GROUP SRI PEMANGKU ADAT DIKELOLAKAN YM SRI PEMANGKU ADAT SEBAGAI ADMIN
DEWAN ISTIADAT SORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):
Penganugerahan Darjah-Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara yang diwartakan oleh Pertubuhan Adat Budaya Kekeluargaan Nusantara (Malaysia). Adalah seperti berikut:-
1. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 1 (D.A.B.N.) – KUNING
2. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 2 (D.A.B.N.) – MERAH
3. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 3 (D.A.B.N.) – HIJAU
Darjah-darjah Kehormat ini, boleh diberikan kepada umum atau sesiapa sahaja, sama ada di dalam Malaysia atau mahupun, Luar Negara dengan persetujuan Jawatankuasa Anugerah/Kurnia dan pemberian ini adalah atas dasar silaturahmi dan menjalinkan hubungan baik kerana semangat kesungguhan dan kerajinan individu-individu penerima yang sentiasa melestarikan adat budaya dan sering melibatkan diri dalam sosiobudaya masyarakatnya. Darjah-darjah Kehormat ini tidak membawa apa-apa gelaran dan kebiasaannya diberi sepanjang tahun atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai kepada mereka yang layak menerimanya. Penerima darjah ini harus dihormati kerana semuanya adalah digolongkan sebagai Ahli Kehormat bagi Pertubuhan ini. Seseorang individu yang berhasrat untuk dicalonkan bagi menerima anugerah Darjah Kehormat ini, hendaklah mengemukakan MAKLUMAT PERIBADI, ASAS PENCALONAN dan lain-lain, sepertimana yang dikehendaki.
Berikut:-
1. Nama Penuh : (tulis dengan huruf besar)
2. Jika telah menerima gelaran, sebutkan gelaran berkenaan: (seperti Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’ dll)
3. Jika mempunyai gelaran dalam masyarakat/komuniti atau kelompok adat beradat, sebutkan gelaran berkenaan : (seperti Raja Adat/Pendekar/Hulubalang/Bentara dll)
4. Jantina : Lelaki/Perempuan
5. Taraf Perkahwinan : Berkahwin/Belum Berkahwin
6. Tarikh Lahir : hari/bulan/tahun
7. Umur : (pada tahun permohonan)
8. Tempat Lahir : (nyatakan negeri/wilayah dan negara sahaja)
9. No. Kad Pengenalan : (atau kad kerakyatan/kad warganegara bagi negara asing yang berkenaan)
10. No. Passport : (jika berkenaan bagi warga asing)
11. Alamat Rumah Tetap: (sertakan juga poskod yang berkenaan)
12. Alamat Rumah Di Malaysia : (jika ada)
13. Alamat Rumah Di Negara Asal : (jika berkenaan)
14. No. Telefon Rumah/Bimbit/Pejabat : (yang berkenaan)
15. Butir-butir anugerah dan kurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang pernah diterima : (jika ada/tiada)
16. Asas pencalonan : (yang berkenaan seperti berikut;)
1. Pengalaman : (jawatan-jawatan yang pernah disandang/tahun jawatan disandang/tempat bertugas sewaktu menyandang jawatan)
2. Sumbangan : (sama ada dalam pergerakan masyarakat/pertubuhan/professional/sukan/kebajikan/ agama di peringkat tempatan/antarabangsa)
3. Penghargaan : (yang pernah diterima daripada institusi-institusi/lembaga-lembaga/dewan-dewan adat atau dari pihak kerajaan/pemerintah di peringkat tempatan/antarabangsa)
Silakan, email-sripemangkuadat@gmail.com segala maklumat dan informasi anda adalah ‘RAHSIA’, sekian. Wassalam.
Gambar ini sekadar informasi sahaja;- Rabbal A'Lamiin.
DAENG BADAR AL-AHMADI WARIS DAENG AHMAD (ANAK RAJA BUGIS CHEMPA)
Ratu Rimba Niagara PEWARIS LAKSAMANA HANG TUAH & HANG JEBAT KE TU?
April 16 at 12:24pm · Like · 1
Zuffary Hj Ahmad hensem dar.....
April 16 at 2:34pm · Like
Badar Al-ahmadi Ratu Rimba Niagara...Patik waris daripada Daeng Ahmad(anak raja BUGIS CHEMPA) Penghulu Bukit Mor & Datu Pabitah (Penghulu Padang, Muar) sebelah Bonda patik..
6 hours ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Masya-Allah pastinya kita saling berkenalan sejak zaman nenek moyang kita...kerana ratu rimba adalah cucu cicit kepada hulubalang Raja Bugis sebelah bonda.Itulah kebesaran Tuhan.
