Saturday, 1 June 2013

KARYA DISIARKAN DI WALL DYMM SULTAN HASANAL BOLKIAH SEBAGAI TANDA PERSAHABATAN ANTARA DUA BENUA MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM


KEHEBATAN UKHUWAH FILLAH

 

Ratu Rimba Niagara shared a status update.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
    patik dari Rimba Niagara
    dan wakil dari seluruh Rakyat Rimba Niagara
    mengucapkan selamat menyambut
    Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong Ke- 14     Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
    moga Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia...
    DiRahmati Allah Azzawajallah Aamiin

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang Di Sanjungi Lagi Dihormati,
    patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
    di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia...
    rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai
    dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah     di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa     terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada     rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
    Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
    kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara.
    Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
    DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    Dengan Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
    Ratu Rimba Niagara @ Puteri Nilam Purnama
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    1 Jun 2013

    PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Sekalung tahniah di atas pertabalan,
    Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
    Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

    Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,

    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

    Agong kami Raja yang penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.

    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Disember 2011
    (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)

    PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
    Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
    Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

    Bertuah sungguh rakyat Sabah,
    Punyai TYT yang amat memahami;
    Denyut nadi rakyat Sabah,
    Maju Sabah dan dihormati.

    TYT Negeri Sarawak baik budi,
    Semua rakyat Sarawak menyayangi;
    Tutur kata sebaik budi,
    Akan dikenang hingga ke mati.

    Melaka negeri penuh bersejarah,
    Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
    Ramai pelancong datang berhijrah,
    Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

    Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
    Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
    Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
    Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Jun 2013
    (KARYA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013 UNTUK TATAPAN SEMUA RAJA & RAKYAT SENUSANTARA TERCINTA)

    KARYA DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEMPENA HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013
    1 Jun 2013

KARYA DISIARKAN DI WALL DYMM SULTAN HASANAL BOLKIAH SEBAGAI TANDA PERSAHABATAN ANTARA DUA BENUA MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM
1 Jun 2013

 Ratu Rimba Niagara shared a status update.
  • PERSAHABATAN ANTARA DUA DARJAT ANTARA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA DENGAN KERABAT DIRAJA NUSANTARA

    KEHEBATAN UKHUWAH FILLAH

    Assalamualaikum ....

    Buatmu sahabatku....
    Jangan pernah lupakan dan tinggalkanku...

    Maafkan aku dan doakan aku...

    "Hargailah sahabat..."
    * Maafkan apabila salah
    * Fahami apabila keliru
    * Nasihat apabila leka
    * Tegur apabila salah
    * Ingat apabila sunyi
    * Doa apabila rindu

    Itulah kehebatan UKHUWAH FILLAH....

    SAHABAT TALISIRATURRAHIM KITA MASIH MEWANGI DI HATI INI

    Waalaikummussalam sahabatku
    Moga Rahmat Allah sentiasa dilimpahi kepada kita berdua
    Sahabat sudah lama kita tidak bertanya kabar
    Apa kabarmu di sana
    Moga sihat hendaknya

    Sahabat maafkan aku sahabat
    Kerana kita saling tidak sapa menyapa
    Atas kesibukan atau keterlukaan hati dalam berbahasa maya
    Kau sepikan aku
    Aku sepikan kamu
    Kita sama-sama sepi menyepi
    Dan akhirnya kau terus sepikan aku
    Aku terus kehilangan mu di alam maya

    Sahabat ...semenjak kau tiada
    Walaupun cuma sekadar alam maya
    Aku benar-benar terseksa
    Sedangkan pada awalnya
    Perkenalan kita penuh dengan ceria
    Saling bertegur sapa
    Saling bertanya kabar...
    Sesungguhnya aku amat bahagia
    Seolah kaulah sahabatku sampai mati

    Sahabat ...kusangkakan panas hingga ke petang
    Tapi rupanya hujan di tengah hari
    Aku tak tahu apa salahku
    Tiba-tiba kau berubah hati
    Tidak lagi seperti mula kita berkenalan
    Kau terus sepikan aku
    Sapaan aku ...kau tak pernah menyapanya
    Aku sedih bukan kepalang
    Kenapa begitu sahabat
    Andai aku tahulah akan terjadinya begini
    Kehadiran mu sebagai sahabatku
    Saling untuk melukai hati
    Tanpa aku tahu ...puncanya terluka hati
    Tak mahu aku menjadi sahabatmu
    Tapi aku tiada kuasa ajaib
    Untuk menjadikan persahabatan kita
    Sewangi hati Syurga...
    Yang aku tahu
    Kau adalah Kurniaan Allah padaku
    Untuk aku syukuri
    Kita saling memberi kebaikan dunia akhirat
    Buat kita dan sesiapa yang menjadi sahabat kita...

