Thursday, 13 February 2014

AL-FATEHAH UNTUK WIRA YANG GUGUR DI MEDAN PERANG

"Barang siapa mencari mati syahid dengan sungguh-sungguh maka akan Aku berikan kepadanya meskipun dia mati di atas tempat tidurnya."
HR Muslim
Like ·  ·  · 7 hours ago ·

DUHAI ANGIN SAMPAIKAN KUNTUMAN KUNTUMAN BUNGA SASTERAKU KEPADA SEMUA TEMAN ALAMMAYA YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT

Today
Indra Utama Nasution and Eva Anggraini Puspanegara like your link on Eva Anggraini Puspanegara's timeline: "BICARALAH DENGANKU DENGAN BAHASA INDAH..." 9:23pm
Indra Utama Nasution and Eva Anggraini Puspanegara like your comment: "JAMBANGAN BUNGA SASTERA NAN INDAH INI..." 9:20pm...Continue Reading
Like ·  ·  · 7 hours ago ·

Sempena 14 Februari esok. Al- Fatehah. Majlis Tahlil telah diadakan Bukit Chandu pagi tadi
Unlike ·  ·  · 5993821 · 11 hours ago · 
  • You and 598 others like this.
  • Peh Hoo Guan 14 FEB 1942 - Jatuhnya Singapura ke tangan Tentera Jepun
    11 hours ago · Like · 5
  • Suzana Vs Kamal Bestnye cite Lt.adnan..bile lg r agaknye cite ni nk disiarkn blk,boring asek2 cite psl cinte je
    10 hours ago · Like · 7
  • Sam U Rye kena war2 kan cerita Bukit Chandu ni ni dari org ingati valentine..
    10 hours ago · Like · 5
  • Afeez Chaq's Al Fatihah
  • Ahmad Radzmi Al fatihah..

  • Danial-Dania Ru-d Al~Fatihah buat pejuang2 kita yg mmpertahankn bukit candu.. GEMPUR WIRA!!!
    10 hours ago · Like · 1
  • Safiah Lia Al-fatihah buat mereka yang berkorban demi kemakmuran kita hari ini.
  • Hafizzuddin Ramli al fatihah....
  • Ayishar Juhary Al fatihah..14 feb gugurnye pejuang negara Lt Adnan..
  • Muhd Farhan dorang punya effect kenapa lagi style and realistic sedangkan filem lama ni, sekarang punya edit dia mmg nampak mcm kartun
  • Rejimen Semboyan Dirajahttp://www.facebook.com/RSDrasmi/posts/483449018427863...

    MEMPERINGATI LT ADNAN SAIDI - WIRA SEPANJANG ZAMAN

    LT ADNAN yang berasal dari Kg. Sg. Ramal, Kajang, SELANGOR merupakan anak Melayu terulung membuktikan kepada pihak British semasa Perang Dunia Kedua, bahawa anak Melayu juga mampu berperang dalam era moden dan sanggup mati dalam mempertahankan semangat Bangsa Melayu dan kedaulatan negara. Sebelum ini, orang putih menganggap Bangsa Melayu tidak boleh menjadi askar yang digeruni, tidak cekap, takut berkorban dan mudah kecewa. Kerana itu, mereka dapat menjajah Tanah Melayu hampir 500 tahun.

    LT ADNAN menidakkan tanggapan tersebut apabila menyertai Rejimen Askar Melayu Pertama pada tahun 1933, di bawah Tentera British, untuk membuktikan bahawa kebolehan anak Melayu juga tidak kurang hebatnya sebagai seorang askar di dunia ini.

    Kagum dengan kebolehan ADNAN, pihak British telah menaikkan pangkat beliau ke Sarjan dan seterusnya ke Sarjan Mejar dalam usia yang begitu muda, iaitu 25 tahun. Setahun kemudian ADNAN di naikkan pangkat lagi ke LT MUDA [ 2nd LT ] dan di tempatkan di Kompani C, Rejimen Askar Melayu British. Sebagai seorang individu LT ADNAN amat dihormati kerana kecekapan beliau sebagai seorang askar, keberaniannya, patriotik, amat berdisiplin, tegas, jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, dan sentiasa bersemangat memperjuangkan martabat dan hak bangsa Melayu dalam karier yang diceburinya.

    Sumbangan LT ADNAN sebagai Perwira sejati, terserlah semasa ‘ THE BATTLE FOR PASIR PANJANG RIDGE ‘, Bukit Chandu, Singapura pada 13hb dan 14 Februari 1942. Di dalam pertempuran tersebut, Platun LT ADNAN dan rakan-rakannya yang mempunyai senjata dan peluru terhad, namun berbekalkan kata-kata semangat ‘ DEATH BEFORE DISHONOR ‘, berjaya mematahkan serangan demi serangan Tentera Jepun yang jauh lebih besar dari pasukannya. Kehebatan LT ADNAN memaksa Tentera Jepun melancarkan operasi perisikan untuk mengenalpasti siapakah pemimpin Tentera British yang telah memberi tentangan begitu sengit di Bukit Chandu. Seorang Jeneral Jepun memarahi anggota-anggotanya dengan berkata “ Seluruh Semenanjung Malaya dapat ditawan dalam sekelip mata. Mengapa di Bukit Chandu mengambil masa begitu panjang dan ramai Tentera Jepun terkorban tetapi masih gagal menawan Bukit tersebut? “.

    Akhirnya, LT ADNAN gugur di medan pertempuran pada 14 Februari 1942. Pengorbanan LT ADNAN tidak sia-sia kerana sejak itu Rejimen Askar Melayu diperbesarkan untuk sama-sama menggalas tugas dan tanggungjawab dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Negara. Orang Melayu tidak lagi di pandang sepi oleh pihak British untuk menjadi seorang askar yang amat dihormati. Ungkapan General Arthur Ernest Percival mengenai sumbangan LT ADNAN mencerminkan kebolehan bangsa Melayu dalam bidang ketenteraan……“By their stubborn defense of the Pasir Panjang Ridge at the height of the Battle of Singapore, they set an example of steadfastness and endurance which will become a great tradition in the Regiment and an inspiration for the future generations.”

