- KOLEKSI PUISI,'SEMUANYA KUSAYANG DEMI-NYA (Part 1)
KEINDAHAN BULAN BERTASBIH HAMBA KEPADA PENCIPTA-NYA
Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,
...Continue Reading - ALLAH KU CINTA
MUHAMMAD KU RINDU
HAMBA ALLAH KU KASIHI
CIPTAAN ALLAH DI LANGIT DAN DI BUMI KU KAGUM
SEMUANYA KUSAYANG DALAM IMAN PENUH KEINSAFANKOLEKSI PUISI,'SEMUANYA KUSAYANG DEMI-NYA (Part 1)
KEINDAHAN BULAN BERTASBIH HAMBA KEPADA PENCIPTA-NYA
Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,
Separuh bulan sabit di sebalik sepohon pokok di pulau rindu;
Simbahan cahaya bulan sabit sinarnya remang-remang membiru,
Bagaikan panorama indah menyusuk kalbu syahduku.
Indahnya bulan purnama sinarnya membiru,
Bertaburan bintang-bintang berkelipan di langit indah;
Panorama sinar lautan langit remang-remang membiru,
Aku tersyahdu Ciptaan-Nya nan Indah.
Gerhana bulan yang memukau,
Bertasbihku Kebesaran-Mu Tuhan;
Sinar gerhana bulan terus memukau,
Aku terpukau dalam Kebesaran-Mu Tuhan.
Bulan sabit putih mencondong ke kiri,
Cahaya di sekelilingnya remang-remang kemerahan;
Kepulan awan kemerahan indah tak terperi,
Panorama lelangit malam penuh kemeriahan.
Bulan purnama penuh di gurun kaktus,
Lautan langit remang-remang kemerahan;
Dua variasi mengindahkan di langit kanvas,
Kanvas langit malam antara langit merah dan bulan,
Bulan penuh mengambang di malam itu,
Di kota batu yang sepi;
Sinar rembulan menyinari kota batu,
Indah menusuk kalbu sepi.
Kelihatan jelas bulan sabit di bebayang bulan,
Menampakkan diri menyerikan suasana;
Seakan melemparkan senyuman rembulan,
Hatiku pilu tersirna di sana.
Memutih air terjun bertingkat-tingkat turun,
Di kelilingi hutan hijau kiri dan kanan;
Subhanallah! Kedengaran jelas bunyi alunan,
Zikir pada Pencipta-Nya tiada hentian.
Zikir pada Pencipta-Nya tiada hentian,
Disimbahi cahaya bulan purnama;
Hiba kalbuku dalam tangisan,
Kebesaran-Mu Tuhan aku terkesima.
Kebesaran-Mu Tuhan aku terkesima,
Mencipta alam untuk hamba-Nya hayati;
Fikirkan dalam kalbu bijaksana,
Lalu bertasbih memuji-Mu tanpa henti.
Lalu bertasbih memuji-Mu tanpa henti,
Sinaran bulan buat hatiku tertawan;
Panahan panaroma indah tertusuk di hati,
Syukurku pada-Mu Tuhan berpanjangan.
Syukurku pada-Mu Tuhan berpanjangan,
Memilihku untuk menyaksikan panorama bulan;
Kukarang puisi syair keindahan bulan,
Keindahan bulan menguatkan cintaku pada-Mu Tuhan.
Keindahan bulan menguatkan cintaku padaMu Tuhan,
Izinkan rasa cinta pada-MU biarlah berkekalan:
Berkekalan selagi hayat di kandung badan,
Bila di akhirat nanti melihat-Mu Tuhan.
Bila di akhirat nanti melihat-Mu Tuhan,
Pasti seluruh ahli Syurga bertasbih pada-Mu Tuhan;
Balasan cinta Yang Maha Agong dari-Mu Tuhan,
Menjadi buruan hamba-hamba-Mu Ya Tuhan.
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Julai 2011
KEINDAHAN SINAR REMBULAN
Salam perkenalan kepada Sinar Rembulan,
Keindahan rembulan Ciptaan-Nya mengujakanku;
Mencetuskan ilhamku di luar kotak pemikiran,
Kuabadikan keindahan rembulan di dunia sasteraku.
