Thursday, 21 February 2013

TOLONG REVOLUSIKAN FILEM-FILEM MELAYU! Part 1


Wednesday, 20 February 2013 0 comments

YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN BESERTA IMAN YANG KUKUH MENGHADAPI YANG NYATA ATAU YANG GHAIB






Jujur saya katakan saya tertarik menonton Filem "Kerat 14" di pawagam tengah malam tadi kerana kisah tersebut kisah benar yang diadaptasikan dari kejadian sebenar pembunuhan ngeri yang lokasinya tidak jauh dari rumah sy tetapi agak kecewa kerana Filem tersebut membuatkan IQ sy kembali ke Darjah 4..masakan tidak? Walau pon dibarisi pelakon rupawan & kacak yg terknal namun plot cerita membosankan & tak logik langsung
By: Hrimau Perang
Unlike ·  ·  · 
  • Harimau Perang Yang paling nampak bodoh : polis main tembak tembak depan penjenayah pon boleh tak kena.,dan IQ rasa kembali ke sekolah rendah bila aksi dan adegan polis mengejar penjenayah pon macam budak kecik main polis entry sahaja..lepas tu dah macam "Polis angkasa gaban" dah watak polis dalam Filem tersebut..ni Filem thriller ke Filem kartun?
  • KuEss Idris Muay kalau nak tahu level iq pengarahnya...lihatlah citer yang diterbitkan 
    2 hours ago · Edited · Like · 1
  • Harimau Perang 1 bintang untuk Filem ini..ternyata kelemahan pengarah filem ini jelas kelihatan
  • Seccret Toogether biasa la tu..memang filem takkan ikut benda yang sama..adoi
  • Mohammad Farisz btol to heee..

  • KuEss Idris Muay macam mana pemikiran melayu nak maju kalau selalu terbitkan citer2 yang full with CRAP ? hmmm
    2 hours ago · Like · 1
  • Mohd Zaini Jumali Kerat 14 boleh di katakan macam drama gerak khas jer.... mmg x logik lansung... saya pun baru tengok malam tadi.... bosannn!!!!!
    2 hours ago via mobile · Like · 1
  • Mohd Zaini Jumali Tapi pengarahnya bukan melayu.....
    2 hours ago via mobile · Like
  • Ratu Rimba Niagara IN SHA ALLAH INILAH FILEM YANG DITUNGGU-TUNGGU PADA 
    ABAD INI DAN AKAN DATANG SILALAH TONTON KALAU TAK PERCAYA 
    BERI KOMENTAR ANDA SETELAH MEMBACA KARYA INI OK.
    KARYA-KAYRA LAIN IN SHA ALLAH MENYUSUL...

    SAMA-SAMA MENDAPAT NUR HIDAYAH KASEH ILAHI

    Kita serupa ....
    Tapi kita berbeda....
    Kamu lelaki
    Aku wanita
    Tapi matlamat tetap sama memperjuangkan
    Agar kau dan aku berada di Syurga
    Kau bergelar bidadara
    Aku bergelar bidadari
    Tak akan kita biarkan masa di dunia ini
    Berlalu pergi begitu saja?
    Dengan asyik memburu 
    Harta dunia
    Pangkat
    Cinta duniawi
    Tak akan habis-habis sampai penghujung tiada noktah
    Lagi dicari lagi tak mencukupi
    Pangkat dah ada dah...paling tinggi tu...
    Darjat pun dah ada dah...bergelar sultan tu...
    Harta pun dah bertimbun dah....tujuh keturunan tak habis tu...
    Isteri...suami...dah ada dah....tak akan tak cukup cinta lagi...
    Habis tu nak apa lagi....?????
    Apa yang nak dicari lagi....
    Apa lagi fikirkan akhiratlah....

