Friday 25 January 2013

MERAIH CINTA-MU TUHAN


MERAIH CINTA-MU TUHAN

CINTA-MU TANPA PENGHUJUNG WAKTU

ayuh kita ke Syurga bersama
di sana Syurga menanti
di sana alunan merdu Syurga kedengaran
memuji-Nya
memuja-Nya
merdu...merdu...merdu...syahdu
terharu syahdu rindu
rindu serindu rindu pada-Nya
tanpa penghujung-Nya
Tuhan Kaulah segala-Nya
Kau harapanku
Kau sandaranku
Kau kekasih awal
Kau kekasih akhir
Kau kurindu
Kau kucinta
Tanpa penghujung

di mana-mana Kau kucinta
Allah Allah Allah
Kau di hatiku
Kau di kalbu
Kuukir nama-Mu
Di awan rindu
Kuseru bulan
Bulan tersenyum syahdu
Mengiyakan aku sedang merindui-Mu
Kuseru ombak
Ombak menderu
Mengatakan
Semua di langit
Semua di bumi
Memuji-Mu
Memuja-Mu
Tanpa henti
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indah-Nya mengenali-Mu
Indah-Nya bercinta dengan-Mu
Syahduku
Di perdu rindu
Syahduku di sejadah cinta-Mu
Kualunkan munajatku pada-Mu
Dengan tangisan syahdu merindui-Mu
Menangis hiba ...sehiba-hiba-Nya

Entah mengapa
Menyebut Nama-Mu Yang Maha Agung hatiku rindu
Rindukan-Mu
Terasa betapa kerdilnya aku berhadapan dengan-Mu
Terus kumenangis dalam esakan tanpa henti
Berderai airmataku terlalu syahdu cinta-Mu
Suci sesuci embunan Syurga
Hanya Kau saja yang memahami
Betapa aku rindukan-Mu
Betapa aku cintakan-Mu
Pasti akan dapat dirasai oleh mereka
Yang mengalami CINTA-MU TANPA PENGHUJUNG WAKTU
Moga Kau balas cintaku Ya Tuhanku
Aameen Ya Rabbal A'Lameen

Karya Ratu Rimba Niagara ,
14 Rabiulawwal 1434H
26 Januari 2013M

JANGAN ADA SEMPADAN KE SYURGA

Syurga menanti di sana
kenapa hati masih memberat
kenapa hati menjadi batu
kenapa telinga dipekakkan
kenapa ada dinding
untuk mahu ke Syurga?

duhai hati yang membeku
tidak mahukah dikau
berlembut buat seketika
Syurga ada di sana
memanggilmu
menanti kedatanganmu
bila kau ke sana
pasti hatimu
selembut salju
fikiranmu yang kusut
terus tenang
setenang air di kali Syurga
tak percaya pujuklah
hatimu yang membeku itu
pergi ke sana
di sana ada Syurga

duhai hati membeku
kenapa harus
didindingkan
jalan ke Syurga
raihlah Syurga
sementara ada peluang
cuba pejamkan matamu sejenak
anggaplah dirimu sudah mati
pasti kau mahu ke Syurga
pasti tak akan kau dindingkan
hatimu dengan Syurga
pasti kau tak akan sempadankan
jalan ke Syurga
kerana Kau tahu
betapa berertinya Syurga bagimu
betapa azabnya neraka yang dirasai
ALLAHU AKBAR
jangan sempadankan Syurga
kerana Syurga terbentang luas untukmu
selagi jantungmu berdetak
selagi nyawa tidak sampai di kerongkong
makanya jangan ada sempadan ke Syurga
ingat itu duhai hati...
muhasabah untuk dirimu
muhasabah untuk diriku
yang mahu meraih cinta-Nya
yang mahu ke Syurga bersamamu
In Shaa Allah Aameen Ya Rabbal A'Lameen

Karya Ratu Rimba Niagara,
14 Rabiulawwal 1434H
26 Januari 2013M

KAU KEKASIHKU ABADI SELAMA-NYA

Tuhan...
Kau duga aku tanda Kau cinta

Di setiap penjuru
tak henti
dilambung tsunami
hinggakan aku
tak berdaya
untuk bangun kembali

