Tuesday, 19 August 2014

DIRGAHAYU NEGARAKU DIRGAHAYU NEGARAMU (403) GEMA KESATRIA DIRAJA NUSANTARA SEMPENA KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM


DIRGAHAYU NEGARAKU DIRGAHAYU NEGARAMU (403) GEMA KESATRIA DIRAJA NUSANTARA SEMPENA KEPUTERAAN SULTAN BRUNEI DARUSSALAM

The Brunei Times

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'KESATRIA DIRAJA NUSANTARA ' Karya Ratu Rimba Niagara, Kdymm Sultan Hassanal Bolkiah, Teungku Sayyid Deqy, Laksamana Mas & Andi Surya

H.H Haji Hassanal Bolkiah with Christine Christine
Yesterday at 7:35am ·
Sunday, August 17, 2014

IT IS this moment for which the uniformed personnel wait eagerly every year when they get the chance to meet and greet His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on his birthday.
More than 1,000 uniformed personnel – both young and old – attended a grand banquet hosted by His Majesty in conjunction with his 68th birthday celebrations at Istana Nurul Iman last night.
The grand banquet hall reverberated with applause as clad in white military uniform, His Majesty accompanied Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha and other members of the Royal Family arrived for the annual event.
After the feast, the monarch made his way to meet the uniformed personnel. One could see how proud the members of the uniformed personnel were feeling as His Majesty shook hands with them and happily agreed for pictures with them.
The annual banquet concluded with the much-anticipated fireworks show that captivated the guests, particularly the young ones.
Also present at the banquet were His Royal Highness Prince General Hj Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, HRH Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, HRH Prince Mohamed Bolkiah, the Minister of Foreign Affairs and Trade, and HRH Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; HRH Prince Haji Jefri Bolkiah; HRH Prince ‘Abdul Malik; HRH Prince ‘Abdul Wakeel; HRH Princess Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; and HRH Princess Ameerah Wardatul Bolkiah.
Also present at the banquet were HRH Princess Hajah Masna, Ambassador-at-Large at the Ministry of Foreign Affairs and Trade and HRH Princess Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.
State Mufti Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Awang Abd Aziz Juned recited Doa Selamat to bless the ceremony. Also present were cabinet ministers, foreign dignitaries and senior government officers.
The Brunei Times


UCAPAN SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE-68

SALAM BERJABAT MEMOHON AMPUN KE BAWAH DULI TUANKU
ATAS KEKHILAFAN SEPANJANG BERSIARAN KARYA DI PAGE TUANKU
TERIMA KASIH ATAS KEIZINAN BERKARYA DI LAMAN PAGE TUANKU YANG MULIA INI, MOGA LAMAN PAGE TUANKU SEPERTI BERADA DI TAMAN-TAMAN SYURGAWI BERKATA DAN MENULIS YANG INDAH-INDAH MENGUNDANG IMAN UNTUK TERUS MENCINTAI-NYA MENDEKATI-NYA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. ALLAHU AKBAR AAMIIN.

SALAM AIDILFITRI BUAT TUANKU , SELURUH KERABAT DIRAJA BRUNEI DAN SELURUH RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT.

'SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT TUANKU KE-68 MOGA DILIMPAHI RAHMAT KASIH-NYA SEHINGGA AKHIR HAYAT TUANKU AAMIIN,'

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
23 SYAWAL 1435H
19 OGOS 2014

PETIKAN PAGE SULTAN HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA
23 SYAWAL 1435H
19 OGOS 2014

DALAM UNTAIAN TAKDIR DIA ADALAH SENOPATI PEREMPUAN

Dinda Sri Kandi...
coba kau bentang busur mu...
mari Kanda ajari memanah...
(dalam untaian takdirnya ia adalah senopati perempuan)

Dinda Sri Kandi...
inilah saat kita ke tengah palagan,
berperanglah dengan gagah brani
meski perempuan Dinda adalah Senopati...

Kanda akan selalu ada di samping mu...
dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
melindungi mu dengan sgala kesaktian dan kadigjayaan ku,
ayo jangan ragu....