    Ketahuilah kamu jika mereka yang di alam barzah itu diizinkan
    Allah hidup nescaya mereka mahu bersedekah setiap hari 
    Menginfakkan hartanya ke jalan Allah 
    Karna tahu ganjarannya di Sisi Allah amat berharga
    Alam dan seisinya...
    Karna harta yang disedekahkan ke jalan Allah 
    Itulah yang kita punya milik kekal abadi di alam sana...
    Yang tiada siapa dapat menolong kecuali bekalan yang dibawa

    Bukan aku kata dunia itu tidak penting
    Dunia itu memang penting
    Karna selagi kita berhidup 
    Kita perlukan uang untuk meneruskan kehidupan
    Tapi tidaklah sampai kehidupan melalaikan kita
    Sampai kita terlupa akan ada kehidupan setelah mati nanti
    Yang kekal abadi 
    Negeri pembalasan ...

    Jika kita tinggalkan dunia ini
    Dengan tanpa bekalan
    Apa akan jadi pada nasib kita di sana
    Allahu Akbar tak dapat hendak aku bayangkan di kala itu
    Adakah aku pasti harta yang aku cari bermati-matian 
    Dapat membantuku
    Isteri/suami/anak yang kucintai separuh nyawa
    Dapat membantuku
    Mana dia kawan-kawan yang bergelak ketawa denganku
    Sema-sama mewah...sama-sama kaya...sama-sama bahagia...
    Nggak ada...nggak ada...nggak ada...
    Yang ada di sini sepi...lesu...bisu...
    Tanpa temen-temen canda
    Tanpa keluarga tercinta....
    Tiada....tiada....tiada....
    Ah malangnya aku tiada bekalan yang kubawa
    Jika aku tahulah 
    Solat itu menyelamatkan aku dari api neraka
    Al-Quran itu peguam bela ku di kubur 
    Sedekah itu menyelamatkan aku seksa kubur
    Talisiraturrahim itu mewangikan kuburku 
    Selawat itu membuatkan aku mendapat Syafaat Rasulullah
    Fisabilillah Syurga balasannya
    Akan aku perjuangkan habis-habisan untuk hidup dalam beramal 
    Soleh agar bekalan yang kubawa ...bekalan yang wanginya 
    Sampai ke Syurga....
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...
    Moga Allah memberi kekuatan padaku padamu dan 
    Pada semua yang membaca karyaku ini...
    Sama-sama mendapat Nur Hidayah Kaseh Dari-Nya
    Aameen Aameen Aameen Ya Rabbal A'Lameen

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    11 Rabiul Akhir 1434H
    21 Febuari 2013M

    (PETIKAN DARIPADA SKRIP TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'MEREALITIKAN SASTRA NUSANTARAKU)

  • KuEss Idris Muay nampak sangat pengarah just wanna make money without thinking about quality of BRAIN...
    2 hours ago · Like · 1

  • KuEss Idris Muay Akan datang juga dari suhaimi baba..Filem tentang Raja Haji Fisabilillah in shaa allah...sedang dalam pengambaran
    2 hours ago · Edited · Unlike · 1

    • Harimau Perang Ingatkan "Thriller" movie yang mengerikan & menakutkan rupanya sekadar cerita "katun" ... Polis kejar penjenayah pon boleh suruh berhenti..pada hal boleh tembak..lepas tu nak pegi menyiasat bawah 4 5 biji keta..nak ambush sorang je..pergi berdozen dozen..lepas tu potong mayat mayat manusia cam potong ayam je..guna pisau je ..lepas potong mayat manusia sampai 14 boleh rasa lapar ..dracula ke apa?..IQ rasa cam budak kecik je bila layan Filem Thriller ni

  • Nurlaila Safitri Shasha Red mcm tgk citer roda2 kuala lumpur tv kan daddy...???hehehe

  • Ryzal Abd Samat pengkritik juga ayah ni.. 
  • Ratu Rimba Niagara KuEss Idris Muay kenapa suhaimi babab ye...aduh...! sakit tau kena babab...hehehehe
  • Ayahanda Muda Apizz Pelakon yg pegang watak aril pun mcm kayu je, xde ciri2 seorg pelakon pun........Bosan
  • Harimau Perang Angah Ryzal : tolong bagi idea kat pengarah2 Filem Melayu kita sikit..tolong revolusikan filem filem Melayu agar tidak merendahkan IQ para penonton seperti kami yang dahagakan Filem yang lebih logik & bukan sekadar gah pada tajuknya tetapi biar menepati jalan cerita yang boleh diterima logik akal
  • Ratu Rimba Niagara RINTIHAN ITA PADA AYAH & IBU TERCINTA
    'SYURGA PENGHUNINYA TAHU ARTI SYUKUR'

    Ayah...ibu...
    Ita sayang ayah ibu...

