Wednesday, 23 January 2013

TIADA KATA SECANTIK BAHASA



" TIADA KATA SECANTIK BAHASA... "

Bahasa Melayu ada kategori2nya. Ada Bahasa Istana. Ada Bahasa Sastera. Ada Bahasa Ilmiah. Ada Bahasa Persuratan, Bahasa Pengantar , Bahasa isyarat dan berbagai lagi kategori2 bahasa dalam Perbendaharaan Bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pasar. Namun semua ini boleh juga boleh di kategorikan kepada 2 jenis... ia itu Bahasa Percakapan dan bahasa Penulisan. Dalam 2 jenis ini, ada yang di kategorikan sebagai Bahasa Halus yang beradab santun dan bahasa Kasar yang lancang dan Kesat ( lucah )

Ada Bahasa hanya boleh di kata sahaja dan tak layak untuk di tulis atau didengar dek telinga2 yang tak sesuai mendengarnya.

Bijak2 lah menggunakan mulut untuk berbahasa kerana ianya mencermin jiwa yang berbicara. KERANA PULUT SANTAN BINASA... KERANA MULUT BADAN BINASA.

- Mamanda Laksamana Pendekar Temasek.
Unlike · · · 28 minutes ago near Singapore, Singapore ·

0 comments:

Post a Comment

 
;