Sunday 9 February 2014

TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'IKHLAS' Karya Ratu Rimba Niagara & Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad



TEATER BANGSAWAN DIRAJA , 'IKHLAS' Karya Ratu Rimba Niagara & Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Satu perkongsian dari whatsapp group.

BAB IKHLAS

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .
Unlike · · Share · 1,11023395 · about an hour ago ·
Top Comments
You and 1,109 others like this.
395 shares

"KITA BERSAHABAT KERANA MENGHARGAI KURNIAAN ALLAH KEPADA KITA"

BERMAKNNYA IKHLAS

ikhlas terlalu bermakna
bagi setiap orang
salah satu di antaranya
ikhlas dalam tutur kata
mulut menyebut lain
hati menyebut lain
apa yang di kata
tak selari dengan hati
bila tidak selari
pasti keikhlasan tiada
walau pun kita selalu kata
ya saya ikhlas dengan persahabatan kita
kalau benar kita ikhlas atas persahabatan
pasti kita tidak saling menyakiti
kita saling tidak memahami
kita saling tidak mempercayai
kita saling tidak mendustai
dan akhirnya persahabatan yang awalnya
atas dasar keikhlasan terpisah akhirnya
atas ketidak keikhlasan kita menjalinkan persahabatan
andai persahabatan kita atas dasar kerana Allah...
kerana faham pertemuan kita adalahlah atas
kehendak Allah swt
ada hikmah di sebalikNya
pasti kita saling menghargai persahabatan
pasti kita saling menjaga hati persahabatan kita
agar sentiasa terpelihara dengan Rahmat KasihNya Allah...
biarpun ribut taufan datang melanda
pasti kita akan bersabar
kita akan cuba sedaya upaya pertahankan
sehingga hujung nyawa
sampai Syurga kita bersahabat
itulah hikmah di sebalikNYa kenapa Allah ..
temukan kita sekalipun di Alammya...
jika kita fikirkan hikmah
yang tersurat dan tersirat kenapa Allah swt
temukan kita di alammaya...
cuba kita fikirkan secara lojik
adakah lojik kita boleh saling kenal
kalau tidak dengan izin Allah...
maka setiap perkara yang diAturkan Allah Azzawajallah
pasti ada hikmahNya...
cuma kita sedar ataupun tidak akan hal ini
maka persahabatan yang Atas Kehendak Allah...
jika tiada keikhlasan di antara kita...
pasti akan terpisah akhirNya
bila terpisah kita tidak akan ada
untuk salah menyalahkan di antara satu sama lain
melainkan kita redho atas pertemuan dan kita redho atas perpisahan
tanpa ada dendam di hati yang ada mahu saling memaafkan
kerana kita saling tidak menghargai PERTEMUAN KEHENDAK ALLAH SWT...
kita muhasabah diri akan lembutlah hati kita
samada sahabat kita melafazkan maaf atau pun tidak...
kita berlapang fikiran memaafkan mereka
bila kita sudah rasa untuk saling memaafkan
akan tenanglah jiwa kita
ketenangan hasil dari rasa kehambaan pada TUHAN
mendambakan dan sentiasa menjaga silaturrahim
dalam situasi apapun perasaan tersakiti hati
bila saling memaafkan
itulah keikhlasan
dan keikhlasan itulah yang paling bermakna
yang akan diNilai oleh Allah swt
In Shaa Allah moga persahabatan kita di alammaya ini
adalah atas dasar
sejujur
setulus ikhlas
kerana Allah Taala
tiada niat lain selain
mahu mendapatkan NUR HIDAYAH KASIH DARI-NYA
sehingga ke hujung nyawa
sama-sama mendapat berkat dalam PERSAHABATAN DI ALAM MAYA
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

"KITA BERSAHABAT KERANA MENGHARGAI KURNIAAN ALLAH KEPADA KITA"

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Sahabat Alammayamu,
RATU RIMBA NIAGARA
10 Rabiulakhir 1435H
10 Februari 2014M
(SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU KUSAYANGI KERANA ALLAH TAALA)
Like · Reply · 2 minutes ago

Azmalaini Abd Rahman nampak simple story..tp maknaanya cukup besar utk dihayati

Fateha Bakar ikhlaskn hati dgn niat dan tindakan trlalu berat utk d laksanakn tp hasilnya in sya allah...manis...

Napiah Lah MOHON DIKONGSI. TERIMA KASIH.

Nur Khaisal Katmin Tersentuh betul...

Azura Daisy Btl2

Farra Dey'La Nursufran Pma

Cendanapuri AO Itulah sbaik2 pembelajaran

Suraya Abdul Hamid Alhamdulillah. .. terima kasih untuk perkongsian. ... benar2 untk mengingati diri sendiri terutamanya... Insyaallah

Syah Eny Alhamdulillah...hanya ALLAH yg maha mengetahui segala keikhlasan q....

Nik Raihan Abd Rahman sungguh memberi pengajaran.. jom pakat kita amalkan.

Anie Hajar Hima Azeez Muhamad Lukman

Yantie Eno Tq.smga dgn tunjuk ajar ikhlas td dpt membuatkan saya brsabar dan kuat

Zauyah Abu Bakar mohon kongsi. tq

Swady Guliling Cantik dan tersentuh

Yamanima Mohdnima Terima kasih dr. Belajar erti sebenarnya ikhlas....

La Han's Guru sy ada juga sebut yg ilmu ini ibarat fitnah juga. Contohnya,di satu majlis yg ramai, kepada org lain yg di soal. Tetapi org lain yg mencela menjawab.

Ijan Rozi Hanya ALLAH yg dpt yg dpt membalas jasa mu.t.kasih...

Folina Manjin Terima kasih datas perkongsian yg bernafaat ni.

Kaede Mizuki Intan Hassan

Rz Dyana Ikhlaskah kita

Umi Nasyroh Subhanaallah sangat bermanfaat...

Hilux Cik Mun Terima kasih atas perkongsian

(PETIKAN PAGE DR TENGKU ASMADI BIN T MOHAMAD & RATU RIMBA NIAGARA)
10 Rabiulakhir 1435H
10 Februari 2014M
Like ·  ·  · 7 minutes ago · 
(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA)
10 Rabiulakhir 1435H
10 Februari 2014N

0 comments:

Post a Comment

 
;