    Sayang sesungguh sayang
    Ita anak manja ayah ibu
    Ita anak kesayangan ayah ibu
    Pada ayah ibu ita bermanja
    Hari...hari ita panggil ayah ibu sayang...
    Sayang...sayang...sayang...
    Sayang pada ayah ibu
    Sehari tak cium ayah ibu
    Rasa tak sempurna dunia ini
    Bahagianya ita punya keluarga begini
    Syukur ita pada Allah...
    Karna kurniakan ita keluarga bahagia
    Ayah ibu yang penyayang
    Syukur....syukur...syukur...
    Suka...suka...suka...
    Sayang...sayang...sayang...

    Hari-hari ita bahagia
    Senda gurau dengan ayah
    Bercanda dengan ibu
    Ketawa...ketawa...ketawa...
    Ita cium ayah ibu
    Jika ita ada buat salah
    Segera ita ambil tangan ayah minta maaf
    Segera ita ambil tangan ibu minta ampun
    Bilamana ayah ibu tak mahu ampun kan ita
    Ita berulang kali lafazkan maaf pada ayah ibu
    Hingga ita sanggup duduk bersimpuh di kaki ayah ibu
    Karna Tuhan kata Syurga di bawah tapak kaki ayah ibu
    Makanya ita tak mahu dosa ita tak terampun
    Ampunkan ita ye ayah ibu
    Janganlah disimpan dendam ayah ibu pada ita lama-lama
    Itakan anak ayah ibu
    Yang ibu kasih dan sayang
    Karna ibu dan ayah saling mencintailah
    Makanya lahirnya ita ke dunia ini
    Dengan izin Allah...
    Lahirnya ita ke dunia ini
    Adalah lambang kasih sayang ayah dan ibu iyakan?
    Makanya ita mesti
    Syukur pada Tuhan dengan izinnya ita lahir ke dunia
    Syukur pada Tuhan mengurniakan ayah dan ibu yang penyayang

    Tapikan ayah..ibu...
    Napa ye...bilamana ita nyatakan
    Kesyukuran ita
    Ingin membuktikan betapa ita
    Hargai kasih sayang ita pada ayah dan ibu
    Di lukisan yang ita ukirkan di mobil ayah
    Yang baru ayah beli...ayah macam tak suka ...
    Cuba ayah perhatikan ...penuh teliti ...penuh penghayatan...
    Cantik ayah lukisan itu
    Indah sangat
    Seperti kita sekeluarga berada di Syurga
    Kita sekeluarga menikmati permandangan di Syurga
    Ayah memandu mobil sambil berzikir ...
    Menyebut-nyebut nama Allah tanda syukur
    Dikurniakan sebuah mobil untuk membawa
    Kita sekeluarga ke Syurga...
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Indah...indah...indah....
    Bahagianya kita sekeluarga hanya Allah saja yang tahu
    Perasaan kita sekeluarga di kala itu ayah ibu...
    Tapikan ayah ibu
    Ita tersentak dari lamunan
    Rupanya ita bermimpi
    Yang kita sekeluarga berada di Syurga bersama mobil
    Yang baru ayah beli...

