Monday, 31 December 2012

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, RAKYAT RIMBA MENGHARGAI KARYA RATU RIMBA NIAGARA'



WARKAH ISTIMEWA UNTUK YANG MULYA ADMIN GROUP

BismillahirRohmanirRohim
Asssalamualaikum wr wb

Kepada Yang Mulya Admin group
Majlis Pangkuan diRaja Kesultanan Melayu Islam Nusantara...

Izinkan hamba bertanya dan memberi beberapa cadangan bagi menaik
tarafkan Kualiti Group Yang Mulia ini kerana hamba percaya 100%
semua ahli group terdiri daripada kerabat diRaja, bangsawan , pahlawan,
cendiakawan,pemikir ...hamba cumalah seorang hamba dari rimba yang tiada mempunyai apa-apa darjat mahu pun harta...tinggal menumpang di rimba niagara atas ehsan penghuni rimba yang menyelamatkan hamba dari mala petaka
yang amat dahsyat daripada dunia manusia.

Di rimba niagara inilah tempat yang hamba dambakan daripada segala kemelut
masalah manusia yang tak habis-habis masalahnya.

Di rimba niagara ini hidup kami saling:

1. Hormat menghormati
2. Menyanjungi
3. Saling berbagi ilmu
4. Berkasih sayang
5. Bergotong royong
6. Saling membantu
7. Saing menghargai bakat kurniaan dari Ilahi
8. Jika ada masalah bermuzakarah
9. Mengambil keputusan hasil dari muzakarah
10. Sentiasa berkomunikasi dengan bahasa santun (tidak menyakitkan hati)

Di rimba niagara ini tidak akan ada:

1. Fitnah menfitnah
2. Berbangga diri dengan darjat
3. Dendam mendendami
4. Cemburu
5. Tiada bahasa kasar yang boleh mengundang kemarahan
6. Tiada wujud perselisihan
7. Tiada mementingkan diri sendiri
8. Berkata ikut suka
9. Hina menghina sesama sendiri
10. Sindir menyindir (kerana rasa diri sempurna)

Hamba bersyukur dapat hidup di Rimba Niagara ini hidup
aman damai tenang dan berkasih sayang pada seluruh penghuni rimba
inilah kehidupan yang hamba dambakan sejak dulu lagi
di rimba ini daunan kasih pengikat kasih yang diutamakan dan amat penting sekali dalam menjalani kehidupan harian tidak seperti di luar sana biru,hijau merah unggu
menjadi buruan, pangkat, darjat, harta kekayaan yang dimatlamatkan sampai mati.

Setiap penghuni rimba semua berebut-rebut ingin berbakti demi keharmonian
dan kesejahteraan seluruh penghuni Rimba Niagara makanya hamba dilantik
menjadi Ratu Rimba Niagara Untuk Memerintah Rimba Niagara.
sudah banyak kali hamba menolak tawaran untuk menjadi ratu ...memadai hamba
berbakti dengan karya-karya hamba pada penghuni rimba itu sudah memadai..
tapi mereka hendak juga...itupun mengikut amanat perwira hamba yang mati lemas ketika mencarikan mahkota di dasar laut ombak rindu di negeri antah berantah.
Si Kunta Si Kunte adalah perwira hamba yang sudah mati. Merekalah selama ini menjadi pendorong menyubur semangat hamba untuk berkarya...mereka jugalah yang melarang hamba untuk menghantar karya di mana-mana grup jika semata untuk disakiti hati katanya,'Tuan Putri Alam Nilam Purnama yang disayangi sepenuh jiwa janganlah sedih jika mereka tak like tak baca karya Tuan Putri...kami di sini sentiasa suka dan teramat teruja membaca karya tuan putri lagi kami baca lagi kami rindu...rindu akan kebaikan....rindu untuk bertemu dengan Tuhan yang mencipta Tuan Putri dan mencipta hamba juga...biarpun hamba sekalian penghuni rimba cumalah haiwan tapi hamba sekalian tetap bersyukur dihidupkan di bumi ini untuk menyempurnakan kehidupan manusia saling lengkap melengkapi. Jiwa kami ini hanya Tuan Putri saja yang faham sebab itu Tuhan izinkan Tuan Putri dihadirkan ke kami sesungguhnya kami bersyukur sebanyak-banyak-Nya atas kurniaan ini. Terima kasih tuan putri kerana sudi hidup susah payah bersama kami di rimba niagara ini."

