- You and Megat Faris like this.
- Ratu Rimba Niagara CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah
Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia …
Di Padang Masyar
mendapat Syafaatmu
Amin Ya Rabbal A’lamin.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M - AllahuAkbar X 99
- You like this.
- You, Tengku Shawal Tengku Aziz, Perkumpulan Karaton Nusantara and 3 others like this.
- MaharajaPancung Pancar Temasik Maka demikian ketetapan ALLAH maka setiap ciptaan NYA akan ke asal masing masing maka di periksa amal ibadat maka di tempat kan ke dalam Syurga,Neraka dan tempat tinggi tandatanya
- AllahuAkbar X 99
- Tengku Shawal Tengku Aziz and 5 others like this.
- Harry Bintana Bocah Angon AsSalamu'allaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh.
Insya Allah... Subhannallahi Walhamdulillah Walaa Illaha Illallah Allahu Akbar.
"Ya Sayyidii Yaa Rasulullah Insya Allah... Baarakalaahu Fiika Wa'anna Minal Awwallul Islam Muslimiin.
Salam Sehat Selamat Dan Sejahtera Selalu Berserta Segenap Keluarga Besar Para Raja Dan Para Sahabat Fillah Semua.
Insya Allah... Bumi Persada Nusantara Indonesia Raya Ini Akan Segera Kembali Kepada Fitrahnya Yang Dahulu Kala Pernah Jaya.
Insya Allah... BiBaarakatti Alfatehah...
Jazaakalaahu Khairan Salam Ukhuwah Islamiyah AsSalaam. - Ratu Rimba Niagara JANJI ALLAH PASTI BENAR
Pangeran Adipati Agong berdarah raja,
Namun hati berjiwa hamba;
Hamba yang taat segala perintah-Nya,
Ke mana pergi berjiwa hamba.
Amanah rakyat amanah Allah,
Dijaga dipelihara sebaik mungkin;
Berazam menjadi khalifah Allah,
Hak rakyat akan diperjuangkan.
Janji Allah pasti benar,
Jangan takut jika benar;
Allah sukakan hamba-Nya yang benar,
Balasan Syurga bagi hamba-Nya yang benar.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013 - AllahuAkbar X 99
- You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 5 others like this.
- Ratu Rimba Niagara JANJI ALLAH PASTI BENAR
Pangeran Adipati Agong berdarah raja,
Namun hati berjiwa hamba;
Hamba yang taat segala perintah-Nya,
Ke mana pergi berjiwa hamba.
Amanah rakyat amanah Allah,
Dijaga dipelihara sebaik mungkin;
Berazam menjadi khalifah Allah,
Hak rakyat akan diperjuangkan.
Janji Allah pasti benar,
Jangan takut jika benar;
Allah sukakan hamba-Nya yang benar,
Balasan Syurga bagi hamba-Nya yang benar.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M
HIDUP KENA BERJUANG- You, Perkumpulan Karaton Nusantara and 2 others like this.
- BERJASA TANDA KITA PERNAH BERHIDUP DI MUKA BUMI INI!
HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN
PERJUANGAN UNTUK MERAIH
KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT
KEJAYAAN DUNIA... KEJAYAAN AKHIRAT
BERBAKTI PADA ALLAH
BERBUAT BAIK PADA MANUSIA
ITULAH KESEMPURNAAN HIDUP
LAMBANG KETENANGAN JIWA
BERJASA KARENA KASIH SAYANG
PADA SEKALIAN YANG ADA DAN
TANDA KITA PERNAH BERHIDUP DI MUKA BUMI INI...
MAKANYA SEGALA NIAT DAN USAHA YANG MURNI KARENA-NYA
AKAN DIBERI DUKUNGAN/SOKONGAN
SEPENUHNYA TANPA ADA RAGU LAGI
SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
BAGI MENJAYAKAN MISI YANG MAHA HEBAT INI
MOGA ALLAH SWT MEMAKBULKAN SEGALA USAHA DAN CITA-CITA
AAMEEN YA RABBAL A'LAMIN
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
10 Rabiulawwal 1434H
22 Januari 2013M- Perkumpulan Karaton Nusantara and Karaton Nusantara like this.
- AllahuAkbar X 99
- You, Tengku Shawal Tengku Aziz, Karaton Nusantara and 7 others like this.
