MALAYSIA BERKABUNG BERSATU DALAM DOA UNTUKMU MH17
5 hrs ·
#MH17 22 Ogos 2014
#MomentOfSilence
Kita bersatu dalam kehibaan.Bersama kita berdoa dan bertafakur serentak di seluruh Malaysia selama seminit bagi menzahirkan kesedihan terhadap tragedi MH17.Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
5 hrs ·
#MH17 22 Ogos 2014
#MomentOfSilence
Kita bersatu dalam kehibaan.Bersama kita berdoa dan bertafakur serentak di seluruh Malaysia selama seminit bagi menzahirkan kesedihan terhadap tragedi MH17.Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
#MomentOfSilence
Kita bersatu dalam kehibaan.Bersama kita berdoa dan bertafakur serentak di seluruh Malaysia selama seminit bagi menzahirkan kesedihan terhadap tragedi MH17.Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
MALAYSIA BERKABUNG BERSATU DALAM DOA UNTUKMU MH17
22 Ogos 2014 Malaysia Berkabung
menyambut ketibaan jenazah yang terkorban
menyambut ketibaan jenazah yang terkorban
17 keranda jenazah beragama islam
3 keranda abu yang bukan beragama islam
Semua rakyat Malaysia akan bertafakur selama seminit
bagi mendoakan dan memberi penghormatan yang terakhir
kepada semua yang terkorban MH17 yang disayangi.
Kepada semua ahli keluarga MH17 kami seluruh rakyat
Malaysia mengucapkan takziah dan kami berkongsi duka denganmu
di atas kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Kami mendoakan moga Allah swt memasukkan roh-roh keluarga
yang tersayang dalam golongan hamba-Nya yang beriman dan
kepada yang bukan beragama Islam moga abadi selamanya.
Setiap kematian adalah rahsia Allah kepada semua hamba-Nya.
kematian itu pasti tapi tidak tahu bila
yang pastinya kematiaan itu akan menjemput tidak kira masa
atau di mana, di mana mana pun boleh mati...
Begitu juga dengan kematian kami sudah ditentukan-Nya,
kami tidak sama sekali tahu penerbangan kami di MH17 adalah yang terakhir. Jika kami tahu pastinya kami tidak akan menaiki kapal terbang tersebut kerana kami belum bersedia untuk berjumpa Tuhan dengan bekalan yang sedikit, ada di antaranya tanpa bekalan...menangis air mata darah pun kami tidak akan dihidupkan kembali ...masa kami sudah tamat untuk berada di bumi Allah.
Kami cumalah seorang hamba Allah, apa yang Allah takdir kepada kami ,
kami sudah imani. Kami pasrah sajalah dengan takdir kematian kami ini.
Teruslah berdoa untuk kami kerana dengan doa itu kami mendapat
Rahmat Kasih dari Allah In Shaa Allah.
Kematian hanyalah perpisahan jasad dan roh.
Walaupun tubuh kami hancur angkara manusia durjana,
tapi roh kami sempurna.
Kalian tidak nampak kami tapi kami nampak kalian dengan jelas.
Kepada ahli keluarga kami yang tersayang, janganlah bersedih walaupun
kita terpisah alam, namun kasih sayang kita tetap kubawa bersama sampai ke Syurga.
Redhakanlah perpisahan ini. Kita akan bertemu di Syurga untuk menyambung kasih sayang yang terpisah. In Shaa Allah Aamiin.
Kepada semua rakyat Malaysia, kami ucapkan jutaan terima kasih atas
segala jasa bakti kepada kami, biarpun jasad kami sudah hancur tetap juga menghargai kami dan mendoakan kami .
Doa kalian membuatkan roh-roh kami diRahmati Allah Azzawajallah.
Allahu Akbar Aamiin.
"Dari Allah Aku Datang Dari Allah Aku DiKembalikan
Moga kembalinya aku dalam jiwa dan roh yang tenang
redha lagi diredhai-Nya Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin"
"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-57"
"MALAYSIA... DI SINI BERMULANYA SEBUAH CINTA"
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Syawal 1435H
22 Ogos 2014
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA, UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA MH17 DAN ROH-ROH YANG TERKORBAN MH17 MOGA KASIH SAYANG KITA BERPADU DI SYURGA AAMIIN)
0 comments:
Post a Comment