Airmataku kering
dek tangisan tanpa ehsan dari mereka

Kasih yang kuberi
kata nista yang dibalas

Budi yang kusemai
racun berbisa yang dibalas

Kerana mereka
hatiku jadi remuk redam
hancur sehancurnya
lumat selumatnya

Kenapa mereka begitu Tuhan
adakah aku dilahirkan
ke dunia ini
untuk meratah
segala sengsara nista
sedangkan
kasihku pada mereka
yang tersayang
tanpa had tanpa batas
kasih sebenar kasih
sayang sebenar sayang
kasih dan sayang setulus hati
semuanya kerana-MU

Tiada yang lain yang kufikirkan
semuanya kerana-Mu

Tapi mereka tetap
menyisihkan aku
menyepikan aku
seolah aku
tak wujud

Adakah kerana
ketidak sempurnaan hidupku
mereka begitu Tuhan?

Adakah jika
aku ditakdirkan
hidup serba sempurna
memiliki pesona dunia
baru mereka
menghargai dan menyayangi aku?

Jika begitu Tuhan kehendak mereka
Kau sempurnakan hidupku
agar dapat aku membeli kasih dan sayang mereka
agar mereka menghargai aku
sepatutnya sebagai hamba-Mu
yang dikasihi dunia akhirat
yang lebih penting lagi bagiku
mereka membaca semua karya-karyaku
kerana dalam karya-karya
ada mesej
yang ingin kusampaikan
KU SAYANG DAN KASIH
SETULUS KASIH DAN SAYANG
SEMUA-NYA KERANA-MU
dengan harapan mereka juga
menyayangiku kerana-MU jua

Andaikata hasratku tercapai Tuhan
jika sudah sampai masanya
KAU menjemputku bertemu-MU
kuredha penuh syahdu
Sesungguh-Nya
KAU KEKASIH KU ABADI SELAMA-NYA

Karya Ratu Rimba Niagara
13 Rabiulawwal 1434H
25 Januari 2013M


PERTEMUAN HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA

Ya Allah
syukur aku sebanyak-banyak-Nya
di pagi yang syahdu ini
Kau sudi menjemputku
mendengar alunan-alunan zikir munajat
para ahli-ahli Syurga di Rumah-Mu

alunan zikir munajat
bergema jelas
mendayu-dayu...sayu....sayuuppppp
terheret segala rohku di alunan zikir-Mu
aku terpana dalam dzat cinta-Mu
terlalulah indah tiada dapat dilafazkan dengan kata-kata
serasa aku berada di Taman-Taman Syurga
serasa rohku sedang di angkat untuk bertemu-Mu
berkain kafankan setanggi dari Syurga
semakin kuat gema alunan zikir
semakin Kau hampir padaku
aku dalam kepanahan dzat cinta-Mu
di kiri kanan
sepanjang perjalanan roh bertemu-Mu
rohku dialunkan
zikir munajat
para malaikat dan ahli Syurga
airmataku bercucuran
tanpa henti
bahagia di kala itu Tuhan...
bahagia yang tak dapat dibeli dengan alam dan seisinya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
alunan gema zikir munajat
para ahli zikir benar-benar
menusuk ke kalbu imanku
aku tenggelam dalam dzat cinta-Mu

aduhai terasa bertuah diri ini
Kau pilih menjemputku ke Rumah-Mu
untuk bersama
para ahli zikir munajat
aku terharu syahdu terus merindui-Mu