    Tanggal 14 Februari 2014, genap 72 tahun LT ADNAN SAIDI meninggalkan kita. “ DEATH BEFORE DISHONOR “ adalah kata-kata semangat yang ditinggalkan oleh beliau untuk bala tentera dan anak cucu kita. LT ADNAN SAIDI juga mempunyai sifat-sifat dan nilai pegangan yang terpuji untuk anak bangsa kita. Janganlah dipersia-siakan pengorbanan mereka.

    AL-FATIHAH KEPADA LT ADNAN SAIDI DAN RAKAN-RAKAN YANG TERKORBAN.

    Untuk penerangan lanjut mengenai detik-detik pertempuran, sila Google 'Lt Adnan Saidi.'

    LIKE PAGE ~ Rejimen Semboyan Diraja ~ & SHARE THIS
    10 hours ago · Like · 1
  • Lostribe Naning Alfatihah wira2 bangsa yang berkorban untuk bangsa, agama dan negara!
  • Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan Pagi esok acara mengarak Panji Panji 1RAMD di Dataran PTD jam 0830H
    9 hours ago · Like · 4
  • Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan Esok petang lepas Jumaat korang tgk berduyun gak yg g beli bunga ros overpriced. Pastu tanya Bukit.Chandu atau Pasir Panjang...
    Haremmmmm diorang tak tahu apa
    9 hours ago · Like · 4
  • Haikal AJ 9 August 1965 - Jatuhnya singapore ke tangan.. satu bangsa yg dtg dari timur...
    9 hours ago · Like · 2
  • Mahazry Malik darah askar melayu gugur disana
  • Mahazry Malik akibat sikap penakut British yg kelam kabut nk meletupkan causeway tu...memang british ajar dan bentuk kita tpi mereka tewas jua
  • Ulfa Mawaddah Sapa lg yg nk mperthnkn negara kita.. klo bkn kita sndri... british slmtkn dri... kita tpaksa bjuang brhempas pulas utk mprtahankn... kita kna jdi lbih brdikari.. mgikut acuan kita sndri...
  • Muhamad Ridzuan Rosley Berdiri bulu roma aku tiap kali aku dgr lagu ni.. Lagu ni adalah antara lagu patriotik yg dpt membangkitkan semangat patriotik dlm jiwa aku selain lagu Darah Satria...
    8 hours ago · Like · 2
  • Muhamad Ridzuan Rosley Semoga anak2 Melayu hari ini mengmabil semangat juang Allahyarham Lt.Adnan Saidi sebagai lambang perjuangan dlm mempertahankan maruah bangsa dan agama.. Al-Fatihah utk beliau...
    8 hours ago · Like · 4
  • Ratu Rimba Niagara "Barang siapa mencari mati syahid dengan sungguh-sungguh maka akan Aku berikan kepadanya meskipun dia mati di atas tempat tidurnya."
    HR Muslim
    7 hours ago · Like · 2
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Julai 2013
    (DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN)

    HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERCINTA
    YANG MENCINTAI NEGARA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI)
    KARYA SASTERA PATRIOTIK 6 PERDANA MENTERI MALAYSIA
    RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI SEMUA JASA PERDANA MENTERI
    PADA RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA ,'MERDEKA! !MERDEKA! MERDEKA!'

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    13 Rabiulakhir 1435H
    13 Februari 2014M
    7 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA

    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

    Kau pahlawan yang gagah perkasa
    Kau pahlawan yang setia

    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan ibu pertiwi

    Kami hargai
    Kami sanjungi

    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

    Jasamu pahlawan
    Kan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga kebangsaan negara
    Bunga Raya
    Yang berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip rukun negara itulah
    Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara

    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
    Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada ibu pertiwi
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433H
    (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
    PADA 31 Julai 2012)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    12 Rabiulakhir 1435H
    12 Februari 2014M
    ·
    7 hours ago · Like · 3

  • Ratu Rimba Niagara MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

    di sini tanah tumpahnya darahku
    tak akan kubiarkan
    biarpun seinci diceroboh musuh durjana
    akan aku pertahankan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    cintaku pada ibu pertiwi
    setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
    tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
    dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
    siapa yang berani menentang
    akan aku tentang
    akan aku lawan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    demi ibu pertiwi
    aku rela dihujani peluru
    bermandikan darah
    asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
    daripada segala ancaman musuh durjana

    di sini tanah tumpahnya darahku
    Angkatan Tentera Darat Malaysia
    sentiasa bersiap siaga
    mempertahankan ibu pertiwi
    kami tak takut mati bila berada di medan juang
    kami berjuang...berjuang...berjuang....
    hingga ke titisan darah terakhir
    untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
    sekali kami melangkah ...
    langkah kami adalah langkah seorang pejuang

    Duhai rakyat Malaysia di luar sana
    Jangan bimbang
    Jangan takut
    Keselamatan negara masih terkawal
    Angkatan Tentera Malaysia
    Sentiasa berjaga-jaga ...memantau...
    Di setiap inci bumi Malaysia
    Masuh datang kami tentang
    Kami lawan
    Kami perang habis-habisan
    Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
    Kami pasukan tentera yang berani mati
    Demi kerana agama bangsa dan negara

    Kami Angkatan Tentera Malaysia
    Semuanya terlatih mahir dalam berperang
    Kami dilatih untuk berani mati
    Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
    Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
    Andainya kami gugur di medan juang...
    Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
    Dan kirimi doa restu
    Agar kami sejahtera di Sana...

    Duhai musuh durjana
    Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
    Ketahuilah kamu ...
    Sekali benderaku berkibar dengan laungan
    Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
    Selamanyalah kekal merdeka...
    Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
    Jika kamu berani silakan....
    Angkatan Tentera Malaysia
    Tak akan biarkan....
    Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
    Tak akan kami biarkan....
    Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
    Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
    Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
    Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
    Berada di medan juang
    Kami mahu mati dalam perjuangan
    Perjuangan demi cintakan-Nya
    Matlamat kami mati syahid di medan perang...
    Moga Allah makbulkan doa kami
    AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)

    ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSANYA SENDIRI! RAKYAT MALAYSIA BERBANGGA DAN MENGHARGAI ATM SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN!