6 hours ago · Like · 1
Badar Al-ahmadi Ya..Walaupun patik berdarah anak raja dari bonda..patik tetap manusia biasa yang akan kembali kepadaNYA...
6 hours ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara sebenarnya tuankulah raja yang sejati yang didambakan oleh rakyat jelata...dan tuanku berhak dimartabatkan sebagai raja untuk memerintah negara tuanku ...patik doakan...cumanya patik saja yang bukan berdarah diraja tapi menyamar sebagai ratu di alam fantasi sebuah kerajaan yang diingin oleh patik...patik wujudkan kerajaan rimba niagara...penghuni rimba adalah rakyat patik yang setia sentiasa prihatin dengan patik menyokong perjuangan patik ...mengajar patik apa itu arti nilai kasih sayang sejati karna Allah Taala...sebab itu patik mencari kawan-kawan sejati walaupun sekadar rakan alammaya. Tapi jika rakan alammaya yang diahrapkan tidak memperdulikan cita-cita patik dalam dunia sastra patik...patik akan kecewa dan patik dengan berat hati meninggalkan mereka...bukan patik sombong...tapi itulah patik...andainya Allah izinkan cita-cita patik berjaya...patik akan menetap sehingga akhir hayat di rimba niagara kehidupannya seperti alam kayangan penuh dengan bahasa-bahasa Syurga tidak akan ada lagi kecewa dikecewakan semuanya berkasih sayang demi-Nya seolah berada di Syurga Firdausi...manalah tahu semua rakyat Rimba Niagara di alam realiti semua nya ditulis Allah sebagai penghuni Syurga Firdausi. In Syaa Allah . AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
5 hours ago · Like · 1
Badar Al-ahmadi Patik x layak sebenarnya menjadi Pemerintah Negara, sekadar rakyat biasa yang tak gilakan Pangkat @ Darjat..Patik sayang dengan wilayah Nusantara, tanah tumpah nenek moyang kita turun-menurun..Teruskan usaha murni itu...patik menyukai sastera-sastera yang didendangkan oleh tuanku Ratu Rimba Niagara...Patik akan menyokong Sastera Ratu..Allah SWT amat sayang pada orang yang perjuangkan Niat kerana-NYA.Jika diizinkan oleh-Nya, satu hari kita berdua akan bertemu di alam realiti..Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.....
4 hours ago · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin. Terharu rasa patik mendengarnya tuanku. Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
3 hours ago · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL DAENG BADAR AL-AHMADI & RATU RIMBA NIAGARA)
7 Rejab 1434H
17 Mei 2013M
DEWAN ISTIADAT SORAJA ADAT KARAENG (DISAKA):
Penganugerahan Darjah-Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara yang diwartakan oleh Pertubuhan Adat Budaya Kekeluargaan Nusantara (Malaysia). Adalah seperti berikut:-
1. Darjah Kehormat Adat Budaya Nusantara Kelas 1 (D.A.B.N.) – KUNING
...Continue Reading
- RECENT POSTS
SEKALUNG BUNGA CINTA ILAHI KEPADA SEMUA RAKAN FB & GRUP YANG SUDI MENYOKONG/MENDUKUNG SASTRA NUSANTARA KARYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA . MOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKANMU .AAMIIN
Syarifah Ainun commented on your post in DAPUR POLITIK RIAU: "lifes is beautiful" 8:43am
Insan Musafir likes your comment: "Duhai Insan Musafir.... sabar ye....." 8:34am
Insan Musafir also commented on a post in Sri Pemangku Adat: "Amien Ya Allah" 8:34am
Insan Musafir tagged you in a post in Sri Pemangku Adat: "Sepi Terus Grup Ini, Tidak Tahu Kemana Menghilang..." 7:40am
Rosli Abdul Aziz likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:38am
Rosli Abdul Aziz likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:38am
Rosli Abdul Aziz and Andi Muhammad Oza Tagunu like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:37am
Rosli Abdul Aziz likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:36am
Rosli Abdul Aziz likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:36am
Rosli Abdul Aziz likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:35am
