Tuesday, 22 January 2013

ADATLAH DUNIA SENI ADA YANG SUKA ADA YANG TIDAK SUKA

Oii mangkukk....aku nak bagi tau hang..Jangan Dok nak Merendahkan bakat nyanyi Orang laa..Selagi Mereka tak Bisu...Mereka tetap berbakat untuk Menyanyi....
Apa Hang Sakit Hati (kau Cemburu Yer)..... Kau Tunggu laa..Hasil Nya nanti....
Aku Buktikan Dia Boleh Menyanyi...
Like · · ·
  • 20 people like this.
  • Tamz Rockers jngan la mrah nti kne jual..haha
  • Lurve Partzi Lurve Partzi kenapa ni aya...marah kat baby ka??huhu
  • Aku Musafir sapa ni yg dok kata lagu 2..nk kena taboh ni..
  • Aku Musafir buktikan aya..
  • Lurve Partzi Lurve Partzi btul tu Putera Syah Ayawan...bukti kan...do the best..
  • D'azie Aga Buktikan yang terbaikkkkk Aya....
  • Ratu Rimba Niagara Weeii...aku tabik lah sama lu...bikin buktikan dia boleh menyanyi...
    buktikan segera ...biar semua tahu dia boleh menyanyi ok...hehehe
  • Rohaiza Iza X mau marah2...nanti x handsome
  • Iwan Safwan Suruh yg kata tuu nyanyi tgok......baru dia tauuuuu
  • Jake Sg sokong kata kata bro yg di atas tu
  • Lurve Partzi Lurve Partzi Iwan Safwan...btul 2...aya dah mrah...menghilang pulak aya ni...ajar baby la sampai boleh mnyanyi..hihik...tak mungkin...
  • Mega Ungu sabar ....
  • Ratu Rimba Niagara bila aya dah ajar baby sampai jadi penyanyi terkenal...jangan jadi sombong pulak tau....cian kat aya...hehehehehe
  • Putera Syah Ayawan Bukan nak marah ..tapi hormati laaa setakat mana bakat yang dia ada..janji ditekun dan ikhlas menyanyi dan menyampaikan...apa sahaja lagu...itu ajerr..jangan pertikaikan bakat seseorang ..laa...
  • Ratu Rimba Niagara Jika semua komposer seperti putera syah ayawan...pasti yang berbakat di Malaysia ini meletup!baru tahu kehebatan komposer putera syah dan anak didiknya...betul tak?
  • Lurve Partzi Lurve Partzi Ratu Rimba Niagara...baby suka menyanyi...tp xda bakat nak mnyanyi..nanti buat penat dan sia2 ja Putera Syah Ayawan ajar baby nyanyi...nafas pendek...cepat penat la...2 yg sdih...tp xpa la...mgkin ada bkat dari segi lain kan..huhu
  • Ratu Rimba Niagara Tiada bakat tapi minat apa salahnya kan ...putera boleh ajar sampai jadi ada bakat menyanyi...hehehe
  • Putera Syah Ayawan hahah aya kesan baby nie terbaik dari segi lirik lagu....bahasa boleh tahan...Ratu Rimba Niagara... aya akan kolobrasi ngan ..anak didik aya niee.. dalam lirik nya
  • Ratu Rimba Niagara Kami sebagai rakan fb putera syah di sini akan sentiasa menyokong kerja-kerja seni putera syah dengan anak didikmu ...Insya-Allah...kami doakan berjaya hingga menggapai bintang di langit.
  • Lurve Partzi Lurve Partzi Putera Syah Ayawan...baby xla sepandai aya buat lirik lagu...cuma nak tolong2 bgi idea 2 boleh la...tp nak susun lirik memang serah kat aya ja....xpandai woo...huhu
  • Putera Syah Ayawan amboiii..rendah yerr..kao baby dah memang rendah tahap pokok renek....kekkekeke...janagn rendahkan bakat yang tersembunyi...tonjolkan...usaha pasti ada umpahhh nyerr..melody lagu serah pada aya...
  • DJzan Iluvu rilek....rilek....
  • Putera Syah Ayawan hehe aloo Dj..Dj..Ilovo u..any body home..thanks youuu....kekke hangat ler ...kalau orang yang merendah kan seseorang...bakat tue semula jadi..apa dia dok gaduh sangat dok marah kat penyanyi aya tuee
  • Ratu Rimba Niagara semuanya ada bakat...boleh ratu rimba belajar buat lirk lagu dengan lurve partzi dan putera syah..boleh ke? hehehe
  • DJzan Iluvu biasa la..itu la dunia seni..ada yg suka dan ada yg tidak..anggap itu komen yg membina,,,tp kalau berbau hasad...lupakan saja. buat x tau saje..kan senang..
  • Lurve Partzi Lurve Partzi hahaha.. Putera Syah Ayawan...baby tau la bby memang PENDEK...kecik pulak 2....rasa lagi rendah la pulak bila diri dah rendah dan hakikat nya bakat pon rendah...tak asah lagi..nanti aya tolong asah bakat baby k..hihi...
  • Putera Syah Ayawan hahah tauu tak perr...
  • Ratu Rimba Niagara APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG

    Sejak berkurun lamanya Tapak Sulaiman
    berada di dasar laut.

