Thursday, 16 May 2013

MAKRAJ CINTA (Part 23), 'PENGHAYATAN PATRIOTISME' HARI ATM DISAMBUT BERSKALA BESAR DI PERINGKAT NASIONAL





11Unlike ·  · 
  • You and 42 others like this.
  • Yiyip Supercop Ye x semua antara kami sanggup berkorban dan memilih kerjaya yg mulia ni.. Teruskan berjuang dan berkhidmat
    4 hours ago via mobile · Like · 1
  • Harris Daniel Saya mohon agar semua rakan dapat memberi komen didalam pos ini. Nanti saya akan lanjutkan ke MINDEF .. Tk .. 
    4 hours ago · Like · 1
  • Yiyip Supercop Jangan LIKE je.. Kasilah sebarang 2 kata...
    4 hours ago via mobile · Like · 1
  • Ezrie Lolen Ezrie: dicadangkan hari ATM disambut berskala besar diperingkat Nasional agar penghayatan patiotisme akan lebih terkesan dikalangan rakyat Malaysia
    3 hours ago via mobile · Like · 2
  • Sha Hanim Dicadangkan bawa Tentera2 ke sekolah2 dan expose kepahlawanan mrk pd pelajar2.
    3 hours ago via mobile · Unlike · 4
  • Yiyip Supercop Expose kepahlawanan? How?
    3 hours ago via mobile · Like · 1
  • Sha Hanim Hmmm... Contoh; buat karnival bergerak dari sekolah ke sekolah. Ceritakan sejarah, pencapaian, pengorbanan Tentera dari sejak zaman kesultanan dulu, dan terangkan natijah pd diri dan negarA jika jadi Si kitul atau pembelot dan sbgnya...
    3 hours ago via mobile · Unlike · 3
  • Harris Daniel US Officer akan dihantar ke sekolah untuk memberi penerangan tentang kerjaya mereka di peringkat sekolah rendah lagi.. Nice idea Sha Hanim .. 
    3 hours ago · Unlike · 2
  • Fauziah Mamat wekk said..
  • Fauziah Mamat well said....n nice idea....
    2 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Untuk menyemai semangat patriotik...di jiwa murid sekolah rendah hingga IPT/IPTS satu matapelajaran yang khas diwujudkan. Dan mereka diwajibkan lulus matapelajaran tersebut. Di setiap perpustakaan buku-buku bertemakan patriotik diwajibkan ada.Sekolah satu aliran saja bahasa penghantarnya adalah bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) disamping bahasa ibunda mereka masih boleh dipelajari termasuk bahasa Inggeris selepas bahasa Melayu.Bahasa Melayu Wajib Lulus. Setiap Warga negara Malaysia diwajibkan boleh bertutur bahasa melayu. Jika tidak boleh bertutur kewarganegaraan mereka sebagai rakyat malaysia digantung dan mereka tidak dibenarkan mengundi.

    Untuk menggalakkan remaja mengundi atau rakayt Malaysia mengundi ...semasa diberikan BRIM...mereka yang belum ada senarai nama sebagai daftar pemilih ...didaftarkan sebagai pengundi pilihanraya. Jika mereka tidak mahu mendaftar pemilih wang BRIM tidak akan diberikan .

    Bagi mana-mana pemimpin yang gagal menjalankan amanah rakyat...rakyat berhak melucutkan jawatannya...kerana jawatan yang diberikan rakyat tidak memberi apa-apa hasil kepada rakyat dan juga negara tanpa kompromi.

    Kita memilih pemimpin untuk membela rakyat dan negara ..bukan untuk mereka bersenang lenang hingga negara jatuh ke tangan musuh. Rakyat rela kehilangan pemimpin daripada kehilangan negara. Pemimpin boleh dicari ganti tapi negara nak cari di mana?
    Kami tak rela kehilangan negara. Kerana negara ini harta warisan nenek moyang kita dan cucu cicit kita yang hendak kita tinggalkan dalam selamanya merdeka selagi ada bulan dan matahari. In Shaa Allah Aamiiin.

    Setiap saluran komunikasi media massa atau letronik disiarkan lagu-lagu patriotik atau yang bersangkut paut dengan patriotik walaupun berbahasa cina atau tamil...ini akan menyemarakkan roh patriotik di jiwa semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum . 

    Setiap Meraikan Kemerdekaan Negara ...diwajibkan setiap rumah dan kenderaan mengibarkan bendera jalur gemilang....Rukun Tetangga di setiap perumahan & kampung boleh mengedarkan dan memasang terus kepada semua rakyat diberi secara percuma atau bayaran yang berpatutan...di tol atau di jabatan kerajaan disediakan jalur gemilang dengan dikenakan secara percuma atau bayaran. Pihak tentera dan polis juga boleh memainkan peranan mewajibkan semua kenderaan mengibarkan jalur gemilang...jika mereka tidak mengibarkan jalur gemilang pihak polis menyaman dengan bayaran RM20.00 jalur gemilang diberikan kepada mereka dan pihak polis terus memasangkan jalur gemilang di kenderaan yang disaman. Wang saman tersebut boleh dimasukkan ke tabung kebajikan anggota polis & tentera yang gugur di medan juang. Andainya ini dapat dilakukan oleh kerajaan Malaysia saya penuh yakin setiap warga negara Malaysia ...roh mencintai negara akan hidup membara di jiwa setiap rakyat Malaysia tidak kira mereka kaum apa sekalipun. Semuanya rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. In Shaa Allah Aamiin.
    2 hours ago · Edited · Like · 1
  • Haziq Ismail "..Dalam masa yang sama, kerajaan turut digesa untuk memikirkan dan mengutamakan matlamat meningkatkan ekuiti Melayu Bumiputa yang kini hanyalah dalam lingkungan 20% sahaja berbanding kekayaan negara yang dipegang oleh bangsa asing yang bila-bila masa saja boleh berpaling tadah. Jadi bantulah sepenuh-penuhnya kepada mana-mana Melayu yang mahu berniaga, suntiklah dana untuk Melayu yang mahu menjadi petani moden, bagilah modal tanpa faedah kepada semua Melayu yang ingin memperbesar dan meluaskan lagi perniagaan. Tambah lagi peruntukan agar semua kawasan kampung Melayu mempunyai industri terancang supaya mereka dapat mengadakan peluang pekerjaan di tempat mereka sendiri. Juga, pendidikan Melayu di atas kapasiti Perkara 153, hak istimewa orang Melayu wajib dijulang tinggi khususnya melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM)..." >>http://wangsamalai.blogspot.com/2013/05/senarai-kabinet-baru-kerajaan-malaysia.html
    2 hours ago · Unlike · 2
  • Ratu Rimba Niagara Idea Haziq Ismail disokong 100% tanpa bantahan dan begitu juga yang lainnya asalkan Malaysia ini kekal merdeka selamanya selagi ada bulan dan matahari. In Shaa Allah Aamiin.
    2 hours ago · Like · 2
  • Harris Daniel Rupanya ramai rakyat Malaysia yg cintakan negara.. TAHNIAH!! .. rasanya kalo bawak ke MINDEF ni .. mau nangis semua askar kita... hehe .. 
  • Ratu Rimba Niagara Kejap lagi Pujangga Ratu Rimba siarkan puisi-puisi tentang perwira yang masih hidup dan yang gugur di medan juang ye...mahu selautan tangisan tentera di MINDEF nangis ye...hehehe
  • Mohd Ariff Jadikan PLKN 100% KERAHAN TENAGA.
    about an hour ago via mobile · Unlike · 3
  • Ratu Rimba Niagara Setuju pejuang kemerdekaan pasca merdeka Mohd Ariff ...setuju 100%. Masa ini bukan waktunya lagi untuk berleka. Jika tidak di Transformasikan corak pemerintahan...daripada pelbagai sudut ...negara kita boleh terjamin kekal merdeka. Kita jadikan falsafah berjuang demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA adalah satu fisabilillah. In Shaa Allah selamat dunia akhirat. Aamiin.
  • Ratu Rimba Niagara Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...

    Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
    a few seconds ago
    PANTUN PLKN GENERASI PATRIOTIK

    Generasi patriotik impian kerajaan,
    Lalu tercetuslah program khidmat Negara;
    Program khidmat Negara adalah satu perjuangan,
    Mempertahankan Negara bersemangat membara.

    Program PLKN amat berfaedah lagi menyeronokkan,
    Tiada sifat penderaan ataupun hukuman;
    Proses pembelajaran tidak membosankan,
    Apabila tamat menjadi kenang- kenangan.

    Menyemarakkan semangat patriotisme objektif PLKN,
    Generasi muda biar cergas penuh keyakinan;
    Menempuh cabaran dengan kebijaksanaan,
    Agar generasi terdidik semangat patriotik dan kesukarelaan.

    Setiap aktiviti dijalankan penuh muhibbah,
    Hormat menghormati walaupun pelbagai kaum;
    Memegang senjata tidak menggelabah,
    Dilakukan dengan bangga dan kagum.

    Setiap pelatih diajar semangat waja,
    Berdisplin dan berkeyakinan tinggi;
    Budaya bekerjasama terpupuk di kalangan remaja,
    Tercapailah sudah motif memupuk nilai-nilai murni.

    PLKN memupuk perpaduan kaum,
    Integrasi nasional menjadi fokus;
    Agar tiada berlaku perselisihan kaum,
    Sememangnya berpadu dalam suasana harmonis.

    Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
    Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
    Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
    Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

    Bukan mudah mengajar erti perjuangan,
    Perjuangan membela dan mencintai Negara;
    Asalkan terpupuk semangat pejuang berpanjangan,
    Sanggup pertaruhkan nyawa demi kerana cintakan Negara.

    Guru mengajar penuh minat dalam kesabaran,
    Asalkan peserta PLKN mendapat ilmu yang ditimba;
    Antara guru dan pelatih saling sefahaman,
    Barulah peserta menimba ilmu berlumba-lumba.