Gema alunan zikir inilah
yang selalu kunantikan
dalam igauan dalam mimpi-mimpi indahku
Kau sudi perkenankan
untuk menjemputku
menghadiri majlis zikir munajat di Rumah-Mu
yang indah bak istana Syurga
yang dihuni oleh semua hamba-Mu
yang ingin menjadi ahli Syurga-Mu
maka dengan berkat zikir munajat kami ke Rumah-Mu
catatkanlah nama-nama kami sebagai ahli Syurga-Mu
apabila bertemu-Mu nanti
dialunkan dengan gema zikir para malaikat dan para ahli Syurga
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
saat yang amat membahagiakan
terlalulah indah untuk diabadikan dalam kamus
PERTEMUAN HAMBA DENGAN PENCIPTA-NYA
syukur....syukur...syukur...
berkat MAJLIS ZIKIR ISTIGHASAH AL-KUBRA yang dihadiri
atas jemputan-Mu di pagi yang amat berkat ini
SEMPENA SAMBUTAN MALIDUR RASUL
NABI MUHAMMAD SAW KEKASIH-MU
Ya Rasulullah
Pilihlah kami mendapat syafaatmu
Di hari yang tiada sesiapapun dapat memberikan Syafaat...
Melainkan kau Rasulullah Kekasih Allah Azzawajallah
Aameen Aameen Aameen Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Ratu Rimba Niagara,
14 Rabiulawal 1434H
26 Januari 2013M
(KARYA DIILHAMKAN MENGHADIRI MAJLIS ISTIGHASAH AL-KUBRA
ANJURAN PERUNDINGAN MELAYU (MPM) DENGAN KERJASAMA
MASJID PUTRA, PUTRAJAYA PERBADANAN PUTRAJAYA)

TASAWUF: DEWASA

BIMBINGAN BERTASAWUF MERAIH MA'RIFATULLAH (PENCERAHAN SEKETIKA) BAGI YANG MEMBUTUHKAN

(Mohon dibacanya dengan cermat, huruf demi huruf)

"Hai manusia, sesungguhnya kamu harus berusaha dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya." (QS Al-Insyiqaaq 84: 6).

Assalaamu’alaikum wr. wb.
Salam damai sejahtera bagi kita sekalian…….
Teman-teman / Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah……….

Memenuhi permintaan Bimbingan Tasawuf untuk meraih Ma’rifatullah yang masuk di Dinding dan Inbox Ayahanda, dengan ini disampaikan kepada Teman / Sahabat yang membutuhkan, berminat dan benar-benar berkehendak (fakir) untuk Menemukan dan Mengenal Jatidiri (“Man Arofah Nafsahu, Faqod Arofah Robbahu”) melalui proses Terbuka Hijab-Qolbu Meraih Ma’rifatullah semata-mata dengan rahmat dan seizin Allah SWT, bahwa Teman / Sahabat dapat mengikuti BIMBINGAN “SUBHANALLAHU” (Studi Pembekalan Khusus Perjumpaan dengan Allah - Jalan Mahzub) tanpa dipungut biaya (cuma-cuma / gratis).

Peserta diwajibkan memiliki:

1. Kitab Suci Al-Qur'aan yang dilengkapi Terjemahannya dalam Bahasa Indonesia, disarankan: Kitab Terjemahan Al-Qur'aan oleh H. Zainuddin Hamidy dan Fachruddin Hs., Penerbit Wijaya Jakarta, 1967; atau oleh Bachtiar Surin, Penerbit Fa. Sumatera, Bandung, 1978; atau oleh Yayasan Penyelenggara / Penterjemah / Penafsir Al-Qur'aan, Departemen Agama Republik Indonesia, 1971.

2. Buku "Menemui Allah - Edisi Revisi", karya KH Amiruddin Syah, Penerbit Institut Kajian Tasawuf "Az-Zukhruf" Jakarta, Cetakan V - 2004 (dapat dibeli di Toko Buku "Walisongo", Kwitang, Senen, Jakarta, atau di lokasi BIMBINGAN "SUBHANALLAHU", kepada Sahabat Harna - HP: 085710336033).

Bagi Teman / Sahabat yang benar-benar berkehendak / mengharapkan perjumpaan dengan Allah SWT sesuai petunjuk-Nya dalam Al-Qur'aan, antara lain: Surat Al-Ankabuut 29: 5, Surat Al-An'aam 6: 31-32, Surat Yunus 10: 7-8, dan Surat Fushshilat 41: 54, silahkan MENDAFTAR dan menghubungi Sahabat Maman Suherman, SE (HP: 085697166839), atau Sahabat Ali Sahbana, SH (HP: 08151651985).

Peserta terdaftar yang tinggal di wilayah JABODETABEK (Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi) dan sekitarnya diwajibkan mengikuti BIMBINGAN "SUBHANALLAHU" secara langsung / TATAP-WAJAH yang diadakan setiap hari Sabtu / Minggu.

Sedangkan bagi Peserta terdaftar dari LUAR JABODETABEK diperbolehkan mengikuti BIMBINGAN "SUBHANALLAHU" (mengajukan pertanyaan seputar Kajian Tasawuf) via INBOX Ayahanda Ridhwanullah, dengan syarat: sebelum mengajukan pertanyaan, Peserta terdaftar sudah menyelesaikan membaca dan mempelajari Buku "MENEMUI ALLAH - Edisi Revisi" dan Bahan-bahan Materi BIMBINGAN "SUBHANALLAHU" terlebih dahulu.

Bagi peserta terdaftar yang telah selesai mengikuti BIMBINGAN "SUBHANALLAHU" dan berminat / berkehendak menuntaskan perjalanan ruhaninya menuju liqa' Allah (perjumpaan dengan Tuhan), dapat mengikuti program lanjutannya, yaitu Tawajuh / Mukasyafah: Pengangkatan Hijab-Qolbu Meraih Ma'rifatullah semata-mata dengan rahmat dan izin Allah SWT:

(1) PESANTREN KILAT SATU MALAM (Sabtu siang s/d Minggu petang) bagi peserta dari wilayah JABODETABEK; atau

(2) PESANTREN KILAT TIGA MALAM (Kamis petang s/d Minggu malam) bagi peserta dari LUAR JABODETABEK.

Terima kasih atas perhatian Teman / Sahabat semua…….

Rahmat Allah SWT dan barokah-Nya tercurah atas hamba-hamba-Nya yang tulus-ikhlas dalam penghambaan / pengabdian kepada-Nya.

Billahit-taufiq wal-hidayah…….
Wassalaamu’alaikum wr. wb………..

(Institut Kajian Tasawuf Cahaya Ihsan-Taqwa "Al-Ihsaniyah")

NB:

Buku "Menemui Allah - Edisi Revisi" dapat dipesan kepada Sahabat Harna - HP: 085710336033 (Harga Buku + Ongkos Kirim Kilat Khusus ke ALAMAT LENGKAP BERKODE POS: Rp 70.000,-). Jika transfer pembayarannya sudah masuk di Rekening kami, buku tersebut + bahan-bahan materi BIMBINGAN "SUBHANALLAHU" (tidak diperjualbelikan / gratis) segera dikirim ke ALAMAT Pemesan / Peminat. Terima kasih.

OLEH AYAHANDA RIDHWANULLAH
3 people like this.

Khamshah Wira Sakti Satria Assalamualaikum mz Suharna Katmareja kalo sy di Singapore gimana caranya?
January 15 at 4:10am via mobile · 1

Suharna Katmareja Tidak masalah tinggal di Singapura ..... yang menjadi masalah apakah sudah ada keinginan / fakir untuk mencari atau tidak ?
January 15 at 10:52am · 1

Khamshah Wira Sakti Satria Memang Udah Ada Keinginan Mz, Penghidupan Sy Sekeluarga Udah Lama Diberikn Cobaan Dan Dugaan Oleh Allah swt Sampai Ke Saat Ini Mz....
January 15 at 10:54am via mobile · 1

Ratu Rimba Niagara:

MOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBACA ALAMMAYA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA MEMANDANG ALLAH DI SYURGA FIRDAUS IN SHAA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

(PETIKAN DARIPADA WALL PELUKIS DUA ALAM)
13 Rabiulawwal 1434H
25 Januari 2013M
Like · · Promote · Share
Datuk Jem, Prabu Raksa Bumi Kusuma and Ahmad Tajuddin like this.

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
14 Rabiulawwal 1434H
26 Januari 2013M
·

0 comments:

Post a Comment

 
;