    Tega ayah memukul tangan ita
    Melukiskan suasana tika kita sekeluarga di Syurga
    Kenapa ayah?
    Ita tak tahu itu satu kesalahan bagi ayah ibu
    Ita sangkakan rasa syukur ita itu
    Ayah dan ibu suka
    Tapi tidak rupanya
    Ita ayah pukul bagaikan
    Ita ini seorang anak yang paling jahat di dunia ini
    Allahu Akbar.....
    Adakah ini dugaan bagiku Ya Allah...
    Kasih setulus hati kuberikan pada ayah ibu
    Azab sengsara dibalas...
    Aku mahu wujudkan dunia ini Syurga pada ayah ibu
    Tapi ayah ibu balas dengan kebencian
    Gara-gara aku ukirkan kasih sayangku di mobil ayah
    Jika aku tahulah
    Ayah ibu lebih mementingkan mobil
    Daripada cinta Syurga dariku
    Aku tak tega menjadi
    Anak kepada ibu dan ayahku

    Oh! Tuhan....
    Yang aku agungkan setiap hari
    Adalah kasih sayang
    Aku bahagia hidup bersama
    Hamba-Mu yang Kau kurniakan padaku
    Ayah dan ibu
    Aku sayangkan mereka berdua
    Tapi Tuhan mereka lebih
    Mementingkan harta dunia
    Daripada aku sebagai anaknya
    Aku redho aku tak punya kedua tangan Tuhan
    Atas kekhilafanku melahirkan kasih sayangku di mobil ayah
    Tapi Tuhan aku tak redho aku diperlakukan
    Seperti haiwan yang tak punya hati dan perasaan...
    Makanya Ya Tuhan
    Aku tak mahu hidup memandang wajah ayah dan ibuku lagi
    Karna bagi mereka aku anak yang jahat
    Aku anak yang tak berguna
    Aku anak yang tak tahu menghargai kedua orang tuanya
    Makanya Ya Allah
    Aku malu berhidup lagi di dunia ini
    Tanpa redho-Mu
    Tanpa redho kedua orang tuaku
    Makanya Ya Allah
    Kau ambil nyawaku
    Agar puas hati ayah dan ibuku Tuhan....
    Yang penting Kau tahu siapa aku Tuhan
    Biarlah aku ke Syurga
    Mendiami Syurga
    Karna di Syurga
    Penghuninya terdiri daripada hamba-Mu
    Yang tahu arti nikmat Syurkur

