Sunday 17 February 2013

HUBUNGAN PERSAHABATAN ANTARA BENUA AMAT HARMONI MOGA BRUNEI TERUS MAJU BERKAT RAJA & RAKYATNYA YANG SENTIASA MAHU MEMAJUKAN BRUNEI DARUSSALAM




    • H.H Haji Hassanal Bolkiah updated his cover photo.
      Photo
      Unlike ·  · 18 minutes ago · 
    • THE Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) yesterday feted His Royal Highness Prince Hj Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister's Office and General of the RBAF, on the occasion of his 39th birthday. His Royal Highness attended a high tea event yesterday at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison. His Royal Highness was accompanied by Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah and His Royal Highness Prince 'Abdul Malik. — 39th birthday Crown Prince Hj Al-Muhtadee Billah (44 photos)
      Unlike ·  ·  · 19 minutes ago · 
    • H.H Haji Hassanal Bolkiah added 8 new photos to the albumaudiencias 2. — in Bandar Seri Begawan, Brunei.
      Unlike ·  ·  · 13 minutes ago · 
      • You and 269 others like this.
      • Nur Kasih bila la nur leh dtg brunei jumpa Sultan H.H.Bolkiah yer???angan2 tinggi menggunung ni..
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

        Orang berbudi kita berbahasa,
        Orang memberi kita merasa;
        Indahnya budi kerana bahasa,
        Bahasa jelek hati terasa.

        Budi dibalas racun berbisa,
        Lagi berbahasa lagi berbisa;
        Berkatalah pada reti bahasa,
        Nggak faham bisulah bahasa.

        Sejambak budi sejambak bahasa,
        Indahnya budi meresap ke hati;
        Tiada kata seindah bahasa,
        Bahasa indah harum di hati.

        Bahasa kukait dengan cinta,
        Budi kuhargai hingga ke mati;
        Indahnya bahasa kerana cinta,
        Indahnya cinta setulus hati.

        Hari-hari berbahasa indah,
        Serasa berada di taman Syurga;
        Semua temanku bermadah-madah,
        Madah pujangga bak penghuni Syurga.

        Bahasa mu indah menguntum senyuman,
        Senyuman berseri bak bulan purnama;
        Dalam hati kau teman idaman,
        Terpatri cinta di Syurga bersama.

        Hari-hari ku petik bunga bahasa,
        Lalu kukarang sejambak bahasa;
        Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
        Teman istimewa tahu bahasa.

        Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
        Bahasa indah hadirlah di hati;
        Kuungkapkan indahnya bahasa,
        Bahasa hati pada yang mengerti,

        Duniaku dunia bahasa,
        Karyaku karya bahasa;
        Indahnya karya bahasa,
        Berartinya karya bahasa.

        Bahasa indah terkuntum senyuman,
        Setiap bahasa sentiasa dijaga;
        Kata-kata indah terukir senyuman,
        Pahala dibawa hingga ke Syurga. 

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        22 Oktober 2012
        (DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
        22 Oktober 2012
      • Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KERANA SUDI MEMBACA KARYA PATIK DAN SUDI IZINKAN KARYA PATIK BERSIARAN DI WALL TUANKU. MOGA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN TUANKU. AAMIIN.

        MENULIS DAN BERBAGI KARYA APA YANG DITULIS ADALAH MINAT PATIK.
      • Ratu Rimba Niagara RAJA BRUNEI PENYAYANG RAKYAT SEJAHTERA

        Daulat Tuanku! Ampun Tuanku,
        Izinkan patik menyiarkan puisi;
        Ingin berbakti pada negara Tuanku,
        Gurindam syair pantun puisi.

        Pantun diRaja Brunei patik karangkan,
        Menulis itu kegemaran patik;
        Institusi diRaja mahu dimartabatkan,
        Moga Tuanku sudi menyokong patik.

