SELAWAT
Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi
bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan
ibadat. Dalam pengertian yang lebih
luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan,
mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping
melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh
alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang
diredhai Allah.
Selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah
yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan
mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad
serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah
menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ”
(Surah Al-Ahzab: 56).
Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali
dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada
hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat
kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat
kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat
yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan
keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al
Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu
kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah
menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat
kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
0 comments:
Post a Comment