    Tiba-tiba terdetik di hati Tapak Sulaiman,
    ‘Sampai bila aku jadi begini?’

    Di dasar laut cuma nampak bebayang
    bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.

    “ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
    Tiada bezanya aku dengan bintang
    cuma aku di dasar lautan
    tidak berkedipan!
    Bolehkah aku jadi bintang?
    Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
    Di dasar ini aku tidak berfungsi
    kepada penghuni laut
    sedangkan aku ingin hidup
    menyinari hidupku dan menyinari
    hidup mereka yang memerlukan
    kerdipan sinarku.” Tapak Sulaiman
    mula menyedari kejahilannya
    Dia telah memasang impian.

    Setiap hari Tapak Sulaiman
    terus mengeluh...
    meratapi nasib diri…
    mencemburui kegemerlapan bintang
    seolah-olah mereka mengejeknya
    kerana berangan hendak
    menjadi bintang.

    “Kau siapa?
    jalan pun terhegeh-hegeh
    di dasar laut ini… tanpa boleh berbuat apa-apa?
    lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
    dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
    kebijaksanaan aku.. jangan nak beranganlah!
    Ha…ha…ha…” ejek naga laut sambil menayangkan
    kejadiannya yang unik mempersonakan
    seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
    popular dan dihormati .

    “Engkau jangan memperlekeh
    cita-cita aku. Akan kubuktikan!
    Lihatlah nanti!” Jerit Tapak Sulaiman
    memecah ketenangan malam itu.

    Laut yang tenang tiba-tiba mengaum disertai
    dengan gelombang ombak mengganas!

    Gerakkan dasar laut telah membawa
    Tapak Sulaiman ke dalam gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempasnya
    ke pantai.

    Kini Tapak Sulaiman berada di pantai
    di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

    Seakan mimpi Tapak Sulaiman
    berjalan ke sana ke mari
    menari-nari.

    Bila malam tiba Tapak Sulaiman
    menikmati suasana malam sambil
    memerhatikan kegemerlapan
    bintang-bintang di langit di sinari
    sinaran cahaya bulan.

    Sungguh jelas permandangan tika itu
    tidak perlu samar-samar lagi
    tika berada di dasar laut.

    “Bolehkah aku menjadi bintang?
    Bolehkah? Bolehkah?
    Bintang aku ingin berkawan denganmu?
    Aku ingin menjadi sepertimu.”

    “ Tapak Sulaiman, kau boleh menjadi
    seperti kami jika kau yakin dengan
    kebolehanmu! Percayalah!
    Kami menunggu kau di sini!
    Kau boleh! Pasti boleh!”
    Kata perangsang bintang kepada
    Tapak Sulaiman pada malam itu.

    “Pelik ya macam mana bintang boleh
    mendengar suaraku?
    sedangkan jarak dengannya…
    dia di langit aku dibumi
    komunikasi aku dengan bintang
    satu keajaiban!”

    Tiba-tiba kedengaran
    gauman entah mana datangnya
    memecah ketenangan malam
    pepasir di pantai berterbangan.

    UFO rupanya sedang mendarat
    dua makhluk asing datang
    menghampiri Tapak Sulaiman.

    “Tapak Sulaiman mahu ke engkau
    ikut kami?” tanyanya.
    Ke mana?”
    “Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
    “Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

    Malam itu mimpi Tapak Sulaiman menjadi kenyataan!
    dia telah menjadi bintang!
    disambut bintang-bintang yang
    Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
    yang menakjubkan Tapak Sulaiman!

    Siapa sangka impian Tapak Sulaiman menjadi kenyataan?
    tidak sia-sia impiannya selama ini!
    barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
    ini jika digunakan keajaiban minda!
    “Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
    akan kukongsi bersama mereka yang ingin
    menjadi sepertiku!”
    Janji Tapak Sulaiman pada dirinya.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    23 Januari 2013
    (MOGA KARYA APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG MENJADI SEMANGAT UNTUK SEMUA PENCINTA SENI)

  • (PETIKAN DARIPADA WALL PUTERA SYAH AYAWAN)
    23 Januari 2013

0 comments:

Post a Comment

 
;