Rosli Abdul Aziz likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:35am
Rosli Abdul Aziz, Zulkifli Lasimpala and 4 others like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:35am
Rosli Abdul Aziz, Ester Tamir Hoya II and Kang Jeje Pitulas Derajad like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:33am
Rosli Abdul Aziz, Andi Muhammad Oza Tagunu and Kanjeng Mas Pangeran Sasak like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:33am
Rosli Abdul Aziz and Andi Muhammad Oza Tagunu like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:33am
Rosli Abdul Aziz and Andi Muhammad Oza Tagunu like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:33am
Rosli Abdul Aziz, Andi Aspar Arung Didi and 2 others like your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 7:32am
Ibrahim Yosafat and Amsir Jamarin also commented on Pelangi Indah's photo. 7:11am
Andi Aspar Arung Didi likes your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya. 6:56am
Asmaniar Asnif and Rusdal Fajr St Inayatsyah like your comment: "KELUARGA SAKINAH MAWADDAH BAHAGIA..." 4:48am
Kumbang Segak likes your status: "Istimewa untuk rakan alam maya..terima..." 3:36am
Gama Kreasi posted in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING": "http://www.gamakreasi.com/blog/2013/05/16/negeri-h..." 2:34am
Oyong Yong likes your post in Menyongsong Riau Satu 2013. 2:32am
Kumbang Segak likes your link. 1:44am
Kumbang Segak likes your status: "SEKALI LAFAZ CINTA SELAMANYA CINTA ..." 1:43am
Iskandar Mahyudin and Fahmi Donk also commented on a post in DAPUR POLITIK RIAU. 1:39am
Fahmi Donk and Tami Boes also commented on a photo in DAPUR POLITIK RIAU. 1:35am
Fahmi Donk likes your comment: "MENDAFTAR PARTAI SENDIRI ITU NAMANYA..." 1:35am
Kumbang Segak likes your link. 1:18am
Kumbang Segak likes your link. 1:17am
Rosilina Bt Teh Dris, Mohd Yie Irzan and 2 others like your post in Jom Belajar Al Quran dan Sembahyang. 1:00am
AlamMaya Paradise accepted your friend request. Write on AlamMaya's timeline. 12:42am
Kumbang Segak likes your link on his own timeline. 12:29am
Pangeran Itoe Oely'x likes your link on his own timeline. 12:24am
Halimah Puan and Camey Kim Ball also commented on Camey Kim Ball's photo. 12:06am
Sent Yesterday
Hairie Cobain and Kumbang Segak like your link on Kumbang Segak's timeline. 11:40pm
Zulkeflee AR (friends with جوهور دارول تعظيم) likes your comment: "SELAMAT TINGGAL WAKIL RAKYAT YANG TIDUR..." 11:17pm
Raja Panusunan Godang Mandailing and Masyarakat Adat Mataram posted in Masyarakat Adat Mataram. 10:48pm
Rinaldi Rizal and Badar Al-ahmadi like your status: "PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT..." 9:10pm
Putri Danggan Rejanges Ramindang likes your link on Kesultanan Indrapura's timeline. 7:52pm
Lya Alam Maya and IeNa ZeSs AriFin like your post in RAHSIA KOTA CINTA. 7:10pm
Khai Noor shared your status. 6:22pm
Khai Noor likes your status: "GURU ENGKAU MENGAJAR AKU MENGENAL DIRI..." 6:22pm
Zulfen Antoni II, Rhani Nhabilla and 4 others also commented on a post in DAPUR POLITIK RIAU. 6:12pm
Khai Noor, Badar Al-ahmadi and Pangeran Maulana like your status: "GURU ENGKAU MENGAJAR AKU MENGENAL DIRI..." 5:52pm
Sanah Selly likes your Wall post: "PANTUN GURU PENYAYANG MURID CEMERLANG ..." 5:46pm
Lella Ashikin likes your Wall post: "AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG aku..." 5:14pm
Jon Restu Bumi posted in FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNANMASYARAKAT. 5:12pm
Shah Gaban commented on your Wall post: "Silap ada lg filipine myarmar pakistan bangladesh..." 5:05pm
Pangeran Maulana commented on your status: "Aamiin Ya Robbal Alamin" 4:43pm
IeNa ZeSs AriFin posted in RAHSIA KOTA CINTA: "MenGapa ktiKa bLa aQ snDrian,, TrkEnang kEnanGan..." 4:28pm
Badar Al-ahmadi likes your link. 4:28pm