    Sahabat....kerana aku tak tahu
    Apa salahku kerana tiba-tiba kau tidak seperti mula kita berkawan
    Kau sepikan aku...kau tak mahu menbalas sapaanku
    Hatiku jadi remuk redam memakan diri sendiri
    Aku lepaskan persahabatan kita...
    Agar aku tak mahu saling berprasangka

    Sahabat...maafkan aku sahabat
    Jika selama persahabatan kita aku telah membuat hatimu terluka
    Biarpun terpisah demi kebaikan kita berdua kerana saling tidak menyapa...sekali lagi maafkan aku sahabatku....
    Ku doakan dari jauh moga kau berjaya dan bahagia dunia akhirat
    Percayalah talisiraturrahim antara kita berdua masih mewangi di hati ini, moga jangan ada benci di antara kita berdua

    "SAHABAT AKU RINDU SAMA KAMU
    SAHABAT AKU MOHON MAAF SAMA KAMU
    SAHABAT MOGA KASIH KITA TAK TERPISAH
    KERANA KITA DITEMUKAN BUKAN UNTUK SALING MENYAKITI
    TAPI ADALAH SALING MEMAHAMI APA ITU TALISIRATURRAHIM ATAS DASAR KERANA-NYA...MAKANYA SAMPAI KAPANPUN AKU MINTA MAAF SAMA KAMU AGAR DI ALAM BARZAH KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR SIAPAKAH SAUDARA KAMU DUHAI MAYAT?"

    Sahabat Alammayamu,
    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Jun 2013

    Subastian Better and Rinaldi Rizal like this.

    Rinaldi Rizal Biarkanlah takdir berjalan pada alurnya dan jangan sekali-kali kamu tidur melainkan dalam keadan waspada, mata terpejam, tetapi hati tetap waspada
    Allah pasti akan mengadakan perubahan
    dari satu keadan kepada keadan yang lain ..

    MEMAHAMI BAHASA ALAM KERANA BAHASA ALAM DATANG DARI ILAHI

    PatuanIskandar Nasution, Kumbang Segak and Ayah Akip like this.
    Patuan Iskandar Nasution Assalamualaikum w.r.t. saya menyampaikan salam senusantara dari DYMM Yang Dipertuan dan Raja Panusunan Godang Mandailing

    Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh...
    Moga ukhuwah Fillah ini memberi kebaikan dunia dan akhirat ...AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    DENGAN KEHADIRAN PELANGI ITULAH MERAWAT KELUKAAN & KESEPIAN MENJADI SIMBOLIK BAGI MEREKA YANG MAHU MEMAHAMI BAHASA ALAM...
    BAHASA ALAM DATANG DARI ILAHI.

    Patuan Iskandar Nasution, Rinaldi Rizal and Kumbang Segak like this.
    Patuan Iskandar Nasution Bahasa yang tidak dikatakan tetapi dimengertikan,bahasa yang tidak dimengertikan tetapi dikatakan.......

    KITA AKAN MENJADI PEWARIS MOYANG GAGAH BERANI
    JIKA KITA TAK BERANI DISEKSA DI ALAM KUBUR NANTI
    BUKAN MUDAH MENJADI PEWARIS MOYANG GAGAH BERANI
    KARENA SYURGA HANYA LAYAK MEREKA YANG SABAR BILA DIUJI
    MOGA KITA SENTIASA MUHASABAH DIRI
    AGAR KITA TAK MENYESAL NANTI DIJEMPUT ILAHI

    Patuan Iskandar Nasution Sebenar lah Ratu Rimba Niagara

    Ratu Rimba Niagara Apa maksudnya itu..ayat tergantunglah...cubalah habiskan....

    Patuan Iskandar Nasution Maksudnya apa yang Ratu bilang itu semua benar

    Ratu Rimba Niagara Setiap yang baik itu dari Allah
    Yang kurang itu dari hamba...
    Jika ada tersalah bahasa maafkan hamba ya...
    Salam ukhuwah fillah...

    KAWANKU SUDILAH MEMAHAMI SASTRAKU DUNIAKU

    Ya Allah jauhkan hatiku dari sifat sombong dan bongkak
    Memilih-milih kawan yang berdarjat dan berharta memiliki pesona dunia, janganlah hendaknya rakan-rakan fbku berperasangka padaku .aku ini yang jenis memilih kawan
    Asalkan mereka punyai pesona dunia mereka itulah yang kupilih sebagai kawan fb .
    Aku ber fb bukan karena kawan berkelas atasan
    Kawan aku pun tidak ramai boleh dibilang dengan jari
    Itupun mengikut keakraban mereka berkomunikasi dengan karya-karyaku, jika mereka terus-terusan sepikan karyaku tanpa ide dan memberi impak pada Dunia karyaku...aku terpaksa mencari kawan lain...

    Aku berkawan bukan karena kaya atau miskinnya dia
    Aku berkawan hanya mahu saling berbagi ilmu dan ide
    Perjuangannya kusokong/dukung
    Perjuanganku dia dukung/sokong
    Saling sokong menyokong perjuangan masing-masing
    Bahagia kawanku ...bahagialah aku
    Sedih kawanku sedihlah aku

    Kawan sejati yang kucari
    Kawan sejati akan sentiasa ada di kala susah senang
    Kawan sejati sentiasa saling sayang menyayangi karna Allah Taala

    Makanya di fb ini hanyalah yang kucari
    Kawan yang sentiasa memahami dunia sastraku
    Yang tidak memahami maafkan daku
    Karena karyaku terpaksa berlalu pergi di skrinmu
    Namun hati tetap bertalisiraturrahim sampai Syurga
    In Shaa Allah Aamiiin

    Rakan fbmu,
    Ratu Rimba Niagara
    31 Mei 2013
    Like · · Unfollow Post · Share · Promote

    Patuan Iskandar Nasution likes this.

