Saturday, 15 February 2014

BERSAMA KITA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN


BERSAMA KITA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
  • 11,435,654 likes
Meskipun dia mencintai kita kerana Allah s.w.t, dia tetap akan pergi meninggalkan kita. Kerana setiap makhluk pasti akan 'mati'. Namun percayalah, kita akan dipertemukan semula di 'akhirat' nanti. Teruskan perjuangan, tinggalkan segala kedustaan 'Dunia'.

- Share

Follow @ Like : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

[Admin]
Unlike ·  ·  · 3,29521557 · 2 hours ago · 
  • You and 3,294 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara
  • Ratu Rimba Niagara JAMBANGAN BUNGA SASTERA NAN INDAH INI KUKIRIMKAN DI ANGIN BAYU SEBAGAI TANDA KASIH SAYANGKU SETULUS HATI KEPADA SEMUA TEMAN ALAMMAYA YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT.

    Ratu Rimba Niagara shared Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan's photo.
    GUBAHAN BUNGA-BUNGA SASTERAKU UNTUKMU PENGHUNI ALAMMAYA...

    BUNGA-BUNGA SASTERAKU KUTERBANGKAN DI SUDUT HATIMU.
    INGIN KUTEMPA SASTERAKU AGAR MENJADI SERPIHAN HATI LALU MENELUSURI JIWAMU , JIKA KAU MULA MEMAHAMI DAN MERASAINYA DI SITULAH BERMULANYA DUNIA SASTERAKU DALAM JIWAMU...... ANDAINYA ADA YANG TIDAK BERKENAN DI HATIMU DALAM DUNIA SASTERAKU TEGURLAH AKU DENGAN KATA-KATA NAN INDAH KERANA KATA-KATA NAN INDAH ITULAH YANG AKAN MENGHIDUPKAN DUNIA SASTERAKU. SETIAP HARI AKU DILIMPAHI ILHAM YANG TAK PUTUS-PUTUS DARI-NYA. KERANA KETERUJAAN ITU AKU INGIN BERKONGSI DENGAN SELURUH PENGHUNI ALAMMAYA...TIADA NIAT SEBESAR ZAHRAH PUN UNTUK BERBANGGGA DIRI.
    SETIAP KALI AKU MENGARANG MENGENAI KETUHANAN, ROH, ALAM BARZAH DAN LAIN-LAIN BUKAN NIATKU UNTUK MENGAJAR SESIAPA, ITU ADALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SENDIRI YANG SENTIASA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KHALIFAH-NYA DI MUKA BUMI INI. JIKA KAU MASIH LAGI TIDAK MEMAHAMI DUNIA SASTERAKU MAKA JANGAN CEMUH DUNIA SASTERAKU BIARKAN SASTERAKU KESENDIRIAAN BARANGKALI SASTERAKU TIDAK DAPAT BERTAHTA DI HATIMU. NAMUN BEGITU DUNIA SASTERAKU TIDAK AKAN MENGALAH AKAN TERUS BERSASTERA, AKAN KUBIARKAN CURAHAN ILHAMKU MENGALIR DI DUNIA SASTERAKU TANPA ADA SEKATAN DARIPADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMINYA KERANA ITU ADALAH DUNIA SASTERAKU. AKU YAKIN SATU SAAT NANTI AKAN HADIR PENGHUNI ALAMMAYA YANG MEMAHAMI DAN MERASAI KEINDAHAN DUNIA SASTERAKU....PENGAKHIRAN AKAN HANYA ADA SATU MATLAMAT KENAPA AKU BERSASTERA,,,,,, KERANA AKU MAHUKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARI-NYA AGAR BERSAMA MEMBINA JAMBATAN KE SYURGA IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    10 Rabiulakhir 1435H
    10 Februari 2014M

    (PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA)
    10 Rabiulakhir 1435H
    10 Februari 2014M
  • Ratu Rimba Niagara KAWAN SEJATI SAMPAI MATI SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA AAMEEN

    Kawan sejati dinanti-nanti,
    Dalam doa Allah kabulkan,
    Kawan sejati sampai mati,
    Syukur akhirnya Allah Kurniakan.

    Jika dia sudah menyapa seikhlas hatinya
    tiada alasan untuk aku menolaknya
    asalkan dia faham kenapa aku memilihnya menjadi kawan sejatiku
    merangkap kawan teman sahabat dunia akhiratku
    bersahabat dengannya berarti dia penyelamat soalan kuburku dan menyelamatkan aku tika meniti titian siratulmustakim
    begitu hebatnya kawan sejati sampai mati sampai Syurga berkawan setia ...moga bersahabat dengannya setulus ikhlas kerana Allah Taala. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.

    RATU RIMBA NIAGARA
    14 Rabiulakhir 1435H
    14 Februari 2014M
  • Ratu Rimba Niagara SEPI TANPA SUARAMU

    Sayang..
    Sepi hati ini tanpa suaramu
    Setiap detik hanya keluhan jiwa
    Bagai ombak rindu yang melanda sukma
    Menderu tanpa kenal arti jemu

    Hatiku merindu senda jua tawamu
    Yang sekian lama luput dari jiwamu
    Ketahuilah duhai kekasih pujaanku..
    Kesedihanmu adalah jeritan hatiku

    Derita yang membakar jiwamu
    Adalah jua rintihan hatiku
    Mungkin tidak kau dengar
    Tapi percayalah tiap gelisahmu
    Ada aku bersama detak resahmu

    Memori Kasih
    31.3.2012

    Ahmadismail Ahmad ombak adalah lambang kehidupan manusia dibumi Allah ini..

    TENANGLAH JIWAKU MENUJU DESTINASI KASIH SAYANG

    Duhai kasih yang kucinta..

    Biarpun aku tidak mengenali dirimu
    Biarpun kau berada di dunia mana
    Tapi aku amat menghargaimu
    Kerana sudi simpati gelora derita
    Yang kutanggung...
    Jeritan deritaku
    Kau bersama detak resahku
    Allahu Akhbar Subhanallah Alhamdulillah
    Moga Allah SWT membalas segala budi baikmu
    Aku terharu sangat-sangat
    Terima kasih kerana sudi susah senang denganku
    Biarpun ombak besar datang melandaku
    Kau sudi menyambutku dengan kasih sayang simpatimu
    Dan bila ombak sudah tenang
    Tenanglah jiwaku menuju destinasi kasih sayang
    Setulus hati keranaNYa
    Bahagialah cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 April 2012

    (PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA)
    14 Rabiulakhir 1435H
    14 Februari 2014M
  • Ratu Rimba Niagara BICARALAH DENGANKU DENGAN BAHASA INDAH SEIIRING HATI SYURGA

    Teman...
    aku rindukan bahasa bahasa
    yang menyejukkan jiwaku
    yang sentiasa mendekatkan diriku kepada Penciptaku
    bahasa yang kau luahkan itu
    selalu aku nantikan
    aku suka mendengarnya
    lagi kau kata
    lagi kau lafazkan
    lagi kau tulis
    aku rasakan aku berada di Taman Syurgawi
    serasa tak sabar bertemu Tuhan
    karena Tuhan menjanjikan bahagia untukku
    janji Tuhan pasti
    janji manusia belum tentu pasti walaupun dia bilang pasti
    itu bezanya janji Tuhan dan manusia...
    maka aku cuma percaya janji manusia
    yang apabila dia berjanji akan dikotakan
    dikotakan kerana janjinya, Allah swt sebagai saksi