    Modul fizikal memberi kemahiran dan ketahanan mental,
    Serta ketahanan emosi spiritual dan fizikal;
    Memupuk perpaduan wira-wirawati bersemangat kental,
    Pasti PLKN terus menjadi terkenal.

    Para pelatih diajar bekerja dalam satu pasukan,
    Berkemahuan dan bersemangat setiakawan;
    Sentiasa ingin menabur jasa dalam kesukarelaan,
    Hanya semata kerana rakyat dan Negara diutamakan.

    Peserta digalakkan berpewatakkan positif,
    Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di jiwa peserta;
    Semasa berkawad sentiasa aktif,
    Berdisplin sentiasa setiap peserta.

    Jiwa kepimpinan dicerna begitu terperinci,
    Membuat keputusan penuh yakin;
    Penerokaan diri untuk mengenal pasti diri sendiri,
    Agar nilai-nilai murni dapat diterapkan.

    Perhubungan individu didalam kumpulan,
    Bekerjasama berkumpulan diutamakan;
    Kecekapan cara bertindak diserlahkan,
    Agar mengatasi masalah dalam kumpulan.

    Modul khidmat komuniti diajarkan,
    Bertujuan menyemai semangat kesukarelaan;
    Kepada alam sekitar masyarakat dan kejiranan,
    Agar terbentuk komuniti yang dibanggakan.

    Modul kenegaraan diajarkan juga,
    Agar terpupuk semangat patriotik dan cintakan Negara,
    Mengenal Negara dan mempertahankannya,
    Biarpun pertaruhkan nyawa demi Negara tercinta.

    Apabila datang ancaman dari dalam dan luar Negara,
    Akan dipertahankan di segenap penjuru;
    Sentiasa bersiap sedia membela Negara,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru.

    Sayangkan rakyat jua sayangkan Negara,
    Demi pewaris yang bakal ditinggalkan;
    Semangatmu sentiasa membara-bara,
    Jika kau tiada jasamu sentiasa dikenang-kenangkan.

    Selamat berjuang wira-wirawatiku,
    Moga semangat keperwiraanmu tak pernah jemu;
    Mengalah dan berundur tak pernah bertamu,
    Jasamu mewangi meresap ke jantung hatiku.

    Karya: Ratu Rimba Niagara

    2 Mei 2013

    KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
    PADA 5 MEI 2013
    2 Mei 2013
  • Zulkifli Nawawi Alfatihah....
    about an hour ago via mobile · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline: Set up 1Malays...

    Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
    a few seconds ago
    PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA

    Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
    Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
    Maju negara kerana belia positif,
    Belia cemerlang itulah yang dihajati.

    Hari belia disambut penuh gemilang,
    Belia gembira pergi ke sana;
    Pergi ke sana merebut peluang,
    Masa depan tercerna negara terbina.

    Program diatur mengikut citarasa belia.
    Asalkan belia jadi cemerlang;
    Program diatur dikawal selia,
    Agar belia terus gemilang.

    Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
    Untuk memperingati belia berjasa;
    Sayangkan belia sayangkan negara,
    Pemimpin hargai setiap belia.

    Hari ini belia diraikan,
    Dalam suasana penuh ceria;
    Jasamu belia tidak dilupakan,
    Kerana dirimu harapan negara.

    Pelbagai program di hari belia,
    Hingga belia rasa teruja;
    Tiada belia rasa kecewa,
    Kerana minat belia semuanya ada.

    Wajah belia berseri-seri,
    Belia negara raikan hari belia;
    Usaha belia tetap dihargai,
    Kerana dirimu harapan negara.

    Di hari belia mendapat ilham,
    Mendapat ilham menjadi ahli belia;
    Di usia muda melabur saham,
    Agar tak rugi di hari tua.

    Bila menjadi ahli belia,
    Hidup berubah merebut peluang;
    Belia kreatif majulah negara,
    Belia cemerlang negara terbilang.

    Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
    Ingin membangunkan belia Malaysia;
    Program dianjurkan dengan jaya,
    Cemerlang belia untuk negara.

    Belia produktif negara cemerlang,
    Usaha dibina atas keringat;
    Jasamu menteri takkan hilang,
    Ke mana kau pergi terus diingat.

    Bertuahnya hidup belia Malaysia,
    Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
    Rebutlah peluang selagi ada,
    Pastinya dikau menempa kejayaan.

    Negara lahirkan ahli sukan,
    Ramai sudah menjadi ternama;
    Di mata dunia mengharumkan nama negara,
    Pingat dirangkul negara berbangga.

    Belia bersukan belia cergas,
    Segala aktiviti berjalan lancar;
    Belia lemah patut bertegas,
    Wajah berseri terus terpancar.

    Belia digalak aktif bersukan,
    Badan sihat minda cergas;
    Mahu berjaya tiada alasan,
    Tetapkan matlamat biar jelas.

    Belia aktif kerana mendapat sokongan,
    Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
    Belia lemah terus ada kemajuan,
    Diberi galakan juga bantuan.

    Belia dan kerajaan saling memerlukan,
    Kerana belia tiang negara;
    Belia berkualiti lagi berwawasan,
    Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

    Tanpamu menteri siapalah belia,
    Harapan belia terpikul di bahumu;
    Jasamu menteri tidak dilupa,
    Akan dihargai bila bertemu.

    Belia kreatif penentu pembangunan negara,
    Negara terus gilang gemilang;
    Majulah belia majulah negara,
    Tercipta sudah belia cemerlang.

    Sukanya hati belia berjaya,
    Keluarga tersayang turut gembira;
    Semuanya gembira tidak terkira,
    Kerana belia harapan negara.

    Puisi Belia Harapan Negara

    Beliaku
    Negara perlukanmu
    Justeru
    Bangunlah dari lenamu
    Sedarlah dari lekamu
    Sedarlah dari lalaimu..
    Mari kubimbingmu menuju kejayaan!

    Jangan ada rasa rendah diri
    Jangan ada rasa kecewa
    Berubahlah demi
    Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu.

    Aku percaya kau boleh berjaya
    Jika semangat kentalmu datang
    Aku menantimu di sini
    Bersama azammu untuk berjaya
    Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia
    Segalanya akan berubah! Percayalah!
    Kerana kau adalah harapan negara!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    2 Mei 2013
    (Sempena Hari Belia Negara Yang Bakal Disambut
    Pada 15 Mei 2013)

    KARYA DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
    PADA 5 MEI 2013
    2 Mei 2013

    (PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
    2 Mei 2013
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

    Ratu Rimba Niagaraposted toNajib Razak
    a few seconds ago near Kuala Lumpur

    PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    25 Mac 2013
    (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-206 Tahun)
  • Ratu Rimba Niagara SEABADI KASIH SAYANGMU PADA KAMI

    BismillahirRahmanirRahim
    Assalamualaikum wr wb
    Selamat Hari Pahlawan
    Kepada Semua Pahlawan
    Yang sentiasa disanjungi sepenuh hati sepenuh jiwa
    Kumengagumimu dari dulu hingga kini
    Kau sentiasa di hatiku
    Jasamu pada ibu pertiwi
    Kusanjung tinggi
    Tanpamu siapalah kami
    Kau rela mempertaruhkan nyawamu
    Demi ibu pertiwi
    Demi anak bangsa
    Jasa baktimu tak akan kami lupakan
    Kau sentiasa bersiap siaga
    Bila-bila masa
    Tak kira masa
    Tak kira di mana
    Apabila semboyan ibu pertiwi berbunyi
    Kau terus mara ke medan juang
    Tanpa menghiraukan
    Nyawamu di ambang maut
    Itu tak akan kau hiraukan
    Dan tak akan kau undur biarpun setapak
    Kau dihujani peluru
    Bermandikan darah
    Darah...darah...darah...
    Pekat...pekat...pekat...
    Kau masih bersemangat
    Sebelum nafas terakhir
    Kau masih sempat
    Melepaskan das tembakan
    Kena tepat ke jantung musuh durjana
    Dan kau tersenyum dalam
    Pelukan senjata yang berjasa padamu
    Dan kau sempat tersenyum
    Sambil melafazkan
    Kucinta-Mu Tuhan
    Kusayangmu ibu pertiwi
    Kusayangmu anak bangsa
    Kematianku ini adalah tanda kusayang semua kerana-Nya
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Pahlawanku...
    Mengenangkan jasamu itu
    Kami seluruh rakyat Malaysia
    Tidak akan melupakan
    Jasa bakti semua pahlawan di Malaysia
    Samada yang telah tiada atau masih ada
    Kepada yang tiada
    Kami kirimkan sejambak doa
    Agar kau tenang di Syurga
    Dikelilingi bidadari Syurga
    Rezeki tak putus-putus dari-Nya
    Kerana kau mati dikira
    Pejuang fisabilillah Insya-Allah Aamiin
    Kepada pahlawan yang masih ada
    Teruskanlah perjuangan sucimu
    Kami sentiasa memberi sokongan
    Yang tidak berbelah bahagi
    Kerana tanpamu pahlawanku
    Siapalah kami
    Tak mungkin kami akan merasa
    Nikmat kedamaian Malaysia
    Yang kini pesat membangun
    Dalam pembangunan era abad ke-21
    Yang Cemerlang Gemilang Terbilang
    Dalam keadaan
    Aman damai tenteram
    Semuanya kerana jasa baktimu
    Semua pahlawan di Malaysia
    Malaysiaku maju
    Malaysiaku aman
    Semuanya keranamu pahlawanku
    Semuanya dengan izin-Nya jua
    Makanya kami bersyukur kepada-Nya
    Kami ucapkan sekalung terima kasih
    Kepada semua pahlawan di Malaysia
    Sebagaimana kamu sayang kami
    Begitulah kami sayang kamu
    Abadi seabadi kasih dan sayangmu pada kami

    JASA DAN BAKTIMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI

    'SELAMAT HARI PAHLAWAN'

    Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

    RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA
    31 Julai 2012 M
    11 Ramadan 1433 H
  • Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA

    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

    Kau pahlawan yang gagah perkasa
    Kau pahlawan yang setia

    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan ibu pertiwi

    Kami hargai
    Kami sanjungi

    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

    Jasamu pahlawan
    Kan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga kebangsaan negara
    Bunga Raya
    Yang berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip rukun negara itulah
    Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara

    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
    Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami yang berjasa pada ibu pertiwi
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433H
    (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
    PADA 31 Julai 2012)
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA KE -55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012)
    (DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13)
    14 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara REVOLUSI BERTANJAK

    Revolusi bertanjak
    Raja bertanjak
    Pemimpin bertanjak

    Tak akan berlaku revolusi
    jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

    Suka tak suka
    akan berlaku revolusi
    jika sekiranya
    seluruh rakyat bertanjak
    dan memahkotakan
    tanjak yang terbaik
    bertahtakan
    kekuasaan rakyat memilih
    siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
    dan memartabatkan Raja
    untuk mengukuhkan lagi
    sesebuah negara
    yang sentiasa mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri
    kerana kekuasaan rakyat
    sentiasa dijunjung pada
    tanjak anugerah rakyat
    untuk pemimpin dan Raja
    itulah revolusi yang sebenarnya!
    jika itu terealiti
    makanya
    antara rakyat pemerintah dan Raja
    berpisah tiada
    kerana senada seirama
    memajukan negara
    dalam suasana
    aman harmoni
    tanpa
    mengundang
    ketidakadilan
    dalam memegang tampuk kekuasaan
    kekuasaan adalah milik semua
    dan semua berhak
    untuk hidup dalam
    negara sendiri yang merdeka!
    Revolusilah rakyat
    Revolusilah pemerintah
    Revolusilah Raja
    Revolusilah negara
    Barulah negaraku akan terus merdeka
    Dalam ertikata yang sebenarnya
    Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
    (DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13)
    14 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

    Transformasi Berjaya,
    Rakyat Sejahtera;
    Hargai Merdeka,
    Sejahtera Malaysia.

    Demi maruah bangsa yang gagah,
    Rela kutempuhi onak dan duri;
    Agar Malaysiaku terus megah,
    Dijajah semula rakyat yang rugi.

    Bekalan warisan anak-anak merdeka,
    Disanjung dipuja setiap masa;
    Semangat patriotik tertanam di jiwa,
    Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.

    Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,
    Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
    Mencintai negara terus membara,
    Salam perpaduan penuh keikhlasan.

    Negara maju aman sejahtera,
    Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
    Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Aman bahagia rakyat sejahtera,
    Rakyat sepakat dalam perpaduan:
    Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
    Malaysia berada di puncak kejayaan.

    Malaysia perkasa di persada dunia,
    Lambang semangat negara berjaya;
    Rakyat dan Pemimpinnya berubah demi negara,
    Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Misi dan visi 1Malaysia rakyat realisasikan;
    Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
    Negaraku sejahtera dalam keamanan.

    Negaraku sejahtera dalam keamanan,
    Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
    Bersatu hati dalam perpaduan,
    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.

    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat,
    Untuk diwarisi zaman berzaman;
    Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.

    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
    Pelbagai kaum saling menghormati;
    Kepentingan negara menjadi keutamaan,
    Memadamkan segala kedengkian di hati.

    Memadamkan segala kedengkian di hati,
    Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
    Memerintah negara seikhlas hati,
    Demi kerana Malaysia dicintai.

    Demi kerana Malaysia dicintai,
    Yang tua dihormati;
    Yang muda disayangi,
    Barulah aman Malaysiaku ini.

    Barulah aman Malaysiaku ini,
    Pemimpin mementingkan kebajikan rakyatnya;
    Tidak mementingkan diri sendiri,
    Demi kerana negara dan rakyatnya.

    Demi kerana negara dan rakyatnya,
    Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
    Tranformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
    Tranformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.

    Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
    Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
    Jasa pemimpin rakyat hargai,
    Kemajuan negara ke puncak jaya.

    Kemajuan negara ke puncak jaya,
    Rakyatnya gigih membangunkan negara
    Pesat membangun transformasi berjaya,
    Mencipta nama hingga ke antarabangsa.

    Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
    Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
    Hidup aman dan bahagia sentiasa,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

    Merdeka negara mesti dijaga,
    Akan sejahtera kita semua;
    Tutur kata seindah bahasa,
    Barulah negara aman sentosa.

    Pentadbir negara bersatu padu,
    Cemerlang berkerja tidak terburu;
    Lambang utuh ukhwah bersatu,
    Negara makmur negara maju.

    Negara makmur negara maju,
    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
    Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
    Demi kerana Malaysia yang satu.

    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
    Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
    Generasi pasca merdeka amat terharu,
    Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.

    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Pembangunan negara pesat membangun;
    Mercu kejayaan pentadbir negara,
    Malaysiaku maju rakyatnya aman.

    Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
    Lambang patriotik semangat perwira;
    1Malaysia sayangkan negara,
    Jiwa patriotik sentiasa membara.

    Lambang patriotik semangat perwira,
    Jalur semangat gemilanglah bangsa;
    Jalur gemilang tetap dimulia,
    Dipertahankan untuk warisan bangsa.

    Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
    Pantang berundur sebelum melangkah;
    Jalur Gemilang berkibar megah,
    Jadikan negara dipandang Gah.

    Demi semangat cintakan negara,
    Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
    Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
    Kekal merdeka Malaysia dihormati.

    Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
    Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
    Keharmonian negara sejak berzaman,
    Kemajuan negara dipacu terus mara.

    Berkibarlah benderaku penuh bangga,
    Perjuangan dan kesetiaaanmu kami hargai;
    Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
    Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    14 April 2013
    (PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK , RATU RIMBA NIAGARA, GROUP SRI PEMANGKU ADAT, GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    25 April 2013
  • Ratu Rimba Niagara RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN KEJAYAANMU!

    Duhai...pahlawanku...
    Jangan mudah berputus asa dalam perjuanganmu
    Aku di sini sentiasa menyokongmu
    Ayuh teruskan perjuanganmu
    Rakyat di luar sana menantikan kejayaanmu
    Terus.....!!!Terus....!!! Teruskan langkah kepahlawananmu
    Kerana kejayaan sedang menantimu...
    Kejayaanmu adalah untuk Rakyat, Raja & Negara Mu Tercinta!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    17 Mei 2013
  • Ratu Rimba Niagara YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
    BAPA TRANSFORMASI MALAYSIA

    Kau seperti sebutir bintang
    yang turun ke bumi menyinari
    hidup setiap rakyat Malaysia!

    Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
    membakar semangat setiap rakyat
    yang lesu dan bisu sekian lama.

    Setiap butiran kata-katamu
    menjadi keramat setiap
    yang mendengar...
    Mereka terpaku!
    Bukan kaku!
    Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
    yang kini bukan mimpi tapi realiti!

    Kau menggerakkan barisan kabinetmu
    agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
    tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

    Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
    memahami denyut nadi rakyat!
    Kata-kata itu bukan gurauan kosong
    Akan dibuktikan!
    Lihatlah nanti!

    Telah tercatat Di Sana, kau adalah
    pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
    sejak sekian lama.

    Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
    Bakat kepimpinan yang kau warisi
    daripada ayahanda Tun Abdul Razak
    Perdana Menteri Kedua telah sebati
    dalam jiwamu.

    Kau mahu rakyat dan kerajaan
    bersatupadu merealisasikan sebuah
    kerajaan yang aman makmur bersatu
    demi kepentingan rakyat dan negara
    tercinta!

    Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
    masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
    dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
    yang tercicir daripada arus pembangunan.

    Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
    memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
    rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
    Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
    satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
    bersama.

    Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
    yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
    gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
    membantu!

    Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
    kau gelisah dan bukan kosong mendengar
    tetapi membantu selagi mampu.

    Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
    kau pikul untuk dikongsi bersama.
    Senyuman rakyat adalah satu
    kepuasan buatmu!

    Pening! Memang pening...
    Bagaimana hendak memikirkan
    setiap masalah rakyat yang ingin
    dikongsi bersama tapi berkat
    kesepakatan barisan kabinetmu kau
    pasti berjaya! Insya-Allah.

    Lihatlah rakyat Malaysia!
    Siapakah PM ke-6 ini?
    Yang berhati waja lagi mulia
    yang sedia mendengar setiap
    rintihan kalbu rakyat Malaysia
    tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
    Pencapaian Diutamakan".

    Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
    dikurniakan seorang pemimpin
    yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

    Terima kasih PM ke-6.
    Pasti nanti negara tercinta ini
    mempunyai rakyat yang bersatu padu
    dalam ungkapan,'1Malaysia,
    Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    25 April 2013
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
  • Harris Daniel Nanti saya copy ye... 
  • Ratu Rimba Niagara TUN ABDUL RAZAK
    ‘BAPA PERDAMAIAN’

    Tun Abd Razak dibesarkan di sebuah perkampungan
    yang sangat miskin. Dia ke sekolah berjalan kaki
    tanpa kasut kerana ingin merasakan dirinya sama
    taraf dengan rakan-rakan yang pergi ke sekolah
    tanpa kasut.

    Dia seorang murid yang sentiasa merendah diri,
    baik budi pekerti dan suka membantu rakan-rakan
    nya yang kebanyakan terdiri daripada keluarga
    yang miskin. Tiada wujud membangga diri
    walaupun dia seorang anak keluarga yang berada.

    Berkat ketekunannya dalam pelajaran Tun Abdul
    Razak telah berjaya melanjutkan pelajarannya
    ke luar negara dengan lulusan undang-undang.

    Tun Abdul Razak adalah sahabat baik kepada
    Tunku Abdul Rahman. Mereka berdua bersama-
    sama telah pergi ke London untuk menuntut
    Kemerdekaan Malaysia yang ketika itu dikenali
    sebagai Tanah Melayu.

    Hasil pertemuan tersebut pada tanggal 31 Ogos
    1957 Malaysia telah diistiharkan kemerdekaan
    dan di sambut penuh meriah oleh seluruh rakyat
    Malaysia untuk meraikan kemerdekaan yang
    dinanti-nantikan sejak sekian lama. Rakyat
    Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

    Tunku Abdul Rahman telah melantik Tun
    Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
    Mereka berdua saling berkerjasama dan saling
    hormat menghormati di antara satu sama lain.