Jika tuan putri dimasukkan nama ke mana-mana grup tuan putri tanyalah soalan-soalan ini jika mereka menjawab dengan jelas barulah tuan putri terus kekal menyiarkan karya. Jikalah karya tuan putri tidak dibaca tidak di like tak mengapa tuan putri malaikat dan Allah sentiasa bersama Tuan Putri membaca menyemak menghayati meng like karya Tuan Putri selagi karya tuan putri tidak menyimpang dari kehendak Tuhan. Tapi jikalah setiap karya tuan putri sudahlah tidak di like dikeji dihina seolah Tuan Putri ini seperti robot tidak punya hati dan perasaan tapi robot pun cerdik boleh mengatakan pada tuan putri berehatlah tuan putri dari mengarang kerana tuan putri bukan robot. Macam mana itu ye jika robot mengatakan tuan putri bukan robot? sedangkan dia robot. Pening juga mahu dijawab soalan itu...begitulah canggihnya pemikiran robot sekarang .

Tuan putri ingat pesan hamba jangan sesekali tuan putri bazirkan air mata jika mana-mana ahli grup menghina mengeji mengutuk karya tuan putri ....jangan jawab kata-kata mereka itu...tuan putri keluar saja dari grup tersebut tanpa mengucapkan selamat tinggal. Tak guna tuan putri berbalas-balas jawapan kepada manusia seperti itu kerana mereka rasa hidup mereka sempurna dengan kebijaksaan lebih daripada orang lain sebab itu mereka jadi begitu.

Oh ya...lupa hamba suruh tuan putri tanya kepada admin grup pabila tuan putri dimasukkan nama:

1. Siapakah admin grup
2. Berapa admin yang ada
3. Berapa orang ahli jawatankuasa yang ada di grup
4. Apakah misi dan visi grup ditubuhkan
5. Adakah admin selalu memantau setiap yang dipostkan
ahli di wall grup
6. Adakah admin mengadakan syarat-syarat menjadi ahli?
contohnya:
a. ahli mesti mengunakan gambar sebenar
yang terang dan jelas ini bagi mengelakkan
ahli ahli sewenangnya berkata ikut suka hati

b. dilarang menggunakan bahasa kesat hina
menghina kutuk mengutuk kerana ini akan
menimbulkan pergaduhan. Jika berlaku juga
setelah diberi amaran ahli tersebut
hilang kelayakan menjadi ahli

c. admin berhak menanyakan nama sebenar
jika ahli menggunakan nama pena

7. jika mana-mana ahli tidak memberikan apa-apa sumbangan
idea tidak memberi impak kepada grup selama 14 hari berturut-turut dengan sendirinya kehilangan kelayakkan menjadi ahli...kerana tujuan ditubuhkan grup ini hanyalah untuk saling berkerjasama kepada admin untuk menjayakan misi dan visi admin kenapa ditubuhkan grup semuanya ke arah menjayakan bukan memusnahkan. Biarlah ahli sikit asalkan aktif semuanya.Kita mahukan kualiti bukan kuantiti.

8. Setiap post ahli yang memberi impak kepada menjayakan misi dan visi grup hendakah disimpan sebagai rujukan grup lebih senang di dokumen kan agar terpelihara...mana-mana post tidak selari dengan kehendak admin grup hendaklah dilupuskan.

9. Semua post ahli boleh diberi komen yang membina bukan
membidas hingga yang hendak meng post tiada keyakinan lagi
untuk post yang lainnya sedangkan idea mereka itu mustahak untuk
disampaikan...manalah tahu jika mati tidaklah idea yang bernas dibawa mati sama tanpa diketahui apa yang hendak disampaikan...jangan menyekat idea yang ingin dilontarkan...mungkin idea yang ingin dilontarkan
itu memberi manfaat kepada generasi akan datang sebagai warisan bangsa SeNusantara

10. Perbezaan pendapat itu biasa ...tapi berdebatlah dengan cara berhikmah dan bijaksana agar tiada hati-hati disakiti kerana kita semua bukan robot yang tak punya hati dan perasaan. Kita tetap manusia yang lemah ada kalanya rasa tercabar dan hilang kewarasan apabila dihina dan dikutuk tanpa pembelaan diri. Makanya sentiasa hati-hatilah dalam berkata-kata. Lekaslah minta maaf jika ada mana-mana ahli yang terasa hati atas kata-kata yang kita lontarkan itu.

Sekian sahaja yang hamba dapat lontarkan idea pada hari ini kepada semua ahli grup yang mulia ini dan kepada admin grup sudilah menjawab soalan-soalan yang dikemukan hamba jika tidak keberatan.

Akhirkata hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf jika sekiranya ada kata-kata hamba yang mengguris hati para ahli di grup yang mulia ini.

"SETIAP YANG BAIK ITU DATANG DARI-NYA
YANG LEMAH ITU ADALAH DARI HAMBA SENDIRI"

Sekian . Wassalam.

Sembah patik harap diampun...
Ampun Tuanku
Daulat Tuanku!