LAKSAMANA MAS,-

IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU

Kanda Laksamana Mas
di segenap penjuru
ke mana dinda berada
ribuan anak panah
bersiap sedia dilepaskan
keseluruh tubuh dinda
hinggakan dinda rasakan
dunia ini tiada yang selamat
untuk dinda bersembunyi

Jika salah satu anak panah itu
terkena ke jantung dinda
ketika berdetak kencang
dalam bara api perjuangan yang meledak
dinda sudah bersiap ke arah itu
karena ini adalah jalan yang dinda pilih
jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta

Jika kehadiran kanda sudah terlambat
untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
atas kesibukan kanda itu...
dinda amat memahaminya

Setidak-tidaknya kanda sudi
melindungi dinda dengan segala kesaktian yang ada
pada kanda...

Moga di hari kematian dinda nanti...
jangan sekali diratapi
dengan airmatamu kanda

Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
kunantikan doamu di tugu
ibu pertiwimu ibu pertiwiku
bawalah anak panah dan busur sakti
letakkan di pusaraku nanti
sebagai lambang kau menghargai
jasa baktiku pada ibu pertiwimu!

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
24 Mei 2012

KARYA RATU RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS
26 Mei 2012

PANTUN DISIARKAN SEMPENA HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA
13 OGOS 2014, HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH 17 OGOS 2014, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2014 & HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014)

PERMATA SYURGA-MU

Bunda...
nanda rindukan ayahanda

Sabarlah nanda...
ayahandamu pergi di medan juang
membela ibu pertiwi

Nanda...
sudah dewasa nanti jadilah seperti
ayahanda membela nusa dan bangsa
demi kesejahteraan rakyat jelata

Bunda...
adakah nanda dilahirkan ke dunia ini
untuk menjadi ksatria seperti ayahanda

Iya nanda...
audah dewasa nanti
nanda mesti jadi seperti ayahanda
seorang ksatria berjiwa rakyat
kehidupannya didambakan untuk rakyat

Bunda...
tidakkah bunda rasa kesepian
tanpa ayahanda dan nanda nanti
jika nanda juga jadi ksatria
seperti ayahanda...bunda...

Duhai nanda...
karena ayahandamu
seorang ksatrialah
bunda jatuh cinta padanya

Bunda...
Apakah itu namanya cinta bunda...
ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bunda...

Nanda...
Itulah namanya cinta sejati
biarpun terpisah jauh dengan ayahanda
tapi hatinya telah menyatu di hati bunda
hingga ke nafas terakhir ...nanda....

Bunda...
sungguh suci hati bunda...
bertuah ayahanda
memiliki cinta seperti bunda
yang meletakkan cinta kepada
kehidupan rakyat mengatasi segalanya
percayalah bunda cinta bunda...
nanda janji tidak akan nanda
persiakan...nanda bersumpah akan
meneruskan percintaan bunda
mematrikan cinta bunda dan ayahanda
dengan kehidupan nanda juga seperi ayahanda
akan nanda dambakan kepada
kehidupan rakyat yang harus dibela
selagi jantung ksatria nanda berdetak
sehingga ke tetesan darah terakhir!
itulah lambang cinta bunda pada ayahanda?

Nanda...
nandalah sebenarnya lambang cinta
bunda dan ayahanda
makanya nandalah
Permata Syurga
Kurniaan Allah
untuk ayahanda dan bunda

Syukur Ya Alllah
Atas Kurniaan
Permata Syurga-Mu
untuk semua keluarga ksatria
Di bumi-Mu ini

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
10 Juni 2012

MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWI MU!

Duhai nanda pertiwiku
biarpun bunda bukan lahir di bumi bertuah Indonesia
tapi bunda ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
bunda tak tahu kenapa
darah yang mengalir ditubuh bunda ini
serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiw mu
serasa ruh pertiwimu memanggil-manggil bunda
untuk menyahut semboyan perjuangan di bumimu
ruh-ruh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
hidup dalam jiwa bunda
mahu bunda teruskan perjuangan mereka
bersama-sama dengan para pejuang di bumimu
mahu bunda lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
lagi bunda ingin memadamkan
lagi membara-bara gelora api perjuangan

Biarpun bunda tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
tapi bunda ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
bunda redho karena itu takdir-Nya

Biarpun bunda tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
ijinkan bunda berpena bertintakan darah dan air mata bunda
untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu

Moga perjuangan suci bunda ini jangan sekali disalah artikan
sudilah terima perjuangan suci bunda ini sesuci perjuangan
para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah mati di medan juang!

Karya Ratu Rimba Niagara
24 Mei 2012

Andi Surya:

Bundaku adalah ibu pertiwi
Digenggam rembulan dan matahari
Tak pamrih memberi
Inspirasi dan motivasi
Membangun negari
Hingga kini
Di sini
Di hati
Pertiwi...