    Pada 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan
    kaum di antara kaum Cina dan Melayu.
    Tun Abdul Razak meminta kaum Melayu
    supaya bertenang tetapi rusuhan kaum
    tetap juga berlaku di Kampung Melayu.

    Kerajaan telah mengarahkan perintah
    berkurung untuk meredakan keadaan
    yang amat membimbangkan pada
    ketika itu. Segala tugas Tunku serahkan
    kepada Tun Abdul Razak untuk
    menyelesaikannya. Akhirnya kembali
    tenang buat seketika.

    Memandangkan semua tugas Perdana
    Menteri dipertanggungjawabkan kepada
    Tun Abdul Razak, rakyat mahu Tun
    Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.
    Tun Abdul Razak menolak permintaan
    rakyat tanda menghormati Tunku
    Abdul Rahman yang telah dianggap
    sebagai bapa dan sahabat yang paling
    disayangi.

    Pada 1971 Tunku Abdul Rahman menyerahkan
    Jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdul
    Razak demi kepentingan rakyat dan negara.
    Tun Abdul Razak menerima jawatan tersebut
    dan sanggup berkorban apa sahaja demi
    rakyat dan negara tercinta.

    Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri
    Yang Ke-2 Tun Abdul Razak berazam untuk
    membasmi kemiskinan yang kebanyakkannya
    terdiri daripada kaum Melayu. Beliau
    membuat Dasar Ekonomi Baharu untuk
    menaik tarafkan hidup orang Melayu tetapi
    ini tidak disenangi kaum Cina.

    Hakikatnya Tun Abdul Razak mahu semua
    rakyat di negara ini menikmati kekayaan
    negara sama dikongsi oleh semua kaum
    Cina, Melayu mahupun India. Tun Abdul
    Razak berfikir bagaimana untuk menyatu-
    padukan tiga kaum ini.

    Tanpa pengetahuan rakyat, Tun Abdul
    Razak telah pergi ke Cina untuk membuat
    lawatan persahabatan di antara Malaysia
    dengan Cina.

    Tanpa diduga Tun Abdul Razak telah
    mendapat sambutan di luar dugaan
    oleh rakyat cina dan para pemimpin
    yang mengalu-alukan kedatangan
    Tun Abdul Razak ke negara mereka.
    Ketika Tun Abdul Razak pulang dari negera China
    tanpa diduga beliau telalah disambut oleh
    ribuan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
    pelbagai kaum. Tun Abdul Razak melaungkan,
    “Kita Berjaya! Kita Berjaya! Kita Berjaya!” Teriakkan
    beliau disambut penuh gembira oleh seluruh
    rakyat pada ketika itu.

    Tidak sia-sialah permegian Tun Abdul Razak ke
    negara China kerana visinya untuk menyatupadukan
    kaum Cina dan Melayu berjaya akhirnya. Beliau
    sangat berasa gembira yang tidak dapat digambarkan
    dengan kata-kata.

    Rakyat terus aman dan harmoni tanpa perselisihan
    kaum lagi. Hidup saling hormat menghormati
    di antarqa satu sama lain dan saling berkerjasama.
    Rakyat terus mengecapi arus pembangunan Negara.

    Pada tahun 1976 Tun Abdul Razak tidak dapat
    menahan kesakitan lagi yang mana selama ini
    beliau merahsiakan penyakit lukimea yang
    telah dihidapi sejak bertahun lamanya daripada
    pengetahuan keluarga mahupun rakyat tercinta.
    Tun Abdul Razak pergi ke luar negara
    tanpa pengetahuan rakyat untuk
    mengubati penyakitnya tetapi penyakit
    yang ditanggungnya sudah sampai ke
    tahap kritikal. Doktor memberitahu
    kepada keluarga Tun Abdul Razak
    bahawa Tun tidak dapat diselamatkan
    lagi dan dibawa pulang ke tanah air.
    Dalam saat-saat genting Tun tidak
    mahu dibawa pulang kerana tidak
    mahu rakyat kuatir nanti.

    Tun Abdul Razak menghembuskan
    nafas terakhir pada 1976 di pangkuan
    keluarganya yang tercinta.

    Jenazah Tun Abdul Razak dibawa pulang
    ke Tanah Air diratapi ribuan rakyat
    terdiri daripada pelbagai kaum.
    Rakyat begitu sedih kerana telah
    kehilangan seorang pemimpin berjiwa
    Rakyat yang sanggup bersusah payah
    demi rakyat. Rakyat menggelar Tun
    Abdul Razak. “Bapa Perdamaian”
    Visi Tun Abdul Razak telah diwarisi
    oleh anakandanya YAB Datuk Seri Mohd Najib
    Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 dengan visi
    Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian
    Diutamakan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2010
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
    ·
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN TUN HUSSEIN ONN BAPA PERPADUAN

    Tun Hussein Onn anakanda Dato’ Jaafar,
    Bondanya Datin Halimah Hussein;
    Memerintah negara penuh sabar,
    Tidak pernah bosan dalam perjuangan.

    Di masa muda ilmu penuh di dada,
    Menyertai pasukan tentera sebagai kadet;
    Mengharumkan nama negara di persada,
    Mengamalkan keadilan dalam politik.

    Menyertai Rejemen Hyderabad semasa peperangan,
    British melantik pengajar Latihan Polis Malaya;
    Berjiwa patriotik jauh pandangan,
    Ingin melihat Malaysia Berjaya.

    Pulang ke Tanah Air dilantik sebagai komandan,
    Berkhidmat di Depoh Polis Johor Bahru;
    Melaksanakan tugas penuh beradap sopan,
    Menyandang jawatan tak pernah jemu.

    Pernah juga menjadi pegawai daerah,
    Bertugas di Klang dan Kuala Selangor;
    Menjalankan tugas penuh amanah,
    Galakkan pekerja bersikap jujur.

    Semangat nasionalisme menebal di jiwa.
    Berasal keluarga yang kuat berpolitik;
    Meletakkan jawatan kerajaan demi Negara.
    Ke mana pergi berjiwa patriotik.

    Tahun 1949 menjadi Ketua Pemuda,
    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
    Berjiwa patriotik nampak muda,
    Perjuangan sentiasa mendapat restu.

    Tahun 1968 kembali berpolitik,
    Tahun 1969 menjadi Menteri Pelajaran;
    Ingin memupuk masyarakat majmuk,
    Rakyat bersatu dalam perpaduan.

    2 Ogos 1973 menjadi Timbalan Perdana Menteri,
    15 Januari 1976 menjadi PM setelah kematian Tun Abd Razak;
    Menjadi Perdana Menteri sudah terpatri,
    Bertambah kukuh kuasa politik.

    Ketegasan memupuk semangat perpaduan,
    Keseimbangan ekonomi rakyat menjadi perhatian;
    Antara kaum biarlah kesamarataan,
    Barulah masyarakat harmoni berpanjangan.

    Tun Hussein Onn kenalkan konsep Rukun Tetangga,
    Agar rakyat hidup aman harmoni;
    Keadilan memerintah amat dijaga,
    Pelbagai kaum bersatu hati.

    Diperjuangkan juga ancaman terhadap dadah,
    Itulah asas benteng Negara;
    Belia negara janganlah musnah,
    Hidup rakyat aman sejahtera.

    Angkatan bersenjata Malaysia diperbesarkan,
    Dipermodenkan dengan senjata canggih;
    Untuk melindungi Negara daripada ancaman,
    Musuh yang datang terus disanggah.

    1971 Tun Hussein menjalani pintasan koronari,
    Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri;
    Faktor kesihatan mengundur diri,
    Demi rakyat dan Negara berkorban diri.

    Jawatan diambil oleh Tun Mahathir,
    Dilepaskan jawatan denngan rela hati;
    Ramai menteri datang hadir,
    Titisan air mata terharu bekas Perdana Menteri.

    Selepas bersara memberi sumbangan,
    Kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan;
    Biar perjuangan terus berpanjangan,
    Demi rakyat dan Negara tidak diabaikan.

    29 Mei 1990 Tun Hussein Onn menghembus nafas terakhir,
    Sewaktu berusia 68 tahun;
    Rakyat tangisi pemimpin bersifat jujur,
    Diingati jasa sepanjang zaman.

    Disemadikan pada hari Jumaat,
    Di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur;
    Didoakan tergolong hamba yang taat,
    Bunga-bunga kemboja terus ditabur.

    Tun Husssein Onn pernah berpesan,
    Jangan ditangisi permegiaannya nanti;
    Mahukan anakanda teruskan perjuangan,
    Demi kerana negara amat dicintai.