    Karya Ratu Rimba Niagara
    11 Rabiulakhir 1434H
    21 Febuari 2012M
    (KARYA INI DIILHAMKAN UNTUK YANG MENGHARGAI ARTI NIKMAT SYUKUR APABILA DIBERI ANAK YANG SOLEH/SOLEHA KARNA MEREKA ADALAH KURNIAAAN ALLAH YANG PATUT DISYUKURI SEHINGGA NAFAS TERAKHIR & ANAK ADALAH SAHAM AKHIRAT)
    ·
    about an hour ago · Edited · Like · 1
  • Mus Dragonsan Senang citer filem ni mcm sampah!!!
  • Ryzal Abd Samat persatuan filem, pengarah dgn penerbit dh byk kali bentang isu industri film m'sia ni..penat sesgtt dh  sy akur ada yg berkualiti dan ada yg tangkap muat je..susah nk jmpa yg benar2 bekarya atas karya..(sy pun cri makan je dlm industri yg kecik ni)..pujian dan tomahan atas penonton..produksi terima baik buruk..jgn blaim pd pengarah dan produksi je..slh jugak pd finas(takde org finas yg baca kan ..abis semua nk WAJIB TAYANG..susah la...it just art...maap..close the eyes to turn a deaf ear.. 
  • Ratu Rimba Niagara Janganlah kata sampah pada orang Seni...ye..kasihan mereka penat perah otak dikatakan sampah...itulah orang kita ni...suka sangat nak kritik yang negatif...kalau nak kritik ...kritiklah yang positif...yang sedap didengar telinga...itu baru budaya melayu...bila marah gimana pun tetap menjaga santun dalam tutur kata...cuba kita ambil pendekatan menegur tapi berhemah...tiada yang terluka tiada yang tersakiti...tiada niat mahu mematikan kreativiti orang seni...beri mereka idea atau apa saja cadangan yang bernas kepada mereka yang terlibat agar dapat menaiktarafkan kualiti filem kita...itu baru betul....jika semua idea rakyat Malaysia yang bijak pandai mengkritik ni beri cadangan gimana mahu menghasilkan karya-karya yang boleh memuaskan hati mereka ...silakan...silakan kemukakan kepada parlimen...bawa isu ini gimana mahunya kehendak rakyat Malaysia pada sesebuah filem yang ada mutu dan manikam .
  • Ratu Rimba Niagara Ala..Ryzal Abd Samat...nak balas marah pun janganlah nak ejek cek noo....hehehehe terkejut cek...hehehehe
  • Ryzal Abd Samat x mrh sapa pun  pasni byk filem dgn drma akan menyusul..pun tunggu kritikan dari pujian..
  • Ratu Rimba Niagara Ada kalanya kritikan membuat orang seni sedar dari lena dunia mereka iya kan? 
    Sekarangnya bangunlah dari kritikan untuk terus cemerlang gemilang terbilang ok...
    Mamartabatkan filem negara ke arah yang berkualiti lagi mantapppp...In Shaa Allah.
  • In Shaa Allah.
  • Mus Dragonsan Ratu rimba... Kalau filem mcm nie u nak puji silakan.. I bukan pengkritik filem, tp agak2 lh... Filem nie syok sendiri... Baik pengarah ni buat drama untuk dia tonton satu family... Menunjukan sgt kebodohan polis malaysia... Kene tembak, tp leh bincang2 lagi... Bangga ke tunjuk keadaan dalam disco, jual dadah... So for me, its suck!!! Kalau bg awak ianya seni... Terpulang... Hak masing2 nak komen... Bg sy ttp sampah!!!
    24 minutes ago via mobile · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Iye lah...nak katakan apa saja boleh...tapi janganlah down kan sampai terlentang tak boleh bangun-bangun lagi...berilah ruang untuk orang seni membetulkan kesilapan IQ nya...tak boleh ke...?
  • Mus Dragonsan Kita hidup kene ada pendirian... Tk blh... Ttp sampah...!!! Kan dah ckp hak masing2...u nak puji walaupun filem hancur... Silakan... Tk marah pun... 