- Ratu Rimba Niagara TEMAN KAU MENGINGATKAN AKU TENTANG AKHIRAT
Teman dari dirimu
aku belajar tentang kasih dan sayang kerana-Nya
terjelepuk aku di kawah padang pasir yang tandus kasih sayang
aku tak tahu apa maknanya kasih dan sayang
yang aku tahu adalah
kesempurnaan hidup dengan kemewahan
hidupku serba sempurna
sebab itu aku dihormati dan disanjungi semua
biarpun aku tidak mengenali mereka
mereka tetap melayani aku dengan penuh hormat
bahasa jelek yang kulemparkan
mereka tetap senyum
begitu hebatnya
bila punya kuasa dan kemewahan
aku membeli segalanya dengan kemewahan yang kumiliki
aku memiliki semua kesempurnaan yang menjadi igauan semua
tapi kenapa aku masih tidak tenang
kenapa jiwaku meronta-ronta?
aku buntu...
Teman...
kau penenangku
kata-katamu menyejukkan jiwa
sesejuk salji di pergunungan Himalaya
kebuntuan yang menghantuiku
pemikiranku yang berselirat dengan masalah dunia
terus tenang... tenang...tenang...
baru aku tahu betapa pentingnya ketenangan
ketenangan tidak dapat dibeli dengan kemewahan
aku mula belajar mengenal diriku yang alpa
selama ini aku alpa dengan diriku sendiri
biarpun orang kata hidupku telah sempurna
tapi rupanya segalanya aku kekurangan
aku jahil tentang ilmu kemanisan iman
yang aku tahu indahnya dunia
dunia mempesonakan aku....
aku terleka dengan pesona dunia...
dunia....dunia....dunia....
kau hadir mengajak aku terus lalai....leka...
tentang akhirat yang pasti aku tempuhi
Teman...
Terima kasih kerana mengingatkan aku
tentang akhirat yang telah lama terpadam di hati ini
kehadiranmu
adalah Kurniaan Ilahi yang kusyukuri
terima kasih teman....
moga Allah swt memberkati hidup matimu
Aameen Ya Rabbal A'Lameen
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M
MOGA KITA SALING MUHASABAH DIRI
Mohd Zamri Mokhtar Ada pendapat juga...kerana mulut badan binasa
about an hour ago via mobile ·
Shahrul Fadzly Nak tengok jugak macam mana rupa "badan binasa" tu. Kalau boleh nak "rasa"
about an hour ago via mobile ·
Ratu Rimba Niagara:
Jangan membandingkan manusia dengan malaikat...kerana malaikat diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Kalau nak tahu badan binasa tunggulah hari kematian di sana akan dirasa apa yang hendak dirasa.
38 minutes ago · · 1
Ratu Rimba Ratu Rimba Niagara:
Biarkan mereka gitu...yang penting kita tak seperti mereka suka maki hamun...yang penting kita cakap yang baik-baik saja...kerana setiap percakapan ada malaikat yang menulisnya. Moga kita semua terselamat daripada kata-kata memaki hamun... yang penting kita fokus apa matlamat perjuangan kita berhidup sebenarnya...mahukan Syurga sebagai balasan berbuat baik kerana-Nya atau mahukan neraka...ada akal fikirlah sendiri...kita sendiri yang tentukan ke mana kita.
Kerana kita tak sempurna kita bercakap yang tak baik...
Kerana Allah saja Yang Sempurna DIA ampunkan kita yang bersalah
Sebab itu Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu
Moga kita saling muhasabah diri dan hidup kita berakhir dengan kebaikan. Aamiin.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
20 Januari 2013- Karaton Nusantara, Perkumpulan Karaton Nusantara and Khai Noor like this.
SEMOGA ALLAH MENJAGA HATI KITA- Tengku Shawal Tengku Aziz and 4 others like this.
- Ratu Rimba Niagara SALAM MALIDUR RASUL
Walaikummussalam semoga kita saling menjaga hati agar tiada hati-hati yang terluka dek kerana kata-kata kita yang kita rasa
benar indah tapi ada hati terluka mendengarnya jika mereka
terluka pasti Allah tidak suka. Bila Allah tidak suka malanglah kita.
Makanya di sini hamba mohon maaf kepada semua jika ada
yang tersalah bicara dalam kata-kata hamba.
Salam Malidur Rasul
Daripada hamba Ratu Rimba Niagara
Moga sukses dunia akhirat Aameen.
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013 M
CINTA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH- You, Tengku Shawal Tengku Aziz and Syazwanee Rukiya Ghazali like this.
