ANTARA ALAM GHAIB & NYATA & FANTASI & REALITI MENGHASILKAN KEYAKINKAN KEPADA YANG MAHA ESA
ALAM GHAIB
Alam ghaib?
Ye alam ghaib yang siapapun tidak diberi khashaf untuk masuk ke alam
itu selagi nyawa tidak sampai di kerongkong,ketika nyawa sampai di
kerongkong ketika itulah segala alam ghaib yang selama ini terhijab
dibukakan kepada kita...yang selama ini tak nampak ...akan nampak dengan
jelas dan kita tahulah kita sebentar lagi kita akan masuk ke alam
ghaib. Ketika kita di alam nyata kita tak nampak alam ghaib tapi bila
kita masuk ke alam ghaib ...kita jadilah alam roh dan bila kita jadi
alam roh segala alam nyata di dunia tak nampak kita kecuali yang
diizinkan Allah SWT.
Sebab apa kita tak nampak alam ghaib?
Tuhan mahu menguji kita...samada kita...yakin atau tidak atas
kewujudan-Nya di dunia ini. Cuma dengan keyakinan sajalah membuatkan
hamba-NYa beribadat dengan ikhlas .
. Firman Allah Ta'ala:
"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan
bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku".
(Al-Baqarah, ayat 152).
Ratu Rimba Niagara BERHAYALLAH MENCINTAI-NYA
BERHAYALLAH UNTUK MENYINTAI-NYA DIA PASTI DATANG PADAMU DI REALITI
KALBUMU DAN BILA MENJADI REALITI HIDUP DAN MATIMU HANYA DISANDARKAN
PADA-NYA SAJA. SEGALA TAKDIR DITERIMA DALAM PASRAH TAWAKAL DAN REDHA.
Ratu Rimba Niagara
11 Safar 1434H
24 Disember 2012
RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :
1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang
menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti
wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipta
dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka
bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak
menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala
makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan
tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4)
2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui
bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya
dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia.
Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh.
Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib
mengetahui 10 daripadanya.
Nama Malaikat
Tugasnya
Jibril
Menyampaikan wahyu
Raqib
Mencatat amalan keburukan
Atib
Mencatat amalan kebaikan
Izrail
Mengambil nyawa
Mikail
Menurunkan rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Mungkar
Menyoal orang mati
Nankir
Menyoal orang mati
Malik
Menjaga neraka
Ridzuan
Menjaga syurga
3) BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi
orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah
mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi
menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di
akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25
orang.
4) BERIMAN KEPADA KITAB
Beriman kepada kitab Allah
bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa
sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan
firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang
disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi
Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang
diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab
suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
Taurat - Nabi Musa a.s
Zabur - Nabi Daud a.s
Injil - Nabi Isa a.s
Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
Nabi Syits - 50 suhuf
Nabi Idris - 30 suhuf
nabi Ibrahim - 10 suhuf
Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.
5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini
bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana
pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar
untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa
mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :
Keluar dajjal merosakkan agama.
Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
Keluar Yakjuj dan Makjuj.
Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
Terbit matahari dari sebelah barat.
6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada
takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang
berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai dengan
batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama
ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta
bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t
seperti menyembah berhala.
Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman
kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah
s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.
(PETIKAN DARIPADA USTAZ ALAM MAYA)
Jika kita sudah faham semua rukun Islam yang 6 secara terperinci
difahamkan, diamal dan diyakinkan tanpa sebesar zarah pun menafikan
berarti kita sebenar-benar yakin Islam adalah agama pilihan yang tepat
dan kita berasa bersyukur kita dipilih untuk menjadi orang Islam
beragama Islam yakin sebenar-benar yakin dan untuk meyakinkan alam ghaib
yang tak nampak :
1. Yakin Kewujudan Allah swt tapi tak nampak
akan dinampakkan di akhirat nanti yang mana semua ahli Syurga boleh
melihat Allah swt , itulah nikmat segala nikmat di Syurga yang
dinantikan oleh semua penghuni Syurga.
2. .Al-Quran kalam Allah
swt yang nampak dan boleh dibaca oleh semua hamba-Nya di dalam-Nya
semua terkandung ilmu Allah swt Yang Maha Agung Lagi Maha Tinggi tiada
siapa dapat menandingi Kebijaksanaan-Nya ...jika dihuraikan setiap
ayat-ayat-Nya tidak akan pernah habis-habis tinta menulis kerana
hikmahNya terlalulah banyak sebanyak mana pahala yang diberikan kepada
pembaca, penghafaz, pengajar, penyelidik, pendakwah dan pengamal
ayat-ayat Al-Quran. Sesungguh-Nya Al-Quran memberi Rahmat kepada para
hamba-Nya sebab itu bila di alam barzah Al-Quran menjadi penguambela dan
menjadi penerang di kubur.Beruntunglah kita jika kita menjadi pencinta
dan pengamal Al-Quran. Moga kita semua
mengagungkan Al-Quran kerana itu kalam dari Kekasih kita yang kita cintai.