    Anakanda Hishamuddin mewarisi bakat,
    Kepimpinan ayahanda Tun Hussein Onn;
    Berjiwa patriotik berjiwa rakyat,
    Agar negara pesat membangun.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    (PANTUN DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
    25 April 20013
  • Ratu Rimba Niagara Duhai Pejuang pasca merdeka Harris Daniel ...macam mana dengan karya-karya yang dihasilkan oleh ratu rimba niagara ye...beri ulasan mengikut pemahamanmu sebagai seorang pejuang kemerdekaan pasca merdeka.
  • Ratu Rimba Niagara PUISI PAHLAWANKU

    Pahlawanku…
    Kau gagah perkasa
    mempertahankan negaramu
    tanpa jemu…
    Rela bermandikan darah…! Dihujani peluru!
    Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
    demi keamanan negara dan generasimu.
    Kau juga menyumbang kepada
    keamanan dunia!
    Jasamu sentiasa di hatiku
    di pusaramu nanti kukalungkan
    bunga-bunga cinta perjuangan
    kubertafakur mendoakan
    rohmu mendapat ganjaran Syurga!
    Amin Ya Rabbal A’ Lamin.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    26 Ogos 2012
    9 Syawal 1433H

    PUISI PERWIRAKU

    Duhai perwiraku…
    Perjuanganmu aku kagumi,
    moga semangat dan perjuanganmu
    takkan pernah luntur…
    Biarpun tsunami datang membadai!
    Biarpun nyawa jadi taruhan!
    Kerana dirimu adalah penyambung WARISAN,
    namamu akan terpahat di hati WARISAN,
    generasi kini dan akan datang.
    Selagi ada bulan dan matahari
    namamu tetap gah!
    Perjuanganmu tetap megah!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    26 OGOS 2012
    9 Syawal 1433H
  • Ratu Rimba Niagara APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA

    Duhai Pendekar Temasek...
    Pendekar melayu yang disanjungi
    Sejarah tetap sejarah
    Sejarah tak boleh nak diubah
    Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya
    Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya
    Makanya siapkan strategi rapatkan barisan
    Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi
    Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan
    Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak
    Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah
    Seperti menarik rambut dalam tepung
    Sebagaimana yang dilakukan oleh
    Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia

    Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi
    Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu
    Di Singapura kerajaan Singapura berjaya diperintah
    Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan
    Rumpun Melayu Nusantara...
    Insya-Allah Ammin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    3 Ogos 2012
    14 Ramadan 1433H
    (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
    17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG

    Tika aku terlantar parah begini...
    Mana pergi anak-anak muridku...
    Yang mengaku akan menuntut bela
    Darahku yang jatuh ke bumi
    Walaupun setetes!
    Ini bukan setetes...
    Tubuhku dipenuhi darah....
    Sesuka hati mereka
    Menetak ...menghentak
    Memukul ...menyepak terajangku
    Bukan aku tidak boleh melawan mereka
    Mereka terlalu ramai
    Kalau benar mereka anak jantan
    Kenapa tidak satu lawan satu?
    Biarpun begitu pantang
    Anak jantan lari di medan juang
    Biarpun mereka ramai
    Aku seorang
    Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
    Hingga tak kuhiraukan
    Darahku merecik sana sini
    Lagi kuat hayunan parangnya
    Lagi kuat hayunan
    Sepak terajangku
    Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
    Aku tidak bersenjata
    Kerana
    Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
    Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
    Karena aku percaya
    Tuhan Mahu Mengujiku
    Karena adalah suratan takdirku
    Aku terima dengan redho
    Cuma jika dipanggil Ilahi
    Adakah anak-anak jantan melayu
    Di luar sana masih membisu dan kaku
    Aku tidak minta ditebus kematianku
    Tapi jagalah bangsa melayuku
    Agar tidak menerima nasib sepertiku
    Diserang hendap tanpa dugaku
    Dan pantang aku
    Bangsa aku ditindas dan tertindas
    Tanpa sebab musabab....
    Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
    Makanya bangsaku
    Kalau melayu tak sokong melayu
    Siapa lagi?

    Pahlawanku yang teraniaya...
    Sabarlah...
    Tuhan bersamamu tika ini
    Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
    Andai kau dijemput Ilahi...
    Syurga menantimu
    Insya-Allah Aamin

    Karya : Putri Rimba Niagara
    24 April 2012
    (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012)
    14 h
  • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan undur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    9 Ogos 2012
    20 Ramadan 1433H
    (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    di serata pelosok bumi Malaysia

    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

    Demi cintaku pada Malaysia
    akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
    Biarpun ke titisan darah terakhir!

    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Karya : Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2007
    (Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-55
    Pada 31 Ogos 2012)

    HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Ogos 2012
    (SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

    Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
    Memerintah negara adil saksama;
    Rela berkorban demi rakyat tecinta,
    Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

    Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
    Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
    Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
    Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

    Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
    Kepentingan rakyat amat dirasai;
    Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
    Sejak generasi dahulu hingga kini.

    DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
    Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
    Budi disemai Allah berkati,
    Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

    Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
    Kebajikan rakyat amat diutamakan;
    Bertuah sungguh rakyat Pahang,
    Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

    Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
    Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
    Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
    Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

    Sultan Mizan kesayangan rakyat,
    Rakyat Terengganu amat bersyukur;
    Punyai Raja yang pentingkan rakyat,
    Raja dan rakyat sentiasa rasa bersyukur.

    Sultan Kedah amat dihormati,
    Menabur budi tidak terhingga;
    Ke mana pergi rakyat mentaati,
    Rakyat Kedah amat berbangga.

    Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
    Kepentingan rakyat amat dijaga;
    Masalah rakyat diberi perhatian,
    Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan takkan rugi,
    Raja dan rakyat berkerjasama.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    29 Ogos 2012
    (BERSEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
    NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
    Semoga puasa membawa keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
    (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
    Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
    (BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022)
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Sekalung tahniah di atas pertabalan,
    Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
    Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

    Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
    Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
    Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

    Masalah rakyat masalah baginda juga,
    Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
    Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,

    Berat sungguh hendak melepaskan,
    Kerana negara dilepaskan juga;
    Sultan Kedah yang budiman,
    Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.

    Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
    Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
    Rakyat sentiasa berterima kasih,
    Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

    Agong kami Raja yang penyayang,
    Sayangkan rakyat sayangkan negara;
    Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
    Saling bantu membantu demi negara tercinta.

    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Sehati sejiwa mempertahankan negara;
    Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
    Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

    Karya Ratu Rimba Niagara
    13 Disember 2011
    (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)
  • Ratu Rimba Niagara RAKYAT KELANTAN AMAT SANJUNGI

    Sultan Kelantan berhemah tinggi,
    Memerintah Kelantan adil saksama;
    Rakyat Kelantan amat sanjungi,

    Raja dan rakyat saling bekerjasama.

    RATU RIMBA NIAGARA
    6 Ogos 2012
    17 Ramadan 1433H

    BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIH-MU

    Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
    Seorang hamba yang benar zuhud
    Mengutamakan rakyat lebih daripada
    Kepentingan sendiri
    Segala masalah rakyat ingin dibantu
    Sedaya mampu
    Masalah rakyat masalah baginda juga
    Hari-hari yang difikirkan
    Rakyat...rakyat...rakyat...
    Hidup baginda sepi tanpa rakyat
    Kasih sayang baginda pada rakyat
    Tidak berbelah bahagi
    Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
    Hinggakan rakyat tidak merasakan
    Yang berada di sisi mereka seorang raja
    Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
    Namun apabila berbicara dengan baginda
    Masih menjaga adap
    Berbicara bahasa istana penuh sopan
    Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
    Berasa amat terharu dengan
    Sikap rendah diri raja mereka
    Pada baginda
    Apalah ertinya pangkat
    Jika pangkat itu tidak memberi
    Apa makna kepada rakyat
    Dan baginda amat takut
    Apabila tanggungjawabnya
    Sebagai seorang raja akan
    Dipertanggungjawabkan
    Di akhirat kelak
    Apa yang hendak
    Dijawabkan nanti jika
    Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
    Pada rakyat Kelantan

    Ya Allah...
    Kau Maha Penyayang
    Kau Maha Memahami Isi Hati
    Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
    Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
    Dengan rahmat kasih-Mu
    Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
    Dan kami jua mahu bersamanya
    Menikmati Syurga-Mu
    Penuh kasih sayang
    Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
    Kerana-Mu tika di dunia
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    14 April 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL & KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
    8 Mei 2012
    (DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    6 Ogos 2012
    17 Ramadan 1433H
  • Ratu Rimba Niagara AKU ASKAR MELAYU SEDIA BERBAKTI PADA IBU PERTIWIKU!

    Ahmad Tajuddin budak baik,
    Anak soleh mendengar kata;
    Berjiwa penyayang hatinya baik,

    Bila dewasa tampannya tak terkata.

    Aku anak melayu,
    Kerja askar melayu;
    Di tanah melayu;
    Pembela bangsa melayu.

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan mundur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KARYA : RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
  • Ratu Rimba Niagara KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

    Keris menjadi saksi bisu
    hebatnya pertempuran mu duhai keris
    kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman

    kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
    kau sentiasa di hatiku
    kan ku perjuangkan kepahlawananmu
    hingga ke titisan darah terakhir
    biarpun nyawaku jadi taruhan
    agar kau mengerti
    yang aku cintakan mu
    selagi nafas ku ada
    lambang cinta
    lambang setiaku
    padamu keris....
    yang tak pernah jemu
    mencintaimu
    untuk mempertabatkanmu
    agar dicintai juga anak bangsa
    sejak zaman berzaman

    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
  • Ratu Rimba Niagara AKU ASKAR MELAYU

    Aku orang melayu
    Kerja askar melayu
    Di Tanah Melayu


    Tak akan ada
    Seorang pun
    Yang boleh
    Menggugat
    Penderiaanku

    Darahku
    Jiwaku
    Jiwa melayu

    Jasadku kepunyaan Allah
    Rohku dalam genggaman Allah

    Demi-Nya
    Demi bangsaku
    Demi negaraku

    Kurela
    Nyawaku jadi taruhan
    Di setiap penjuru
    Setiap masa
    Sentiasa bersiap siaga
    Bila-bila masa
    Berbakti di medan juang!

    Tak akan berundur biarpun seinci
    Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
    Aku relakan
    Demi-Nya
    Demi anak bangsa
    Demi pertiwi

    Biarpun dihujani peluru
    Biarpun bermandikan darah
    Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
    Kami askar melayu relakan
    Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
    Daripada ancaman musuh
    Agar kemerdekaan negara kami
    Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

    Duhai anak cucuku...
    Moyangmu
    Askar melayu
    Menyayangimu
    Sepenuh jiwa dan raga
    Rela pertaruhkan nyawa demi
    Negara ini agar dapat kalian
    Teruskan dan jayakan
    Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
    Agar dapat diwariskan
    Dari generasi ke satu generasi

    Di tugu moyangmu nanti
    Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
    Tanda ingatan kalian pada moyangmu
    Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
    Agar tenang setenang air di kali Syurga

    Moyangmu...
    Ahmad Tajuddin
    Dan seluruh rakan moyangmu
    Orang Melayu
    Askar Melayu
    Di Tanah Melayu
    Di bumi 1Malaysia tercinta!

    Karya Putri Rimba Niagara
    29 Julai 2012
    9 Ramadhan 1433H
    (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA)
    INILAH SUMPAHKU!