    Teman...
    andainya kau bicara tidak seiring hatimu
    tolong tinggalkan aku
    karena aku tak bisa berteman
    yang hatinya penuh kepalsuan dalam bicara
    mulut menyebut bahasa nan indah
    tapi hati berbungkus pengkhianatan...
    dalam hidupku
    yang aku perjuangkan
    adalah kemurniaan hati
    andai kau rasa darjat , kekuasaan , kekayaan dan kebijaksanaanmu
    untuk mengaburi mata ku
    kau silap karena aku berteman denganmu
    atas dasar ketulusan hatimu semurni Syurga
    itu adalah lebih berharga dari alam dan seisinya
    maka jangan kau pernah fikir aku berteman denganmu
    kerana kau miliki semua pesona dunia
    aku berteman denganmu
    karena ketulusan hatimu semurni Syurga
    maka hargailah perkenalan kita
    di alammaya ini

    Teman...
    andai hari ini
    kau bilang suka berteman denganku
    esok kau bilang benci denganku
    aku pasrah
    tolong tinggalkan aku jika
    ada kebenciaan di hatimu sebesar zarah pun
    kerana aku tidak bisa berteman
    orang yang benci padaku
    kerana sepanjang hidupku yang aku perjuangkan
    kasih sayang setulus hati karena Allah Taala
    dalam berkasih sayang tiada akan pernah wujud kebencian di hati
    kasih sayang tidak semestinya dimiliki
    cukuplah sekadar berkata nan indah indah seindah hati berbunga iman
    itu sudah cukup membuatkan imanku
    sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Tuhan
    andai Tuhan membalas cinta-Nya padaku
    itu lebih berharga dari alam dan seisi-Nya...
    itulah hikmah di sebalik kenapa Allah swt temukan kita di alammaya ini
    sebab itu setiap teman yang hadir di alam maya
    aku hargai sepenuh imanku
    cuma aku tak tega
    andainya bahasa yang diluahkan padaku
    bahasa yang membuatkan imanku luka
    yang tak akan bisa dirawat walaupun sudah sampai ke alam barzah
    itu yang aku takuti
    makanya siapapun kamu
    samada kamu mengenaliku atau pernah mengenaliku
    tolong maafkan aku
    izinkan aku bersastera dalam jiwa yang tenang
    setenang hatiku hatimu
    di mana kematiaan menanti kita
    moga kematianku kematianmu dalam khusnul khotimah
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin

    Teman Alammayamu,
    Ratu Rimba Niagara
    13 Rabiulakhir 1435H
    13 Februari 2014
  • Ratu Rimba Niagara MAWAR KUNING DIRAJA MEKARLAH DIKAU
    DI TAMAN HATI PUISI SYURGAWI

    Lezaihasra Lm was tagged in Lia Luna's photo. —

    mawar
    mekarmu indah menawan hati yang keresahan
    kuncup kudupmu mempesona jiwa yang ketandusan
    wangimu mendebarkan hati yang kegersangan
    warnamu menghayalkan set
    tiap mata yang memandang
    bungamu melambangkan cinta pada kekasih hati
    setiap warnamu mempunyai rahsia tersendiri
    hadirmu di taman mengindahkan lagi suasananya
    harum baumu bertebaran dipelusuknya tanpa batasan
    adakah kan kekalmu di sana
    kekeringan bersama pohon kasihmu
    atau dipisahkan sebelum berkembang sepenuhnya
    atau bagaimana........

    sekadar coretan di tengahari...

    Lia Luna
    Penang,
    1302hrs - 19.11.2012
    ·

    Ratu Rimba Niagara

    MENZIKIRKAN-NYA DI TAMAN
    FIRDAUSI PUISI CINTA-NYA

    duhai sobatku mawar kuning...
    mekarlah kau di sini
    biar wangianmu
    dapat memenuhi sepenuh bumi

    mawarku kini
    tak bermaya
    ku coba sedaya upaya
    untuk berseri
    menyebarkan
    wangian sepertimu
    tapi setiap kali
    aku coba menyebarkan
    haruman bauanku...
    mawar-mawar yang lain
    menghalangnya
    baru saja hendak bertunas
    baru saja hendak berkudup
    sudah dicantas habis

    itu belum lagi
    aku hendak
    menyebarkan
    wangian mawarku
    yang indah
    lagi di tarik setiap kelopak
    mawarku agar musnah
    wangian mawarku
    sesudah itu diinjak-injak
    sepuas hati...

    ketahuilah sobatku mawar kuning
    yang baik hati
    yang hatimu sewangi kasturi Syurga
    berkembang biaklah kau
    bertunas-tunaslah kau
    karna kau adalah penyeri taman-taman
    hati nan tandus
    kehadiranmu untuk
    mewangikan taman hati tandus iman
    amat di nanti-nantikan
    oleh seluruh penghuni bumi

    duhai mawar kuning diRaja sobatku
    aku bersyukur kepada Tuhan...
    diKurniakan-Nya sobat sebaikmu
    yang tak lelah dan tak jemu
    untuk sudi bersahabat denganku
    di kala siapapun tak sudi
    berkawan denganku
    dan kau sudi menjadi sobat
    terbaik untukku...
    terima kasih sobatku
    mawar kuning diRaja

    mekarlah kau di sana
    mekar di taman hati
    untuk mereka yang sama
    mencari jalan-jalan pulang kepada-Nya

    aku mengangumimu bukan kerana
    kau hebat berpujangga indah
    tapi jika aku mengagumimu
    sebenarnya aku
    Meng-Agungkan Tuhanku
    kerana mengurnia
    seorang pujangga sepertimu
    menulis mengajak para
    hamba-Nya untuk
    sama-sama menyiapkan
    bekalan untuk dibawa pulang
    ke negeri abadi
    yang mana masing-masing sibuk
    dengan urusan akhirat masing-masing
    tika itu sebesar zarah pahala dihitung-hitung
    dengan harapan bermakna dihitung
    dengan harapan selamat dari api neraka
    ALLAHU AKBAR
    gimana kalau pahala itu ditolak
    kerana menjadi rebutan
    mereka-mereka tika di dunia
    kita menyakitkan hatinya
    mengumpat kejinya
    mengatakan kitalah yang sempurna iman
    karya kita sajalah yang terhebat...
    nauzubillah moga dijauhkan
    daripada sifat dengki khianat hingga mati...

    duhai sobatku mawar diRaja
    ketiadaanku nanti
    mekar berserilah
    dikau di taman-taman puisi
    cintakan Pencipta Syurga
    mengajak mereka
    berpuisi nan indah-indah
    saling memuji Allah Azzawajallah
    bersahut-sahutan tanpa jemu
    hingga terhenti nafas
    memujiNya
    dengan puisi-puisi nan indah
    bak bidadri Syurga
    menzikirkanNya
    di Taman Firdausi
    bergema puisi
    cintakanNya
    tanpa nokhtah

    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 Muharram 1434H
    19 November 2012
    Like · · · 22 minutes ago near Kuala Lumpur

    PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND , 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA
    13 Rabiulakhir 1435H
    13 Februari 2014M
  • Ratu Rimba Niagara KITA AKAN DITEMUKAN SEMULA DI AKHIRAT
    MAKANYA SEBELUM SAMPAI DI AKHIRAT
    MAAFKAN SEGALA KESALAHANKU PADAMU
    DUHAI SEMUA TEMAN ALAMMAYAKU YANG 
    DIKASIHI DUNIA 
    AKHIRAT. 
    PERTEMUAN YANG INDAH ADALAH DI SYURGAWI
    BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH SWT 
    BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH.
    MOGA DIMAKBULKAN ALLAH SWT
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
  • Rozalina Hanafiah betul..cinta pd manusia akan pudar jua bila nilai cinta sdah pudar di hati..tpi cinta pd Allah akan tetap kekal mekar mewangi di dalam hati..
    Like · Reply · 2 · about an hour ago
  • Mohd Sahidi Amin!!!!!!
    Like · Reply · 2 · 2 hours ago
  • Ruby Mutiara SubhanALLAH

  • Suraiya MohdSalleh sangat lah benar kenyataan ini..
  • Sabariah Ismail Aminnn..cinta yg abadi
15 Rabiulakhir 1435H
15Februari 2014M

0 comments:

Post a Comment

 
;