Yang hendak kita bincangkan sekarang mengenai topik, rukun iman yang ke 6 iaitu berimam kepada:
6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada
takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang
berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai dengan
batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama
ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
Kepada Ina Zwan...
Saya petik apa katakata kamu dan di sini saya huraikan dengan harapan
segala kecelaruan apa yang kamu fikirkan dan apa yang saya fikirkan dan
apa yang mereka fikirkan terjawab dan dapatlah kita sesama kita salaing
berbaik sangka dalam menuju ke jalan-jalan-Nya dengan terang lagi
bersuluh. InsyaAllah AAmiin. Percayalah yang baik semua datang dari-Nya
yang lemah itu dari diri saya sendiri...maka maafkanlah saya.
Ina Zwan:
"Ampun Tuanku,dari perkhabaran malaikat di Alam Langit kepada penerima
perkhabaran "RAJA KE 13 DARI KERAJAAN ALAM" di bumi ini.. Telah
dikhabarkan kepada anakanda bahawa semua pergerakkan jurusan dan barisan
makhluk di angkasa sedang di susun kembali , Insyallah tepat masanya
maka semua akan mengikut Tuanku.. dan daulat Tuanku "RAJA PALING AGONG
DI BUMI" akan sempurna mengikut "MASA RAJA SEKALIAN ALAM".. Ampun
Tuanku"
Ratu Rimba Niagara Siapa yang dimaksudkan tuanku?
17 hours ago · Like · 1
Ina Zwan BIAR KITA BICARA DALAM RAHSIA UNTUK RAHSIA KITA DIMENGERTIKAN,
TUANKU... YANG BETA MAKSUDKAN.. ADALAH AYAHANDA BETA DI KERAJAAN ALAM
LANGIT YANG KE ENAM DIATAS SANA ALAM KAYANGAN.. BETA PUTERA KEPADA
BAGINDA DALAM BENTUK ROH BETA SEDANG BERADA DALAM JASAD MANUSIA DI BUMI
INI DARI UJIAN ALLAH DENGAN TUGAS KAMI SEKELUARGA DARI TAKDIR ALLAH
UNTUK MENYUSUN KEMBALI RAJA-RAJA MANUSIA DI DUNIA INI YANG ALLAH PILIH
DARI DARAH KETURUNAN YANG TELAH ADA DALAM SENARAI KAMI DI KERAJAAN ALAM
KAYANGAN DI SANA.. KERAJAAN ALAM ADALAH KERAJAAN YANG GHAIB.. SETIAP
PERKARA BERKAITAN KETURUNAN RAJA.. PASTI MELIBATKAN 2 ALAM YANG
BERBEZA.. ALAM ZAHIR DAN ALAM BATIN.. KAMU YANG MENGGUNAKAN SANDARAAN
NAMA RATU RIMBA NIAGARA.. PERLU TAHU KEDUDUKAN KAMU DARAH KETURUNAN RAJA
YANG TELAH ADA SENARAI NAMA..BIAR TAKDIR ALLAH ITU BERLAKU.. KAMI HANYA
MELAKONKAN SAHAJA JASAD YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KAMI DI BUMI INI..
SEBELUM KIAMAT ITU MENJADI PERKARA YANG TIADA LAGI PERLU DI SEMBUNYI..
WAALLAH HU ALAM..
3 hours ago · Like
ALAM GHAIB
Alam ghaib?
Ye alam ghaib yang siapapun tidak diberi khashaf untuk masuk ke alam
itu selagi nyawa tidak sampai di kerongkong,ketika nyawa sampai di
kerongkong ketika itulah segala alam ghaib yang selama ini terhijap
dibukakan kepada kita...yang selama ini tak nampak ...akan nampak dengan
jelas dan kita tahulah kita sebentar lagi kita akan masuk alam ghaib.
Ketika kita di alam nyata kita tak nampak alam ghaib tapo bila kita
masuk ke alam ghaib ...kita jadilah alam roh dan bila kita jadi alam roh
segala alam nyata di dunia tak nampak kita kecuali yang diizinkan Allah
SWT.
Sebab apa kita tak nampak alam ghaib?
Tuhan mahu
menguji kita...samada kita...yakin atau tidak atas kewujudan-Nya di
dunia ini. Cuma dengan kenyakinan sajalah membuatkan hamba-NYa beribadat
dengan ikhlas dan ikhlas itu cuma Allah sahaja yang tahu manusia lain
tak akan tahu .