    18 minutes ago via mobile · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Jika kita sama-sama membetulkan IQ masing-masing yang agak senget sikit bagi betul...kan senang...kita pun boleh menghasilkan karya dalam suasana ceria...jika Mus Dragonsan tahu orang seni ni perlukan sokongan padu dariapda semua rakyat Malaysia tapi dalam suasana yang harmonis dan kritikan yang membina...kritikan yang tak membina pun ok juga..tapi yang benas tak rasa down sampai tak boleh bangun sampai terpaksa gulung tikar sampai terpaksa buang pena di lautan kekecewaan...kalau itu boleh memuaskan hati pengkiritk rakyat Malaysia...silakan...
  • Mus Dragonsan Seorang tg berterus terang dari hati setelusnya, insyaallah hanya jauhari yg mengenal manikam... dah lupa ke?
    15 minutes ago via mobile · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara Tahulah harimau itu ganas...dragon pun ganas...tapi ini harimau & dragon yang jinak lagi manja kan3...hehehe makanya minta maaf jika ada tersalah bicara ye...hehehe salam santun dari rimba niagara...
  • Mus Dragonsan Salam dari saya jgk... Last word... Filem ni ttp SAMPAH!!! Peace... Bye
  • Ratu Rimba Niagara Di sini jika kita tak saling memohon maaf atas kata-kata kita ..nanti si kucing Ryzal Abd Samat pasti tak henti-henti ejek kita...ahh nggak tega aku begitu dong...tak caya tengok ryzal mengejek...hehehe
  • Ratu Rimba Niagara Ryzal sabar ye...saya yakin selepas ini akan ada filem-filem terbarumu yang boleh menyegarkan roh-roh yang udah lama lena agar tak terlena terus bila sampai di alam barzah...In Shaa Allah. Kalimah Syurga yang kau . aku dan semua Agungkan akan dapat dilafazkan ketika akhir kalam berkat menga-Agung kalimah-Nya di sebilang masa biarpun berada di layar perak! Moga ryzal tetap semangat! moga semua pengkritik Malaysia tetap semangat menyokong para pembikin filem semua yang ada di Malaysia.
  • Pakua Selangor mcm main police n 3 1 to jaga..police mati pencuri jaga...bole plak asik jerit BERHENTI BERHENTI BERHENTI..penjenayah da dok tembak ber das2..gila punya cita..nasib gua tgk wayang xkena bayar..kalo x buang duit jer..lagi best cita upin ipin tu..
    6 minutes ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Pakua Selangor...In Shaa Allah selepas ini tak akan ada filem yang dikatakan sampah ini lagi...tak caya tanya Ryzal...kalau ada juga selepas daripada menerima kritikan yang pedas ini...langkah mayat aku dulu...biar aku yang mati dulu demi memartabatkan filem melayu berada dipuncak kegemilangan Laksamana Hang Tuah! Bak Kata Keramat Laksamana Hang Tuah, "TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA' In Shaa Allah.
  • Pakua Selangor lepas nie ke lps thn 2020??yg rase banyak duit tapi baru nak blaja buat filem mcm tu lagi baik sedekah kan kat umah anak yatim..xde la kena jerit BERHENTI..BERHENTI..BERHENTI..
    11 minutes ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara MAKANYA DAH SAKIT TEKAK DEN NI MOHON DIADILI OLEH PARA PENGKRITIK YANG BIJAK PANDAI DI SINI ...SEGELAS AIR PUN TAK ADA...TAK APALAH TEKAK DEN DAH NAK BEREHAT GI MINUM DULU...hehehehe
  • Pakua Selangor JGN MINUM AIR..BERHENTI..BERHENTI..BERHENTII..APTB
  • Mus Dragonsan Ex entertaiment desk kat NSTP k...
  • Ratu Rimba Niagara WOWW...KAT CINI SEMUANYA DAH PANDAI BUAT SKRIP...HA BOLEHLAH JADI PENULIS SKRIP..LEPAS TU BAGI SKRIP KAT RYZAL....KALO PAKUA SELANGOR & MUS DRAGON BUAT SKRIP PASTI KUALITI FILEM MALAYSIA ...IYA KAN RYZAL....hehehehe
  • Ratu Rimba Niagara RYZAL SEKARANG DAH ADA PENULIS SKRIP YANG MANTAP TAK AKAN ADA LAGI KRITIKAN PEDAS...HA...SEKARANG MASUK BALIK LIDAHMU...AKU TAK SUKA EJEK...EJEK..GITU...TAK BAIK TAU....hehehehe
