Monday, 13 May 2013

MOGA DERMAMU KEPADA BINTANG KEJORAKU MENDAPAT GANJARAN SYURGA AAMIIN





TUHAN SELAMATKAN BINTANG KEJORA CAHAYA HATIKU

Tuhan...
sudah serata benua
aku merintih
merayu-rayu
pada para hamba-Mu
yang berstatus
raja
pemimpin
korporat
tan Seri
datuk
datin
kakitangan awam/swasta
hingga kini
saat menentukan
bintang kejora cahaya hatiku
masih terus bernafas lagi
atau tidak

sehingga saat ini masih tiada
seorangpun hamba-Mu
terbuka hati untuk menghulurkan bantuan Ya Allah
mereka sepikan rayuan ehsanku Ya Allah...

aku sedih Ya Allah...
aku sedih di saat-saat aku memerlukan
bantuan daripada mereka
tapi mereka buat-buat tak tahu saja Ya Allah
apakah besar sangat
sedikit uang diberikan pada bintang kejora cahaya hatiku
jika dibandingan dengan uang mereka yang tak terkira banyaknya itu
tujuh keturunan masih tak habis lagi
betapa banyaknya harta mereka

semalaman aku tidak tidur
menatap wajah bintang kejora cahaya hatiku
matanya kuyu ...layu...sayu...
tidak bermaya walaupun hanya sekadar
menggerakkan jari-jarinya yang halus
kuusap rambut bintang kejora cahaya hatiku
dengan tetesan air mata tanpa henti
aku berkata kepada bintang kejora cahaya hatiku,
"sayang ayahanda akan coba ikhtiarkan untuk dapatkan uang operasi doakan agar bunda ratu berjaya merayu kepada hamba-hamba Allah untuk membantu ya....agar sayang cepat sembuh ya sayang...,"
bintang kejora senyum menganggukkan kepala sambil menangis
memandang wajahku ....kami sama-sama menangis....

Tuhan bantu aku Tuhan
agar sembuh penyakit yang dideritai oleh bintang kejora cahaya hatiku berilah aku peluang untuk menumpang kasihnya lagi ....
aku sudah sedaya mampu untuk mencari dana
bagi menampung kos rawatannya
tapi tiada yang sudi untuk menghulurkankan bantuan...
barang berharga yang aku punya
sudah habis kujualkan
tiada apa harta lagi yang aku punya...

Duhai Ratu Rimba Niagara...
Tiadakah hamba Allah
Yang sudi membantu bintang kejora cahaya hatiku
Bukankah sudah ratusan puisi-puisi Ketuhanan , kerohanian & kemanusiaan
Yang ratu tulis dan disiarkan di semua 40 group yang mempunyai ahli ratusan ribu
jika disatukan...tak akan lah seorang pun tiada ratu?
Kalau masih tak ada tidak boleh kah ratu jualkan saja mahkota ratu itu demi menyelamatkan bintang kejora cahaya hatiku ratu...tolonglah kasihankan aku
karna aku tak tega kehilangan bintang kejora cahaya hatiku...andainya nyawa ku ini boleh ditukar ganti ambil saja nyawaku ini agar bintang kejoraku masih terus hidup dalam keceriaan dan bahagia bersamamu ratu....sebagai pengganti ibu dan ayah mereka ratu....

