiarkan puisi tersebut di grup
Yang islam tidaklah memberi komen atau like
Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari
Adakah mereka tak yakin tak tahulah
Lagipun mana-mana aku siarkan karyaku di grup
Tak ramai yang sudi like atau komen
Seolah karyaku tak wujud di wall mereka
Tapi kalau karyaku
Ada ruang untuk mereka
Merendah-rendahkanku barulah mereka komen
Agar ramai yang tak suka membaca karyaku
Aku pun pelik kenapa mereka begitu
Dan bagiku itu cumalah cabaran untukku menulis
Salah seorang ahli grup
Berbangsa Inggeris memberi komen
Dalam Bahasa Inggeris
Di luar dugaanku
Dia yang tak tahu berbahasa melayu
Faham apa mesej yang ingin kusampaikan
Kalau karya itu berbentuk biasa tak apalah
Ini di alam roh
SUBHANALLAH memang pelik
Terkedu terjelupuk aku dibuatnya
Insya-Allah
Kusiarkan koleksi sajak yang kukarangkan
Untuknya
Hingga sekarang ini senyuman pelangi cintanya
Masih terakam di kalbu jiwa
Moga dia diberi hidayah dari Allah SWT
Untuk menganuti Islam Insya-Allah Aamiin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Muharram 1434H
6 Disember 2012M - Ratu Rimba Niagara BIDADARI-BIDADARI SYURGA BALASAN CINTAMU TUANKU SHEIKH RAJA
Sesungguhnya kami yakin bahawa
Pemergian Tuanku Sheikh Raja
Awliya-Nya tidaklah mangkat
Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
Berehat sambil menikmati keindahan
Taman-taman Syurga
Yang mengasyikkan
Yang mengujakan
Disamping dikelilingi dengan
Bidadari-bidadari Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Balasan setiap awliya-Nya
Semoga kita ketemu lagi di Syurga
Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..
Al Fatihah...
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA
Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
Tidak sampai sejam pulang dari zikir
Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
Pulang ke pangkuan-Nya...
Hujan renyai pun mulai turun
Seolah-olah bumi menangisi permergian
Seorang putera soleh
Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir,
pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...
Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
Nur Illahi mengiringi pemergian
Kekasih-Nya Yang Tercinta
PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
ROH SUCIMU MENIKMATI REZEKI TIDAK PUTUS-PUTUS
DAN DIKELILINGI BIADARI SYURGA
Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
Beruntung rohmu
Cintamu telah dibalas-Nya
Tika kau hidup
Tika kau mati
Syurga menanti
Syurga dinikmati
Pertemuan di kala itu
Pasti kau
Menangis syahdu
Kerna Kekasih
Yang dirindui dan dicintai
Meredhai rohmu
Indahnya pertemuan
Di kala itu
Hanya kau memahami
Betapa indahnya saat itu
Sebagai balasan cinta-Nya
Roh sucimu dimasukkan
Ke Syurga-Nya
Kau tenang penuh syukur
Menikmati alam Syurga...
Dengan rezeki tidak putus-putus
Dikelilingi bidadari Syurga
Yang sedia berbakti padamu
Keindahan dan kenikmatan Syurga
Abadi selama-Nya
Inilah balasan cintamu tika di dunia
Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
Tapi mohon redha-Nya Ilahi
Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
5 Mei 2012
Werdys Kalbary:
Aaamiiin ya Rabbil alamin, al fatihah untuk baginda...
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih Saudara Werdys Kalbary...moga Allah membalas kebaikanmu. AAmin.
Werdys Kalbary:
Sama-sama terima kasih kembali doamu , salam petang
Putri Rimba Niagara:
Moga kita juga terpilih menjadi hamba-Nya yang diredhoi tidak hidup dan mati. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
6 Mei pukul 17:16 · Suka
Werdys Kalbary:
Aamiin ya Rabb, suka puisi panjang mu putri rimba niagara
6 Mei pukul 17:17 · Suka
Putri Rimba Niagara:
Terima kasih Werdys atas sokonganmu padaku.
Boleh tak kamu tolong berikan pendapat puisiku ini.
Werdys Kalbary:
Assalamualaikum, putri rimba niagara, sesungguhnya aku belum layak untuk menilai puisimu, tapi karena mu memintaku untuk berikan pendapat, maka inilah pendapatku : puisimu sudah bagus dan sangat kuat terasa ekspresinya.
Werdys Kalbary:
Alhamdulillah, putri rimba niagara, kita masih dapat mengapresiasi larik2 indah dalam suasana ukhuwah, semoga segala niat dan iradhah kita di ridhai Allah....aaamiin, terima kasih sahabatku...
7 Mei pukul 16:02 · Suka · 1
Putri Rimba Niagara:
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Kita dipilih-Nya menjadi penyampai suara-suara kemanusiaan
Kita menulis tanda syukur kita kepada-Nya
Kita bersyukur kerna kita saling kenal mengenal
Untuk kita saling berbagi ilmu
Dalam suasana ukhuwah yang harmonis
Tanpa rasa ingin berbangga diri
Tapi hanyalah semata kerana-Nya
Moga menjadi bekalan kita di Sana nanti
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Putri Rimba Niagara:
Brad Stevens pun puji karya di atas...SUBHANALLAH
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
22 Muharram 1434H
6 Disember 2012M
Ratu Rimba Niagara shared a status.
(PETIKAN DARIPADA WALL SULAIMAN DAWUD & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
30 Disember 2012
0 comments:
Post a Comment