Badar Al-ahmadi and Kumbang Segak like your status: "SEMUA ORANG PANDAI BERPIDATO..." 4:28pm
Badar Al-ahmadi, Rinaldi Rizal and Kumbang Segak like your link. 4:25pm
Badar Al-ahmadi and Kumbang Segak like your link. 4:25pm
Badar Al-ahmadi likes your status: "PANTUN GURU PENYAYANG MURID CEMERLANG ..." 4:25pm
Andi Tamsil likes your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya. 4:16pm
Andi Tamsil and Fathul Bashirah Juanda like your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya. 4:16pm
Badar Al-ahmadi likes your link on his own timeline. 4:04pm
Camey Kim Ball (friends with Ahmad Tajuddin) likes your comment: "PANTUN GURU PENYAYANG MURID CEMERLANG ..." 3:38pm
Ahmad Tajuddin likes your link on his own timeline. 3:35pm
Flamboyannet Baganbatu Riau likes your post in Khairuddin Al Yong Riau-FanS. 2:26pm
Flamboyannet Baganbatu Riau likes your post in Khairuddin Al Yong Riau-FanS. 2:26pm
Badar Al-ahmadi likes your link on his own timeline. 12:30pm
Badar Al-ahmadi and Kumbang Segak like your status: "SEGUGUS BUNGA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA..." 12:20pm
Badar Al-ahmadi, Khai Noor and Kumbang Segak like your status: "Inilah istana ratu rimba..." 12:19pm
Masyarakat Adat Mataram posted in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya: "UNTUK INDONESIAKU JAYA. Silahkan monggo para..." 11:10am
Anaknda PuteraRaja Bongsu likes your link on his own timeline. 9:22am
Titik Sunardi, Yudhiperazi Perazi and 3 others also commented on Achunk Cina Betawi's status. 8:40am
Evi Suratmi likes your post in Masyarakat Adat Mataram. 8:37am
Evi Suratmi likes your post in Masyarakat Adat Mataram. 8:37am
Evi Suratmi likes your post in Masyarakat Adat Mataram. 8:37am
Andi Aspar Arung Didi likes your comment: "MOGA TALISIRATURRAIHIMI SENTIASA..." 6:49am
Andi Muhammad Oza Tagunu (friends with Kedaton Kraton Wahyu Utama) likes your link on Rusdal Fajr St Inayatsyah's timeline. 6:43am
Andi Muhammad Oza Tagunu and Kurt Alleyne like your link on Rusdal Fajr St Inayatsyah's timeline. 6:43am
Baha Taha likes your Wall post: "PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT..." 2:28am
Andi Aspar Arung Didi and Kumbang Segak like your post in Sri Pemangku Adat. 1:23am
Rinaldi Rizal likes your comment: "Sedang mahu beradu ...selamat malam..." 12:41am
Rinaldi Rizal commented on your link. 12:41am
Rinaldi Rizal likes your comment: "bisa ....hehehe" 12:38am
Rinaldi Rizal likes your link. 12:25am
Rinaldi Rizal shared your status. 12:23am
Rinaldi Rizal and Kumbang Segak like your link. 12:21am
Rinaldi Rizal likes your link. 12:21am
Wong Gaya, RM Totok Budiantoro and 3 others like your post in Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya. 12:12am
Kumbang Segak likes your link. 12:10am
Kumbang Segak likes your link. 12:10am
Kumbang Segak likes your link. 12:10am
Kumbang Segak likes your link. 12:10am
Kumbang Segak likes your link. 12:09am
Kumbang Segak and Rinaldi Rizal like your link. 12:08am
Kumbang Segak and Rinaldi Rizal like your link. 12:08am
Kumbang Segak and Rinaldi Rizal like your link. 12:08am
Kumbang Segak and Rinaldi Rizal like your link. 12:08am
Kumbang Segak and Rinaldi Rizal like your link. 12:08am
Rinaldi Rizal commented on your link: "kalau meledak radiusnya bisa sampai disini......" 12:06am
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
17 Mei 2013
·
BERSAMA MEREALISASIKAN MISI & VISI GRUP SRI PEMANGKU ADAT
Duhai Insan Musafir....
sabar ye...
barangkali Sri Pemangku Adat Admin Grup ini sedang sibuk
kita sebagai ahli grup sentiasa memahami keadaan
YM Sri Pemangku Adat...habis sibuknya nanti hadirlah beliau
cuma kita sebagai ahli grup yang setia pada grup ini
In Shaa Allah akan setia dan bersedia
memberi sokongan/dukungan
kepada misi dan visi admin grup Sri Pemangku Adat...
agar berjaya mencapai matlamat ditubuhkan grup ini.
