Saturday 1 June 2013

DAULAT TUANKU SELURUH WARGA PDRM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEPUTERAAN KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG XIV







DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
Unlike · · · Yesterday at 2:24pm ·

  • You and 2,304 others like this.
  • Jay Mahendran Thevar DAULAT TUANKU....
  • Sue Suriyanii Daulat tuanku .
  • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
    patik dari Rimba Niagara
    dan wakil dari seluruh Rakyat Rimba Niagara
    mengucapkan selamat menyambut
    Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong Ke- 14
    Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
    moga Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia...
    DiRahmati Allah Azzawajallah Aamiin

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang Di Sanjungi Lagi Dihormati,
    patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
    di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia...
    rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai
    dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah
    di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa
    terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada
    rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam
    penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang
    taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
    Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
    kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu
    yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara.
    Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
    DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    Dengan Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
    Ratu Rimba Niagara @ Puteri Nilam Purnama
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    1 Jun 2013

    PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Sekalung tahniah di atas pertabalan,
    Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
    Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

    Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,

    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

    Agong kami Raja yang penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.

    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Disember 2011
    (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)

    PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tercinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

    Negeri Terengganu pesat membangun,
    Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
    Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
    Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

    Bertuah sungguh rakyat Sabah,
    Punyai TYT yang amat memahami;
    Denyut nadi rakyat Sabah,
    Maju Sabah dan dihormati.

    TYT Negeri Sarawak baik budi,
    Semua rakyat Sarawak menyayangi;
    Tutur kata sebaik budi,
    Akan dikenang hingga ke mati.

    Melaka negeri penuh bersejarah,
    Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
    Ramai pelancong datang berhijrah,
    Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

    Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
    Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
    Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
    Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Jun 2013
    (KARYA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013 UNTUK TATAPAN SEMUA RAJA & RAKYAT SENUSANTARA TERCINTA)

DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
DAULAT TUANKU: Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-86 kepada Yang Di Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Semoga negara terus aman dan sentosa di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.
Unlike · · · Yesterday at 2:24pm ·
(PETIKAN DARIPADA WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIA POLICE & RATU RIMBA NIAGARA)
1 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;