Friday, 22 February 2013

MAJLIS PENGUKUHAN DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM DAN PERASMIAN GALERI MELAKA DI JAKARTA







majlis pengukuhan dunia melayu dunia islam dan perasmian galeri melaka di jakarta. dar
 — with Maizatul Aini.
Unlike ·  · Share · 4 hours ago
  • You, Rasid Nodin and 46 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara ANDAINYA ESOK NADIKU MATI
    CINTAKU PADA ANAK BANGSA NUSANTARAKU
    TAK PERNAH TERHENTI 

    AKU PAHLAWAN MELAYU...

    DENGAR SINI ORANG MELAYU 
    INI SUMPAHKU
    SELAGI JANTUNGKU BERDEGUP
    HINGGA HUJUNG NYAWAKU
    AKAN KUPERJUANGAN HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
    BAHAWA BUMI MELAYU
    BANGSA MELAYU
    AGAMA ISLAMKU
    AKAN KUPERTAHANKAN
    SEKALIPUN NYAWAKU JADI TARUHAN

    AKU PAHLAWAN MELAYU
    KERIS PUSAKA BANGSA NUSANTARA INI
    TELAH LAMA BERLUMURAN DARAH 
    PAHLAWAN MOYANGKU LAKSAMANA HANG TUAH
    TAK AKAN 
    SAMA SEKALI AKU PERSIAKAN
    PERJUANGAN MEREKA
    MEMERDEKAN BUMI NUSANTARA INI
    MAKANYA AKU BERSUMPAH
    DEMI KARNA TUHANKU
    DEMI KARNA BANGSAKU
    DEMI KARNA TANAH AIRKU
    AKAN AKU PERJUANGKAN 
    HINGGA AKU DI PANGGIL PULANG MENGADAP ILAHI

    AKU PAHLAWAN MELAYU
    TAK TAKUT MATI PABILA BERADA DI MEDAN JUANG
    AKU PANTANG MELAYU HINA MELAYU
    AKU PANTANG MELAYU TAK HIRAU MELAYU
    AKU PANTANG MELAYU TAK HORMAT MELAYU
    AKU PANTANG MELAYU TAK MENOLONG MELAYU
    AKU PANTANG MELAYU ZALIM SESAMA MELAYU
    AKU PANTANG MELAYU TIPU MELAYU
    AKU PANTANG MELAYU DIBIARKAN TERUS LAYU

    LAYU...LAYU...LAYU...
    LAYU DALAM PERJUANGAN
    BERKATA TAK SELARI DENGAN HATI
    SUKA BERJANJI TAPI TAK KOTAKAN JANJI
    AKU PANTANG ...AKU PANTANG...AKU PANTANG.

    DENGAR SINI BAIK-BAIK YANG ANTI MELAYU
    DENGAR SINI YANG ANTI BAHASA MELAYU
    DENGAR SINI YANG KURANG AJAR DENGAN MELAYU

    JIKA KALIAN NGGAK MAHU AKU TERUSAN 
    TERUS MEMBERONTAK 
    TERUS MENYERU...NYERU
    BANGKITLAH BANGSA MELAYUKU
    BANGKITLAH RUMPUN MELAYU NUSANTARAKU

    BANGSA MELAYU MENUJU KE ARAH
    KEPUPUSAN IDENTITI DARIPADA SEGALA HAL
    ATAS PERBUATAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI
    TAK MAHU BERGANDING BAHU 
    MENYANJUNGI BANGSA & WARISAN PUSAKA BANGSA NENEK MOYANG RUMPUN MELAYU NUSANTARA 
    MEREKA TAK AMBIL PEDULI JAUH SEKALI AMBIL TAHU 
    MEREKA MASIH LAGI LEKA DENGAN KEPENTINGAN SENDIRI
    JIKA ITULAH ADA PADA KITA SEMUA... 
    BANGSA MELAYU AKAN MUSNAH DITELAN ZAMAN 
    DAN BILA MUSNAH
    MELAYU AKAN DILUPAKAN
    BILA DILUPAKAN
    JANGAN HARAPLAH 
    BUMI NUSANTARA INI AKAN AMAN
    AKAN SENTIASA BERGOLAK...BERGOLAK...
    PEREBUTAN KUASA ADA DI MANA-MANA
    HIDUP RAKYAT DALAM KUCAR KACIR 
    TIADA LAGI BUDAYA MENYANJUNGI 
    YANG ADA 
    AKU...AKU...
    ENGKAU...ENGKAU...
    AKU TAK KENAL ENGKAU
    ENGKAU TAK KENAL AKU
    JAHANAMLAH KAMU DI SITU
    ASALKAN HIDUP AKU PUNYA SEGALA

    ALLAHU AKBAR
    ADAKAH MASYARAKAT BEGINI YANG KITA MAHUKAN?
    UNTUK KITA TINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU?
    PASTINYA SEMUA TIDAK MAHU

    JIKA KITA TIDAK MAHU BERJAWAB 
    DENGAN ALLAH TAALA
    AYUH BERSAMA KITA LAKUKAN
    REVOLUSI BANGSA MELAYU 
    REVOLUSI MINDA KE ARAH KECEMERLANGAN DUNIA & AKHIRAT
    BARULAH KITA RASA AMAN DAN BANGGA
    PADA ANAK CUCU NUSANTARA NANTI
    BAHAWA KITA ADALAH MOYANG
    YANG BERTANGGUNGJAWAB
    MENYAYANGI MEREKA SETULUS HATI
    KARNA ALLAH TAALA

    MOGA TERHENTINYA NAFAS TERKAHIR KITA
    DALAM MELEPASKAN SEKUNTUM SENYUMAN
    PENUH BAHAGIA KEPADA PEWARIS NUSANTARA....

    ANDAI ESOK NAFASKU TERHENTI
    INGATLAH DETIK TERAKHIR DIRI INI
    ANDAI ESOK NADIKU MATI
    CINTAKU PADA ANAK BANGSAKU TAK PERNAH TERHENTI

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    12 Rabiulakhir 1434H
    22 Febuari 2013
    (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PAHLAWAN MELAYU SENUSANTARA & ANAK BANGSA SENUSANTARA TERCINTA)

    (PETIKAN DARIPADA SKRIP TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'MEREALITIKAN SASTRA NUSANTARAKU)
    22 Febuari 2013

(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK SRI MOHD ALI RUSTAM)
22 Febuari 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;