Friday, 22 March 2013

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (111) KALA RUH KU MERINDU SANG PENCIPTA





Friday, 22 March 2013
 0 comments

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (108) BERSAMA KITA DIBAWAH ARASY-NYA


CINTA KEPADA ALLAH ADALAH PUNCAK-NYA CINTA

Ratu Rimba Niagara shared Nor Ani's photo.
Assalamualaikum...

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya.  Beruntunglah orang yang mencintai Allah  dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekadar mencintai kerana-Nya.
Assalamualaikum...

KOLEKSI NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA KARYA RATU RIMBA NIAGARA Part (1)

KU HARAP KAU MEMBENTANG SAYAP MENGHANTARKU KE PUNCAK SYURGA

Duhai kanda anugerah Tuhan
Aku cuma hamba-Nya
Yang tak punyai
Apa keistimewaan lagi
Yang diburui lelaki sesolehmu
Yang aku ada hanyalah
Niat di hati
Memburu cinta Allah
Atas keredhaan
Seorang yang bergelar suami
Jika itu sudah tertulis
Takdir yang tersurat
Di Lauhmahfuz-Nya
Aku terima dalam
Redhaku pada Ilahi
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Terima kasih kanda
Sudi mencintaiku karna-Nya
Moga kita bersama dapat
Menuju jalan-jalan Ketuhanan
Sebelum dijemput-Nya pulang
Moga dengan Rahmat Kasih-Nya
Tanpa batas dilimpahi pada kita
Tika kita hidup dan mati
Bersama menyulam cinta di dunia
Bersama bahagia juga di Syurga nanti
Di dunia aku bidadari melayanimu
Di Syurga juga aku bidadarimu setia bersamamu
Insya-Allah . Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Moga Allah memakbulkan doamu doaku

Allah Azzawajallah mengikut prasangka hamba-Nya...makanya kita berprasangkalah baik yang diredhai-Nya. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.

Madah ini untuk pujangga cinta hatiku:
Kanda Adam yang kucinta dunia akhirat

"Kanda kau bagaikan indahnya pelangi di malam hari...
Senyumanmu seindah pelangi di siang hari...
Ketenangan di wajahmu setenang air di kali Syurga.....membuatkan aku cinta ...aku rindu...Moga Allah merestu."

Daripada : Dinda Ratu Rimba Niagara
Penghuni Rimba kirim salam sayang untukmu kanda...katanya bila kanda hendak datang ke istana Rimba Niagara...karna mereka mahu temuduga dulu samada boleh menjadi Raja untuk bakal permaisuri mereka nanti....

SEHINGGA KE SYURGAWI KITA BERCINTA

Duh kanda
Gurindam puisimu selalu
Bikin hatiku dialun ombak rindu
Dan aku rindu

Duh kanda...
Aku rindu serindu-rindunya
Pada tawa selokamu
Bersahaja membaitkan kata-kata
Seloka yang bikin hatiku ketawa

Duh kanda...
Aku ketawa dalam duka
Dukaku pun hilang ditelan pelangi cinta

Duh kanda...
Indah saat di kala itu
Senyumanku senyumanmu
Sesuci cinta di embunan pagi
Sesuci air mata kekasih
Laila Majnun

Duh kanda...
Kita sama ketawa
Kita sama rindu
Kita sama cinta
Dalam lautan cinta
Bersahaja kerna
Kita diketemukan
Untuk sama mematrikan
Cinta yang sudah tercatat
Di Lauhmahfuz-Nya

Duh kanda...
Indahnya di kala
Kau melafazkan
Akulah bidadari
Dunia akhiratmu

Duh kanda...
Indah....indahnya cinta kita
Seperti kita berada di taman-taman Syurgawi
Menyulam rindu
Menyulam cinta hingga ke Syurgawi kita bercinta
Insya-Allah Aamin

Karya: Ratu Rimba Niagara
22 Mac 2013

DI PERSISIR PANTAI KUTULIS NAMAMU

Duhai kanda
Pujangga tangkai jantung puisi dinda
Bila kau berpujangga
Aku dialun ombak rindu menderu-deru
Selagi kuat ombak rindu menderu
Detak jantungku terus berdegup kencang
Namun angin sepoi-sepoi bahasa meredakan
Lalu aku pergi ke pantai ombak rindu
Di persisir pantai
Kutulis namamu namaku
Tanpa titik
Kuhalang terjangan ombak
Agar tidak memadamkan namaku namamu
Kuhalang ombak kerana ku tak mahu
Ombak memadamkan cinta suci kita
Moga Tuhan ehsan sama cinta kita
Menghalang ombak
Memadamkan cinta suci kita
Karna Perancangan-Nya
Mendahului perancangan kita
Percayalah
Karna takdir cinta kita ada pada-Nya

Moga Tuhan memakbulkan doamu doaku
Dalam mencari jalan-jalan ke Syurga-Nya
Karna itulah bekalan kita sebelum
Dijemput-Nya pulang
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya RAtu Rimba Niagara
22 Mac 2013

Sebelum Pejam Mata

Hidup ini memang
Melekakan!
Melalaikan!
Aku terkedu
dalam kelekaanku.
aku terkesima
dalam kelalaianku.

Sebelum pejam mata
ingin aku berbuat baik
pada Tuhan
jua sekelian manusia
di muka bumi ini.

Sebelum pejam mata
ampunkan aku Tuhan
maafkan aku manusia
atas segala dosa pada-Mu
jua kesilapanku pada
sekelian manusia.

Izinkan aku bertemu dengan
Kekasihku dalam wajah yang
tenang dan berseri
jika itulah yang kudapat
hidup ini adalah satu kepuasan buat diriku
dan aku redha dengan segala ujian
yang tertimpa ke atasku
syukur Ya Tuhan aku dihidupkan
hanya untuk membalas cinta-Mu

Karya Ratu Rimba Niagara
22 Mac 2013

JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan hamba-Mu
Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud pada-Mu
membaca Qalam-Mu
berzikir pada-Mu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
berbuat kebaikan
bersangka baik dengan-Mu dan manusia

Ya Allah Tuhan yang kucinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hamba-Mu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

Ya Allah Aku HambaiMu yang terlalu hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu

Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Ratu Rimba Niagara
22 Mac 2013

KALA RUH KU MERINDU SANG PENCIPTA

Adindaku Ratu Rimba Niagara :::

wahai....

menemukanmu adalah semburat fajar
kala pekat malam kukira tak kan usai

wahai.....

mendapatimu adalah guyuran hujan
kala kebun jiwa kurasa mengering perlahan

maka, wahai...
kumohon jangan berpaling
sebab kupinta engkau jadi cahaya
hingga tak sesat aku mengeja langkah
tuk selusuri jalan gelap menuju Nya
atau kuharap engkau membentang sayap
mengantar aku ke puncak surga
kala ruh ku merindu sang pencipta
---------
terima kasih dinda...

By: Kanda Adam Yang Mencintaimu Sampai Syurga
22 Mac 2013
Like ·  · Promote · 

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
22 Mac 2013
www

0 comments:

Post a Comment

 
;