        Keadilan Tuanku memerintah Brunei patik kagumi,
        Bertuah sungguh rakyat Brunei;
        Punyai Raja berjiwa rakyat dikasihi,
        Moga Raja dan rakyat Brunei DiRahmati.

        Brunei negara aman damai,
        Rakyat hidup dikasihi Raja;
        Bertuah semuanya rakyat Brunei,
        Bersyukur sebanyak-Nya kebaikan Raja.

        Dari dulu hingga kini Brunei sejahtera,
        Brunei dijadikan negara idola;
        Negara jiran disambut mesra,
        Persahabatan bernegara sentiasa dijaga.

        Setiap tetamu adalah permata,
        Dihargai kerabat diRaja sepanjang masa;
        Yang ada di hati ikhlas semata,
        Menyambungkan ukhuwah setiap masa.

        Kerabat diRaja Brunei dahulukan rakyat,
        Segala masalah rakyat diutamakan;
        Kerabat diRaja berkorban demi rakyat,
        Pentingkan rakyat dan negara demi keamanan.

        Kecemerlangan rakyat menjadi agenda,
        Rakyat cemerlang negara terbilang;
        Brunei maju sukacitanya Kerabat diRaja,
        Punyai rakyat sentiasa gemilang.

        Pendidikan rakyat dititikberatkan,
        Diberi galakan sampai ke mercu;
        Kejayaan rakyat tanda balasan,
        Meraih kejayaan tanpa jemu.

        Rakyat berpendidikan itu dikehendaki,
        Saling sayang menyayangi;
        Warga tua dihormati,
        Generasi muda disayangi.

        Raja dan rakyat bersatu hati,
        Senada seirama sehati sejiwa;
        Kerabat diRaja disayangi dihormati,
        Disayangi kerana-Nya sepenuh jiwa.

        Raja dan rakyat sentiasa sehati,
        Di mana berada rakyat tetap di hati;
        Raja didaulatkan kerana Kurniaan Ilahi,
        Moga raja dan rakyat Allah berkati.

        Segala takdir telah tercatat sejak Azali,
        Darjat kerabat diRaja Allah yang beri;
        Makanya hargailah tanda syukuri,
        Menjalankan tanggunggungjawab yang Diberi.

        Berdarah diRaja tanda syukuri,
        Namun jiwa tetap seorang hamba;
        Hamba Allah yang ingin kembali,
        Pada-Nya jua sandaran seorang hamba.

        Bukan darjat diRaja menjadi kebanggaan,
        Itu bukan ukuran darjat seorang hamba;
        Ketakwaan juga yang menjadi ukuran,
        Moga Allah menaikkan darjat seorang hamba.

        Ketakwaan menjadi dambaan seseorang hamba,
        Nur hidayah kasih dari Ilahi itu diharapkan;
        Moga sudi bertandang di jiwa seorang hamba,
        Itulah yang didambakan pada-Mu Tuhan.

        DAULAT TUANKU SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...

        Patik ingin menyampaikan suara rakyat Brunei & Rakyat SeNusantara
        mengucapkan syukur pada Allah SWT
        mengurniakan seorang Raja yang berjiwa rakyat
        mengutamakan rakyat melebihi kepentingan sendiri
        mendoakan seluruh kerabat diRaja Brunei
        Dilimpahi Rahmat dari Ilahi
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        16 Muharram 1434H
        30 November 2012M
      • Ratu Rimba Niagara BAKTIKU UNTUK RAKYAT BRUNEIKU!

