- DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEMPENA MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA
15 Mei 2013 Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
PANTUN GURU PENYAYANG MURID CEMERLANG
Selamat menyambut Hari Guru,
Ucapan daripada muridmu untuk guruku;
Hingga kini terkenang budi baikmu,
Ilmu diajar rasa tak jemu.
Guru penyayang murid disayang,
Baik hatimu hingga kini kukenang;
Dikau mengajar terkenang-kenang,
Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.
Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,
Bila mengajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.
Hari guru disambut penuh keceriaan,
Telatah guru murid terhibur;
Hadiah istimewa untukmu kuberikan,
Acara penyampaian semua teratur.
Guru kreatif murid tak bosan,
Apa diajar didengar difaham;
Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,
Ibubapa melihat teramat kagum.
Suasana bilik darjah penuh ceria,
Dihias dengan lukisan kreatif;
Murid belajar berlumba-lumba,
Kerana semuanya berminda positif.
Suasana belajar amat menyeronokkan,
Guru kreatif murid positif;
Apa diajar semua difokuskan,
Impak pembelajaran guru kreatif.
Murid diajar beradap sopan,
Saling hormat menghormati asas perpaduan;
Tiada tercicir dalam pembelajaran,
Kerana itu satu kebanggaan.
Guru cemerlang murid terbilang,
Itulah cita-cita Menteri Pelajaran;
Apa diajar takkan hilang,
Kecemerlangan murid jadi tumpuan.
Murid bermasalah guru pening kepala,
Guru bermasalah murid yang rugi;
Kehidupan baru kini bermula,
Murid berjaya berpelajaran tinggi.
Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.
Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
Ilmu itu pelita hati;
Menuntut ilmu janganlah jemu,
Masa depanmu bersinar nanti.
Apabila belajar bersungguh-sungguh,
Kerana itu amalan mulia;
Banyak ilmu janganlah megah,
Sifat riak membawa binasa.
Murid berdisplin guru gembira,
Sekolah lahirkan murid cemerlang;
Sukanya hati tidak terkira,
Kerana muridku terus gemilang.
Murid ponteng amatlah rugi,
Pelajaran tercicir masa depan gelap;
Suka ponteng jangan diulangi,
Dalam peperiksaan tidak tersilap.
Indah sungguh suasana sekolah,
Burung berkicauan di waktu pagi;
Suasana sekolah sungguh meriah,
Keceriaan sekolah patut dipuji.
Guru besar kreatif sekolah cemerlang,
Murid ke sekolah penuh keazaman;
Setiap tahun sekolah cemerlang,
Gemilang murid itulah idaman.
Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,
Usaha melahirkan pelajar cemerlang;
Setiap cadangan akan direalisasi,
Agar murid terus gemilang.
Sekolah pencetus ilhamku,
Galakan guru pembakar semangatku;
Akan tersemat nasihat di hatiku,
Moga bahagia hidupmu hidupku.
Guru Pembina Negara Bangsa,
Murid pencetus ilham guru;
Jasamu guru kuingat setiap masa,
Perpisahan nanti buat kuterharu.
Guruku sayang muridku sayang,
Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
Impaknya nanti Negara terus gemilang.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Rejab 1434H
15 Mei 2013
(PUISI DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEMPENA MERAIKAN HARI GURU 1MALAYSIA PADA 16 MEI 2013)
Wednesday, 15 May 2013
SELAMAT HARI GURU UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA, "5 MEI 2013 RAKYAT ANUGERAHI BINTANG PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment