Friday, 25 January 2013

JANGAN ADA SEMPADAN KE SYURGA-NYA

Berhimpun Di Masjid Untuk Memuji-Nya Memuja-Nya. CINTA-MU TANPA PENGHUJUNG WAKTU

ayuh kita ke Syurga bersama
di sana Syurga menanti
di sana alunan merdu Syurga kedengaran
memuji-Nya
memuja-Nya
merdu...merdu...merdu...syahdu
terharu syahdu rindu
rindu serindu rindu pada-Nya
tanpa penghujung-Nya
Tuhan Kaulah segala-Nya
Kau harapanku
Kau sandaranku
Kau kekasih awal
Kau kekasih akhir
Kau kurindu
Kau kucinta
Tanpa penghujung

di mana-mana Kau kucinta
Allah Allah Allah
Kau di hatiku
Kau di kalbu
Kuukir nama-Mu
Di awan rindu
Kuseru bulan
Bulan tersenyum syahdu
Mengiyakan aku sedang merindui-Mu
Kuseru ombak
Ombak menderu
Mengatakan
Semua di langit
Semua di bumi
Memuji-Mu
Memuja-Mu
Tanpa henti
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah-Nya mengenali-Mu
Indah-Nya bercinta dengan-Mu
Syahduku
Di perdu rindu
Syahduku di sejadah cinta-Mu
Kualunkan munajatku pada-Mu
Dengan tangisan syahdu merindui-Mu
Menangis hiba ...sehiba-hiba-Nya

Entah mengapa
Menyebut Nama-Mu Yang Maha Agung hatiku rindu
Rindukan-Mu
Terasa betapa kerdilnya aku berhadapan dengan-Mu
Terus kumenangis dalam esakan tanpa henti
Berderai airmataku terlalu syahdu cinta-Mu
Suci sesuci embunan Syurga
Hanya Kau saja yang memahami
Betapa aku rindukan-Mu
Betapa aku cintakan-Mu
Pasti akan dapat dirasai oleh mereka
Yang mengalami CINTA-MU TANPA PENGHUJUNG WAKTU
Moga Kau balas cintaku Ya Tuhanku
Aameen Ya Rabbal A'Lameen

Karya Ratu Rimba Niagara ,
14 Rabiulawwal 1434H
26 Januari 2013M
Like · · Promote ·

  • SEMPADAN KE SYURGA

    Syurga menanti di sana
    kenapa hati masih memberat
    kenapa hati menjadi batu
    kenapa telinga dipekakkan
    kenapa ada dinding
    untuk mahu ke Syurga?

    duhai hati yang membeku
    tidak mahukah dikau
    berlembut buat seketika
    Syurga ada di sana
    memanggilmu
    menanti kedatanganmu
    bila kau ke sana
    pasti hatimu
    selembut salju
    fikiranmu yang kusut
    terus tenang
    setenang air di kali Syurga
    tak percaya pujuklah
    hatimu yang membeku itu
    pergi ke sana
    di sana ada Syurga

    duhai hati membeku
    kenapa harus
    didindingkan
    jalan ke Syurga
    raihlah Syurga
    sementara ada peluang
    cuba pejamkan matamu sejenak
    anggaplah dirimu sudah mati
    pasti kau mahu ke Syurga
    pasti tak akan kau dindingkan
    hatimu dengan Syurga
    pasti kau tak akan sempadankan
    jalan ke Syurga
    kerana Kau tahu
    betapa berertinya Syurga bagimu
    betapa azabnya neraka yang dirasai
    ALLAHU AKBAR
    jangan sempadankan Syurga
    kerana Syurga terbentang luas untukmu
    selagi jantungmu berdetak
    selagi nyawa tidak sampai di kerongkong
    makanya jangan ada sempadan ke Syurga
    ingat itu duhai hati...
    muhasabah untuk dirimu
    muhasabah untuk diriku
    yang mahu meraih cinta-Nya
    yang mahu ke Syurga bersamamu
    In Shaa Allah Aameen Ya Rabbal A'Lameen

    Karya Ratu Rimba Niagara,
    14 Rabiulawwal 1434H
    26 Januari 2013M
    Like · · Promote ·
    • Ahmad Tajuddin likes this.

    • KAU KEKASIHKU ABADI SELAMA-NYA

      Tuhan...
      Kau duga aku tanda Kau cinta

      Di setiap penjuru
      tak henti
      dilambung tsunami
      hinggakan aku
      tak berdaya
      untuk bangun kembali

      Airmataku kering
      dek tangisan tanpa ehsan dari mereka

      Kasih yang kuberi
      kata nista yang dibalas

      Budi yang kusemai
      racun berbisa yang dibalas

      Kerana mereka
      hatiku jadi remuk redam
      hancur sehancurnya
      lumat selumatnya

      Kenapa mereka begitu Tuhan
      adakah aku dilahirkan
      ke dunia ini
      untuk meratah
      segala sengsara nista
      sedangkan
      kasihku pada mereka
      yang tersayang
      tanpa had tanpa batas
      kasih sebenar kasih
      sayang sebenar sayang
      kasih dan sayang setulus hati
      semuanya kerana-MU

      Tiada yang lain yang kufikirkan
      semuanya kerana-Mu

      Tapi mereka tetap
      menyisihkan aku
      menyepikan aku
      seolah aku
      tak wujud

      Adakah kerana
      ketidak sempurnaan hidupku
      mereka begitu Tuhan?

      Adakah jika
      aku ditakdirkan
      hidup serba sempurna
      memiliki pesona dunia
      baru mereka
      menghargai dan menyayangi aku?

      Jika begitu Tuhan kehendak mereka
      Kau sempurnakan hidupku
      agar dapat aku membeli kasih dan sayang mereka
      agar mereka menghargai aku
      sepatutnya sebagai hamba-Mu
      yang dikasihi dunia akhirat
      yang lebih penting lagi bagiku
      mereka membaca semua karya-karyaku
      kerana dalam karya-karya
      ada mesej
      yang ingin kusampaikan
      KU SAYANG DAN KASIH
      SETULUS KASIH DAN SAYANG
      SEMUA-NYA KERANA-MU
      dengan harapan mereka juga
      menyayangiku kerana-MU jua

      Andaikata hasratku tercapai Tuhan
      jika sudah sampai masanya
      KAU menjemputku bertemu-MU
      kuredha penuh syahdu
      Sesungguh-Nya
      KAU KEKASIH KU ABADI SELAMA-NYA

      Karya Ratu Rimba Niagara
      13 Rabiulawwal 1434H
      25 Januari 2013M
      Like · · Promote ·

0 comments:

Post a Comment

 
;