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    12 Rabiulakhir 1435H
    12 Februari 2014M
    7 hours ago · Like · 2
    • Ratu Rimba Niagara TUNGGULAH DINDA DI PINTU SYURGA

      selamat berjuang kandaku
      selamat berjuang di medan perang
      perjuangan kanda adalah perjuangan dinda jua
      dinda cintakan kanda kerana semangat juang kanda
      pada negara tercinta tidak berbelah bagi

      semalam sebelum kanda pergi berjuang
      kanda pesan pada dinda
      andai kanda gugur di medan perang
      dinda jangan sedih
      atas permergian kanda
      biarpun jasad terpisah jua
      antara kanda dan dinda
      percayalah cinta dinda kepada kanda
      kanda akan bawa sampai Syurga

      pesanan kanda menusuk hati dinda kanda...
      dinda tidak mahu menunjukkan kesedihan dinda
      pada kanda tercinta
      nanti membuatkan kanda hilang semangat juang
      dinda senyum tanda dinda redho dengan pemergiaan
      kanda di medan juang...

      kanda berpesan pada dinda lagi
      andainya kanda gugur di medan juang
      dinda didiklah anak-anak kita
      menjadi wira dan wirawati negara
      berjiwa patriotik
      kanda bangga punyai anak seperti itu dinda

      kedua-dua pesanan kanda
      membuatkan dinda mahu meraung semahunya
      kerana betapa mulianya hati kanda
      pada negara tercinta...

      pesanan terakhir kanda
      masih terngiang-ngiang di telinga dinda

      "kanda cintakan dinda demi-Nya
      sampai Syurga kita bercinta dinda...
      kanda sayangkan anak-anak kita demi-Nya
      moga kita sekeluarga bertemu di Syurga...
      kanda sayangkan nusa dan bangsa demi-Nya
      moga Allah balas syahid cinta kanda...
      doakan kanda mati syahid ye dinda..."

      SUBHNALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      pesanan-pesanan seorang mujahid
      yang dinda suka dengar...

      pastinya di medan perang
      kanda serahkan jiwa raga hanya untuk Allah
      kanda sudah pasrahkan segala takdir hanya untuk Allah
      kanda tak henti berzikir bermunajat pada-Nya
      agar Allah selamatkan
      negara dan rakyat Malaysia daripada musuh durjana
      agar Malaysia aman sejahtera merdeka selamanya
      selagi dunia belum kiamat

      tubuh kanda dihujani peluru
      tubuh kanda bermandikan darah
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...
      Syukur Alhamdulillah doa kanda dimakbulkan Tuhan
      kanda syahid di medan juang...

      pemergian kanda dinda syukur kerana
      dinda tahu Syurga sedang menanti kanda...
      bidadari Syurga sedang menyambut kedatangan kanda...

      di dunia dindalah bidadari kanda
      di Syurga ada bidadari yang mulia melayani kanda
      tunggulah dinda di pintu Syurga ...
      yang mencintai kanda dunia hingga akhirat
      sampai Syurga kita bercinta....

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      7 Mac 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA-WIRA NEGARA YANG MEMPERTARUHKAN NYAWA DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA MOGA DOAMU UNTUK MATI SYAHID DIMAKBULKAN ALLAH SWT AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN)

      PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      12 Rabiulakhir 1435H
      12 Februari 2014M
    • Ratu Rimba Niagara JALUR GEMILANGKU BERKIBARLAH DENGAN MEGAH! GAGAH! GAH!

      Duhai jalur gemilangku berkibarlah
      dengan megah! Gagah! Gah!
      Kami bersumpah atas Nama Allah
      Akan mempertahankanmu
      Sekalipun nyawa kami jadi taruhan
      Asalkan kamu tahu kami sayang sama kamu
      Tiada sesiapapun yang berani menghalang mu
      Dari terus berkibar dan berkibar di kibarkan
      Dalam RAHMAT KASIH-NYA TUHAN
      AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

      SALAM KEMERDEKAAN NEGARAKU YANG TERCINTA!

      Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
      Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
      Tersenyum megah penuh bangga,
      Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

      Kau tak pernah erti kalah,
      Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
      Di mana pun berada kau berkibar megah,
      Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

      Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
      Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
      Semangat rakyatnya terus membara-bara,
      Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

      Salam sejahtera untuk Datuk Seri,
      Semoga hidupmu membawa keberkatan;
      Jasamu sentiasa mewangi di hati,
      Apapun rintangan kau teruskan perjuangan.

      Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
      Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
      Membela nasib rakyat di mana saja berada,
      1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

      1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
      Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
      Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
      Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

      Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
      Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
      Sehati senada sejiwa saling memahami,
      Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

      Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
      Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
      Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
      Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

      Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
      Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
      Yang difikirkan keamanan negara ini,
      Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

      Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
      Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
      Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
      Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

      Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
      Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
      Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
      Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

      Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
      Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
      Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
      Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

      Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
      Buat Negaraku Malaysia tercinta:
      Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
      Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

      Setiap Kali Sambutan Kelahiranmu kuberjanji,
      Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
      Moga kau tidak akan disakiti lagi,
      Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

      Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
      Moga kau sentiasa gembira selalu;
      Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
      Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

      Karya: Ratu Rimba Niagara
      8 Mac 2013
      (DIILHAMKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA APA JUA IDEOLOGI POLITIK, BERTARAF RAJA, PEMIMPIN,
      RAKYAT DAN DITUJUKAN KHAS KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA NEGARA YANG SENTIASA CINTAKAN NEGARA HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR)
    • Ratu Rimba Niagara MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA

      PANTANG ANAK JANTAN MELAYU DICABAR...
      MAKANYA TIADA MASA MENUNGGU MEREKA YANG PENGECUT
      PEJUANG FISABILILLAH SENTIASA SIAP SIAGA DI MEDAN PERANG
      DEMI MENYAHUT SEMBOYAN IBU PERTIWI!
      DUHAI PERWIRA-PERWIRA MALAYSIA
      KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA BERSAMA PERJUANGANMU
      KAMU BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN KAMI
      KAMI SYUKUR
      KAMI TERHARU
      KAMI DOAKAN KAMU SEJAHTERA JUGA
      SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA...AAMEEN.

