KARYAKU! DUNIAKU!
Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah, manusia dan pada
sekalian alam ini.
Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kupikul setulus ikhlas.
Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!
Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani.
Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.
Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!
Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah.
Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!Anugerah dari-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Mac 2013
INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU
Indah bagi yang mengerti bahasa hati
bahasa jiwa bahasa bangsa
bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
bahasa yang boleh menenangkan jiwa
tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
mendamaikan roh dan jasad
moga pertemuan antara dua hati ini
kekal abadi disatukan di alam realiti
berbicara empat mata satu hati
sehati sejiwa mengungkap kata
bahasa hati bahasa jiwa
indahnya pertemuan di kala itu
bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
saling mengerti saling memahami
bahasa hati bahasa jiwa
cuma yang mengerti betapa indahnya
bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu.
bahagia...
Karya: Ratu Rimba Niagara
22 Mac 2013
SYAIR RAKAN ALAM MAYAKU SUMBER INSPIRASIKU!
SYAIR RAKAN ALAM MAYA
Tersebutlah kisah Rha NS empunya cerita,
Suka mengarang tak kira masa;
Dari kecil hingga ke usia senja,
Suka berimpian tinggi cita-cita.
Tak kira masa dia menulis,
Pegang pena terus menulis;
Datang ilham menulis terus menerus,
Kertas habis dakwat pun habis.
Mula-mula suka berfalsafah,
Bila bercakap orang menyampah;
Kata orang habis disanggah,
Pujian orang takkan pernah bermegah.
Orang suka bila dah faham,
Dihadapinya rakan pelbagai macam,
Bila mendengar rasa semacam,
di berfikir sambil tersenyum.
Di alam maya bertukar fikiran,
Berkawan dengan para ilmuan;
Pelbagai jawatan menjadi tumpuan,
Berkawan untuk bertukar pengetahuan.
Ilmu tercetus mempertajamkan minda,
Informasi rakan facebook amat berguna;
Adakalanya dia sepi seketika,
Memahamkan watak setiap teman facebooknya.
Profesor Kembara Bahasa menjadi idola,
Keilmuannya tinggi di bidang sastera;
Dikagumi perjuangannya yang mulia,
Ingin mempertabatkan bahasa ibundanya.
Datuk Mohd Jeffry Rosman orang Sabah,
Seorang pemimpin berhati tabah;
Tiada suka bermegah-megah,
Matlamatnya mahu majukan Sabah.
Datuk Jem seorang usahawan,
Usahawan berjaya bergelar jutawan;
Segala usaha menempa kejayaan,
Biarpun kaya tetap budiman.
Durbanibra Syazwan usahawan berjaya,
Hidup bahagia kaya raya;
Hatinya mulia bak bulan purnama,
Biarpun kaya tiada pernah berbangga.
Abdul Razak Khasbullah teman facebooknya,
Pemimpin berjiwa rakyat idolanya;
Ketelusan kepimpinannya menjadi idola,
Ilmu kepimpinan dapat manfaat semuanya.
Hujah Mujahidin Al-Hassan seorang bijaksana,
Alim orangnya kuat beragama;
Menjadi pendakwah di alam maya,
Bila berhujah ramai yang suka.
Ruby Mohd Ali sahabat yang baik hati,
Hatinya mulia wajah berseri-seri;
Tidak pernah berkecil hati,
Berkawan dengannya rasa dihargai.
Awang Karim Kadir penyair disegani,
Bila berkarya puitis sekali;
Membuat hati dibuai mimpi,
Karyanya diingati hingga ke mati.
Rans Seroja Nabila sahabatku,
Memberi sokongan tanpa jemu;
Setiap kali berkarya mereka terpukau,
Berlainan benua hati tetap bersatu.
Hati gembira mendapat rakan,
Namanya Poul Nanggang orangnya budiman;
Mempunyai minat yang sama seiringan,
Penulis yang tak bernama ingin dalam kebaktian.
Weerdaa Bey generasi baru,
Budi bahasa menawan hati tidak menentu;
Kuat berusaha tanpa jemu,
Pasti kejayaan menjadi milikmu.
Pemuzik berbakat Satile Sagin,
Kuat berusaha demi perjuangan;
Perjuang seni muzik menjadi impian,
Kejayaanmu itu menjadi kebanggaan.