PANTUN DISIARKAN SEMPENA HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA
13 OGOS 2014, HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH 17 OGOS 2014, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2014 & HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014)

PANTUN ANAKANDA TERSAYANG AYAHANDA TERCINTA

Anakanda yang disayangi dunia akhirat,
Anakanda pengikat kasih ayahanda bonda;
Kelahiranmu membuatkan kasih bertaut erat,
Moga menjadi anak kebanggaan ayahanda bonda.

Pembesaranmu setiap tahun ayahanda pastikan,
Anakanda mempelajari Hadis dan Al-Quran;
Mindamu terisi dengan ilmu yang tidak menjemukan,
Berusaha terus berusaha menuju kejayaan.

Ayahanda akan terus memimpin anakanda,
Mendidikmu berpandukan Al-Quran dan Hadis;
Agar menjadi khalifah Allah duhai anakanda,
Pasti ayahanda dan bonda bersyukur terus-menerus.

Semakin banyak waktu ayahanda berkongsi,
Semakin anakanda bersedia menghadapi masa hadapan;
Anakandalah harapan ayahanda tanpa sangsi,
Ayahanda sentiasa letakkan sejuta harapan.

Sekalipun anakanda tidak mampu melangkah ke hadapan,
Ayahanda akan terus membimbingmu;
Agar anakanda berani menghadapi segala rintangan,
Yang datang mengujimu dari segenap penjuru.

Anakanda pergilah semampu sejauh mungkin,
Memburu impian menggapai cita-cita;
Ayahanda bonda sentiasa memberi sokongan,
Agar menjadi realiti segala yang dicita.

Capai setinggi mana mungkin cita-citamu,
Ilmu yang dituntut jangan sekali rasa jemu;
Kegagalan tidak akan pernah bertamu,
Kejayaanmu kebanggaan ayahanda bondamu.

Dalam menuju segala kejayaan,
Cahaya keimanan amat diperlukan;
Allah jangan sekali dilupakan,
Barulah cahaya hidayah menjadi peneman.

Kasih sayang ayahanda tidak pernah luntur,
Ayahanda rela berkorban apa saja untukmu;
Asalkan anakanda cekal dan sabar,
Kerana sabarmu mengundang Rahmat dari Tuhanmu.

Apabila segala ilmu terpasak di dada,
Pasti anakanda sendiri melepaskan tangan ayahanda;
Dan tika itu ayahanda tersenyum bangga,
Melihat anakanda menyambung perjuangan ayahanda.

Anakanda… buah hati ayahanda pengarang jantung,
Ingatlah pesanan ayahanda dan bonda ini;
Jadilah anak soleh berjiwa pejuang,
Moga kita sekeluarga ke Syurga nanti.

Ayahanda dan bonda tersayang,
Kasih sayangmu anakanda tak akan persiakan;
Anakanda berjanji akan menjadi anak cemerlang,
Menjadi anak soleh beriman yang dibanggakan.

Anakanda hargai pengorbanan ayahanda ,
Tanpa jemu mendidik membimbing anakanda;
Moga Allah membalas segala budi ayahanda bonda,
Alhamdulillah anakanda diKurniakan ayahanda bonda.

Ayahanda dan bonda yang disayangi,
Anakanda akan berazam mencapai cita-cita;
Meneruskan perjuangan ayahanda yang suci murni,
Membela agama bangsa dan Negara tercinta.

Anakanda sentiasa bangga dengan ayahanda,
Ayahanda pemimpin idola anakanda;
Membela agama dan bangsa walau di mana,
Hatimu putih bersih bak mutiara.

Perjuangan ayahanda tepat dan jelas,
Rela berkorban demi rakyat tercinta;
Segala jasa dicurah tanpa harap dibalas,
Demi kerana Allah tercinta.

Bangganya anakanda ayahanda seorang pejuang,
Rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru;
Moga sentiasa berjaya ketika berjuang,
Darah perjuanganmu mengalir dalam darah anakandamu.

Doakan anakanda menjadi pejuang sejati,
Mewarisi kepahlawanan ayahanda tercinta;
Kita berjuang hingga ke mati,
Demi mempertahankan kedaulatan Negara tercinta.

Syukur anakanda setiap hari,
Keluarga kita dilimpahi sakinah dariNya;
Kasih sayang ayahanda bonda anakanda hargai,
Moga kita sekeluarga hingga ke SyurgaNya.

