Monday, 10 February 2014

ANAK-ANAKKU KITA TERPISAH GARA-GARA IBU DAN AYAH MEMUKULMU UNTUK BERSOLAT



ANAK-ANAKKU KITA TERPISAH GARA-GARA IBU DAN AYAH 
MEMUKULMU UNTUK BERSOLAT

Anak-anakku...
yang ayah dan ibu kasihi dunia akhirat
jagalah dirimu nak
jangan tinggal solat
walaupun ayah dan ibu tiada di sisi kalian
solat jangan tinggalkan nak
ayah dan ibu rela dipenjarakan seumur hidup
asalkan anak-anak 
mendapat hidayah
mendirikan solat
biarlah dipukul di dunia ini
daripada dipukul di alam kubur
yang tak terperi sakitnya
bayangkanlah nak 
sekali kena pukulan di alam kubur
kerana meninggalkan solat
akan terbenam hingga 70 hasta
dihimpit bumi kerana balasan
meninggalkan solat
begitu dahsyatnya jika 
ayah dan ibu tidak mengajar 
anak-anak bersolat

Tidak sangka pula 
ayah dan ibu
mengajar anak-anak yang dikasihi dunia akhirat
ayah dan ibu dipenjarakan oleh
kerajaan Sweden kerana kesalahan 
memukul anak-anak
yang mana menjadi satu kesalahan 
dalam perundangan Kerajaan Sweden...
bagi melindungi kanak-kanak yang berada di Sweden...

Anak-anak
yang ayah dan ibu kasihi sekalian
sabar ya...
ayah dan ibu redha atas dugaan ini
moga kisah keluarga kita menjadi 
pengajaran kepada anak-anak Islam di luar sana
faham kenapa Islam menyuruh 
memukul anak-anak tika berusia 7 tahun
jika tidak mahu bersolat
tetapi di Sweden tidak memahami ajaran Islam...
Ibu bapa memukul tidaklah sampai mencederakan
sekadar pendidikan yang dianjurkan oleh Islam

Duhai Kerajaan Sweden atau mana mana kerajaan yang bukan
beragama Islam
agamamu agamamu
agamaku agamaku
tak akan sama sampai kapanpun!
moga kalian dapat memahami kami yang beragama Islam
kami sayangkan anak-anak kami
kami rela memukul anak-anak kami
daripada anak-anak kami 
dipukul di alam kubur
yang tak terperi sakitnya
sehingga sekali pukulan 
terbenam hingga 70 hasta dalam perut bumi 
kami tidak rela menjerumuskan anak-anak kami
dalam azab sengsara alam kubur dan hari akhirat
ini kepercayaan kami 
yang tiada sesiapapun boleh mengubahnya
maka kami akan perjuangkan hak kami sebagai agama Islam
kami sebagai ibu bapa telah diamanahkan Tuhan kami
untuk mendidik anak-anak kami
mengenal Pencipta mereka...
sebab itu kami mahu mereka 
menyembah Tuhan kami
TIADA TUHAN LAIN YANG LAYAK DISEMBAH KECUALI ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH

Anak-anakku
ayah dan ibu amat menyayangi kalian
ayah dan ibu amat merinduikan kalian
ingat pesan ayah dan ibu
jangan tinggalkan solat
ayah dan ibu
sentiasa doakan anak-anak semua
sentiasa jaga solat
dan doakan ayah dan ibu 
cepat dapat keluar dari penjara Sweden...
agar kasih kita dapat bertaut kembali
kita dapat solat berjemaah bersama
itulah yang akan menjadi amalan kita sekeluarga
MAWADDAH WARAHMAH
RUMAHKU SYURGAKU
MOGA KITA MENGECAPI NIKMAT BERKELUARGA DI DUNIA
SAMPAI DI SYURGA KITA BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

Ayah dan ibu yang amat menyayangi dan merindui anak-anak tersayang
dari Penjara Sweden.....

.........................................................................
tanda tangan ayah dan ibu dari penjara Sweden.

Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua, 202 Negara Dunia & Seluruh Dunia,
10 Rabiulakhir 1435H
10 Febuari 2014M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH
YANG KINI SEDANG DIUJI TERPISAH DENGAN ANAK-ANAKNYA. MOGA DAPAT BERSABAR DAN KAMI DOAKAN MOGA KES PERBICARAAN INI BERJAYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

0 comments:

Post a Comment

 
;