  • Mus Dragonsan Last question... Sebut pasal melayu... Tang mana MELAYU nya Filem nie... Sapa2 tolong jawab sat... Filem takken 2 pun ada org azan k...
  • Ratu Rimba Niagara Itu ...Harimau Perang yang jawab...diakan pendekar melayu....tak caya sat lagi dia jawab...hehehehe
  • Harimau Perang yang jawab...diakan pendekar melayu....tak caya sat lagi dia jawab...hehehehe
  • Pakua Selangor KITA KALO XPANDAI SENI TAPI KITA BUAT PASAL NAK CARI KEUNTUNGAN CPT LAGI BAIK XPAYAH NO...XPANDAI TU JGN BUAT PANDAI2..WAT MALU..FILEM KITA DOK KENA KUTUK..PASAL NYE??NAK CARI KEUNTUNGAN..BKN NAK NAIK OR MARTABAT KAN SENI ORG KITA...APA PUN GUA RASA LAGI BAIK ADENGAN FILEM YG BABAK BERHENTI...BERHENTI...BERHENTI TU DITUJUKAN PADA PENULIS N PENERBIT FILEM...BERHENTI DARI MEROSAKKAN FILEM KITA...
  • Mus Dragonsan Harimau Perang tolong jawab... Cepat sikit.... Nk dgr kata2 pahlawan melayu plak... Hahahaa... Goyang nie
  • Mus Dragonsan Wa caya lu lah pakua...!!!
  • Ratu Rimba Niagara LU BERDUA NI MEMANG CARI PASAL SAMA GUA...KALO NAK SANGAT ORANG SENI BERHENTI..BAIKLAH..GUA CABAR SAMA LU BERDUA ..BIKIN SATU SKRIP FILEM BAGI BETUL2 BOLEH MEMARTABATKAN FILEM MELAYU YANG SAMPAI KE PERINGKAT ANTARABANGSA! KALU LU BOLEH...GUA TABIK SAMA KAMU 1000 X BOLEH SAHUT CABARAN INI?
  • Mus Dragonsan Ini semua poyo dari satu skrip filem terbaru... Dari gua abis duit, baik gua bagi kat rmh org tua2... Dok diam2, takder kene kritik...
  • Ratu Rimba Niagara MUS KITA NI DAH TERLALU SENJA UNTUK BERDEBAT YANG TAK ADA JALAN PENYELESAIANNYA..APALAH SALAHNYA KITA PUJUK HATI KITA SUPAYA....
    BILA BERDEBAT DALAM SUASANA WIN WIN HA...BARU BEST TAK ADA RASA KALAH MATI...
    INI NAK BERDEBAT BAGI KALAH MATI...KALAU BEGITU..NAK BERUNDUR DIRILAH TAK NAK BERDEBAT DENGAN MUS DRAGON LAGI..SAMA DENGA PAKUA SELANGOR...NAK BALINGKAN PENA INI KE LAUTAN KEKECEWAAN....OPHS TERSYASUL PULAK LAUTAN KEJAYAAN IN SHAA ALLAH...AMEEN.
  • Pakua Selangor lautan??ke laut la cite nye...
  • Pakua Selangor wat cite pasal laut..pasal kalo skrip nye ke laut pun org xkutuk da..
  • Mus Dragonsan Kalau tulis semua guna huruf besar maknanya marah.... Awak marah ye? Kalau awak marah tk kisah pun... Org seni kalau tk sanggup kene kritik baik jual nasi lemak... Bak kata pakua...
  • Ratu Rimba Niagara Kenapa pulak nak marah...kalo aku marah...dah lama aku gantung pena di tangkai jantung hatimu biar kamu sendiri yang pancungnya sampai mati...kalo nak tahu aku siapa tanya sajalah Harimau Perangmu itu...dia kenal sama aku...sebab itu dia nak jadi rakan fbku...kalo tidak masakan dia mahu jadi rakan fbku... kalau dia menafikan baru aku merajuk dan akan tinggalkan fbnya kerana dia tak mahu membela aku sebagai rakan fbnya....
  • Pakua Selangor marah nampak nya...sabar2...
  • Mus Dragonsan Aku tk kisah kau siapa kah wei... Kalau tkleh terima kata2 aku, aku tkderhal... Aku ttp dgn pendirian aku... Aku pun tk perlu nk tanya kau sapa kat joe... Perempuan kalau beremosi mmg mcm nie ye joe... Kejap saya kejap aku...
  • Ratu Rimba Niagara SEKARANG INI AKU TUNGGU PANGLIMA PERANG DATANG MEMBELA AKU SEBAGAI RAKAN FBNYA...JIKA DIA TAK DATANG DALAM TEMPOH 24 JAM AKU AKAN UNDUR DIRI DARI FB NYA...KALAU BOLEH SEKARANG AKU MAHU UNDUR...AKU BERUNDUR BUKAN SEMESTINYA AKU KALAH DALAM PERDEBATAN YANG TAK MENDATANGKAN KATA SEPAKAT INI TAPI AKU MUNDUR KARNA AKU KECEWA DENGAN SIKAP IQ ORANG MELAYU TAK MAHU BERALAH DEMI ANAK BANGSANYA SENDIRI...INI KAH YANG DI KATAKAN MELAYU?
  • Pakua Selangor bukan melayu..tapi melay...