        Wajah berseri-seri
        Keluargaku Syurgaku
        Istanaku Taman Syurgaku

        Mensyukuri nikmat Tuhanku
        Di-Kurniakan keluarga bahagia
        Saling berkasih sayang
        Saling menyanjungi menghormati
        Pada Tuhan kupanjatkan kesyukuran
        Selagi hayat dikandung badan
        Diberikanku darjat sebagai kerabat diRaja Brunei
        Takkan kupersiakan
        Menabur bakti kepada seluruh rakyat Brunei
        Semuanyaku sayang
        Sayang sepenuh hati sayang sepenuh jiwa
        Sebagaimana kusayang keluargaku
        Begitu juga kusayang semua rakyat Bruneiku
        Dengan keberkatan hidup berkasih sayang ini
        Keluargaku bahagia
        Rakyatku sejahtera
        Bruneiku aman damai
        Mendapat Rahmat
        Nur Hidayah Kasih Ilahi
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        16 Muharram1434H
        30 November 2012
        (SAJAK INI DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & KERABAT DIRAJA BRUNEI & SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM YANG TERCINTA)

        DISIARKAN DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH &
        WALL PRINCE ABDUL MALIK & WALL GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & GROUP KERABAT DIRAJA/KERATON NUSANTARA)
        1 MUHARRAM 1434H
        15 November 2012M
        (DISIARKAN SEMPENA KEBERKATAN MA'AL HIJRAH 1434H)
      • Ratu Rimba Niagara MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA

        TUANKU DIRAJA BRUNEI BERJIWA KEPERWIRAAN
        DEMI AGAMA RAKYAT DAN NEGARA BRUNEI AKAN
        DIPERJUANGKAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...

        DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI

        RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
        MARILAH BERSAMA BETA;
        PERTAHANKAN BUMI BRUNEI,
        SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

        BETA PERTARUHKAN NYAWA,
        DEMI RAKYAT BRUNEI TERCINTA;
        INILAH TANDA CINTA BETA,
        PADA RAKYAT & BRUNEI TERCINTA.

        TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
        DI BUMI BERTUAH BRUNEI INI;
        KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
        AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.

        USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
        KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
        KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
        BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.

        JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
        DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
        BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
        SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

        ANDAI KATA BETA DIJEMPUT ILAHI,
        JAGALAH BUMI BERTUAH BRUNEI;
        AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
        BARULAH TENANG DI SANA NANTI.

        KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
        JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
        ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
        SEMENTARA QIAMAT DATANGI.

        MOGA KITA BERTEMU LAGI,
        DI SYURGA NEGERI ABADI;
        SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
        DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH & RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM TERCINTA)
        4 November 2012
        Like · · November 4 at 12:56pm
        November 15 at 10:48am · Like

        MOGA ALLAH SWT MEMBERKATI BUMI BERTUAH BRUNEI DARUSSALAM AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

        Subhanallah
        Permandangan nan indah
        Tenang
        Mempesonakan
        Setenang masjid
        Sedamai bahrera diRaja Brunei
        Seindah kelompok-kelompok awan putih di awan
        Kanvas langit nan indah
        Kanvas hamparan bumi bertuah Brunei Darussalam mempesonakan!
        Mengajak hamba-Mu
        Bertasbih
        Memuji-muji-Mu
        Meng-Agungkan-Mu
        Di sebilang masa dan ketika
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Tiada apa yang diciptakan di bumi ini
        Hanyalah untuk semua hamba-Mu
        Lambang kasih dan cinta-Mu pada semua hamba-Mu
        Dengan Kebesaran Nama-Mu Yang Maha Agung Lagi Maha Terpuji
        Engkaulah Raja Yang Menguasai Di Hari Pembalasan
        Dengan Sifat-Mu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
        Berkatilah bumi bertuah Brunei Darussalam
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        29 Oktober 2012

        HUBUNGAN PERSAHABATAN ANTARA BENUA AMAT
        HARMONI...
        MOGA BRUNEI TERUS MAJU BERKAT RAJA &
        RAKYATNYA YANG SENTIASA MAHU MEMAJUKAN BRUNEI.


        RATU RIMBA NIAGARA
        1 MUHARRAM 1433H
        15 Novemaber 2012
        November 15 at 11:05am · Like
        (DISIARKAN DI WALL H.H.HAJI HASSANAL BOLKIAH)


(PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
8 Rabiulakhir 1434H
18 Febuari 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;