WARKAH KITA BERSAMA MENGGAPAI BINTANG HINGGA KE LANGIT KE TUJUH
BismillahirRohmanirRohim
Assalamualaikum wr wb
Ke hadapan YM Kedaton Kraton Wahyu Utama,
Sesungguhnya saya amat salut sama YM Wahyu Utama atas penganugerahan Sang Maestro Filosofi Genius Program daripada Maharaja Kutai Mulawarman. Sekalung tahniah untukmu duhai Sang Meastro Filosofi Genius! Moga sentiasa
sukses dalam menggapai bintang hingga di langit ke tujuh Inshaa Allah Aameen.
Untuk mencapai sesuatu cita-cita yang suci murni bukanlah sesuatu yang mudah...yang boleh dicapai dalam sekelip mata saja. Memerlukan masa bukan setahun dua...malah berpuluhan tahun. Jika tidak sanggup dilambung ombak tsunami lupakanlah segala cita. Dugaan yang datang bagaikan dilambung ombak tsunami jatuh terhempas jangan harap akan dapat bangun semula akan mati ditelan bumi, mati tanpa nesan. Begitulah hebatnya dugaan yang datang dari segenap penjuru.
Tapi saya penuh yakin YM Kedaton Wahyu Utama dapat mengatasi dugaan tersebut karena keinginan menggapai cita-cita mengatasi segalanya. YM tahu ke mana kita setelah mati. Berada di alam barzah seperti berada di Taman-taman Syurga,
beristirehat daripada segala kepenatan tika hidup di dunia.Roh tenang tika itu berehat diperlihatkan indahnya Syurga sehinggalah dibangunkan semula tika ditiup sangkakala menandakan Qiamat sudah tiba. Selamat di alam barzah selamatlah di Padang Mahsyar. Itulah matlamat kita semua selama kita berhidup di muka bumi ini.
Untuk mencapai matlamat itu, antara kita memerlukan hubungan baik dan saling bekerjasama tanpa mengira darjat bangsa dan keturunan ...asalkan semuanya kerana Allah swt Inshaa Allah semuanya berjalan dengan lancar. Jika ditakdirkan mati roh pun tenang tika pulang mengadap Alllah swt. Inshaa Allah Aameen.
Semuanya mahu pulang ke pangkuan Ilahi dalam keadaan tenang setenang Syurga. Tapi gimana jika kehidupan kita sendiri tidak setenang Syurga jika tenang pun hanyalah untuk diri sendiri dan keluarga sendiri sedangkan Tuhan suruh kita berhubung baik dengan Tuhan dan berhubung baik dengan manusia.
Dengan matlamat yang jelas lagi tepat inilah makanya YM Wahyu Utama berusaha gigih tanpa mengenal putus asa , tanpa ada rasa kelelahan mahu membangunkan Kota Budaya Dalam Segala Bidang Demi Perdamaian Dunia Akhirat. Bukanlah suatu perkara mudah untuk memasakkan di jiwa ilmu yang bersangkut paut dengan roh, tauhid, akidah,qada & qadar , syurga neraka.
Sudah menjadi hukum karma buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat
Beramal ikhlas karena-Nya dibalas Syurga
Saya penuh yakin kita mahu berbuat kebaikan bukan kerana Syurga
Tapi mahukan redhoNYa Allah agar terbalasNya cinta Allah kepada kita
Kita lakukan bukanlah mahukan kemuliaan daripada manusia tapi mahukan kemuliaan daripada Allah swt
Tapi mana bisa mungkin kita mendapat redho Allah jika kita hiduppun tak seperti ahli Syurga Berkata mengikut hati dan perasaan tanpa menghiraukan siapa yang sakit hati dan makan hati Tingkah laku tidak seperti ahli Syurga Biarpun seluruh manusia mengatakan kitalah ahli Syurga atas kebaikan yang diperlihatkan Sedangkan kita tiada Nilaian di Sisi Allah swt ...nauzubillah jika begitu.
Atas dasar mahu menghidupkan suasana Syurga seperti bermulanya kehidupan Adam dan Hawa tika di Syurga makanya antara kita saling bekerjasama dalam memberi dukungan/sokongan yang tidak berbelah bagi kepada setiap cita-cita yang suci murni karenaNya tanpa ada rasa iri hati hasad dan dengki.
Manalah tahu berkat kita saling bekerjasama , bantu membantu dan berkasih sayang karenaNya kita semua dapat balasan cinta dari Allah Azzawajallah dan bersama bertemu di Syurga nanti Inshaa Allah Aameen. Indahnya pertemuan di kala
itu hanya Tuhan saja yang tahu. Wajah kita berseri-seri dan apa yang kita perbualkan di dunia ini...kita perbualkan juga di Syurga.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR INDAHNYA SYURGA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENENTUKAN APA YANG KITA
PERKATAKAN INI ALLAH MENJADI SAKSI PERCAYALAH.