    WARKAH UNTUK ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum wr wb

    Ke hadapan anakanda putera raja bongsu
    sapaan anakanda di angin lalu
    hilang rasa rindu bonda ke anakanda
    yang selama ini bonda ternanti-nanti
    dalam bayangan yang tak pasti
    tapi penuh pengharapan
    agar anakanda putera raja bongsu sudi menyapa

    Bonda bukan tak mahu menyapa anakanda
    tapi dibimbangkan mengganggu tugas seharian anakanda
    pasti anakanda sibuk dengan tugas-tugas yang diamanahkan oleh ayahanda diraja...bonda amat faham komitmen pada tugas yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya.

    Untuk pengetahuan anakanda putera raja bongsu
    bonda rasa teramat terharu pabila anakanda sudi menjadi rakan fb bonda biarpun bonda bukanlah siapa-siapa hanya rakyat biasa yang tak punya apa-apa...
    tapi itu semua tidak menghalang untuk anakanda putera raja bongsu menyambungkan talisiraturrahim antara Brunei dan Malaysia...sejujurnya bonda benar-benar terharu dan bersyukur kepada Tuhan, kerana darjat tidak menghalang anakanda untuk mengenali rakyat jelata walaupun di luar Brunei...

    Memandangkan bonda ini memang suka menuliskan kisah-kisah diRaja dengan perkenalan kita ....ini dapatlah mencetuskan inspirasi bonda berkarya....mengenai kerabat diRaja...
    Pekernalan ini membuktikan antara RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA...apa tidaknya kisah diRaja dapat bonda karangkan untuk dipaparkan pada rakayt jelata dan kisah rakyat dibaca dan dihayati oleh kerabat diRaja inilah yang tersirat dan tersurat disebalik perkenalan bonda dengan kerabat diRaja Nusantara...
    Tak pernah terduga di jiwa bonda ...bonda akan dikenalkan kepada kerabat diRaja Brunei, Malaysia, Indonesia dan Singapura...semuanya Allah swt yang aturkan untuk bonda berkarya terus berkarya hasrat Raja dengan rakyatnya dan hasrat rakyat dengan raja...agar Raja dan rakyat saling faham memahami dan bekerjasama bagi mensejahterakan bumi Allah swt ini .

    Semoga talisiraturrahim antara Brunei dan Malaysia memberi kebaikan dunia akhirat kepada kita semua. In Shaa Allah AAmiin.

    Akhir kata salam kasih abadi dari bonda ,
    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/BRUNEI/INDONESIA/SINGAPURA/THAILAND
    31 Mei 2013
    Yesterday at 10:08pm · Like · 1

    Anaknda PuteraRaja Bongsu Walaikumsalam pembuka
    kata,terima kasih kehadapan bonda
    Ratu Rimba Niagara... sungguh
    tinggi tak ternilai..ibarat emas
    dengan permata., sungguh sulit nak
    berkata...karya bonda penuh dengan
    isi.. smoga talisiraturrahim akan
    berpanjangan dengan molek.
    Yesterday at 10:39pm · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
    Nanti sudilah anakanda putera bongsu izinkan bonda menyiarkan karya-karya bonda di wall anakanda ya...jika ada kelapangan masa dan datang ilham sudilah memberi komentar ya...agar dapat dibaca oleh rakyat jelata apa yang anakanda catatkan ya...
    Yesterday at 10:41pm · Like · 1

    Anaknda PuteraRaja Bongsu kerana Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.. sbesar lautan tinggi ombak nya....stinggi langit besar lah dugaan..jika demikian anaknda izinkan karya bonda di wall.
    Yesterday at 11:01pm · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Terimakasih Anaknda PuteraRaja Bongsu.
    Moga Allah swt MeRahmati hidup seluruh kerabat diRaja Nusantara dan seluruh rakyat nusantara. Aamiin Ya Rabbal A' Lamiin.
    Yesterday at 11:07pm · Like · 1

    Anaknda PuteraRaja Bongsu Aamiin.
    Yesterday at 11:09pm · Unlike · 1

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU)
    1 Jun 2013

    (DISIARKAN DI WALL DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH, PRINCE ABDUL MALIK, ANAKANDA PUTERA RAJA BONGSU, PATUAN ISKANDAR NASUTION & GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
    1 Jun 2013

  • ia adalah kata-kata terindah di semua musim dan dia tumbuh menjadi lebih cantik bertahun-tahun kemudian....
    Unlike · · · 20 minutes ago ·

0 comments:

Post a Comment

 
;