      RATU RIMBA NIAGARA
      5 Mac 2013

      PERAJURIT TAK TAKUT MATI DI MEDAN PERANG!

      demi tanahairku yang tercinta
      aku akan perang habis-habisan
      darahku
      nyawaku
      perjuanganku
      hidup matiku hanya untuk Allah
      tak akan aku gentar
      walau beribu datang menyerang
      akan aku tentang habis-habisan

      aku hidup untuk Allah
      aku mati untuk Allah
      aku berjuang kerana Allah
      aku cumalah hamba Allah
      yang dipilih Allah untuk ke jalan-Nya
      perjuangan demi kerana Agama Bangsa & Negara adalah duniaku
      makanya aku tak takut mati jika aku mati di medan juang
      aku adalah tentera Allah yang berani mati demi-Nya
      aku redha hidupku sebagai seorang pejuang
      sudah tercatat di Azali aku seorang pejuang-Nya
      aku syukur sebanyak-banyak-Nya
      kerana aku berjuang demi agama bangsa dan tanahair
      untuk meraih cinta-Nya
      moga perjuanganku dibalas syahid...
      AAmeen Ya Rabba A'Lameen.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      5 Mac 2013
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERAJURIT & SEMUA TENTERA FISABILILLAH YANG SYAHID KE-JALAN-NYA)

      PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
      PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      14 Rabiulakhir 1435H
      14 Februari 2014M
      ·
    • Ratu Rimba Niagara JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI!

      Takkan hilang melayu di dunia,
      Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
      Bersatulah Melayu sedunia,
      Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

      Pendekar melayu menjadi sanjungan,
      Dulu kini dan selamanya;
      Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
      Disanjungi kerna kekuatan makrifatullahnya.

      Melayu sakit semuanya sakit,
      Kerana jiwa melayu berakar umbi;
      Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
      Itulah bukti melayu sudah satu hati.

      Melayu pencetus kebangkitan ummah,
      Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
      Pendekar melayu akan satukan ummah,
      Kerna mahu mati dalam fisabilillah.

      Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
      Anak jantan melayu pantang dicabar;
      Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
      Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

      Melayu hina melayu kepantang melayu,
      Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
      Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
      Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

      Melayu kuat karena bersatu,
      Kutuk mengutuk hina menghina;
      Bukan jiwa pendekar melayu,
      Yang ada membela yang teraniaya.

      Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
      Raja sekarang selalu muafakat;
      Muafakat Raja bersama rakyat,
      Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

      Hulubalang sultan sedia berbakti,
      Pada raja berjiwa hamba-Nya;
      Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
      Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

      Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
      Raja dan rakyat saling menyanjungi;
      Kata sepakat semua rumpun melayu,
      Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

      Melayu oh! melayu
      Perwira oh! perwira
      Pahlawan oh! pahlawan
      Pendekar oh! pendekar
      Laksamana oh! laksamana
      Hulubalang oh! hulubalang

      Berjuanglah kalian
      Hingga ke titisan darah terakhir
      Fisabilillah lah kamu jangan jemu
      Syahidmu di medan juang
      Allah sayang padamu
      Syurga Firdausi tempatmu
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
      Syahid ke jalan-Nya
      Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
      Aku bangga denganmu
      Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
      Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
      Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      8 Rabiulakhir 1434H
      18 Febuari 2013M
      (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)

      PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
      PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      14 Rabiulakhir 1435H
      14 Februari 2014M
    • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU

      ALLAH DI HATI
      ALLAH DI KALBU
      ALLAH MATLAMATKU
      ALLAH HIDUP MATIKU
      ALLAH KURINDU
      ALLAH KUKASIH
      ALLAH KUCINTA
      ALLAH SEGALANYA BAGIKU
      ALLAH MENENTUKAN TAKDIRKU
      ALLAH SEGALA KEPUTUSANMU KUAKUR
      ALLAH KUREDHA JIKA ITU TAKDIR-NYA
      ALLAH KUMAHU HIDUP MATIKU DALAM REDHA-MU
      ALLAH DEMI-MU KURELA LUPAKAN KEPENTINGAN SENDIRI
      ALLAH DEMI-MU KURELA PERTARUHKAN NYAWAKU
      ALLAH DEMI-MU KURELA TAK PUNYAI APA HARTA
      ALLAH KARNA AKU CINTAKAN-MU BALASLAH CINTAKU
      ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU
      ALLAH SYAHIDKU ADALAH LAMBANG CINTAKU PADA-MU
      ALLAH BERILAH AKU PELUANG UNTUK AKU MATI SYAHID
      ALLAH SYAHIDKU SYAHID RAKAN SEPERJUANGANKU
      ALLAH MAKBULKAN SEGALA CITA-CITA SEBELUM SYAHID
      ALLAH PERJUANGANKU ADALAH SYURGAKU DI DUNIA
      ALLAH SYUKURKU KAU SUDI PILIH AKU KEKASIH-MU
      ALLAH SYUKUR AKU KAU SUDI PILIH AKU SYAHID KE JALANMU
      ALLAH KUSYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA
      ALLAH BAGI-MU SEGALA PUJI-PUJIAN
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
      MAHA SUCI BAGI ALLAH
      SYUKUR KEPADA ALLAH SEBANYAK-BANYAK-NYA
      ALLAH MAHA BESAR
      KUASA-MU MENGATASI SEGALA-NYA
      BERSUJUD SELURUH PARA HAMBA-NYA
      TANDA RINDU, KASIH DAN CINTA PADA-MU ALLAH
      MAKA-NYA BALASLAH CINTA PARA PEJUANG SYAHID-MU
      AAMEEN AAMEEN AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      20 Rabiulakhir 1434H
      2 Mac 2013M
      (PUISI-PUISI BERTEMAKAN PEJUANG SYAHID DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA NEGARA YANG GUGUR DI MEDAN PERANG ATAU SEDANG BERPERANG..SETIAP LANGKAHMU ADALAH PERJUANGANKU JUA)

      PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
      PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
      MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
      14 Rabiulakhir 1435H
      14 Februari 2014M
    • Ratu Rimba Niagara Ratu Rimba Niagara MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA AAMEEN

      ANDAINYA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIRKU DITAKDIRKAN UNTUK HIDUP DI BUMI-NYA INI AKU REDHA...