Daripada hamba;

Putri Alam Nilam Purnama
Ratu Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
Malaysia/Indonesia
4 Oktober 2012
Like · 
  • Ramlee Wahab likes this.
  • Ramlee Wahab Eloklah tu...kalau buka kelab; Admin tahu mentadbir dan ahli-ahli juga patuh kpd segala peraturan...sekiranya engkar, amaran pertama, kedua dan ketiga mungkin dikenakan...jika masih kekal engkar...sila tinggalkan kelab sebelum tindakan memotong nama dilakukan oleh Admin...mudah dan tidak susah!
    7 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Tahu tak apa...untuk mencapai matlamat perjuangan kena tegas...
    Jika Admin tak tegas akan mengagalkan misi dan visi admin menubuhkan grup tersebut
    Sekadar santai-santai saja baik l
    upakan segala apa yang ingin diperjuangkan...
    Gimana pandanganmu Dj Ramz sahabat seperjuangan yang kusanjungi?
    Apapun hamba doakan moga tuan hamba berjaya mencapai segala yang ingin 
    Dicapai dalam menjadi seorang DJ atau pun penulis atau pun pejuang sastera SeNusantara
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
  • Ramlee Wahab ...dalam sastera saya biasa-biasa saja...hahaaaa.!
  • Ratu Rimba Niagara duhai dj ramz kalau biasa-biasa je tak akan jadi dj sastera sukarela bukan paksa rela...
    itulah yang luar biasanya dari yang biasa....hehehehe
    9 minutes ago 



    PANTUN ISTIMEWA UNTUK DJ RAMZ

    Dj Ramz semakin popular,
    Membaca sajak penuh emosi;
    Pendengar rasa terhibur,
    Mendengar lagu menikmati puisi.

    Ramlee Wahab ..

    populariti itu bukan dicari...
    memartabat seni sajak & puisi tuntunan naluri....!

    Ratu Rimba Niagara

    Popular itu sebagai sokongan
    Dari hamba di rimba niagara
    Buat pejuang seni budiman
    Naluri senimu sentiasa membara

    Memartabatkan seni sajak
    Hati gembira bagai nak rak
    Tak dengar sehari sajak
    Hatiku bagaikan menggelegak

    Dj Ramz berkerja penuh komitmen
    Sukarelawan sastra yang dikagumi
    Menabur jasa bukan minta penghargaan
    Hanya ingin berbakti dalam seni

    Telah serata tempat ku promosi
    Radio alam maya kelolaan nakhoda
    Semuanya suka mendengar puisi
    Puisi menjadi kebanggaan semua

    Sastra SeNusantara sentiasa diminati
    Satu suara satu dunia
    Tak dengar memanglah rugi
    Menimba ilmu manfaat untuk semua

    Karyawan lama tidak dilupakan
    Disatukan dengan karyawan baru
    Asalkan ianya dimartabatkan
    Diminati generasi lama juga baru

    Setiap karya semuanya seni
    Ada gaya penyampaian tersendiri
    Semuanya lahir dari kalbu hati
    Pastinya indah bak pelangi

    Karya yang jelek tak akan kupersembahkan
    Kerana akan mencacatkan dunia sastra
    Dunia sastera dunia bahasa keindahan
    Hati rasa tenang berbahasa sastera

    Duniaku dunia sastera
    Tanpa sastera jiwaku lesu
    Kuminat berkawan orang sastera
    Kerana sastranya sasteraku

    Tiada kata secantik bahasa
    Indah bahasa kerana budi
    Kuhadiahkan segugus bahasa
    Buatmu Dj Ramz yang banyak budi

    Budi mu pada dunia sastra amat dihargai
    Dihargai dan seluruh warga sastera
    Moga misi dan visimu dapat digapai
    Maka berbahagialah sastra SeNusantara
    7 minutes ago · Like

    Ratu Rimba Niagara Sekian sahaja pantun buat dj ramz
    Kukarang pantun istimewa buatmu
    Moga perjuanganmu berjaya duhai dj ramz
    Kudoakan moga Allah membalas kebaikanmu
    (Aamiin Ya Rabba A'Lamin)

    Rakan sasteramu yang menyanjungimu:

    Ratu Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia/Indonesia
    2 Okt 2012
    (GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    Like · 
    • Ramlee Wahab and Nur Azian Ahmad like this.
    • Ramlee Wahab ...terlalu bagus tulisan Ratu buat saya...yang tidak seberapa ilmu & dangkal pengetahuannya...!
    • Ratu Rimba Niagara Janganlah merendah diri sahabatku...sekilas air di laut den tahu jantan tino nya...hehehehe
      Tuesday at 10:02pm · 



      Pengumuman Kepada Warga Sastera Facebook:
      Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) pada hari ISNIN-RABU-JUMAAT jam 10.00mlm~12.30pgi membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantu
      n, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, kritikan sastera, dsb.,mengikut keperluan semasa.
      Tambahan: Anda juga boleh membuat hantaran karya kpd sesiapa & di mana jua dgn berserta ucapannya.