Syukur kepada Tuhan Yang Esa,
Kerana diperlihatkan keindahan rembulan;
Biarpun melalui foto-foto tertera,
Bertasbih semua hamba-Mu Kebesaran-Mu Tuhan.
Allah menciptakan alam untuk hamba-Nya,
Keindahan rembulan menusuk kalbu;
Makin dipandang keindahan Ciptaan-Nya,
Subhanallah Memuji-Mu tanpa jemu.
Sinar Rembulan terpilih menjadi hamba-Nya,
Memiliki foto keindahan sinar rembulan;
Biarpun foto tapi tinggi harganya,
Menjadi saham dunia akhirat sesiapa menghayatinya.
Tidak jemu melihat keindahan sinar rembulan,
Serasa diriku ada di sana;
Sambil berzikir menghayati keindahan rembulan,
Menangisku penuh kesyukuran atas Kurniaan-Nya.
Berada di situ satu kenikmatan,
Rasa tak mahu pulang ke alam realiti;
Seolah-olah berada di Syurga idaman,
Moga setelah mati menjadi realiti.
Terima kasih sahabatku Sinar Rembulan,
Budi baikmu akan kukenang;
Foto-foto keindahan rembulan sungguh mengujakan,
Kesyukuran dan budi baikmu tetap tersanjung.
Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,
Separuh bulan sabit di sebalik sepohon pokok di pulau rindu;
Simbahan cahaya bulan sabit sinarnya remang-remang membiru,
Bagaikan panaroma indah mengusik kalbu syahduku.
Karya Ratu Rimba Niagara
19 Julai 2011
INGIN KUGAPAI PELANGI
BUNGA SEROJA:
Ingin menggapai pelangi dengan senyum.
RATU RIMBA NIAGARA:
Bunga Seroja cantik di taman,
Berkembang mewangi disinari pelangi;
Ingin digapai pelangi di awan,
Apalah daya pelangi tak sudi.
BUNGA SEROJA:
Bundaku yang baik hati
Bagaikan penyeri hati
Terima kasih pelangi tak sudi
Lagi menyapa senyumanku
Jika pelangi berubah warna
Apalah daya bunga di taman.
RATU RIMBA NIAGARA:
Serojaku sayang...bukan pelangi tak sudi,
Mungkin pelangi sedang memikiri;
Menduga hatimu yang baik hati,
Lalu dilamar di taman hati.
BUNGA SEROJA:
Hmmm bundaku...
Manalah mungkin
Pelangi turun ke bumi
Pikirkan Bunga yang hina ini
Tiada pedulinya pelangi pikirin
Kayangan yang ada di langit.
RATU RIMBA NIAGARA:
Jangan rasa dirimu hina Serojaku,
Pujuklah hatimu mendekati-Nya;
Pasti tenang hidupmu,
Kayangan di langit Insya-Allah menantimu di Sana.
BUNGA SEROJA:
Makasih...berteman bunda
Hati bunga bagaikan disinari cahaya rembulan
bulan purnama
Insya-Allah hidup Bunga tetap tenang
dan ikhlas demi sabar.
RATU RIMBA NIAGARA:
Alhamdulillah tenang dan ikhlas hidupmu,
Moga kita sentiasa dalam redha-Nya;
Saling pesan memesan tanpa jemu,
Demi kerana mendapat sinar kasih dari-Nya.
BUNGA SEROJA;
Amin Ya Rabbal A'Lamin
(DIPETIK DARIPADA KOLEKSI PUISI,'SEMUANYA KUSAYANG DEMI-NYA')
28 Mei 2013 Tengku Shawal Tengku Aziz shared Raja Sabrie Palakka's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Raja Sabrie Palakka's photo.
RAJA DAN RATU TETAP BERSTATUS HAMBA ALLAH
ASAL USUL BUGIS DI MALAYSIA
Daeng SI Jaya PESAN PUANG RI MAGGALATUNG(TOKOH CENDEKIAWAN PADA ZAMAN KERAJAAN WAJO-BUGIS)DI SULAWESI SELATAN
Daeng SI Jaya Sekilas Asal Usul Bugis di Malaysia
Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan
tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau.
Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam
tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju
permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis
dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi
memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat
ditawan.
Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman
kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor
untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja
Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula
Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.
Ratu Rimba Niagara DAENG BADAR AL-AHMADI WARIS DAENG AHMAD (ANAK RAJA BUGIS CHEMPA)
Ratu Rimba Niagara PEWARIS LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT KE TU?
Zuffary Hj Ahmad hensem dar.....
Badar Al-ahmadi Ratu Rimba Niagara...Patik waris daripada Daeng
Ahmad(anak raja BUGIS CHEMPA) Penghulu Bukit Mor & Datu Pabitah
(Penghulu Padang, Muar) sebelah Bonda patik..
Ratu Rimba
Niagara Masya-Allah pastinya kita saling berkenalan sejak zaman nenek
moyang kita...kerana ratu rimba adalah cucu cicit kepada hulubalang Raja
Bugis sebelah bonda.Itulah kebesaran Tuhan.
Badar Al-ahmadi Ya..Walaupun patik berdarah anak raja dari bonda..patik tetap manusia biasa yang akan kembali kepadaNYA...
Ratu Rimba Niagara sebenarnya tuankulah raja yang sejati yang
didambakan oleh rakyat jelata...dan tuanku berhak dimartabatkan sebagai
raja untuk memerintah negara tuanku ...patik doakan...cumanya patik saja
yang bukan berdarah diraja tapi menyamar sebagai ratu di alam fantasi
sebuah kerajaan yang diingin oleh patik...patik wujudkan kerajaan rimba
niagara...penghuni rimba adalah rakyat patik yang setia sentiasa
prihatin dengan patik menyokong perjuangan patik ...mengajar patik apa
itu arti nilai kasih sayang sejati karna Allah Taala...sebab itu patik
mencari kawan-kawan sejati walaupun sekadar rakan alammaya. Tapi jika
rakan alammaya yang diahrapkan tidak memperdulikan cita-cita patik dalam
dunia sastra patik...patik akan kecewa dan patik dengan berat hati
meninggalkan mereka...bukan patik sombong...tapi itulah patik...andainya
Allah izinkan cita-cita patik berjaya...patik akan menetap sehingga
akhir hayat di rimba niagara kehidupannya seperti alam kayangan penuh
dengan bahasa-bahasa Syurga tidak akan ada lagi kecewa dikecewakan
semuanya berkasih sayang demi-Nya seolah berada di Syurga
Firdausi...manalah tahu semua rakyat Rimba Niagara di alam realiti semua
nya ditulis Allah sebagai penghuni Syurga Firdausi. In Syaa Allah .
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Badar Al-ahmadi Patik x layak
sebenarnya menjadi Pemerintah Negara, sekadar rakyat biasa yang tak
gilakan Pangkat @ Darjat..Patik sayang dengan wilayah Nusantara, tanah
tumpah nenek moyang kita turun-menurun..Teruskan usaha murni itu...patik
menyukai sastera-sastera yang didendangkan oleh tuanku Ratu Rimba
Niagara...Patik akan menyokong Sastera Ratu..Allah SWT amat sayang pada
orang yang perjuangkan Niat kerana-NYA.Jika diizinkan oleh-Nya, satu
hari kita berdua akan bertemu di alam realiti..Amiin Ya Rabbal
A'Lamiin.....
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Terharu rasa patik mendengarnya tuanku. Moga Allah sahaja yang dapat
membalas-Nya. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Kdymm Raja Melaka Beta keturunan Raja Sulaiman itu,,,,Raja Bugis Selangor,,,,
Ratu Rimba Niagara Subhanallah...Kdymm Tuanku Raja Melaka...ada
hikmahnya di sebalik takdir pertemuan di alam maya ini. Bersangkut paut
sejarah nenek moyang kita dahulu.Hanya Allah sahaja yang tahu.
(PETIKAN DARIPADA WALL GR0UP SRI PEMANGKU ADAT & WALL RATU RIMBA)
NIAGARA)
28 Mei 2013
ASAL USUL BUGIS DI MALAYSIA
Daeng SI Jaya PESAN PUANG RI MAGGALATUNG(TOKOH CENDEKIAWAN PADA ZAMAN KERAJAAN WAJO-BUGIS)DI SULAWESI SELATAN
Daeng SI Jaya Sekilas Asal Usul Bugis di Malaysia
Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.
Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.
Ratu Rimba Niagara DAENG BADAR AL-AHMADI WARIS DAENG AHMAD (ANAK RAJA BUGIS CHEMPA)
Ratu Rimba Niagara PEWARIS LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT KE TU?
Zuffary Hj Ahmad hensem dar.....
Badar Al-ahmadi Ratu Rimba Niagara...Patik waris daripada Daeng Ahmad(anak raja BUGIS CHEMPA) Penghulu Bukit Mor & Datu Pabitah (Penghulu Padang, Muar) sebelah Bonda patik..
Ratu Rimba Niagara Masya-Allah pastinya kita saling berkenalan sejak zaman nenek moyang kita...kerana ratu rimba adalah cucu cicit kepada hulubalang Raja Bugis sebelah bonda.Itulah kebesaran Tuhan.
Badar Al-ahmadi Ya..Walaupun patik berdarah anak raja dari bonda..patik tetap manusia biasa yang akan kembali kepadaNYA...
Ratu Rimba Niagara sebenarnya tuankulah raja yang sejati yang didambakan oleh rakyat jelata...dan tuanku berhak dimartabatkan sebagai raja untuk memerintah negara tuanku ...patik doakan...cumanya patik saja yang bukan berdarah diraja tapi menyamar sebagai ratu di alam fantasi sebuah kerajaan yang diingin oleh patik...patik wujudkan kerajaan rimba niagara...penghuni rimba adalah rakyat patik yang setia sentiasa prihatin dengan patik menyokong perjuangan patik ...mengajar patik apa itu arti nilai kasih sayang sejati karna Allah Taala...sebab itu patik mencari kawan-kawan sejati walaupun sekadar rakan alammaya. Tapi jika rakan alammaya yang diahrapkan tidak memperdulikan cita-cita patik dalam dunia sastra patik...patik akan kecewa dan patik dengan berat hati meninggalkan mereka...bukan patik sombong...tapi itulah patik...andainya Allah izinkan cita-cita patik berjaya...patik akan menetap sehingga akhir hayat di rimba niagara kehidupannya seperti alam kayangan penuh dengan bahasa-bahasa Syurga tidak akan ada lagi kecewa dikecewakan semuanya berkasih sayang demi-Nya seolah berada di Syurga Firdausi...manalah tahu semua rakyat Rimba Niagara di alam realiti semua nya ditulis Allah sebagai penghuni Syurga Firdausi. In Syaa Allah . AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Badar Al-ahmadi Patik x layak sebenarnya menjadi Pemerintah Negara, sekadar rakyat biasa yang tak gilakan Pangkat @ Darjat..Patik sayang dengan wilayah Nusantara, tanah tumpah nenek moyang kita turun-menurun..Teruskan usaha murni itu...patik menyukai sastera-sastera yang didendangkan oleh tuanku Ratu Rimba Niagara...Patik akan menyokong Sastera Ratu..Allah SWT amat sayang pada orang yang perjuangkan Niat kerana-NYA.Jika diizinkan oleh-Nya, satu hari kita berdua akan bertemu di alam realiti..Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.....
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. Terharu rasa patik mendengarnya tuanku. Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Kdymm Raja Melaka Beta keturunan Raja Sulaiman itu,,,,Raja Bugis Selangor,,,,
Ratu Rimba Niagara Subhanallah...Kdymm Tuanku Raja Melaka...ada hikmahnya di sebalik takdir pertemuan di alam maya ini. Bersangkut paut sejarah nenek moyang kita dahulu.Hanya Allah sahaja yang tahu.
(PETIKAN DARIPADA WALL GR0UP SRI PEMANGKU ADAT & WALL RATU RIMBA)
NIAGARA)
28 Mei 2013
- Malam indah di pulau syahdu airnya remang-remang membiru,
...Continue Reading Tengku Shawal Tengku Aziz shared Raja Sabrie Palakka's photo.
Ratu Rimba Niagara shared Raja Sabrie Palakka's photo.
WWW
0 comments:
Post a Comment