      AKU MERASA TENANG KERANA SEGALA CINTAKU
      PADA TUHAN SUDAH KULAFAZKAN DAN KUBUKTIKAN IN SHAA ALLAH
      CINTAKU PADA NEGARA SUDAH KUBUKTIKAN
      CINTAKU PADA BANGSA NUSANTARAKU SUDAH KULAKUKAN SEMAMPU DAYAKU...
      CINTAKU PADA DUNIA SASTRA NUSANTARAKU SUDAH KUBUKTIKAN
      CINTAKU PADA SEMUA PAHLAWAN NEGARA NUSANTARA
      TELAH KUTIUPKAN OBOR API PERJUANGAN RELA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR DEMI MERAIH SYAHID-NYA

      MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA
      IN SHAA ALLAH AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

      RATU RIMBA NIAGARA
      14 Rabiulakhir 1435H
      14 Februari 2014M

      DUHAI SEMUA WIRA NEGARA PDRM & ATM , RAKYAT MALAYSIA AMAT MENYANJUNGI JASAMU KAMI SAYANG KAMU DEMI-NYA SEBAGAIMANA KAMU SAYANG KAMI DEMI-NYA. MOGA GUGURMU NANTI SEBAGAI SYAHID, AAMEEN.
    • John Labu Sekali tgk pelakon leftenan adnan ni, muka sebiji mcm asp zulkifli
    4 hours ago · Like · 1

Bukit Candu Singapura - sempena ulangtahun 72 kematian ikon Malaysia & Singapura - Left Adnan Saidi.
Unlike ·  ·  · 7754241 · 8 hours ago · 
  • You and 774 others like this.
  • FahmiEl Chiffre Al fatihah buat wiraku.
    8 hours ago · Like · 1
  • Khairul Azmaiha Datuk Ikmal ke sebelah Dato seri tu?
  • Ahmad Razin Hj Yob Al fatihah. Diharap kerajaan mempertimbangkan kenaikan pangkat kepada arwah. Ia hanyalah berbentuk simbolik sebagai penghargaan dan ingatan kepada waris keluarga beliau.
  • Khairul Azmaiha alfatihah...utk pejuang tanahair.
  • Mohd Hasim Asngadi semoga sahid roh nye! Al Fatihah
  • Syls Tan Panduga Al fatiha..
  • Cik Puan Erda Al-fatihah...
  • Haslinda Jiman Al fatiha...mana pergi perwira zaman sekarang dimana kita perlukan....ps indonesia namakan 2 perwiranya utk 2 kapal perangnye buat kerajaan spore tersinggung;)
  • Dato Paduka Ali Akbar Alfaatihah buat wira negara..
  • Eyntan Zyryn al-fatihah
  • Amirul Alif Al-fatihah
  • Hisham Muhd Al-Fatihah buat pahlawan agama, bangsa & negara.

  • Rock Malaya Al fatihah
  • Nor Hafiz Al-Fatihah
  • Imsaj Rathkom Al-fatihah buat arwah wira ku
  • Syam Malacca Al fatihah.....amin

  • Mohd Sani Ishak Tahniah Dato'
  • Peteh Ganu Peteh Al-Fathah semuga ditempatkan dikalangan orang yang beriman Amin
  • Mohd Helmi Jc Al fatihah
  • Faris Hussein Al Fatihah
  • Ratu Rimba Niagara "Barang siapa mencari mati syahid dengan sungguh-sungguh maka akan Aku berikan kepadanya meskipun dia mati di atas tempat tidurnya."
    HR Muslim
  • Ratu Rimba Niagara SYAIR TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Julai 2013
    (DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN)

    HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERCINTA
    YANG MENCINTAI NEGARA MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI)
    KARYA SASTERA PATRIOTIK 6 PERDANA MENTERI MALAYSIA
    RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI SEMUA JASA PERDANA MENTERI
    PADA RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA ,'MERDEKA! !MERDEKA! MERDEKA!'

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    13 Rabiulakhir 1435H
    13 Februari 2014M
    7 hours ago · Like · 2
  • James Pereira Lt Adnan was a true Malayan hero.
  • Ratu Rimba Niagara GAGAH SETIA

    Kau pahlawan Allah
    Kau pahlawanku
    Kau pahlawan semua
    Kau pahlawan rakyat 1Malaysia

    Kau pahlawan yang gagah perkasa
    Kau pahlawan yang setia

    Kau rela korbankan dirimu
    Demi mempertahankan ibu pertiwi

    Kami hargai
    Kami sanjungi

    Kami berbangga punyai pahlawan
    Sepertimu
    yang gagah
    yang setia
    kepada agama bangsa dan negara

    ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

    Jasamu pahlawan
    Kan kami letak di taman hati
    Taman hati berbunga kebangsaan negara
    Bunga Raya
    Yang berkelopak Lima:
    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    Yang sentiasa ada di jiwa semua rakyat Malaysia
    Dengan segala prinsip rukun negara itulah
    Makanya hidup seluruh rakyat Malaysia
    Dalam kesejahteran dan kerahmatan dari Ilahi

    Moga Malaysia
    CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

    Berkat kesetiaan gagah perkasa
    Semua pahlawan negara

    ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
    Syukur kami pada-Mu Tuhan
    Mengurniakan kami pahlawan-pahlawan yang gagah setia
    Setiasa bersiap sedia membela ibu peritiwi
    Makanya Rahmatilah hidup dan mati semua pahlawan kami
    Yang berjasa pada ibu pertiwi
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    31 Julai 2012
    11 Ramadan 1433H
    (DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN DI MALAYSIA
    PADA 31 Julai 2012)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    12 Rabiulakhir 1435H
    12 Februari 2014M
    ·
    7 hours ago · Like · 1
  • Tugu Pahlawan Al-fatihah buat perjuang bangsa..
  • Ratu Rimba Niagara MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