Moga lah grup ini mendapat sokongan/dukungan
daripada semua ahli grup mengikut kelebihan masing-masing
untuk memberi sumbangan ilmu , ide dan apa saja
bagi bersama merealisasikannya
In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
"AKU PENGEN SETIA DI GRUP INI
APA SAJA KARYA YANG KUHASILKAN
INGIN KUKONGSIKAN DI GRUP INI
BUKAN ADA NIAT UNTUK DI SEBALIKNYA
CUMA JIKA ADA EHSAN RAKAN GRUP
YANG SUDI MEMBERI KOMENTAR
MENGIKUT TEMA KARYA YANG DISIARKAN
AMATLAH AKU NANTI-NANTIKAN
BAGI MENAIKTARAFKAN KUALITI
PENULISANKU
KARNA SETAIP KARYA YANG DIHASILKAN
ADALAH UNTUK KUWARISKAN KEPADA
ANAK CUCU NUSANTARA
MAKANYA KOMENTAR YANG BERNAS
SEIRING TEMA KARYA ADALAH TERLALU BERHARGA UNTUKKU
BINGKAIKAN DI GALERI SASTRA NUSANTARA PERPUSTAKAAN
ALAMMAYA DIBACA PENUH PENGHAYATAN
BIARPUN SERIBU TAHUN
TIADA LAGI DI DUNIA INI
ITULAH KEPUASAN AKU DALAM BERKARYA SASTRA NUSANTARA
BERSASTRA BUKAN MAHU MENCIPTA NAMA
CUKUPLAH SEKADAR SEPOTONG DOA UNTUKKU
DI KALA HIDUP DAN MATIKU...
AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA
MELAINKAN MENGHARAPKAN
APA YANG KUKARYAKAN
MENDAPAT EHSAN DARI-NYA
SEBAGAI BALASAN DIBERIKAN NUR HIDAYAH KASIH-NYA PADAKU
DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYAKU
MANALAH TAHU BERKAT BERKASIH SAYANG KARNA-NYA
KITA DITEMUKAN DI SYURGA-NYA
IN SHAA ALLAH AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN"
RAKAN GROUP SRI PEMANGKU ADAT YANG PENGEN SETIA,
7 Rejab 1434H
17 Mei 2013M- OLDER POSTS
Sepi Terus Grup Ini, Tidak Tahu Kemana Menghilang Semuanya.....HanyaRatu Rimba Niagara sahaja yg sentiasa post karya nya di grup ini.....
GURU ENGKAU MENGAJAR AKU MENGENAL DIRI MENGENAL TUHAN ...TERIMA KASIH GURUKU MOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKANMU DENGAN RAHMAT KASIH-NYA SEMASA HIDUP DAN MATI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PANTUN GURU PENYAYANG MURID CEMERLANG
Selamat menyambut Hari Guru,
Ucapan daripada muridmu untuk guruku;
Hingga kini terkenang budi baikmu,
Ilmu diajar rasa tak jemu.
Guru penyayang murid disayang,
Baik hatimu hingga kini kukenang;
Dikau mengajar terkenang-kenang,
Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.
Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,
Bila mengajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.
Hari guru disambut penuh keceriaan,
Telatah guru murid terhibur;
Hadiah istimewa untukmu kuberikan,
Acara penyampaian semua teratur.
Guru kreatif murid tak bosan,
Apa diajar didengar difaham;
Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,
Ibubapa melihat teramat kagum.
Suasana bilik darjah penuh ceria,
Dihias dengan lukisan kreatif;
Murid belajar berlumba-lumba,
Kerana semuanya berminda positif.
Suasana belajar amat menyeronokkan,
Guru kreatif murid positif;
Apa diajar semua difokuskan,
Impak pembelajaran guru kreatif.
Murid diajar beradap sopan,
Saling hormat menghormati asas perpaduan;
Tiada tercicir dalam pembelajaran,
Kerana itu satu kebanggaan.
Guru cemerlang murid terbilang,
Itulah cita-cita Menteri Pelajaran;
Apa diajar takkan hilang,
Kecemerlangan murid jadi tumpuan.
Murid bermasalah guru pening kepala,
Guru bermasalah murid yang rugi;
Kehidupan baru kini bermula,
Murid berjaya berpelajaran tinggi.
Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.
Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
Ilmu itu pelita hati;
Menuntut ilmu janganlah jemu,
Masa depanmu bersinar nanti.
Apabila belajar bersungguh-sungguh,
Kerana itu amalan mulia;
Banyak ilmu janganlah megah,
Sifat riak membawa binasa.
Murid berdisplin guru gembira,
Sekolah lahirkan murid cemerlang;
Sukanya hati tidak terkira,
Kerana muridku terus gemilang.
Murid ponteng amatlah rugi,
Pelajaran tercicir masa depan gelap;
Suka ponteng jangan diulangi,
Dalam peperiksaan tidak tersilap.
Indah sungguh suasana sekolah,
Burung berkicauan di waktu pagi;
Suasana sekolah sungguh meriah,
Keceriaan sekolah patut dipuji.
Guru besar kreatif sekolah cemerlang,
Murid ke sekolah penuh keazaman;
Setiap tahun sekolah cemerlang,
Gemilang murid itulah idaman.
Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,
Usaha melahirkan pelajar cemerlang;
Setiap cadangan akan direalisasi,
Agar murid terus gemilang.
Sekolah pencetus ilhamku,
Galakan guru pembakar semangatku;
Akan tersemat nasihat di hatiku,
Moga bahagia hidupmu hidupku.
Guru Pembina Negara Bangsa,
Murid pencetus ilham guru;
Jasamu guru kuingat setiap masa,
Perpisahan nanti buat kuterharu.
Guruku sayang muridku sayang,
Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
Impaknya nanti Negara terus gemilang.
Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2013
(Bersempena Sambutan Hari Guru)
Puisi Guruku Sayang Muridku Sayang
Guruku sayang…
Aku amat terhutang budi padamu,
Kau mengajar aku tentang…
Kehidupan…
Kehidupan semuanya
berpaksikan ilmu.
Tanpa tunjuk ajarmu…
Aku bagaikan burung patah sayapnya…
Kapal hilang nakhodanya…
Hidup bagaikan gelap-gelita.
Guruku sayang…
Ajarlah aku…
Nasihatkanlah aku…
Pimpinlah aku ke jalan benar …
Agar aku tidak terkapai-kapai
lemas di atas kejahilanku sendiri
tidak berminat menuntut ilmu.
Mulai hari ini aku berazam
menjadi murid cemerlang dan terbilang!
Itulah janji aku! Itu sumpah aku padamu guru!
Terima kasih guru…
Di atas segalanya!
Tanpa mu siapalah aku!
Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2013
(Bersempena Sambutan Hari Guru)
KARYA DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 1MALAYSIA ,'SELAMAT HARI GURU
UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
PANTUN TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
Transformasi Berjaya,
Rakyat Sejahtera;
Hargai Merdeka,
Sejahtera Malaysia.
Demi maruah bangsa yang gagah,
Rela kutempuhi onak dan duri;
Agar Malaysiaku terus megah,
Dijajah semula rakyat yang rugi.
Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Disanjung dipuja setiap masa;
Semangat patriotik tertanam di jiwa,
Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.
Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,
Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
Mencintai negara terus membara,
Salam perpaduan penuh keikhlasan.
Negara maju aman sejahtera,
Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.
Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat dalam perpaduan:
Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
Malaysia berada di puncak kejayaan.
Malaysia perkasa di persada dunia,
Lambang semangat negara berjaya;
Rakyat dan Pemimpinnya berubah demi negara,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.
Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
Misi dan visi 1Malaysia rakyat realisasikan;
Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
Negaraku sejahtera dalam keamanan.
Negaraku sejahtera dalam keamanan,
Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
Bersatu hati dalam perpaduan,
Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.
Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat,
Untuk diwarisi zaman berzaman;
Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.
Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
Pelbagai kaum saling menghormati;
Kepentingan negara menjadi keutamaan,
Memadamkan segala kedengkian di hati.
Memadamkan segala kedengkian di hati,
Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
Memerintah negara seikhlas hati,
Demi kerana Malaysia dicintai.
Demi kerana Malaysia dicintai,
Yang tua dihormati;
Yang muda disayangi,
Barulah aman Malaysiaku ini.
Barulah aman Malaysiaku ini,
Pemimpin mementingkan kebajikan rakyatnya;
Tidak mementingkan diri sendiri,
Demi kerana negara dan rakyatnya.
Demi kerana negara dan rakyatnya,
Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
Tranformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
Tranformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.
Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
Jasa pemimpin rakyat hargai,
Kemajuan negara ke puncak jaya.
Kemajuan negara ke puncak jaya,
Rakyatnya gigih membangunkan negara
Pesat membangun transformasi berjaya,
Mencipta nama hingga ke antarabangsa.
Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
Hidup aman dan bahagia sentiasa,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.
Merdeka negara mesti dijaga,
Akan sejahtera kita semua;
Tutur kata seindah bahasa,
Barulah negara aman sentosa.
Pentadbir negara bersatu padu,
Cemerlang berkerja tidak terburu;
Lambang utuh ukhwah bersatu,
Negara makmur negara maju.
Negara makmur negara maju,
Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
Generasi pasca merdeka amat terharu,
Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.
Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
Pembangunan negara pesat membangun;
Mercu kejayaan pentadbir negara,
Malaysiaku maju rakyatnya aman.
Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
Lambang patriotik semangat perwira;
1Malaysia sayangkan negara,
Jiwa patriotik sentiasa membara.
Lambang patriotik semangat perwira,
Jalur semangat gemilanglah bangsa;
Jalur gemilang tetap dimulia,
Dipertahankan untuk warisan bangsa.
Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
Pantang berundur sebelum melangkah;
Jalur Gemilang berkibar megah,
Jadikan negara dipandang Gah.