    Akulah askar melayu RAMD
    Tak akan gentar
    Tak akan undur biarpun setapak
    Demi agama bangsa dan negara
    Akan kupertahankan
    Hingga ke titisan darah terakhir!
    Inilah sumpahku!
    Pada anak bangsaku!

    Karya Putri Rimba.
    29 Julai 2012
    9 Ramadan 1433H
    13 hours ago · Like
  • Ratu Rimba Niagara KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA 31 Julai 2012 MERAIKAN HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA)
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012 / INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    4 Ogos 2012
    15 Ramadan 1433H
    23 hours ago ·

    Selamat Hari Pahlawan .. moga ceria selalu .. nah lagu pembakar semangat .. semoga terhibur 
    http://www.youtube.com/watch?v=9XOphn3RyLc&feature=related

    Pahlawan Ku
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku.....untuk pembakar semangat juangmu di medan perang!

    Ahmad Tajuddin ~ Terima kasih! Demi untuk keamanan semua yang tercinta !

    Ahmad Tajuddin ~ makasih smue! slmt hari raya buat smue trutama rakan seperjuangan yg beraya di perbatasan negara..soldier on!! we salute!!

    (PETIKAN DARIPADA WALL AHMAD TAJUDDIN)
    4 Ogos 2012

    Pahlawan Ku
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
    23 hours ago ·

    WARISAN

    Abdul Jamal Abdul Azid http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=A-EgGGZjZno

    sudirman:warisan
    www.youtube.com
    Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan ( korus ) Andai ku terbuang tak diterima And...
    Thursday at 6:49pm · Unlike · 1

    Putri Rimba Niagara:

    DJ memahami jiwa pendengar biar pun tak kira pendengar berada di mana jua pun....biarpun berada...nun......di Rimba Niagara....
    Thursday at 6:52pm · Like · 1

    sudirman:warisan
    www.youtube.com
    Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cit...
    See More
    22 hours ago ·

    SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!

    Senyumlah
    Andai kau terbaca coretan ini dari permulaannya
    Aku benar-benar harap matamu tetap setia merenung coretan ini
    Ianya bukan hanya rekaan semata-mata
    Tapi tanda kusayang negaraku negaramu
    Indonesia & Malaysia
    Dua negara berjiran yang akrab
    Abadi jalinan ukhuwah kasih kerana-Nya

    INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA
    2 OGOS 2012
    13 Ramadan 1433H
    (PUISI-PUISI KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PATRIOTIK MALAYSIA/INDONESIA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN
    INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)
    MOGA DENGAN TERSIARNYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DAPAT MENYATUKAN JALINAN UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIMI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA DUA NEGARA BERJIRAN YANG SALING BEKERJASAMA SENADA SEIRAMA ABADI SELAMANYA DEMI SEBUAH SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA)
    2 Ogos 2012
    13 Ramadan 1433H

    KARYA-KARYA YANG DISIARKAN OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA

    KARYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DISIARKAN DI SEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA:

    1) PUISI ILAHI
    2) MELAYU ISLAM BERSATU
    3) BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA BRUNEI
    4) MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA
    5) DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
    6) MEMBACA KARYA PN
    7) PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
     MASYARAKAT ADAT MATARAM
    9) KOMUNTIAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
    10) KOMUNITAS ADAT KERATON INDONESIA
    11) SASTRA MATARAM
    12) KESULTANAN MATARAM
    14) KESULTANAN INDRAPUTRA
    15) LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
    16) MELA AYU RADIO ONLINE
    17) OMBAK RINDU
    18) OMBAK RINDU2
    19) CERIA ZFM
    20) SSLfm
    21) PUISI LOVERS

    DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH
    WARNA WARNI DIRAJA KELATE
    KEDATUN KRATON WAHYU UTAMA
    KESULTANAN MATARAM
    KESULTANAN INDRAPUTRA
    YM TENGKU SYAWAL TENGKU AZIZ

    SEMUA RAJA-RAJA DI MALAYSIA
    SEMUA RAJA-RAJA DI INDONESIA
    SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
    SEMUA PEMERINTAH INDONESIA
    SEMUA RAKYAT MALAYSIA
    SEMUA RAKYAT INDONESIA

    SEMUA TEMAN FB YANG DIKASIHI NADI SASTERAKU
    SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI MALAYSIA
    SEMUA PENCINTA SASTRA MELAYU DI INDONESIA
    SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
    PEMBACA SETIA SASTERAKU DUNIAKU

    SEKALUNG BUDI KEPADA YANG SUDI MEMBACA KARYA HAMBA DAN SUDI
    MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN KEPADA KARYA HAMBA TANPA JEMU
    HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS-NYA. DOAKAN MOGA
    HAMBA DAPAT MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.

    'AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA YANG PANDAI UNTUK MENULIS PUISI
    TAPI DENGAN IZIN-NYA AKU MENULIS PUISI TENTANG KASIH SAYANG
    PADA SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DEMI-NYA'

    SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH DARIPADA:

    RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/ INDONESIA
    2 Ogos 2012
    13 Ramadhan 1433H
    (PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK DI SIARKAN BERSEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 &
    MALAYSIA 31 OGOS 2012)

    Pahlawan Ku
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..


    www.youtube.com
    Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
  • Ratu Rimba Niagara JAGAILAH WARISAN MOYANGMU

    Tak akan sumbang langkah kakimu,
    Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
    Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
    Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.l

    Tenaga sikit bisa menang,
    Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
    Biar berputih mata jangan berputih tulang,
    Bersatu hatilah demi perjuangan.

    Melayu tak mudah layu,
    Jangan iri sesama melayu;
    Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
    Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.

    Dari pagi hingga ke petang,
    Mencari ilmu dibawa pulang;
    Berkorban demi generasi mendatang,
    Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.

    Moyang kita selalu berpesan,
    Sesama melayu seperti ikatan lidi;
    Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
    Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.

    Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
    Agar tak tersilap di kesani musuh ;
    Pantang pahlawan melayu bermusuh,
    Musuh dalam selimut itu yang susah.

    Duri dalam daging.
    Api dalam sekam;
    Ada masalah kita berunding,
    Menjadi indah tidak terakam.

    Melayu jangan suka membanding.
    Di depan manis di belakang menikam;
    Melayu sedarah sedaging,
    Sakit melayu semua mencengkam.

    Tiada masa untuk menunggu,
    Pada yang leka teruslah leka;
    Perjuangan jangan mudah terganggu,
    Masa berlalu pergi tak menunggu kita.

    Jangan hari ini semangat besok dah layu,
    Jiwa perjuangan tak pernah layu;
    Makanya bangunlah bangsa melayuku,
    Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.

    Sudah jauh perjalanan melayu,
    Bangunlah demi anak bangsa;
    Saling sokong menyokong demi melayu,
    Agar terbinanya budaya bangsa.

    Putra putriku kau pewaris bangsa,
    Usia kami beransur senja kini,
    Kelemahan kodrat kian terasa,
    Kalianlah sandarkan harapan kami.

    Ketiadaan kami jangan ditangisi,
    Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
    Kalian sentiasa kami sayangi,
    Dalam doamu kenangilah kami.

    Moyang mu ingin berpesan.
    Kami tinggalkan warisan bangsa ;
    Untuk kalian teruskan perjuangan,
    Agar berkekalan sepanjang masa.

    Hargailah peninggalan moyangmu ini,
    Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
    Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
    Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.

    Senyuman anak cucu,
    Kebahagian moyangmu;
    Jagailah warisan moyangmu,
    Itulah lambang cinta yang berpadu.

    Karya Putri Rimba
    5 April 2012
    Yesterday at 10:57pm · Like
    KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

    SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
    SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
    SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
    LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.

    SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.

    DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

    KERABAT DIRAJA MALAYSIA
    KERABAT DIRAJA INDONESIA
    PEMIMPIN MALAYSIA
    PEMERINTAH INDONESIA
    RAKYAT MALAYSIA
    RAKYAT INDONESIA
    BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
    PENCINTA BAHASA MELAYU
    PENCINTA SASTRA MELAYU
    PECINTA SASTERAKU DUNIAKU
    WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
    PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

    RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
    UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

    MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

    SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

    RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI SRI ALAM PURNAMA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA
    7 Ogos 2012
    18 Ramadan 1433H
    (DISIARKAN KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ 31 OGOS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

    Keris lambang kepahlawanan melayu,
    Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
    Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
    Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

    Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
    Diperturunkan hingga ke generasi baru;
    Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
    Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

    Pahlawan melayu sudah terbilang,
    Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
    Ilmu persilatan tak akan hilang,
    Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

    Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
    Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
    Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
    Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

    AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

    Aku bersyukur karena aku MELAYU
    Aku redho karena aku MELAYU
    Aku gembira karena aku MELAYU
    Aku bangga karena aku MELAYU
    Karena aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
    tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    31 Ogos 2012
  • Ratu Rimba Niagara SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT :

    Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

    HANG TUAH :

    Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
    Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
    Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT:

    Betul ke Tuah.

    HANG TUAH :

    Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
    Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

    HANG JEBAT:

    Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH :

    Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
    Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
    datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH/HANG JEBAT:

    DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

    RAJA:

    SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    30 Jun 2011

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    31 Ogos 2012
  • Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

    "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
    "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
    "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
    "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
    "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
    "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
    "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
    "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
    "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
    "Kenapa engkau kata macam tu?"
    "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
    "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
    "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
    "Rakyatlah!"
    "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
    "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
    "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
    "Hehehehehe"
    "Sukalah tu!"
    "Pastilah suka...."
    "Kenapa suka?"
    "Perjuangan kau sudah tercapai"
    "Maksud engkau?"
    "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
    "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

    Karya RATU RIMBA NIAGARA
    23 Mac 2012
    Like · · Unfollow Post · 3 hours ago near Melaka, Malaysia
  • Ratu Rimba Niagara KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI
    SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
    PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
    By: Zairi Erie
    Like · · Share · March 30 at 5:24pm

    Ratu Rimba Niagara:

    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

    Aku anak melayu...
    Engkau anak melayu
    Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
    Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
    Beradu kepahlawanan melayu
    Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

    Engkau janganlah bersandiwara...
    Engkau kata engkau anak melayu
    Apa bukti engkau sokong melayu?
    Ada anak bangsa engkau
    Yang engkau bela?
    Bilang sama aku?
    Mana buktinya?
    Aku pantang orang pandai berkata-kata
    Tapi tak mahu buktikan!!!!

    Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
    Engkau yang patut buktikan...
    Engkau yang ada kuasa
    Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
    Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
    Dengan kuasa yang engkau ada
    Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
    Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
    Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

    Ciss bedebah engkau...!!!
    Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
    Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

    Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
    Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
    Apa engkau tak rasa bersalah?
    Kerna engkau tak rasa bersalah ....
    Marilah kita bertarung tenaga....
    Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

    Ciss anak melayu pantang dicabar!!

    Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
    Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

    PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
    SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
    KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
    PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

    KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
    KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
    ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
    MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
  • Ratu Rimba Niagara JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
    MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

    Teungku Sayyid Deqy

    Ibu...
    Maafkan putramu...
    Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
    Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
    Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
    Semua ini sungguh membuatku lemah,

    Ibu kusayang...
    Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
    Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
    Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

    Unlike · · Share · Sunday at 4:03pm
    You like this.

    Ratu Rimba Niagara:

    Duhai nanda putra kesayanganku...
    Napa nanda berkata demikian rupa
    Hancur lulur hati bunda
    Sebak hati bunda ...
    Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
    Katakan putra kesayangan bunda...
    Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
    Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
    Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
    Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
    Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
    Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
    Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

    "Duhai putra bunda tersayang...
    Buah hati bunda pengarang jantung bunda
    Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
    Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
    Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
    Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
    Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
    Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
    Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
    Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
    Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
    Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
    Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
    Nandalah saham dunia akhirat bunda
    Tiada bunda nanti di dunia ini
    Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
    Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
    Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

    Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
    padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
    terpasak dalam sanubarimu nanda...

    Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
    Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
    Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
    Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
    Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
    Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
    Pengembaraan di dunia ini....
    Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
    Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
    Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
    Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
    bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
    Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

    Ikhlas daripada:

    Bunda Permaisuri Rimba Niagara
    Malaysia
    1 April 2012
    Sunday at 4:05pm · Like

    (PETIKAN DARIPADA WALL TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
    3 April 2012
  • Ratu Rimba Niagara MOGA SAMPAI KE MATLAMAT

    Bergantung kepada niat yang suci murni keranaNya
    bukan untuk mengejar
    habuan dunia
    mendapat kuasa
    mencipta nama
    membangga diri

    jika ditakdirkan berkuasa semuanya keranaNya
    menabur budi bukan untuk mendapat sanjungan manusia
    kerana semata ibadah
    suci ikhlas keranaNya

    barulah akan rasa satu roh perjuangan
    yang tak pernah kenal erti
    jemu
    penat
    putus asa

    biarpun cabaran datang bagaikan tsunami
    tetap kukuh berdiri
    meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir!
    moga dengan izinNya sampai ke matlamat yang hendak dituju
    mempertabatkan budaya bangsa melayu dan Kesultanan
    Melayu di muka bumi ini Aamin.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
  • Ratu Rimba Niagara SEBELUM BERANGKAT PULANG KE SYURGA REALITI

    Melayu penuh sopan santun beradat
    Berkata seolah mahu mati esoknya
    Berbudi seolah mahu hidup seribu tahun lagi
    Generasi disayangi
    Kerabat dikasihi
    Serumpun Senusantara
    Indahnya sebuah kehidupan
    Tanpa hasad dan iri di hati
    Semuanya mencari jalan-jalan pulang
    Ke negeri abadi
    Yang sentiasa menanti
    Berjumpa Tuhan dengan hati yang tenang
    Berkat tika hidup bersangka baik denganNya
    Redha akan KetentuanNya
    Sentiasa mahukan hidup di dunia bagaikan Syurga
    Sebelum berangkat pulang ke Syurga realiti
    Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012
  • Ratu Rimba Niagara AKU ASKAR MELAYU

    Aku orang melayu
    Kerja askar melayu
    Di Tanah Melayu

    Tak akan ada
    Seorang pun
    Yang boleh
    Menggugat
    Penderiaanku

    Darahku
    Jiwaku
    Jiwa melayu

    Jasadku kepunyaan Allah
    Rohku dalam genggaman Allah

    Demi-Nya
    Demi bangsaku
    Demi negaraku

    Kurela
    Nyawaku jadi taruhan
    Di setiap penjuru
    Setiap masa
    Sentiasa bersiap siaga
    Bila-bila masa
    Berbakti di medan juang!

    Tak akan berundur biarpun seinci
    Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
    Aku relakan
    Demi-Nya
    Demi anak bangsa
    Demi pertiwi

    Biarpun dihujani peluru
    Biarpun bermandikan darah
    Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
    Kami askar melayu relakan
    Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
    Daripada ancaman musuh
    Agar kemerdekaan negara kami
    Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

    Duhai anak cucuku...
    Moyangmu
    Askar melayu
    Menyayangimu
    Sepenuh jiwa dan raga
    Rela pertaruhkan nyawa demi
    Negara ini agar dapat kalian
    Teruskan dan jayakan
    Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
    Agar dapat diwariskan
    Dari generasi ke satu generasi

    Di tugu moyangmu nanti
    Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
    Tanda ingatan kalian pada moyangmu
    Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
    Agar tenang setenang air di kali Syurga

    Moyangmu...
    Ahmad Tajuddin
    Dan seluruh rakan moyangmu
    Orang Melayu
    Askar Melayu
    Di Tanah Melayu
    Di bumi 1Malaysia tercinta!

    Karya Putri Rimba Niagara
    29 Julai 2012
    9 Ramadhan 1433H
    (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA)
    INILAH SUMPAHKU!

    Akulah askar melayu RAMD
    Tak akan gentar
    Tak akan undur biarpun setapak
    Demi agama bangsa dan negara
    Akan kupertahankan
    Hingga ke titisan darah terakhir!
    Inilah sumpahku!
    Pada anak bangsaku!

    Karya Putri Rimba.
    29 Julai 2012
    9 Ramadan 1433H
    13 hours ago · Like

    KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA

    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA 31 Julai 2012 MERAIKAN HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA)
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2012 / INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
    4 Ogos 2012
    15 Ramadan 1433H
    23 hours ago ·

    Selamat Hari Pahlawan .. moga ceria selalu .. nah lagu pembakar semangat .. semoga terhibur 
    http://www.youtube.com/watch?v=9XOphn3RyLc&feature=related

    Pahlawan Ku
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku.....untuk pembakar semangat juangmu di medan perang!

    Ahmad Tajuddin ~ Terima kasih! Demi untuk keamanan semua yang tercinta !

    Ahmad Tajuddin ~ makasih smue! slmt hari raya buat smue trutama rakan seperjuangan yg beraya di perbatasan negara..soldier on!! we salute!!

    (PETIKAN DARIPADA WALL AHMAD TAJUDDIN)
    4 Ogos 2012

    Pahlawan Ku
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
    23 hours ago ·

    WARISAN

    Abdul Jamal Abdul Azid http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=A-EgGGZjZno

    sudirman:warisan
    www.youtube.com
    Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan ( korus ) Andai ku terbuang tak diterima And...
    Thursday at 6:49pm · Unlike · 1

    Putri Rimba Niagara:

    DJ memahami jiwa pendengar biar pun tak kira pendengar berada di mana jua pun....biarpun berada...nun......di Rimba Niagara....
    Thursday at 6:52pm · Like · 1

    sudirman:warisan
    www.youtube.com
    Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cit...
    See More
    22 hours ago ·

    SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!

    Senyumlah
    Andai kau terbaca coretan ini dari permulaannya
    Aku benar-benar harap matamu tetap setia merenung coretan ini
    Ianya bukan hanya rekaan semata-mata
    Tapi tanda kusayang negaraku negaramu
    Indonesia & Malaysia
    Dua negara berjiran yang akrab
    Abadi jalinan ukhuwah kasih kerana-Nya

    INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

    RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA
    2 OGOS 2012
    13 Ramadan 1433H
    (PUISI-PUISI KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PATRIOTIK MALAYSIA/INDONESIA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN
    INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)
    MOGA DENGAN TERSIARNYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DAPAT MENYATUKAN JALINAN UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIMI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA DUA NEGARA BERJIRAN YANG SALING BEKERJASAMA SENADA SEIRAMA ABADI SELAMANYA DEMI SEBUAH SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA)
    2 Ogos 2012


    www.youtube.com
    Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
  • Ratu Rimba Niagara Merong Maha Wangsa Buat tuan hamba Ratu Rimba Niagara.... Teruskan berpuisi sebegitu kernanya tidak ramai yg rajin menitiskan tinta sebegitu rupa....Insyaalah selagi hayatku ada...selagi mindaku sempurna selagi tubuh jasadku sihat belaka.. Ku kan mengikuti perkembangan kalam puisimu... Tanpa jemu.tanpa celaru...selagi aku termampu.... Buat adindaku Shahrul Fadzly... teruskanlah cita2mu utk memertabatkan busana segala.Kamulah pencetus revolusi melayu baru....tahniah dariku.. Tahniah semoga Allah memberkati pd setiap perjalanan niat sucimu...... Wassalam wth.

    Ratu Rimba Niagara SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Terharu hamba mendengarnya duhai Merong Maha Wangsa & Pendekar Revolusi Tanjak Shahrul Fadzly....moga Allah SWT memakbulkan selaga niat suci kita semua . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    Ratu Rimba Noagarai KITA SAMA MUHASABAH DIRI

    Apalah salahnya kita sama-sama berbagi ilmu yang boleh memberi kebaikan kepada bakal-bakal generasi kita akan datang...mahu tak mahu tidak akan tinggalkan dunia ini...jika kita bukanlah seorang pengarang atau pujangga ...sekadar memberi pandangan dan pendapat yang bernas pun sudah memadai kerana setiap baris ayat yang kita tulis itu mana tahu ada Nilaian di Sisi-Nya dan masuk ke akaun akhirat kita. Insya-Allah Ammin.