    di sini tanah tumpahnya darahku
    tak akan kubiarkan
    biarpun seinci diceroboh musuh durjana
    akan aku pertahankan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    cintaku pada ibu pertiwi
    setulus cinta tanpa ada pendustaan cinta
    tak akan kubiarkan ibu pertiwiku
    dizalimi oleh mana-mana musuh durjana
    siapa yang berani menentang
    akan aku tentang
    akan aku lawan
    biarpun nyawaku jadi taruhan

    di sini tanah tumpahnya darahku
    demi ibu pertiwi
    aku rela dihujani peluru
    bermandikan darah
    asalkan ibu pertiwiku aman sejahtera
    daripada segala ancaman musuh durjana

    di sini tanah tumpahnya darahku
    Angkatan Tentera Darat Malaysia
    sentiasa bersiap siaga
    mempertahankan ibu pertiwi
    kami tak takut mati bila berada di medan juang
    kami berjuang...berjuang...berjuang....
    hingga ke titisan darah terakhir
    untuk berundur di medan juang tidak sama sekali
    sekali kami melangkah ...
    langkah kami adalah langkah seorang pejuang

    Duhai rakyat Malaysia di luar sana
    Jangan bimbang
    Jangan takut
    Keselamatan negara masih terkawal
    Angkatan Tentera Malaysia
    Sentiasa berjaga-jaga ...memantau...
    Di setiap inci bumi Malaysia
    Masuh datang kami tentang
    Kami lawan
    Kami perang habis-habisan
    Kami tak takut mati pabila berada di medan perang
    Kami pasukan tentera yang berani mati
    Demi kerana agama bangsa dan negara

    Kami Angkatan Tentera Malaysia
    Semuanya terlatih mahir dalam berperang
    Kami dilatih untuk berani mati
    Tak akan ada rasa gentar bila berhadapan dengan musuh
    Semangat kami sentiasa bergelora untuk menghapuskan mereka !
    Andainya kami gugur di medan juang...
    Taburkan bunga-bunga ibu pertiwi
    Dan kirimi doa restu
    Agar kami sejahtera di Sana...

    Duhai musuh durjana
    Jangan kamu fikir kami relakan negara kami dijajah olehmu
    Ketahuilah kamu ...
    Sekali benderaku berkibar dengan laungan
    Merdeka!Merdeka!Merdeka! oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia
    Selamanyalah kekal merdeka...
    Tak akan siapa berani menurunkan dan mengantikan bendera lain
    Jika kamu berani silakan....
    Angkatan Tentera Malaysia
    Tak akan biarkan....
    Sekalipun bumi Malaysia ini bermandikan lautan darah
    Tak akan kami biarkan....
    Akan kami perjuangkan hingga ke titisan darah terakhir
    Kami pertahankan bukan untuk kepentingan kami
    Semua-Nya demi cinta kami pada Tuhan, Raja Dan Rakyat Malaysia tercinta
    Makanya bila-bila masa sentiasa bersiap siaga dan sentiasa bersedia
    Berada di medan juang
    Kami mahu mati dalam perjuangan
    Perjuangan demi cintakan-Nya
    Matlamat kami mati syahid di medan perang...
    Moga Allah makbulkan doa kami
    AAmeen Ya Rabbal A'Lameen

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    6 Syawal 1434H
    13 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA SYAHID DI MEDAN PERANG)

    ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI PENGKHIANAT PADA BANGSANYA SENDIRI! RAKYAT MALAYSIA BERBANGGA DAN MENGHARGAI ATM SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN!

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    12 Rabiulakhir 1435H
    12 Februari 2014M
    7 hours ago · Like · 1
  • Alicia Abdul AL Fatihah..

  • Mohamad Iskak Left Adnan Saidi is heroes...
  • Che Edah Al-Fateha. Jasamu tetap dikenang..
  • Hj Azman Japar Alfatiha, Jasamu tetap di kenang insyaallah...
  • Mohamed Ramli Al-Fatihah...
  • Hamsia Shahdan Al-fatihah
  • Repidah Hasim Al fatihah,amin
  • Ina Atan Al-fatihah....
  • Adam Vs Hawa Al Fatihah.....
  • Semut Merah Mukah Moga dicucuri rahmat ke atas nya....
  • Ibrahim Idham Tuan...tercatat kah peristiwa ini dalam sejarah singapura..?
    4 hours ago · Like · 1

  • Ratu Rimba Niagara TUNGGULAH DINDA DI PINTU SYURGA

    selamat berjuang kandaku
    selamat berjuang di medan perang
    perjuangan kanda adalah perjuangan dinda jua
    dinda cintakan kanda kerana semangat juang kanda
    pada negara tercinta tidak berbelah bagi

    semalam sebelum kanda pergi berjuang
    kanda pesan pada dinda
    andai kanda gugur di medan perang
    dinda jangan sedih
    atas permergian kanda
    biarpun jasad terpisah jua
    antara kanda dan dinda
    percayalah cinta dinda kepada kanda
    kanda akan bawa sampai Syurga

    pesanan kanda menusuk hati dinda kanda...
    dinda tidak mahu menunjukkan kesedihan dinda
    pada kanda tercinta
    nanti membuatkan kanda hilang semangat juang
    dinda senyum tanda dinda redho dengan pemergiaan
    kanda di medan juang...

    kanda berpesan pada dinda lagi
    andainya kanda gugur di medan juang
    dinda didiklah anak-anak kita
    menjadi wira dan wirawati negara
    berjiwa patriotik
    kanda bangga punyai anak seperti itu dinda

    kedua-dua pesanan kanda
    membuatkan dinda mahu meraung semahunya
    kerana betapa mulianya hati kanda
    pada negara tercinta...

    pesanan terakhir kanda
    masih terngiang-ngiang di telinga dinda

    "kanda cintakan dinda demi-Nya
    sampai Syurga kita bercinta dinda...
    kanda sayangkan anak-anak kita demi-Nya
    moga kita sekeluarga bertemu di Syurga...
    kanda sayangkan nusa dan bangsa demi-Nya
    moga Allah balas syahid cinta kanda...
    doakan kanda mati syahid ye dinda..."

    SUBHNALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    pesanan-pesanan seorang mujahid
    yang dinda suka dengar...

    pastinya di medan perang
    kanda serahkan jiwa raga hanya untuk Allah
    kanda sudah pasrahkan segala takdir hanya untuk Allah
    kanda tak henti berzikir bermunajat pada-Nya
    agar Allah selamatkan
    negara dan rakyat Malaysia daripada musuh durjana
    agar Malaysia aman sejahtera merdeka selamanya
    selagi dunia belum kiamat

    tubuh kanda dihujani peluru
    tubuh kanda bermandikan darah
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...
    Syukur Alhamdulillah doa kanda dimakbulkan Tuhan
    kanda syahid di medan juang...

    pemergian kanda dinda syukur kerana
    dinda tahu Syurga sedang menanti kanda...
    bidadari Syurga sedang menyambut kedatangan kanda...

    di dunia dindalah bidadari kanda
    di syurga ada bidadari yang mulia melayani kanda
    tunggulah dinda di pintu Syurga ...
    yang mencintai kanda dunia hingga akhirat
    sampai Syurga kita bercinta....

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    7 Mac 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA WIRA-WIRA NEGARA YANG MEMPERTARUHKAN NYAWA DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA MOGA DOAMU UNTUK MATI SYAHID DIMAKBULKAN ALLAH SWT AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    12 Rabiulakhir 1435H
    12 Februari 2014M
  • Mohamad Iskak Left Adnan Saidi is heroes...
  • Che Edah Al-Fateha. Jasamu tetap dikenang..
  • Hj Azman Japar Alfatiha, Jasamu tetap di kenang insyaallah...
  • Mohamed Ramli Al-Fatihah...
  • Hamsia Shahdan Al-fatihah
  • Repidah Hasim Al fatihah,amin
  • Ina Atan Al-fatihah....
  • Adam Vs Hawa Al Fatihah.....
  • Semut Merah Mukah Moga dicucuri rahmat ke atas nya....
  • Ibrahim Idham Tuan...tercatat kah peristiwa ini dalam sejarah singapura..?
    5 hours ago · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara JALUR GEMILANGKU BERKIBARLAH DENGAN MEGAH! GAGAH! GAH!

    Duhai jalur gemilangku berkibarlah
    dengan megah! Gagah! Gah!
    Kami bersumpah atas Nama Allah
    Akan mempertahankanmu
    Sekalipun nyawa kami jadi taruhan
    Asalkan kamu tahu kami sayang sama kamu
    Tiada sesiapapun yang berani menghalang mu
    Dari terus berkibar dan berkibar di kibarkan
    Dalam RAHMAT KASIH-NYA TUHAN
    AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

    SALAM KEMERDEKAAN NEGARAKU YANG TERCINTA!

    Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
    Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
    Tersenyum megah penuh bangga,
    Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

    Kau tak pernah erti kalah,
    Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
    Di mana pun berada kau berkibar megah,
    Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

    Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
    Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
    Semangat rakyatnya terus membara-bara,
    Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

    Salam sejahtera untuk Datuk Seri,
    Semoga hidupmu membawa keberkatan;
    Jasamu sentiasa mewangi di hati,
    Apapun rintangan kau teruskan perjuangan.

    Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
    Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
    Membela nasib rakyat di mana saja berada,
    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

    1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
    Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
    Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

    Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
    Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
    Sehati senada sejiwa saling memahami,
    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

    Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
    Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
    Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

    Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
    Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
    Yang difikirkan keamanan negara ini,
    Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

    Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
    Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
    Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
    Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

    Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
    Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
    Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

    Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
    Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
    Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
    Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

    Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
    Buat Negaraku Malaysia tercinta:
    Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
    Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

    Setiap Kali Sambutan Kelahiranmu kuberjanji,
    Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
    Moga kau tidak akan disakiti lagi,
    Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

    Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
    Moga kau sentiasa gembira selalu;
    Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
    Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    8 Mac 2013
    (DIILHAMKAN PUISI SALAM KEMERDEKAAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA APA JUA IDEOLOGI POLITIK, BERTARAF RAJA, PEMIMPIN,
    RAKYAT DAN DITUJUKAN KHAS KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA NEGARA YANG SENTIASA CINTAKAN NEGARA HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR)
  • Ratu Rimba Niagara MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA

    PANTANG ANAK JANTAN MELAYU DICABAR...
    MAKANYA TIADA MASA MENUNGGU MEREKA YANG PENGECUT
    PEJUANG FISABILILLAH SENTIASA SIAP SIAGA DI MEDAN PERANG
    DEMI MENYAHUT SEMBOYAN IBU PERTIWI!
    DUHAI PERWIRA-PERWIRA MALAYSIA
    KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA BERSAMA PERJUANGANMU
    KAMU BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN KAMI
    KAMI SYUKUR
    KAMI TERHARU
    KAMI DOAKAN KAMU SEJAHTERA JUGA
    SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA...AAMEEN.

    RATU RIMBA NIAGARA
    5 Mac 2013

    PERAJURIT TAK TAKUT MATI DI MEDAN PERANG!

    demi tanahairku yang tercinta
    aku akan perang habis-habisan
    darahku
    nyawaku
    perjuanganku
    hidup matiku hanya untuk Allah
    tak akan aku gentar
    walau beribu datang menyerang
    akan aku tentang habis-habisan

    aku hidup untuk Allah
    aku mati untuk Allah
    aku berjuang kerana Allah
    aku cumalah hamba Allah
    yang dipilih Allah untuk ke jalan-Nya
    perjuangan demi kerana Agama Bangsa & Negara adalah duniaku
    makanya aku tak takut mati jika aku mati di medan juang
    aku adalah tentera Allah yang berani mati demi-Nya
    aku redha hidupku sebagai seorang pejuang
    sudah tercatat di Azali aku seorang pejuang-Nya
    aku syukur sebanyak-banyak-Nya
    kerana aku berjuang demi agama bangsa dan tanahair
    untuk meraih cinta-Nya
    moga perjuanganku dibalas syahid...
    AAmeen Ya Rabba A'Lameen.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 Mac 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERAJURIT & SEMUA TENTERA FISABILILLAH YANG SYAHID KE-JALAN-NYA)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    14 Rabiulakhir 1435H
    14 Februari 2014M
    ·
  • Ratu Rimba Niagara JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI!