      1.Tampilan Semasa: Tema malam ini adalah bebas.
      2.Tampilan Istimewa: Petikan karya Grup Karyawan Luar Negara antologi Dandelion & Ahli Legasi Oakheart petikan antologi Elegan & antologi Sasterawanara Keraton / Antologi Percikan Pelangi-Himpunan Haiku & Tanka oleh Leyla Shuri & Darma Mohammad / Antologi Keris Sebilah Itu oleh Shapiai Mohd Ramly.
      3.Tampilan Nostalgia: Baca karya SN Alhm.Dato Dr Usman Awang, dan lain-lain penyair veteren tanahair.
      Kpd mereka yg berminat, sila hantar karya anda melalui mesejwww.facebook.com/ramleewahab sekarang, sebelum jam 6.00ptg, selepas itu karya akan ditangguhkan penyiaran ke lain malam, insya-Allah!

      Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
      1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)
      2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
      3. Sasterawan Negara Dato Dr.Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
      4. Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhuan
      5. Mat Saleeh Rahamad (PENA)
      6. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
      7. Djazlam Zainal (Penyair/Kritikawan)
      8. Siti Zainon Zainon Ismail(Pelukis/Penyair)
      9. Khadijah Hashim (Penulis/Penerbit)
      10. Cikgu Mohamad Musip (Pensyarah IPGM-Melaka)
      11. Rohaty Majzub (Prof UKM/Univ.Michigan)
      12. Sabahuddin Senin (Penyair-Univ.of NSW Australia)
      13. Tn.Hj Shapiai Mohd Ramli (Penulis/Penyair)
      14. Tn.Hj Duming @ Hj Domeng(Penyair Brunei Darussalam)
      15. Sutung Umar RS (Bekas Editor Sastera Berita Harian)
      16. Zefri Ariff (Ketua1-Kump.Putra Seni Brunei/SEA Write Award)
      17. Darma Mohammad (Penulis/Penyair)
      18. Tenas Affendy (S/u II Lembaga Balai Adat Riau,Indonesia)
      19. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
      20. Penyair Luar Negara-Asia & Eropah
      21. Penulis/Pengkarya/Peminat Sastera di facebook,blog,dll.

      Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
      1. Kelab Jiwa Lara
      2. Kelab Pungguk Berlagu
      3. Kelab Puisi Alam Maya
      4. Legasi Oak Heart
      5. Grup Karyawan Luar Negara
      6. Grup Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
      7. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)

      Nota: Kpd Admin Kelab & Grup yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email:www.facebook.com/ramleewahab
      Ikuti siaran radio online kami di www.djmyfmonline.blogspot.com
      Unlike ·  · 
      • You and 4 others like this.
      • Ishak Yusof tak nampak admin pun,
      • Ramlee Wahab Admin terbuka kpd semua..tiada monopoli...demokrasi...hehee...
      • Ishak Yusof yang penting admin, lebih rajin dan lebih bertanggung, kalau admin asyik buat tak kisah, semua rakan lemah semangat
        Monday at 9:33pm
        shared a timeline.
        Pengumuman Kepada Warga Sastera Facebook:
        Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) pada hari ISNIN-RABU-JUMAAT jam 10.00mlm~12.30pgi membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantu
        n, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, kritikan sastera, dsb.,mengikut keperluan semasa. Moto: Tiada Kasta Dalam Sastera.

        1.Tampilan Semasa: Tema malam ini adalah bebas.
        2.Tampilan Istimewa: Petikan karya Grup Karyawan Luar Negara antologi Dandelion & Ahli Legasi Oakheart petikan antologi Elegan & antologi Sasterawanara Keraton / Antologi Percikan Pelangi-Himpunan Haiku & Tanka oleh Leyla Shuri & Darma Mohammad / Antologi Keris Sebilah Itu oleh Shapiai Mohd Ramly.
        3.Tampilan Nostalgia: Baca karya SN Alhm.Dato Dr Usman Awang, Dato' A.Aziz Deraman dan lain-lain penyair veteren tanahair.
        Kpd mereka yg berminat, sila hantar karya anda melalui mesejwww.facebook.com/ramleewahab sekarang, sebelum jam 6.00ptg, selepas itu karya akan ditangguhkan penyiaran ke lain malam, insya-Allah!
        Tambahan: Anda juga boleh membuat hantaran karya kpd sesiapa & di mana jua dgn berserta ucapannya.

        Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
        1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)
        2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
        3. Sasterawan Negara Dato Dr.Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
        4. Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhuan
        5. Mat Saleeh Rahamad (PENA)
        6. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
        7. Djazlam Zainal (Penyair/Kritikawan)
        8. Siti Zainon Zainon Ismail(Pelukis/Penyair)
        9. Khadijah Hashim (Penulis/Penerbit)
        10. Cikgu Mohamad Musip (Pensyarah IPGM-Melaka)
        11. Rohaty Majzub (Prof UKM/Univ.Michigan)
        12. Sabahuddin Senin (Penyair-Univ.of NSW Australia)
        13. Tn.Hj Shapiai Mohd Ramli (Penulis/Penyair)
        14. Tn.Hj Duming @ Hj Domeng(Penyair Brunei Darussalam)
        15. Sutung Umar RS (Bekas Editor Sastera Berita Harian)
        16. Zefri Ariff (Ketua1-Kump.Putra Seni Brunei/SEA Write Award)
        17. Darma Mohammad (Penulis/Penyair)
        18. Tenas Affendy (S/u II Lembaga Balai Adat Riau,Indonesia)
        19. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
        20. Penyair Luar Negara-Asia & Eropah
        21. Penulis/Pengkarya/Peminat Sastera di facebook,blog,dll.

        Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
        1. Kelab Jiwa Lara
        2. Kelab Pungguk Berlagu
        3. Kelab Puisi Alam Maya
        4. Legasi Oak Heart
        5. Grup Karyawan Luar Negara
        6. Grup Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
        7. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)

        Nota: Kpd Admin Kelab & Grup yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email:www.facebook.com/ramleewahab
        Ikuti siaran radio online kami di www.djmyfmonline.blogspot.com
        15Unlike ·  · 
        • You and 4 others like this.
        • Ramlee Wahab Paparan & bacaan karya dlm segmen SMS adalah bercampur; penyair tersohor ataupun penulis picisan warga sastera yg dihargai & dihormati di SMS...dgn itu tidak timbul hanya karya hebat & berkualiti dikeudarakan...sebaliknya, pengkarya dpd warga kelab Fb juga diambilkira keterlibatan mereka...kualiti sesebuah karya itu subjektif sifatnya...dan saya percaya kpd kata-kata, 'Tiada Kasta Dalam Sastera'...!
          Tuesday at 6:09pm · Edited · Like · 2
        • Ramlee Wahab Setiap karya sastera dibacakan di segemen SMS anggalah sebagai wadah bantuan kpd karya-karya yg dianggap picisan & terpinggir oleh mana-mana media (tidak mungkin tersiar di media perdana) dan anggap juga SMS sebagai alternatif dlm menyuntik semangat berkarya...dgn itu jadikanlah SMS seperti sebuah tasik di mana terdapat pelbagai spesis menghuninya yang hidup bernafaskan seni dan berkomunikasi berlandaskan harmoni...!
        • Ramlee Wahab Berkarya secara suka2 utk melepaskan rasa terbuku di jiwa & terpendam di minda 'tidak' serupa berkarya secara serius & terurus krn tanggungjawab kpd bahasa, budaya, bangsa, dll...dgn itu, SMS sentiasa mengalu-alukan sebarang corak karya dan kerap menghargai sebarang kerja seni dengan persepsi tersendiri kpd seni itu hak peribadi yg kadang-kala wajar dikongsi oleh khalayak pilihan sendiri...lagipun, ada yg berkata "Aku menulis bkn kerana nama mahupun sayembara"...!
        • Ramlee Wahab Konsep sastera itu bebas tanpa batas; jangkauan & cakupan ruang lingkup dunianya luas, tambahan pula tanpa sempadan...masing2 berhak meneroka mana2 sudut mengikut kehendak naluri sendiri...sama ada difahami atau misteri itu persepsi pembaca secara peribadi...krn apabila karya lahir-ia bkn lagi hak mutlak penyair; bermutu atau sebaliknya juga hak penilaian pembaca...!
        • Ramlee Wahab Mungkin, krn karya picisan itu tidak menepati sistem & konvensi yg telah ditetapkan oleh setiap genre sastera...maka, ia tidak berkualiti? Kerana sistem & konvensi yang sedemikian ...See More
        • Ramlee Wahab Kesimpulan: Penulis karya picisan @ penulis marhaen, wajar meningkatkan diri & prestasi dm berkarya kalau mahu memajukan bidang kesasteraan yg mereka dambakan secara berjangka-panjang dgn menghadirkan diri di sebarang kursus/seminar penulisan utk menimba ilmu pengetahuan, dapatkan bimbingan dan panduan, mengikuti peraturan & peradaban dunia kesusasteraan, ternyatalah yg membezakan kita sebagai penulis adalah 'berguru'...sb itu dibidalkan orang tua2...
          'Berburu ke padang datar, 
          Dapat rusa di bendang padi; 
          Berguru kepalang ajar, 
          Bagai bunga kembang tak jadi...' 
          Salam Sastera-Salam Bahasa Ibunda Tercinta...!
        • Nur Azian Ahmad Membakar semangat , tq.
        • Ramlee Wahab ...belajar dan tekun belajar, bila terpelajar wajar mengajar...
        • Ratu Rimba Niagara wayar mengajar ...tu apa maksudnya duhai nakhoda...
          hamba tak faham ye...hehhehe
          a few seconds ago ·



          Pengumuman Kepada Warga Sastera Facebook:
          Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) jam 10.00mlm~12.30pgi membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantun, syair, gurindam, seloka, 
          sketsa, madah pujangga, kritikan sastera, dsb.,mengikut keperluan semasa.
          Tambahan: Anda juga boleh membuat hantaran karya kpd sesiapa & di mana jua dgn berserta ucapannya.