Anakanda tersayang ayahanda tercinta,
Kasih berpadu bersama bonda dicintai;
Hidup berkeluarga sakinah tercipta,
Insya-Allah sekeluarga menghuni SyurgaNya nanti.

Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasa nanti menjadi seorang Khalifah,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.

PANTUN DISIARKAN SEMPENA HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA
13 OGOS 2014, HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH 17 OGOS 2014, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2014 & HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014)

JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

Teungku Sayyid Deqy

Ibu...
Maafkan putramu...
Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
Semua ini sungguh membuatku lemah,

Ibu kusayang...
Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.

Ratu Rimba Niagara:

Duhai nanda putra kesayanganku...
Napa nanda berkata demikian rupa
Hancur lulur hati bunda
Sebak hati bunda ...
Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
Katakan putra kesayangan bunda...
Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...

"Duhai putra bunda tersayang...
Buah hati bunda pengarang jantung bunda
Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
Nandalah saham dunia akhirat bunda
Tiada bunda nanti di dunia ini
Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."

Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
terpasak dalam sanubarimu nanda...

Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu
daripada bunda....
Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
Pengembaraan di dunia ini....
Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

Ikhlas daripada:

Bunda Permaisuri Rimba Niagara
Malaysia
1 April 2012
Sunday at 4:05pm ·

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
13 Jun 2012


DAUNAN UKIRAN KASIH RATU RIMBA NIAGARA

Daunan ukiran kasih Ratu Rimba Niagara amat dinantikan oleh semua rakyat rimba Niagara, sebagaimana ratu mereka teruja menulis begitu juga mereka teruja membaca.

Ratu menulis...menulis...menulis....
Rakyat membaca..membaca..membaca...
Ratu ikhlas menulis demi-Nya,
Rakyat ikhlas menyokong demi-Nya.

Ratu menulis semuanya demi kepentingan rakyat rimba niagara
agar rakyat terus maju, aman, bahagia dan terus dapat hidup
dalam negara merdeka dan berdaulat.

"Ratu...teruslah menulis...
daunan kasih yang ratu ukir dengan penuh kasih dan sayang
membuatkan negeri rimba niagara kekal merdeka tanpa berani
dicerobohi oleh mana-mana pihak...sebab itu semua ukiran daunan kasih
ratu, kami tak akan biarkan diperhina dan disepikan ....biarlah semua manusia tidak pedulikan karya ratu dan jangan ratu pedulikan...kami di sini sentiasa ada untuk memberi dukungan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Walaupun mereka perlekehkan persendakan cita-cita sastra ratu bahawa cita-cita sastra ratu cuma hayalan dongengan ratu janganlah diperhiraukan kerana di rimba niagara ini cita-cita sastra ratu sudahpun terealiti. Terealiti sejak sebelum kerajaan ratu rimba niagara diwujudkan.

Maka berjanjilah pada kami walau apapun yang terjadi ratu tidak perlu mengalah dan berundur . Kami sentiasa ada untuk memberi sokongan kepada ratu...Galeri dan Perpustakaan ratu sentiasa kami jaga dan pelihara , semua hasil karya ratu kami simpan agar suatu masa nanti menjadi rujukan kepada semua pencinta sastra karya yang ratu hasilkan. Karya ratu adalah Daunan Ukiran Kasih Menjadi Aset Warisan Bangsa Ibu Pertiwi Nusantara."

"Terima kasih rakyatku yang tercinta...
Allah kurniakanku bakat menulis untukmu
kamu menghargai dalam kesyukuran
itulah yang tersurat di sebalik yang tersirat..."

"DIRGAHAYU KERAJAAN RIMBA NIAGARA
MERDEKA TERUSLAH MERDEKA"

"DAUNAN UKIRAN KASIH RATU RIMBA NIAGARA KURNIAAN ILAHI
MOGA KASIH RATU & RAKYAT TERSIMPUL MATI HINGGA KE SYURGA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

Ratu Rimba Niagara,
Ratu Kerajaan Rimba Niagara
Kerajaan Ilusi Dalam Berkarya
Berkarya Semua Dengan Izin-Nya,
22 Syawal 1435H
18 Ogos 2014

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
23 SYAWAL 1435H
19 AGUSTUS 2014

(PUISI DISIARKAN SEMPENA HARI KELAHIRAN RATU RIMBA NIAGARA 13 OGOS 2014, HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH 17 OGOS 2014, HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2014 & HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2014)


0 comments:

Post a Comment

 
;