Sejujurnya saya memang tak faham apa yang kamu
ceritakan adalah di luar kemampuan saya untuk memikirkannya dan tak
berani untuk mengiyakan.
Cuma sebagai seorang yang tidak masuk
lagi ke alam ghaib (sudah meninggal dunia) ingin sekadar memberi ulasan
atas cerita kamu. Perbedaan di antara kita berdua menurut pahaman saya
yang jahil ilmu alam ghaib.
Kamu mengaku sebagai seorang putera
raja keturunan diRaja tapi kenapa tidak menggunakan pangkat diRaja dan
kenapa gunakan nama INA ZWAN saya seakan mengganggap kamu seorang wanita
rakyat biasa. Berarti roh bapa kamu menumpang di badan seorang wanita
rakyat biasa..adakah itu maksud kamu. Jika kamu benar mahu menuntut hak
nenek moyang kamu kenapa tidak munculkan diri kamu sebenar kenapa mesti
menggunakan lambang keris kenapa tidak wajah sebenar seperti Pageran
Adipati Agong sejujurnya saya salut dengannya ...dia wujud di alam nyata
tidak menumpang badan dan menggunakan darjatnya sebagai kerabat diRaja
dengan tujuan untuk membela rakyat.Kita hidup di dunia nyata dan di
dunia nyata ini peluang yang ada untuk kita mengumpul sebanyak-banyakNya
bekalan untuk dibawa pulang ke negeri abadi. Masalah remeh temah yang
di luar bidang pemikiran kita tak usahlah kita fikirkan sangat. Hiduplah
secara kemampuan kuasa fikir yang lojik dan selari dengan kehenak
Al-Quran dan Hadis kerana kita tidak akan tersasar dari kehendak Islam
it sendiri,
Saya pula bukan berdarah di raja tapi cuma
melakonkan saja watak seorang Ratu bertujuan menghayati watak diRaja
untuk karya-karya saya yang bertemakan diRaja..Saya pun tak tahu kenapa
saya boleh seberani itu menggunakan darjat diraja sedang sayang cumalah
rakyat biasa yang tak punya apa. Demi perjuangan saya untuk
memartabatkan Institusi diRaja mungkin barangkali saya menggunakan nama
pena saya Ratu itu pun Ratu Kerajaan Rimba Niagara. Kerajaan cuma
fantasi yang ada di pemikiran saya.. Itu cuma dunia fantasi saya dan
dunia karya saya. Tak pernah terfikir oleh saya untuk memartabat diri
saya sendiri sebagai Ratu. Cukuplah saya hanya yang berstatus hamba-Nya
yang menyandarkan segala urusan takdir hidup mati saya hanyalah kepada
Allah swt tidak yang lain. Apa saja yang ditentukan saya redha.
Insya-Allah itulah saya.
Tulisanku Ilham Dari-Nya
Ratu Rimba Niagara (sekadar nama pena)
11 Safar 1434H
24 Disember 2012M,
MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA
TUHAN MAHA PENGATUR WAKTU YANG TEPAT TIDAK AKAN
DICEPATKAN ATAU DILAMBATKAN WALAUPUN SESAAT
BILA SAMPAI MASANYA JADI MAKA JADILAH ATAS KEHENDAK-NYA
JIKA KAMU DATANG PADANYA BERJALAN DIA AKAN BERLARI
JIKA KAMU DATANG PADANYA BERLARI DIA ADA DEKAT
DENGANMU TERLALU HAMPIR BEGITULAH BILA KAMU
SENTIASA YAKIN DENGAN CINTA-NYA KEPADA KAMU,
CINTA-NYA SENTIASA ADA UNTUK KAMU SELAGI MANA
KAMU YAKIN AKAN CINTA-NYA ...MENCINTAI-NYA TAK
AKAN RUGI DAN SALING MENCINTAI KERANA-NYA PASTI
JIWAMU AKAN TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA
KERANA BILA DIA BERJANJI DIA PASTI TEPATI
DIA TIDAK AKAN MEMUNGKIRI JANJI
JANJI-NYA PASTI...PASTI...PASTI....
YAKINLAH ITU DUHAI ROH DAN JASAD YANG MAHU
MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA...
Tulisanku Ilham Dari-Nya
11 Safar 1434H
24 Disember 2012
Like ·
- Asyraf Roslan likes this.
(PETIKAN DARIPADA WALL KAMI TAAT SETIA KDYMM SULTAN KELANTAN & TENGKU MAHKOTA KELANTAN)
22 Januari 2013
0 comments:
Post a Comment