Friday, 14 February 2014

KAWAN SEJATI SAMPAI MATI SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA AAMEEN



KAWAN SEJATI SAMPAI MATI SAMPAI KUBUR SAMPAI SYURGA AAMEEN

Kawan sejati dinanti-nanti,
Dalam doa Allah kabulkan,
Kawan sejati sampai mati,
Syukur akhirnya Allah Kurniakan.

Jika dia sudah menyapa seikhlas hatinya
tiada alasan untuk aku menolaknya
asalkan dia faham kenapa aku memilihnya menjadi kawan sejatiku
merangkap kawan teman sahabat dunia akhiratku
bersahabat dengannya berarti dia penyelamat soalan kuburku dan menyelamatkan aku tika meniti titian siratulmustakim
begitu hebatnya kawan sejati sampai mati sampai Syurga berkawan setia ...moga bersahabat dengannya setulus ikhlas kerana Allah Taala. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.

RATU RIMBA NIAGARA
14 Rabiulakhir 1435H
14 Februari 2014M
SEPI TANPA SUARAMU

Sayang..
Sepi hati ini tanpa suaramu
Setiap detik hanya keluhan jiwa
Bagai ombak rindu yang melanda sukma
Menderu tanpa kenal arti jemu

Hatiku merindu senda jua tawamu
Yang sekian lama luput dari jiwamu
Ketahuilah duhai kekasih pujaanku..
Kesedihanmu adalah jeritan hatiku

Derita yang membakar jiwamu
Adalah jua rintihan hatiku
Mungkin tidak kau dengar
Tapi percayalah tiap gelisahmu
Ada aku bersama detak resahmu

Memori Kasih
31.3.2012

Ahmadismail Ahmad ombak adalah lambang kehidupan manusia dibumi Allah ini..

TENANGLAH JIWAKU MENUJU DESTINASI KASIH SAYANG

Duhai kasih yang kucinta..

Biarpun aku tidak mengenali dirimu
Biarpun kau berada di dunia mana
Tapi aku amat menghargaimu
Kerana sudi simpati gelora derita
Yang kutanggung...
Jeritan deritaku
Kau bersama detak resahku
Allahu Akhbar Subhanallah Alhamdulillah
Moga Allah SWT membalas segala budi baikmu
Aku terharu sangat-sangat
Terima kasih kerana sudi susah senang denganku
Biarpun ombak besar datang melandaku
Kau sudi menyambutku dengan kasih sayang simpatimu
Dan bila ombak sudah tenang
Tenanglah jiwaku menuju destinasi kasih sayang
Setulus hati keranaNYa
Bahagialah cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi

Karya Ratu Rimba Niagara
1 April 2012

(PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA)
14 Rabiulakhir 1435H
14 Februari 2014M

0 comments:

Post a Comment

 
;