Demi semangat cintakan negara,
Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
Kekal merdeka Malaysia dihormati.
Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
Keharmonian negara sejak berzaman,
Kemajuan negara dipacu terus mara.
Berkibarlah benderaku penuh bangga,
Perjuangan dan kesetiaaanmu kami hargai;
Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2013
PUISI IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF MALAYSIA
KIKI
Kiki suka berada di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki ada sayap.
Kiki terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.
Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu, ‘Ibu Oh! Ibu’.
BULAN DAN BINTANG
Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.
Bulan suka tengok gelagat tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk di pelangi dan seekor lagi
duduk di tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.
HARI JADI JOHN
Setiap tahun John meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John yang kesembilan.
Ayah John membeli kek tiga tingkat.
Hari jadi John sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.
TIKAR AJAIB
Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat gembira kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.
Mereka dapat terbang setelah terjumpa
dengan ‘Pelita Ajaib’ yang boleh memberi
kesaktian kepada si pemiliknya.
Apabila penat mereka pulang berehat
di Istana Kayangan yang indah
lagi permai.
NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR
Nina tinggal di sebuah pulau bersama
bayi Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.
Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.
Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti arnab.
Kukunya tajam seperti harimau.
Nina suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.
Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.
Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi di antara satu
sama lain.
Nina adalah kakak angkat yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.
BERMIMPI JADI ANAK GERGASI
Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.
Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.
CITA-CITA SAYA
Cita-cita saya hendak menjadi
seorang doktor.
Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.
Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh nasihatkan
pesakit saya supaya amalkan
makan makanan sihat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.
TAMAN BUNGA IBU SAYA
Ibu saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.
Setiap petang saya menyiram pokok-
pokok bunga.
Halaman rumah saya seperti taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.
Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.
Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’
KERETA TERBANG
Pagi Ahad itu Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.
Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan biru.
Ah Chong sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.
KEINDAHAN TAMAN BUNGA
Sungguh indah taman bunga yang
menghijau ini.
Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.
Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.
Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.
Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!
KAMBING GURUN AJAIB
Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.
Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang bergemerlapan di langit malam.
Kadang-kadang dia menanduk bintang.
Bintang suka berkawan dengan Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.
HARIMAU KEMBAR SIAM
Ini Harimau Kembar Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.
Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.
Ke mana pergi mereka selalu
bersama.
Setiap petang, Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.
Harimau Kembar Siam sayang
menyayangi di antara satu sama lain.
KELUARGA ZIRAFAH
Ini sekumpulan keluarga zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.
Ibubapa mereka penyayang dan
bertanggungjawab.
Anak-anak dididik supaya hormat
menghormati di antara satu
sama lain.
Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!
KUDA BELANG
Kesian sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.
Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.
Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.
Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.
Kuda belang akan pupus di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.
ZOO NEGARA
Saya suka pergi ke Zoo Negara.
Di Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.
Singa senyum kepada saya.
Anak zirafah sangat comel.
Saya suka tengok anak gajah
pakai topi. Sungguh comel!
Anak gajah senyum kepada saya.
Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.
Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.
IKAN LUMBA-LUMBA
Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka melompat-lompat
sambil menyumpit air.
Sungguh melucukan!
Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.
Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.
Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu pun tersenyum geli hati.
Sungguh indah permandangan di dasar aut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.
Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak penghuni
lain.
Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang aman, damai dan permai.
HADIAH WAU
Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.
Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.
Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama dengan
rakan-rakan yang seusia dengan saya.
Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!
Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.
SAYA WARGANEGARA MALAYSIA
Saya warganegara Malaysia.
Rakyat negara saya terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Walaupun berbeza agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.
Kami hidup bersatupadu, tolong
menolong dan hormat menghormati.
Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.
Saya menghargai Perdana Menteri
saya kerana dapat mencetuskan
Gagasan 1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!
Karya RATU RIMBA NIAGARAA
16 Mei 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH KANAK-KANAK NUSANTARA TERSAYANG ...NENDA SAYANG SESUNGGUHNYA SAYANG ...SAYANG SAMPAI SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
PANTUN TIGA SAHABAT SEJATI
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2013
·
CAKARAWALA SUMBER INSPIRASI SAYA (PUISI KANAK-KANAK)
Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.
Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.
Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.
Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.
Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!
Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan di langit.
Hidup saya terang
Seterang bintang bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.
Hidup saya bahagia...
Sebahagia matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.
Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.
Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit masing-masing.
Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.