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Bersatulah Melayu sedunia,
    Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

    Pendekar melayu menjadi sanjungan,
    Dulu kini dan selamanya;
    Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
    Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

    Melayu sakit semuanya sakit,
    Kerana jiwa melayu berakar umbi;
    Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
    Itulah bukti melayu sudah satu hati.

    Melayu pencetus kebangkitan ummah,
    Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
    Pendekar melayu akan satukan ummah,
    Kerna mahu mati dalam fisabilillah.

    Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
    Anak jantan melayu pantang dicabar;
    Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
    Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

    Melayu hina melayu kepantang melayu,
    Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
    Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
    Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

    Melayu kuat karena bersatu,
    Kutuk mengutuk hina menghina;
    Bukan jiwa pendekar melayu,
    Yang ada membela yang teraniaya.

    Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
    Raja sekarang selalu muafakat;
    Muafakat Raja bersama rakyat,
    Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

    Hulubalang sultan sedia berbakti,
    Pada raja berjiwa hamba-Nya;
    Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
    Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

    Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
    Raja dan rakyat saling menyanjungi;
    Kata sepakat semua rumpun melayu,
    Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

    Melayu oh! melayu
    Perwira oh! perwira
    Pahlawan oh! pahlawan
    Pendekar oh! pendekar
    Laksamana oh! laksamana
    Hulubalang oh! hulubalang

    Berjuanglah kalian
    Hingga ke tetesan darah terakhir
    Fisabilillah lah kamu jangan jemu
    Syahidmu di medan juang
    Allah sayang padamu
    Syurga Firdausi tempatmu
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
    Syahid ke jalan-Nya
    Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
    Aku bangga denganmu
    Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
    Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
    Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    8 Rabiulakhir 1434H
    18 Febuari 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    14 Rabiulakhir 1435H
    14 Februari 2014M
  • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU

    ALLAH DI HATI
    ALLAH DI KALBU
    ALLAH MATLAMATKU
    ALLAH HIDUP MATIKU
    ALLAH KURINDU
    ALLAH KUKASIH
    ALLAH KUCINTA
    ALLAH SEGALANYA BAGIKU
    ALLAH MENENTUKAN TAKDIRKU
    ALLAH SEGALA KEPUTUSANMU KUAKUR
    ALLAH KUREDHA JIKA ITU TAKDIR-NYA
    ALLAH KUMAHU HIDUP MATIKU DALAM REDHAMU
    ALLAH DEMI-MU KURELA LUPAKAN KEPENTINGAN SENDIRI
    ALLAH DEMI-MU KURELA PERTARUHKAN NYAWAKU
    ALLAH DEMI-MU KURELA TAK PUNYAI APA HARTA
    ALLAH KARNA AKU CINTAKAN-MU BALASLAH CINTAKU
    ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU
    ALLAH SYAHIDKU ADALAH LAMBANG CINTAKU PADA-MU
    ALLAH BERILAH AKU PELUANG UNTUK AKU MATI SYAHID
    ALLAH SYAHIDKU SYAHID RAKAN SEPERJUANGANKU
    ALLAH MAKBULKAN SEGALA CITA-CITA SEBELUM SYAHID
    ALLAH PERJUANGANKU ADALAH SYURGAKU DI DUNIA
    ALLAH SYUKURKU KAU SUDI PILIH AKU KEKASIH-MU
    ALLAH SYUKUR AKU KAU SUDI PILIH AKU SYAHID KE JALANMU
    ALLAH KUSYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA
    ALLAH BAGI-MU SEGALA PUJI-PUJIAN
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    MAHA SUCI BAGI ALLAH
    SYUKUR KEPADA ALLAH SEBANYAK-BANYAK-NYA
    ALLAH MAHA BESAR
    KUASA-MU MENGATASI SEGALA-NYA
    BERSUJUD SELURUH PARA HAMBA-NYA
    TANDA RINDU, KASIH DAN CINTA PADA-MU ALLAH
    MAKA-NYA BALASLAH CINTA PARA PEJUANG SYAHID-MU
    AAMEEN AAMEEN AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    20 Rabiulakhir 1434H
    2 Mac 2013M
    (PUISI-PUISI BERTEMAKAN PEJUANG SYAHID DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA NEGARA YANG GUGUR DI MEDAN PERANG ATAU SEDANG BERPERANG..SETIAP LANGKAHMU ADALAH PERJUANGANKU JUA)

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTERA DIRAJA NUSANTARA
    PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    14 Rabiulakhir 1435H
    14 Februari 2014M
  • Ratu Rimba Niagara MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA AAMEEN

    ANDAINYA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIRKU DITAKDIRKAN UNTUK HIDUP DI BUMI-NYA INI AKU REDHA...

    AKU MERASA TENANG KERANA SEGALA CINTAKU
    PADA TUHAN SUDAH KULAFAZKAN DAN KUBUKTIKAN IN SHAA ALLAH
    CINTAKU PADA NEGARA SUDAH KUBUKTIKAN
    CINTAKU PADA BANGSA NUSANTARAKU SUDAH KULAKUKAN SEMAMPU DAYAKU...
    CINTAKU PADA DUNIA SASTRA NUSANTARAKU SUDAH KUBUKTIKAN
    CINTAKU PADA SEMUA PAHLAWAN NEGARA NUSANTARA
    TELAH KUTIUPKAN OBOR API PERJUANGAN RELA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR DEMI MERAIH SYAHID-NYA

    MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA
    IN SHAA ALLAH AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

    RATU RIMBA NIAGARA
    14 Rabiulakhir 1435H
    14 Februari 2014M

    DUHAI SEMUA WIRA NEGARA PDRM & ATM , RAKYAT MALAYSIA AMAT MENYANJUNGI JASAMU KAMI SAYANG KAMU DEMI-NYA SEBAGAIMANA KAMU SAYANG KAMI DEMI-NYA. MOGA GUGURMU NANTI SEBAGAI SYAHID, AAMEEN.
  • Ratu Rimba Niagara

(PETIKAN PAGE HISHAMMUDDIN HUSSEIN, PERAJURIT PENJANA PEMIKIRAN PERTAHANAN & RATU RIMBA NIAGARA)
14 Rabiulakhir 1435H
14 Februari 2014M

0 comments:

Post a Comment

;