  • Mus Dragonsan Aku tanya, ku jawab lah... Tang mana melayu nya filem kerat 14 nie... Kau kan hebat pasal difilem... Kalau kau leh jawab aku respek kau
  • Ratu Rimba Niagara TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! INSYA-ALLAH AAMIIN

    PEJUANG BANGSA MELAYU KHAI NOOR

    Duhai pejuang bangsaku
    Bangsa melayu
    Khai Noor
    Kau pejuang bangsa melayu
    Melayu...melayu...melayu..
    Itu yang kau perjuangkan

    Raja melayu
    Bangsa melayu
    Bahasa melayu
    Hak melayu

    Kau tak suka
    Bangsa melayu
    Dihina dan
    Direndahkan martabatnya

    Bangsa melayu mesti
    kuat
    berani kerana benar
    berjiwa pahlawan
    bijaksana
    beramal
    beriman
    berbudi bahasa tinggi

    Itu mahumu
    Itu cita-citamu
    Itu yang kau perjuangkan
    Pagi petang
    Siang dan malam

    Dan kau cukup tak suka
    Pabila bangsamu cepat
    Putus asa
    Berdengki hati
    Memusuhi sesama sendiri
    Pentingkan diri sendiri

    Kau mendiamkan diri
    Bukan bererti kau kalah
    Tapi diammu
    Penuh strategi
    Penuh azam
    Membara-bara
    Dan akan
    Kau buktikan
    Bangsa Melayumu
    Akan megah
    Berada di puncak jaya
    Dalam Redha Ilahi

    Itulah cita-citamu
    Pada bangsa melayumu
    Dan akan kau buktikan nanti!

    Sifat kau yang beginilah
    Memang patut anak cucu melayu
    Menghargaimu dunia akhirat
    Dan mendoakanmu
    Semasa kau hidup
    Mahupun kau telah dijemput Ilahi pulang ke pangkuan-Nya
    Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    11 Jun 2012
    (PUISI INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KHAI NOOR
    PEJUANG BANGSA MELAYU RAKAN SEPERJUANGAN
    PUTRI RIMBA NIAGARA MOGA PERJUANGANMU BERJAYA AAMIIN )
  • Ratu Rimba Niagara TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! INSYA-ALLAH AAMIIN

    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

    Aku anak melayu...
    Engkau anak melayu
    Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
    Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
    Beradu kepahlawanan melayu
    Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

    Engkau janganlah bersandiwara...
    Engkau kata engkau anak melayu
    Apa bukti engkau sokong melayu?
    Ada anak bangsa engkau
    Yang engkau bela?
    Bilang sama aku?
    Mana buktinya?
    Aku pantang orang pandai berkata-kata
    Tapi tak mahu buktikan!!!!

    Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
    Engkau yang patut buktikan...
    Engkau yang ada kuasa
    Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
    Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
    Dengan kuasa yang engkau ada
    Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
    Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
    Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

    Ciss bedebah engkau...!!!
    Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
    Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

    Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
    Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
    Apa engkau tak rasa bersalah?
    Kerna engkau tak rasa bersalah ....
    Marilah kita bertarung tenaga....
    Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

    Ciss anak melayu pantang dicabar!!

    Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
    Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
    SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
    PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

    KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
    KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
    ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    30 Mac 2012
  • Ratu Rimba Niagara TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! INSYA-ALLAH AAMIIN

    AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya Putri Rimba Niagara
    23 Mac 2012
  • Mus Dragonsan AKU TANYA KAU, TANG MANA MELAYU NYA FILEM KERAT 14 NIE? JAWABLAH!
  • Ratu Rimba Niagara TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! INSYA-ALLAH AAMIIN

    KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU!

    Keris lambang kepahlawanan melayu,

    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karena aku MELAYU
    Aku redho karena aku MELAYU
    Aku gembira karena aku MELAYU
    Aku bangga karena aku MELAYU
    Karena aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
    3 April 2012
  • Ratu Rimba Niagara TIDAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA! INSYA-ALLAH AAMIIN

    SKRIP HANG JEBAT DAN HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :


    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Putri Rimba Niagara
    30 Jun 2011

    (PETIKAN DARIPADA WALLPUTRI RIMBA NIAGARA)
    3 April 2012
  • Mus Dragonsan Apa kau copy paste nie... Takder kene mengena ngan filem kerat 14 nie pun... Plzzz lah

(PETIKAN DARIPADA WALL HARIMAU PERANG)
23 Febuari 2013
www

0 comments:

Post a Comment

 
;