Duhai pangeran maulana hamba Allah yang dimuliakan....
Jikalah mahkotaku ini boleh dijual untuk menyelamatkan nyawa bintang kejora cahaya hatimu itu...kan kujual...tapi ianya tidak berharga pada manusia...ianyanya cuma berharga di rimba niagara sahaja. Mana nak sama nilai uang dengan nilai kasih sayang penghuni rimba...mahkota ku ini dikurniakan oleh rakyat rimba niagara diperbuat daripada emas dan permata kasih sayang...untuk meraih cinta-Nya...hanya mereka yang memahami arti kasih dan sayang karna-Nya yang sanggup membeli mahkota ini...tapi sampai sekarang masih tiada yang mahu membelinya dan penghuni rimba sudah redho jika ratu mereka tidak bermahkota lagi asalkan ratu rimba dapat membantu sesiapa yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan....
Moga pangeran maulana paham setelah mendengar penjelasan ini ya...
Yang penting kita sudah berusaha sedaya mampu untuk menyelamatkan bintang kejora cahaya hatimu itu. Apapun ratu terus berdoa agar bintang kejora selamat dan sembuh dengan segara.
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Rejab 1434H
13 Mei 2013M
Like · 
  • Zulkarnaini Mohd Noor Kat Niagara tak derr orang bantu kerr?heran akuuu
  • Ratu Rimba Niagara apa nak diherankan ye...kat niagara tu rakyat rimba..tak kan tak kenal rakyat rimba tak ada wang yang ada daunan kasih aja...ini nak disalurkan kepada bintang kejora ...kalo nggak mahu dibantuin iya udah jangan kau heran ye...aku cuma minta bagi pihak bintang kejora manalah tahu PM mahu bantu...hati yang dah terdinding sifat bakhil bin kedekut tak dopek den nak nolong ya...
  • Zulkarnaini Mohd Noor hahahaha.baik bantu rakyat sendiri DS..nak mintak bantu,sampai bersajak2...Rakyat Msia mesti tahu kat mana nak mintak bantuan oi...hahahaha,lawak dong
  • Ratu Rimba Niagara tak ada nak lawak-lawak de...aku bener kecewa sama kamu zulkarnaini Mohd Noor...udahlah penat aku karang sajak berkajang-kajang sampai naik kematu jari den menulis agar hati PM terbuka hati nak bantu bintang kejoraku....alih-alih kamu mahu cantas agar PM tak nak bantu termasuk denan kamu-kamu juga ...apa kamu ini haji bakhil bin kedekut ke? aku kira kamu tak gitu..kalo mahu aku terus berkarya dan dan bersajak di wall PM ini ...kamu paham-paham ajelah ye....hehehehe
  • Ratu Rimba Niagara Untuk pengetahuanmu Zulkarnaini Mohd Noor ...selepas PRU ke -13 aku baru dilantik sebagai YB Alammaya SeNusantara tapi tak dibayar gaji ya...tapi bila mahu berurusan dengan manusia ...aku perlukan dana ..makanya aku sampaikanlah hajat-hajat mereka yang minta bantuan khidmat baktiku...kalau YB tak ada wang gimana mahu dibantu...cara bersajak ajalah yang aku mampu bantu...selain dari itu aku tak ada ya....harap kamu bisa ngerti ya... hehehe
  • Ratu Rimba Niagara Ooo baru aku perasan rupanya kamu spesis haiwan ye...nama apa kodok hijaumu itu ye...dia seakan senyum padaku...apakah itu petanda kamu mahu bantuin aku Zulkarnaiin ...kalo nggak mahu iya udah...kamu tak terpilih untuk membantu YB alam maya nusantara,,,dalam bersedekah tiada paksaan semuanya mesti ikhlas kerana Allah Taala.
  • Mohd Arif Jamal Rif Mudah nya cari wang. Blh joint ke
  • Ratu Rimba Niagara Baik sugguh hatimu MOhd Arif Jamal Rif...membantuku mencarikan dana untuk bintang kejoraku yang sedang bertarung nyawa...berapa yang kamu sudi bantu ye...kalau boleh seikhlas hati seringgiit pun tak apa...moga Allah membalas jasa baikmu dan derma mu yang seringgit kepada bintang kejoraku yang yatim piatu di balas dengan ganjaran Syurga. AAmiin.
  • Ratu Rimba Niagara MUDAHNYA DAPAT PAHALA DENGAN SERINGGIT YANG IKHLAS ALLAH KIRA DI AKHIRAT NANTI ALLAHU AKBAR TAK TERTEBUS DENGAN ALAM DAN SEISINYA. ALLAH BILA DIA BERJANJI PASTI DITUNAIKAN KITA ADA WANG KITA INFAKKAN TANDA SYUKUR PADANYA TAPI BILA KITA KUFUR SUDAHLAH TIDAK MAHU MENDERMA SERINGGITPUN TAPI DIPERSENDAKAN NIAT YANG SUCI IKHLAS KERANA ALLAH TAALA ...TUNGGU DAN LIHAT SAJALAH APA YANG ALLAH BALAS NANTI YE...DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN JIKA KITA TIDAK MAHU MEMBANTU...DIAM SAJALAH NAK BUAT MACAM MANA HATI KTIA SUDAH DIDINDINGKAN NUR CAHAYA ILAHI...SERINGGIT PUN MACAM SEJUTA RINGGIT...HA...SIMPANLAH DUIT ITU BAWA SAMPAI KE KUBUR...DAH DALAM KUBUR BARU TAHU LANGIT ITU TINGGI ATAU RENDAH...BAYANGKANLAH ANDAINYA HARI INI HARI TERAKHIR KITA DI DUNIA INI? ADAKAH DUIT DALAM SIMPANAN KITA ITU DAPAT MENOLONG KITA? DUIT YANG SERINGGIT ITULAH YANG AKAN MENOLONG KITA KERANA ITU HARTA YANG KITA PUNYA DI AKHIRAT NANTI...DI DUNIA YANG BANYAK HARTA ITU BAKAL MENJADI REBUTAN PEWARIS YANG HIDUP...KITA DIKUBUR BUKANNYA NAK SEDEKAHKAN FATIHAH...BERGADUH-GADUH PASAL HARTA ...KASIHANKAN?

PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA )
3 Rejab 1434H
113 Mei 2013

www

0 comments:

Post a Comment

 
;