Duhai YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...
Kami tahu niat dan cita-cita suci YM Wahyu Utama seiring dengan kami iaitu menyebarluaskan kasih sayang setulus hati demiNya makanya kami semua memberi dukungan/sokongan padu biarpun nyawa kami menjadi taruhan demi bersama menjayakan cita-cita yang suci murni karena bukan mudah kita bersama menggapai bintang sehingga ke langit ke tujuh. Jika tidak dibekalkan dengan
niat yang suci ikhlas karenaNya akan gagal .
Kita semua dikenalkan walaupun cuma di alammaya ...itulah KetentuanNya
agar kita bersama dapat menjayakan misi BERSAMA KE SYURGA-NYA , Inshaa Allah Ameen.
Dengan ingatan setulus ikhlas daripada,
Ratu Rimba Niagara,
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
18 Januari 2013- Tengku Shawal Tengku Aziz, Perkumpulan Karaton Nusantara and Pg Abd Rahim Pht like this.
- Tengku Shawal Tengku Aziz and 9 others like this.
- Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam Datuk Panglima Demak...terima kasih atas kisah sejarah asal usul tuan hamba. Hamba amat suka mendengarnya.
Apatah lagi rakyat jelata selangor pasti mengemari mendengar cerita ini. Sungguh menarik untuk dijadikan cerita sejarah diRaja Selangor.
ZAMAN FISABILILLAH- You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 2 others like this.
- Ratu Rimba Niagara Waalaikumussalam Sultan Hussin...moga apa yang dicitakan Allah makbulkan. Aameen.
- By: Zuriat Hang Tuah
- Pangeran Adipati Agong YA atau TIDAK..urusan Allah semata...cuma jangan kita membuat sesuatu atas dasar kehendak diri..
- Ratu Rimba Niagara KITA MEMBUAT SESUATU ATAS DASAR KERANA ALLAH
IN SHAA ALLAH BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMEEN.
- You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 3 others like this.
- You, Tengku Shawal Tengku Aziz and 3 others like this.
ILMU MENGENAL PENCIPTA KITA
By: Pangeran Adipati Agong- Tengku Shawal Tengku Aziz and 7 others like this.
- Ratu Rimba Niagara apa diharap kasihnya orang
kusemai padi tumbuhnya lalang
apa diharap budinya orang
kasihku terpadam terus menghilang - Putra Kencana Alam Mengapa hati gundah gulana nmpak seperti demikian rupa dapatkah Ratu Rimba Niagara merasa bahawa 'SA'nya Allah menyayangi kita..?
- Anuar Helmee Hazeeq Teramat duli didalam cita,
Mengenang nasib payungan negara,
Hilanglah ruh di dalam dada,
Menanti tiba mahkota jiwa... - Putra Kencana Alam Jika begitu adanya cerita, akibat resah mengenang hiba, kemana pula hilangnya Roh..kerna menanti mahkota jiwa?
- Ratu Rimba Niagara Hilang roh hilanglah jiwa,
Hilang jiwa tak punya hati;
Adanya hati hiduplah jiwa,
Roh tenang bila miliki mata hati. - Ratu Rimba Niagara Menanti tiba mahkota jiwa,
Wajah berseri bak purnama malam;
Alangkah indah sehati sejiwa,
Merealisasikan cita yang tak pernah padam. - Anuar Helmee Hazeeq Arwah melayang berhati groba,
Hilanglah sudah mahkota jiwa,
Aniaya yg jelas lagilah nyata,
Diperbuat orang luar belaka........ - Putra Kencana Alam Adat berkata biarlah jelas, Agar tidak disalah anggap.. Jika tiada berat rahsia, malulah hamba ingin bertanya..
- Anuar Helmee Hazeeq Tiada rahsia dalam cetera,
Dijiwa ingin berkata nyata,
Negara besar berpanji jingga,
Luputkah sudah antara kita?? - Anuar Helmee Hazeeq Baju bersusun berbunga emas,
Buatan halus kain antelas,
Pakaian mahkota tingkat dua belas,
Menikam bertatah ikatnya emas,
Berbeda tiada sesama bangsa,
Nasab ibunda sama lah jua,
Jiwa Nusantara genta jogannya,
Berlebih tiada....hanyalah diri hamba yg leta......
- Prabu Raksa Bumi Kusuma, Tengku Shawal Tengku Aziz, Karaton Nusantara and 3 others like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M
Thursday, 24 January 2013
MAULID CINTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment