Selamat hari bumi sedunia
kucinta bumi
kerana bumi adalah
kurniaan Tuhan untukku
meneruskan kehidupan
menyandang jawatan
sebagai khalifah Allah
sehingga ke titisan darah terakhir
kucinta bumi
kerana bumi adalah
kurniaan Tuhan untukku
meneruskan kehidupan
menyandang jawatan
sebagai khalifah Allah
sehingga ke titisan darah terakhir
Kerana aku ada tanggungjawab pada Tuhan
aku mesti menyemarakkan bumi
dengan nilai-nilai kasih sayang semurni hati
menghargai apa yang ada di bumi
dijaga penuh tanggunggjawab
andai di bumi ini
aku membuat kerusakan
kepada penghuni bumi
pasti aku hidup disumpah bumi dan seluruh penghuninya
yang lebih malang lagi apabila Tuhanku murka
di planet bumi mana lagi hendak ku duduki?
jika di planet lain walaupun sama dengan bumi
pasti tetap juga milik Tuhanku
jadi di mana-mana planet
semua-Nya milik Tuhanku

Makanya aku mesti menjaga bumi sebaik mungkin
semampu dayaku agar bumi
bisa hidup tenang tanpa malapetaka
akibat kerakusan manusia
memusnahkan bumi tanpa ehsan
semampu dayaku agar bumi
bisa hidup tenang tanpa malapetaka
akibat kerakusan manusia
memusnahkan bumi tanpa ehsan
Kerana kuhargai bumi
kukarangkan puisi semuanya tentang bumi
agar semuanya menghargai bumi
menjaga bumi sebaiknya
mengekalkan keindahan bumi
agar dapat diwariskan kepada penghuni bumi yang lain
karena mahu tak mahu kita akan dikebumikan juga
bila sampai saatnya pulang bertemu Ilahi

Moga di hari kita dikebumikan nanti...
bumi redho menerima jasad kita
dengan izin Allah di luaskan
kubur seperti beradu bidadara bidadari
di Taman-Taman Syurgawi
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Allahu Akbar!
bumi redho menerima jasad kita
dengan izin Allah di luaskan
kubur seperti beradu bidadara bidadari
di Taman-Taman Syurgawi
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Allahu Akbar!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 JAMADILAKHRI 1435H
22 APRIL 2014
(PUISI DIKARANGKAN SEMPENA MERAIKAN HARI BUMI SEDUNIA)
22 JAMADILAKHRI 1435H
22 APRIL 2014
(PUISI DIKARANGKAN SEMPENA MERAIKAN HARI BUMI SEDUNIA)
BERSAMA KITA MENJAGA KEINDAHAN BUMI DEMI-NYA
0 comments:
Post a Comment