Justeru saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2013
AKU BUKAN KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
aku bukan katak di bawah tempurung
aku adalah katak di bawah tempurung lut sinar
yang membolehkan aku memerhatikan seluruh dunia
apabila aku keluar dari tempurung lut sinar
aku tahu keadaan seluruh dunia
makanya kejayaan aku
benar-benar Allah yang ciptakan
DIA yang kehendaki takdirku begitu
berjaya atas usaha sendiri
dan Allahlah yang menentukan
usahaku berjaya atau tidak
bagaimana hebatpun aku bersastera
aku tetap hamba-Nya yang kerdil
kerana tanpa izin-Nya
aku cumalah hamba Allah yang tak tahu apa-apa
tentang ilmu dunia dan akhirat...
makanya tidak layaklah aku memakai pakaian sombong
seorang ratu... kerana aku bukan bercita-cita hendak menjadi ratu
aku hanya mahu menjadi hamba Allah dengan pakaian iman dan takwa
Moga Allah Perkenankan segala cita-citaku yang murni ini
Kepada agama bangsa dan negara jua di seluruh dunia
Bumi Allah tempat persinggahan untuk mempersiapkan bekalan ke negeri abadi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
KARYAKU ASET NEGARAKU TERCINTA
KARYAKU ASET BUMI NUSANTARA TERSAYANG
MOGA KARYAKU MENJADI ASET AKHIRATKU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
9 April 2013
AKU CUMA MAHU JADI RATU DI HATI RAKYAT
AKU CUMA MAHU MENJADI RATU DI HATI RAKYAT
DAN RATU DI HATIMU
BIARPUN AKU BUKAN SEORANG RATU
CUMA RATU DI HATIMU
JIKA RAKYAT TAK SUDI
KAMU TAK SUDI
IYALAH TAK APA
ASALKAN ALLAH SUDI ITU SUDAH LEBIH BERMAKNA
DARI ALAM DAN SEISI-NYA
IN SHAA ALLAH AAMIIIN
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
DARI ALLAH AKU DATANG DARI ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
JANGAN KITA HALANG ORANG MEMBUAT KEBAIKAN
SEDANGKAN KITA LANGSUNG TIDAK MAHU BERBUAT KEBAIKAN
INI BERMAKNA DI PEMIKIRAN KITA MAHUKAN KEHANCURAN SEBUAH NEGARA JIKA KITA BERSIKAP BEGITU LEBIH BAIK SEGERA MATI DARIPADA HIDUP KERANA HIDUP TIDAK MEMBERI ERTI PADA DIRI KITA SENDIRI APATAH LAGI PADA ORANG LAIN....
BUKANKAH ALLAH SURUH KITA BERAMAL KEPADA TUHAN DAN BERBAKTI KEPADA MANUSIA BERBEZAAN PENDAPAT ITU BIASA TAPI MATLAMATNYA TETAP SAMA MAHU MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI YANG ALLAH REDHA SEBELUM DIJEMPUT PULANG KE PANGKUAN-NYA.
KAMU HARUS INGAT MANUSIA ITU HIDUP ATAS NIATNYA
JIKA KITA NIAT JAHAT PASTI MATI DALAM KEJAHATAN
JIKA KITA NIAT BAIK PASTI MATI DALAM KEBAIKAN KERANA SETIAP KEBAIKAN ITU
ADALAH DATANG DARI ALLAH ....
DARI ALLAH AKU DATANG DARI ALLAH AKU DIKEMBALIKAN
MOGA AKU MATI DALAM KEBAIKAN MEMBAWA NIAT-NIATKU YANG BAIK-BAIK
IN SHAA ALLAH AAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA
& GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
16 Mei 2013
PUISI OH! PUISI
hehehehe
selamat siang mas....sayang...
aku nggak bisa nulis puisi...
tapi aku suka baca puisi...
puisi bikin hati ku senang
aku ketawa bila baca puisi
puisi bikin aku kenal diriku
puisi bikin aku kenal Tuhanku
puisi bikin aku sayang pada semua
puisi bikin aku sayang pada penulis puisi
hehehehe aku suka...suka...suka banget...
hehehehhehee
puisi....puisi...oh puisi ku sayang...
aku sayang kamu...
aku akan baca mu selalu
aku akan doakan si penulis puisi
diRahmati Allah dikala hidup dan matinya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Mei 2013
(KARYA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI GURU UNTUK TATAPAN SEMUA PEMBACA SETIA KARYA SASTRA/SASTERA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA DI ALAMMAYA...KUSAYANG KALIAN SELAGI NYAWAKU ADA IN SHAA ALLAH SAMPAI SYURGA KUBAWA KASIH SAYANGMU AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN)
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA, NAJIB RAZAK &
GROUP SRI PEMANGKU ADAT )
7 Rejab 1434H
17 Mei 2013
0 comments:
Post a Comment