          1.Tampilan Semasa: Tema malam ini adalah bebas.
          2.Tampilan Istimewa: Petikan karya Grup Karyawan Luar Negara antologi Dandelion & Ahli Legasi Oakheart petikan antologi Elegan & antologi Sasterawanara Keraton / Antologi Percikan Pelangi-Himpunan Haiku & Tanka oleh Leyla Shuri & Darma Mohammad / Antologi Keris Sebilah Itu oleh Shapiai Mohd Ramly.
          3.Tampilan Nostalgia: Baca karya SN Alhm.Dato Dr Usman Awang, dan lain-lain penyair veteren tanahair.
          Kpd mereka yg berminat, sila hantar karya anda melalui mesejwww.facebook.com/ramleewahab sekarang, sebelum jam 6.00ptg, selepas itu karya akan ditangguhkan penyiaran ke lain malam, insya-Allah!

          Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
          1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)
          2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
          3. Sasterawan Negara Dato Dr.Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
          4. Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhuan
          5. Mat Saleeh Rahamad (PENA)
          6. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
          7. Djazlam Zainal (Penyair/Kritikawan)
          8. Siti Zainon Zainon Ismail(Pelukis/Penyair)
          9. Khadijah Hashim (Penulis/Penerbit)
          10. Cikgu Mohamad Musip (Pensyarah IPGM-Melaka)
          11. Rohaty Majzub (Prof UKM/Univ.Michigan)
          12. Sabahuddin Senin (Penyair-Univ.of NSW Australia)
          13. Tn.Hj Shapiai Mohd Ramli (Penulis/Penyair)
          14. Tn.Hj Duming @ Hj Domeng(Penyair Brunei Darussalam)
          15. Sutung Umar RS (Bekas Editor Sastera Berita Harian)
          16. Zefri Ariff (Ketua1-Kump.Putra Seni Brunei/SEA Write Award)
          17. Darma Mohammad (Penulis/Penyair)
          18. Tenas Affendy (S/u II Lembaga Balai Adat Riau,Indonesia)
          19. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
          20. Penyair Luar Negara-Asia & Eropah
          21. Penulis/Pengkarya/Peminat Sastera di facebook,blog,dll.

          Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
          1. Kelab Jiwa Lara
          2. Kelab Pungguk Berlagu
          3. Kelab Puisi Alam Maya
          4. Legasi Oak Heart
          5. Grup Karyawan Luar Negara
          6. Grup Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
          7. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)

          Nota: Kpd Admin Kelab & Grup yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email:www.facebook.com/ramleewahab
          Ikuti siaran radio online kami di www.djmyfmonline.blogspot.com
          http://djmyfmonline.blogspot.com/ sastera muzika senunsantara
          http://djmyfmonline.blogspot.com/ sastera muzika senunsantara
          http://djmyfmonline.blogspot.com/ sastera muzika senunsantara
          2Like ·  · 
          • Ibnu Husayn likes this.
          • UNTUK ADINDA Angin Retak (PUNGGUK BERLAGU):-

            Sunyi sepi rasa di laman,
            bagai tidur tak berteman,
            angin laut cina selatan,
            mula gerak bertiup perlahan;
            Adinda angin sedang keuzuran,
            gambarnya pula tak kelihatan,
            suara diam tak kedengaran,
            kalamnya hilang apa gerangan;
            Sabarlah adinda sedang bertahan,
            itu semua ujian Tuhan,
            hadapilah dengan tenang,
            agar sakit tidak melarat,
            sakit itu adalah ibadat,
            bagi menguji ketahanan qudrat,
            pahala melimpah datang mendarat,
            banyakkan mengucap seberapa dapat,
            insyaAllah di sembuh cepat.