    Sepertimana Dalam (Surah Al - Asr: 1 - 3)

    Demi Masa...
    Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
    kecuali orang-orang yang beriman dan
    beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan
    dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan sabar

    ......

    Setiap yang baik itu daripada Allah
    Yang tidak sempurna itu daripada saya

    Moga kita terpilih hidup dalam kebaikan
    Dan matipun dalam kebaikan.
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    INSAN YANG KERDIL
    29 Ogos 2012
    11 Syawal 1433H

    SAHAM AKHIRAT

    aku bukan seorang penulis
    aku bukan seorang pengarang
    aku bukan seorang pujangga
    tapi aku cuma jadi
    pembaca setia karya si pujangga
    ada kalanya karya yang ditulis
    aku faham
    aku tak faham
    aku ketawa jika ada jenaka
    aku suka aku suka
    adakalanya aku tak suka kerana tak faham
    kalau aku faham aku suka
    kalau aku tak faham
    aku fikir...fikir...fikir...
    tak faham-faham juga
    kerana bahasanya puitis

    aku fikir....aku fikir...aku fikir lagi...
    aku fikir sedalam-dalamnya
    apa yang ingin disampaikan oleh si pujangga
    dan aku faham
    dan aku terpanggil
    untuk menulis sama
    tapi bukan sebagai seorang pujangga
    tapi memberi pendapat bernasku
    pendapat yang ada nilaian di Sisi-Nya
    dan masuk ke buku akaun akhiratku
    Insya-Allah AAmiin

    Selagi otakku tak mati
    Selagi otakku boleh berfikir
    Selagi tanganku tak kaku
    Selagi aku boleh menulis
    Aku akan arah perahkan otakku
    Berfikir...berfikir...berfikir
    Sebelum menulis
    Pandangan dan pendapat
    Kerana aku tahu
    Apa yang kutulis
    Dicatat oleh malaikat Allah
    Dan DiNilai Allah
    Moga apa yang kutulis
    Mendapat pandangan Allah
    Dan menjadi saham akhiratku
    Insya-Allah Aamiin

    Baru aku faham
    Kenapa si pujangga menulis
    Baru aku faham kenapa aku menulis
    Setiap kali si pujangga menulis
    Dia mahukan saham akhirat
    Aku juga mahukan saham akhirat

    Moga saham akhiratnya diterima
    Moga saham akhiratku diterima
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Ogos 2012
    11 Syawal 1433H
  • Yiyip Supercop OMG . ...
  • Sha Hanim panjangnyerrrrrr....tak terbaco den 
    7 minutes ago via mobile · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara SAYA CUMALAH SEBUTIR PASIR

    Hari ini kita mendabik dada
    Akulah yang alim
    Akulah yang faham agama
    Akulah yang warak
    Mereka semua bacul
    Tak faham agama
    Munafik!
    Penipu!

    Wah...Wah...egonya kita
    Siapa kamu untuk mendabik dada
    Kamulah yang sempurna alim dan warak

    Pada pandangan mata kamu
    Mereka pendosa semuanya
    Pasti menerima hukuman neraka
    Pasti kamulah ahli Syurga kerana taat

    Siapa kamu untuk
    Menyatakan kamu ahli Syurga
    Si pendosa ahli neraka

    Apakah kamu tahu
    Kesudahan mati kamu di mana?

    ALLAH TIDAK MENGIRA BERMUALANYA KAMU
    ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU

    Si warak masuk neraka kerana munafik
    Si pendosa masuk ke Syurga kerana taubatnya diterima

    Jika si warak masuk Syurga
    Bukan kerana banyak amalannya
    Kerana jika ditimbang amalannya dengan sebutir pasir
    Berat lagi pasir jika dibandingakan amalan si warak
    Si warak masuk Syurga kerana dengan Rahmat Kasih Allah
    Tanpa Rahmat Kasih Allah si warak tak dapat masuk Syurga

    Makanya si warak harus sedar jangan angkuh
    dan sombong dengan ilmu yang setetes
    memandang hina si pendosa

    Bimbinglah si pendosa yang mahu pulang ke pangkal jalan
    dengan setulusnya ikhlas kerana-Nya

    Pasti Rahmat Kasih Allah akan dilimpahi kepada semua
    yang mahu mendapat Rahmat Kasih-Nya

    Moga kita semua tergolong dalam hamba-Nya
    yang sentiasa merasa kerdil di hadapan Allah Azwajallah

    Berkata , berpujangga. berhujah dan memberi pandangan
    semata untuk dipersembahkan kepada Alllah SWT dan dengan
    Rahmat Kasih-nya apa yang kita perkatakan di tinta-tinta
    alam maya menjadi saksi untuk menyelamatkan kita
    di pandang Mahsyar. Insya-Allah Aamin.

    Kepada semua yang membaca karya-karya saya
    setiap yang baik itu adalah dari-Nya
    yang kurang itu adalah dari saya sendiri
    makanya jika ada penulisan saya yang tidak
    berkenan di hati pembaca mohon dimaafkan
    kerana saya menulis bukanlah untuk dibanggai
    atau melukakan hati pembaca alam maya budiman...
    saya menulis mahukan Rahmat Kasih-Nya
    mana tahu mendapat pandangan-Nya
    walaupun saya cuma sebutir pasir.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Ogos 2012
    11 Syawal 1433H

    SEBUTIR PASIR SETETES AIR

    dengan adanya sebutir pasir jadilah pantai
    dengan adanya setetes air jadilah tasik
    makanya jangan sesekali anggap hidup kita tak bermakna
    kerana bermaknanya kita
    adanya pantai dan tasek
    pantai yang indah permai
    tasek yang mendamaikan

    kehadiran kita di bumi ini
    mendamaikan untuk roh dan jasad
    kerana kita sudah bersumpah setia
    tika berada di alam roh mengaku untuk
    menjadi khalifah di bumi ini sehingga dijemput-Nya
    jika perjanjian itu sengaja kita lupakan
    kerana terpesona dengan pesona dunia yang menipu
    alangkah ruginya kita
    makanya kita perlukan
    penyatuan ummat Islam yang saling
    berpesan-pesan dengan kebenaran
    serta berpesan-pesan dengan sabar
    menganggap diri tetap insan yang kerdil
    biarpun sudah berada di puncak jaya

    apalah ada kejayaan di dunia ini
    jika kejayaan kita tidak memberi apa-apa makna di akhirat

    kemuncak kejayaan di akhiratlah yang hendak
    kita capai sungguh-sungguh
    tanpa ada niat untuk menzalimi manusia
    berbuat baik pada manusia
    kerana mahu meraih kasih sayang Allah Azzawajallah

    moga kita semua menjadi khalifah yang selari dengan
    kehendak Allah SWT
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Ogos 2012
    11 Syawal 1433H
  • Yiyip Supercop Again OMG
  • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH JADIKAN LAMAN FB KU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA

    YA ALLAH KUPOHON BELAS EHSAN DARI-MU YA ALLAH JADIKANLAH RAKAN-RAKAN FBKU RAKAN-RAKAN YANG MENYAYANGIKU KERANA-MU DAN SALING BERBAGI ILMU YANG DIMILIKI PADAKU JAUHKAN KAMI
    DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG MANA BOLEH MEMISAHKAN KAMI ...KAMI SALING BANTU MEMBANTU DAN SALING BERKORBAN KERANA MASALAH RAKANKU ADALAH MASALAH AKU JUA SUSAHNYA SUSAHKU JUA
    BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBANTUNYA JAUHKAN HATINYA UNTUK MEMBENCI DIRIKU KERANA
    SIAPAPUN YANG KAU HADIRKAN DALAM HIDUPKU BIARPUN CUMA
    DI ALAM MAYA ADALAH PERMATA YANG BERHARGA BAGIKU...
    BUKAKAN HATINYA UNTUK MENERIMA PERSAHABATAN INI IKHLAS
    KERANA-MU DAN BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI INI DAN PATRIKAN PERSAHABATAN KAMI INI HINGGA KE SYURGA-MU
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

    YA ALLAH KUMERAYU PADA-MU JADIKANLAH LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA YANG PENGHUNI-NYA BERKATA MENGIKUT IMAN BUKAN MENGIKUT PERASAAN
    BERKATA-KATA INDAH MENGUNDANG IMAN MENGUNDANG NUR HIDAYAH KASIH-MU
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    'KUSAYANGMU DEMI-NYA'

    RATU RIMBA NIAGARA
    13 Syawal 1433H
    31 Ogos 2012

    TERIMA KASIH PANGLIMA-PANGLIMA RATU RIMBA NIAGARA

    Terima kasih Panglima-Panglima hamba, terasa terharu pula hamba ...siapalah hamba ini lah kan...Insya-Allah kalian semua sudah ada dalam senarai tugas masing-masing cuma sahabat Panglima Tanjak mahu diberi jawatan apa ye...nanti hamba fikirkan ye...hehehehe sekarang ini hamba masih lagi menunggu rakan fb yang lain diberi peluang sehingga Syawal ini jika masih tiada apa respon dari mereka nampaknya hamba terpaksa mencari yang benar-benar mahu memahami dunia sastera hamba saja....kerana hamba hanya perlukan rakan fb seperti si kunta si kunte saja yang sepi menyepi hamba tak tega terdera rindu...maafkan hamba ye...maaf dunia akhirat...

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2012

    (BERSAMBUNG JIKA ADA PERMINTAAN UNTUK DISAMBUNG KALAU NGGAK ADA CUKUPLAH SEKADAR INI SAJA...YE PERWIRA-PERWIRA PASCA MERDEKA...MAAFKAN SAMPAI TAK TERBACA KARYA-KARYA RATU RIMBA NIGARA.....hehehe)
    3 minutes ago · Like


    (PETIKAN DARIPADA WALL HARRIS DANIEL & RATU RIMBA NIAGARA)
    17 Mei 2013



0 comments:

Post a Comment

 
;