Ratu Rimba Niagara was tagged in Syiemma Hashim's photo. — with Gelombang Biru and 48 others.
Esok,
24 Januari bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H, kaum Muslim di seluruh
dunia akan mengingati satu peristiwa penting anugerah Allah kepada
seluruh manusia, iaitu kelahiran Nabi
Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di negara
kita pada tahun ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
Al-Quran menyatakan bahawa kelahiran baginda membawa rahmat ke seluruh
alam. Baginda dilahirkan pada hari Isnin dalam tahun Gajah atau menurut
ulamak dan sejarawan Islam pada 12 Rabiul Awal.
Baginda dilahirkan dari rahim suci seorang ibu yang pengasih dan penyayang, iaitu Siti Aminah. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapa baginda, Abdullah meninggal dunia sebelum kelahiran baginda. Ketika baginda berusia enam tahun, ibu baginda pula meninggal dunia lalu baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib.
Ketika Nabi berusia lapan tahun datuknya pula meninggal dunia dan baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Al-Quran merakamkan keyatiman Rasulullah SAW yang bermaksud; “Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu ia memberikan perlindungan” (Ad-Dhuha:6).
Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Ketika baginda sedang tidur di Gua Hira, malaikat Jibril datang menemui Rasulullah SAW dengan membawa sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan di mana Jibril turun membawa wahyu kepada baginda.
Jibril berkata: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” (Al-Alaq: 1-5). Rasulullah wafat pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal, ketika baginda berumur 63 tahun

0 comments:
Post a Comment