            Oktober 051040H/2012.
            Unlike · 
            • You and Ramlee Wahab like this.
            • Ratu Rimba Niagara Moga Kanda Angin Retak cepat sembuh Aamiin.
              Tiadalah si pungguk sepi lagi ye
              Sentiasa berlagu pilu
              Memanggil Kanda Angin Retak sentiasa berentak-rentak
              (hehehe)
              12 hours ago · Edited · Like · 1
            • Gerhana Bulan :
              Pabila alunan berentak-rentak,
              maka hilanglah retak,
              angin pastinya bisa bersuara lagi,
              mampu memecah sunyi,
              sepi akan riuh kembali.....
              Jom gi klaut wee...!!! hehehe
              11 hours ago · Unlike · 1
            • Ratu Rimba Niagara Buang yang keruh 
              ambil yang jernih
              kita tak nak gaduh-gaduh
              dalam puisi kita berkasih
              (hehehehe)
            • Ratu Rimba Niagara Indahnya gerhana bulan
              Hatiku juga yang bergerhana
              Ibarat si pungguk rindukan bulan
              Apa nak buat buat kujuga yang merana....hehehehe
            • Ratu Rimba Niagara Kanda retak jangan merajuk
              Mari sini dinda pujuk
              Tak manislah lelaki merajuk
              Dinda pun tak larat memujuk
              (hehehehe)
            • Ratu Rimba Niagara Duhai kanda angin retak budiman
              Maafkan dinda jika tersalah fahaman
              Bukan sengaja memisahkan
              Ingin menjaga sebuah kedamaian
            • Ratu Rimba Niagara Biarpun terpisah kasihmu kasihku
              Hati kita tetap bersatu kasih
              Tiada mu ku rindu
              Moga kita sentiasa tersimpul kasih
            • Ratu Rimba Niagara moga kanda angin retak segera sembuh 
              mungkin ada hikmahnya sakit dideritai
              kami disini doakan kanda retak sembuh
              bersama bersiaran karya di SMS nanti
            • Gerhana Bulan :
              Biar sentiasa jernih,
              jangan dikeruhkan yang dah berkeladak,
              kita bukan budak-budak,
              perlu di pujuk atau di ajak;
              Bila berkenang,
              sama bersajak,
              barulah sampai hajat,
              luahkan apa tersirat,
              supaya terpikat.....hehehe
            • Ratu Rimba Niagara Hajat hati nak bersajak berpuisi bersama-sama rakan 
              Tapi apakan daya hajat tak sampai
              Tak relaku dihina dikutuk ke mana pergi
              Di mana ada aku di situ ada dia
              Hingga tak senang aku bersajak berpuisi
              Kerana tak mahu jadi seperti budak-budak
              Relaku indur diri demi sebuah kedamaian semua
              Apapun ku rindu pada semua teman yang sudi 
              Mengasihiku kerana-Nya
              11 hours ago · Like · 1
            • Gerhana Bulan :
              Dia ada di mana-mana,
              kita tak mampu lari Dia,
              kerana esok akan menemui Dia;
              Maka dia pada nama makluk,
              kita tak perlu lari dari dia,
              kerana dianya juga adalah hamba,
              sama saperti kita;
              Biar bersemuka,
              dapat perbetul segala bicara,
              jangan di murka,
              takut hilang adab pusaka,
              agar kita mengenali kita.
            • Ratu Rimba Niagara DEMI KEDAMAIAN EMUA RAKAN-RAKAN SASTERAKU

              Yang kufikirkan sekarang ini
              Bersajak berpuisi biarpun tanpa rakan-rakan
              Jiwaku tenang 
              Tika mengarang
              Tiada siapa lagi 
              Yang hendak melukakan 
              Hatiku tika mengarang
              Hanya kepada-Nya
              Kuserahkan segala-NYa
              Agar aku diberi peluang 
              Sentiasa mengarang walaupun tanpa rakan-rakan
              Yang sentiasa kukasihi sepenuh hati sastera...
              Salam kasih salam sayang untuk semua rakan sastra
              Yang sudi membalas kasih dan sayang sastraku ini
              Dari hamba di rimba yang sunyi ini
              Di setiap malam 
              Bila bulan purnama
              Biarpun bulan bergerhana
              Jadilah aku si pungguk rindukan bulan
              Meratap pilu sayu ...sayu....sayup.....
              Memanggil-manggil nama rakan sastraku
              Menangis hiba
              Terdera rindukan semua...
              Tak apalah kuredho
              Atas perpisahan ini
              Demi kedamaian semua rakan-rakan sasteraku

              Hamba Si Pungguk Putri Alam Nilam Purnama
              Ratu Rimba Niagara
              Istana Rimba Niagara
              Malaysia/Indonesia
              4 Okt 2012
              11 hours ago · Like · 1
            • Ratu Rimba Niagara MOYANG DAN ANAK CUCU TAK DAPAT DIPISAHKAN