Pengarah filem terkenal Yusof Kelana,
Diminati ramai sini dan sana;
Ramai yang suka filem arahannya,
Penonton melihat begitu terpesona.
Diari Perantau menghargai Ciptaan TuhanNya,
Gambar alam diambil menghayati kesyahduan Cinta;
Cinta kepada Maha AgungNya Pencipta,
Diciptakan alam untuk hamba-hambaNya.
Nurul Ain Lim gadis beriman,
Bila bicara penuh santun;
Orangnya manis buat jejaka tertawan,
Wajahnya ayu seiring bahasa yang sopan.
Nieza gadis beradap sopan,
Tutur kata teramat sopan;
Tenang hati bila berkawan,
Berkawan dengannya hati bunga-bungaan.
Duhai teman facebook yang dihormati,
Berkongsi idea dan ilmu amat diminati;
Bukan untuk membangga diri,
Keegoaan sendiri mahu dijauhi.
Berkawan bukan untuk umpatan,
Meluahkan kata nista mahu dijauhkan;
Buat hati dalam keretakan,
Hati sentiasa dalam kedukacitaan.
Ku tak jemu selagi kau sudi,
Bertukar-tukar ilmu saling berkomunikasi;
Setiap kata tertera jawapannya kunanti,
Namun kau sepi tanpa dibalasi.
Apa guna kita jalinkan persahabatan,
Hanya sekadar untuk dipersiakan;
Kehidupan yang singkat mahu dimanfaatkan,
Persahabatan keranaNya dalam keberkatan.
Rakan yang sepi aku pun sepi,
Kabar berita tiada lagi kunanti-nanti;
Bayanganmu hilang kutercari-cari,
Kupadamkan namamu agar tidak ternanti-nanti.
Maafkan aku jika aku undur diri,
Tiada tujuanku sakitkan hati;
Teman facebook kita cukup sampai di sini,
Kupadamkan namamu jangan kecil hati,
Maafkan aku terpaksa menamatkan,
Menamatkan sebuah persahabatan;
Rakan facebookku yang membosankan,
Keraan sepi tanpa jawapan.
Kumahukan rakan sentiasa aktif,
Aktif bertukar ilmu yang positif;
Pasti minda sentiasa aktif,
Bila berkomunikasi sentiasa positif.
Sekian sahaja Syair Rakan Alam Maya,
Yang aktif amat berharga;
Minda positif sentiasa dijaga,
Dijaga hati agar sentiasa setia.
Haidi Yan rakan alam mayaku juga,
Berasal dari benua sana;
Menyokong karyaku buat aku teruja,
Terima kasih duhai sahabatku yang setia.
Pak Naga Pamungkas rakan alam mayaku juga,
Dah lama tak dengar berita darinya;
Ke mana agaknya menghilangnya dia,
Di dalam laut atau di tasik mana.
Mahabbah El-Ahmead peminat setiaku,
Ku amat hargai kesetiaanmu itu;
Persahabatan kita membuatkan kuterharu,
Moga mendapat keberkatan hidupmu hidupku.
Duhai sahabatku Desinta Mahadewi,
Kau penyubur semangat bakat yang kumiliki;
Sokonganmu amat kuterharu hingga kini,
Moga persahabatan kita sentiasa abadi.
Dinda apa kabarmu di sana,
Kusenangi perkenalan tanpa disangka;
Kita bersahabat walaupun berlainan benua,
Sokongan ikhlasmu buat aku senyum lalu terlena.
Terima kasih Abdul Rahim Hasibuan,
Perkenalan talisiraturrahim terjalin;
Kuhargai dalam kesyukuran,
Moga sentiasa mendapat keberkatan.
Nurul Mardiati Farmasis yang baik budi,
Kerana sudi bersahabat dengan ku ini;
Biarpun jauh kau sentiasa diingati,
Budi bahasamu yang indah itu sentiasa kurindui.
Saudara Viddy Daery sahabatku juga,
Perkenalan ini tak pernah kuduga;
Ilmumu yang tinggi aku terpesona,
Pengkongsian ilmumu amat kusuka.
Terima kasih Shabrina Ws,
Kerana meminati karyaku denngan ikhlas;
Moga kebaikanmu Allah membalas,
Sudilah memberi ulasanmu yang bernas.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Mac 2013
WWW
;
0 comments:
Post a Comment