"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 INDONESIA TERCINTA "
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-69 Indonesia tercinta
terlalu banyak rentetan sejarah penuh luka
dialami oleh para pejuang kemerdekaan Indonesia
Air mata derita
gugurnya darah pejuang ksatria
rela pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan Indonesia
kepentingan sendiri tidak pernah menjadi keutamaan
yang diutamakan adalah rakyat dan Indonesia
biarlah rakyat bahagia
biarlah Indonesia sejahtera
nyawa jadi taruhan demi rakyat dan Indonesia
akan diperjuangkan
perjuangan rakyat
perjuangan Indonesia
hingga ke tetesan darah terakhir!
Selamat Hari Kemerdekaan Ke- 69 Indonesia tercinta
moga hari ini penuh bersejarah
dikenang diraikan oleh semua rakyat Indonesia
sebagai hari terpenting yang tak akan dilupakan
oleh semua generasi kini dan akan datang
bahwa suatu masa dulu
gugurnya darah ksatria diRaja dan pahlawan-pahlawan diRaja
demi menghadiahkan sebuah kemerdekaan untuk semua rakyat Indonesia
dapat hidup aman sejahtera hingga ke anak cucu
dijaga setiap masa agar tidak dijajah semula.
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-69 Indonesia tercinta
moga bertambah sukses dan bahagia
mengecapi nikmat kemerdekaan
sebuah negara yang aman damai
tanpa sesiapa berani menjajah Indonesia
yang sudah merdeka sejak 69 tahun
semua rakyat mahukan hidup
tanpa peperangan
tanpa pergaduhan
tanpa perselisihan
tanpa mendzolimi rakyat dengan pemerintahan yang tidak adil
kuasa yang diamanahkan rakyat adalah untuk membela rakyat setulus ikhlas
itulah kunci kejayaan ketamadunan hidup dalam negara yang merdeka
MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! UNTUK INDONESIAKU YANG TERCINTA
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 Syawal 1435H
17 Agustus 2014M
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-69
TGL 17 AGUSTUS 2014)
21 Syawal 1435H
17 Agustus 2014M
BERKIBARLAH! BERKIBARLAH! BERKIBARLAH MERAH PUTIH PENUH BANGGA!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia Tercinta
Sekalung tahniah buatmu
Merah putih sentiasa berkibar megah
Semegah rakyat Indonesia
Semegah ibu pertiwi Indonesia
Setiap 17 Agustus kau sentiasa
diraikan seluruh rakyat Indonesia
penuh bangga
penuh megah
menyanjungimu menyayangimu
karena memiikimu bukanlah mudah!
darah para ksatria diRaja
sebati di bumi
untuk pertahankan ibu pertiwi
nyawa jadi taruhan
karena keberanian
para ksatria diRaja
rela mati di medan juang
meraih kemerdekaan untuk Indonesia
makanya Indonesia
akan terus merdeka
dalam arti kata yang sebenar-benarnya
mengikut kehendak rakyat dan ibu pertiwi
tak akan ada penyelewengan cinta
pada ibu pertiwi
karena segala pengorbanan ksatria diRaja
akan menjadi sia-sia
makanya Indonesia harus bersatu
bagi pertahankan bumi bertuah
Indonesia daripada dijajah kembali
karena kemerdekaan Indonesia
adalah hadiah daripada tetesan darah ksatria diRaja
untuk anak bangsa dan ibu pertiwi Indonesia
Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah Merah Putih!
penuh rasa megah dan bangga
Garuda diRaja di angkasa raya berterbangan
sambil mengibarkan merah putih
lambang kemegahan Indonesia
Merah putih akan sentiasa berkibar megah
dikibarkan oleh semua rakyat Indonesia
yang cintakan Indonesia
lambang cinta pada Indonesia
tanda menghargai jasa para ksatria diRaja
rela gugur di medan juang!
'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI SENUSANTARA'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 Syawal 1435H
17 Agustus 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-69 TGL 17 AGUSTUS 2014)
0 comments:
Post a Comment