              Duhai tuan hamba yang baik budi
              Sudah kubersemuka
              Sudah kumerayu-rayu
              Memohon maaf 
              Atas segala kekhilafanku
              Padanya
              Tapi dia masih tak sudi memaafkan
              Malah di mana-mana ada aku
              Di situ ada dia
              Dan ku berjanji pada diriku
              Akan undur diri
              Jika ada dia
              Undur diri bukan berarti aku kalah
              Aku mengalah kerana DIA
              Kerana DIA Yang Maha Tahu
              Isi hati hamba-Nya
              Aku tak mahu mati
              Dalam kemelut duka sastra
              Yang tak kesampaian
              Gara-gara dia seorang ...dua....tiga...dan...seterusnya
              Semuanya menjadi seteru sasteraku
              Aku tak mahu dimatikan
              Sebelum dimatikan
              Aku tak mahu dikatakan
              Kelentang kelantang kelentung tin kosong
              Bercakap kosong hasil tak ada
              Aku tak mahu seperti lembu cucuk hidung
              Mempengaruhi orang dengar kataku
              Sedangkan aku tak fikir pun begitu
              Biarlah aku tanpa teman-teman sastra 
              Berhujan berpanas sendirian
              Asalkan aku ada DIA
              Sentiasa memahami...
              Aku...kau...dia...dan semua...
              Sampai masa akan dipanggil pulang
              Dan akan diperhitungkan
              Segala kata-kata nukilan yang ditulis
              Moga sebelum dijemput pulang
              Kita sama-sama dapat memartabatkan
              Seni Sastera SeNusantara untuk diwariskan
              Kepada anak cucu SeNusantara
              Yang mereka pernah mempunyai moyang
              Yang berkarya setulus hati 
              Demi meraih kasih sayang ILAHI
              Kasih sayang anak cucu
              Agar terbuka hati anak cucu
              Menghadiahkan sepotong
              Al-Fatehah untuk moyang mereka tercinta
              MOYANG DAN ANAK CUCU TAK DAPAT DIPISAHKAN
              WALAUPUN SUDAH TERPISAH ALAM
              ALAM DUNIA DAN ALAM BARZAH

              Moga Allah Azzawajallah memakbulkan doa semua moyang sastera,
              AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

              Moyangmu yang mencintaimu sepenuh hati dan jiwa ,
              Putri Alam Nilam Purnama
              Ratu Rimba Niagara
              Istana Rimba Niagara
              Malaysia/Indonesia
              4 Okt 2012
              11 hours ago · Like · 1
            • Gerhana Bulan :
              Kadang kita terlindung disebalik rupa,
              bicara kadang terlindung disebalik bahasa,
              gerak juga mungkin terlindung disebalik laku;
              Maka ini mungkin membuat kita cemburu,
              mungkin juga rasa terbuku,
              yang bisa membuat kita kaku;
              Itu semua hanyalah bagai hantu,
              menghasut kita setiap waktu;
              Biar hati dan kata dapat bersatu,
              pasti kekecewaan hilang bagitu;
              Mari kita bersastera dan terus maju,
              sebagai penentu hala tuju;
              Jangan kerna dihantui rasa,
              kita terus berlalu,
              dan rasa malu,
              sedang maseh rasa rindu;
              Hidupkan semangat mu dahulu,
              agar membiak saperti dulu,
              bahasa nusantara tak dimamah waktu,
              dek di campur aduk dengan bahasa kutu;
              Pertahankan keindahan bahasa selalu,
              itulah peninggalan nenek moyang sejak dulu;
              10 hours ago · Unlike · 1
            • Ratu Rimba Niagara GERHANA SASTERA PELANGI CINTA SASTRA SENUSANTARA

              Duhai sahabat sastraku gerhana bulan...
              Boleh kutanya jangan marah ye
              Kenapa kau gelarkan dirimu gerhana bulan
              Sedangkan ku tahu hatimu sentiasa berpelangi cinta
              Pelangi cintamu muncul di siang hari jua di malam hari
              Indah...indah...indah...
              Pelangi cintamu itu
              Itulah pelangi cinta sasteramu sastraku sastra SeNusantara

              Tapi tidak gitu sangkaanku
              Kau tetap juga bulan yang bergerhana
              Adakah hatimu sedang bergerhana juga
              Cubalahlah beri peluang untuk hilangkan gerhanamu itu

              Dirimu dan aku tidak berbeda
              Kau bergerhana
              Aku juga bergerhana
              Karna kita bersederhana
              Biarlah kita tidak dipandang mereka
              Tapi Insya-Allah Allah memandang kita
              Aamiin Ya Rabbal A'Lamin 

              RATU RIMBA NIAGARA
              4 Okt 2012
              (ADMIN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
            • Gerhana Bulan :
              Mungkin ini akan menjadi terus rahsia,
              cahaya bulan yang lembut dan sejuk,
              kerap terhalang dek awan hitam;
              Tika munculnya semua bergembira,
              ...re
              10 hours ago · Unlike · 1
            • Gerhana Bulan :
              Puisi Gerhana Bulan luahan rasa,
              jiwa tenang,
              rasa selesa;
              Inilah sebenarnya identiti Gerhana Bulan.
              10 hours ago · Unlike · 1
            • Gerhana Bulan :
              GB akan berundor diri dahulu,


              (PETIKAN DARIPADA WALL PUJANGGA
              tara tanah air,
              bagi menemui sahabat yang perlu,
              hari yang sama balek semula,
              ...See More
              10 hours ago · Unlike · 1
            • Ratu Rimba Niagara Gerhana bulan bukan sebarang gerhana
              Gerhana terlindung di sebalik bulan

0 comments:

Post a Comment

 
;