Sunday 14 December 2014

KENAL DIRI KENAL TUHAN (356) YAKINLAH SETIAP YANG BAIK DATANG DARI-NYA


KENAL DIRI KENAL TUHAN (356) YAKINLAH SETIAP YANG BAIK DATANG DARI-NYA

YA ALLAH AKU MENULIS KERANA-MU TERIMALAH SEBAGAI SAHAM AKHIRATKU AAMIIN



Santapan Rohani's photo.

RECENT ACTIVITY
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
GELAR ADAT DALAM ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU DAN PERSAMAAN GELARAN DARJAH KEBESARAN NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH DI MALAYSIA.
Umumnya, Gelar Adat adalah mempunyai persamaan dari segi darjat, taraf dan tingkat kedudukan dan perbezaan hanya dari segi sebutan sahaja. Darjah Gelar Adat tidak didiktiraf dalam urusan di Malaysia. Walau bagaimanapun ia tetap diiktiraf dalam urusan adat istiadat yang diamalkan secara tradisi turun temurun dari nenek moyang (leluhur) khususnya bagi Wangsa Bugis Melayu dan umumnya suku-suku kaum masyarakat di Malaysia. Diperjelaskan dalam Adat Karaeng adalah seperti berikut:-
(1) Yang Maha Mulia Kaus Maharaja Pesaka Adat iaitu Y.M.M. Tuan Sri Paduka dan persamaan darjah dengan gelaran ‘Tun’.
(2) Yang Teramat Mulia Kaus Raja Pesaka Adat iaitu Y.T.M. Tuan Sri dan persamaan darjah dengan gelaran ‘Tan Sri’
(3) Yang Amat Mulia Kaus Penghulu Pesaka Adat iaitu Y.A.M. To’ Sri Paduka dan persamaan darjah dengan gelaran ‘Dato’ Seri Paduka’
(4) Yang Mulia Kaus Penggawa Pesaka Adat iaitu Y.M. To’ Paduka dan persamaan darjah dengan gelaran ‘Dato’ Paduka’
(5) Yang Amat Hormat Kaus Pangkuan Pesaka Adat iaitu Y.A.H. To’ Sri dan persamaan darjah dengan gelaran ‘Dato’ Seri’
(6) Yang Hormat Kaus Pegawai Pesaka Adat iaitu Y.H. To’ Setia dan persamaan darjah dengan gelaran ‘Dato’
PENERAGAN : Sebuatan dalam gelar adat adalah meliputi hal yang berkaitan tradisi, darah keturunan asli lagi tulen, kebangsawanan, pusaka kaum keluarga, pusaka kaum kerabat dan lain-lain ia juga terdapat maksud dan pengertian secara khusus seperti watak api, air, angin dan tanah juga bersifat secara khas seperti indera, lela, andika dan amar berdasarkan seseorang yang diberi darjat seperti raja, sri, seri, maharaja, paduka dan lain-lain. Selain dari watak dan tabiat bijaksana iaitu harimau, singa, naga dan helang atau garuda. Justeru itu perlulah kefahami dan pembelajaran secara khusus untuk mengenali dan mengetahui hal ehwal ini. Bukanlah ia semudah yang disangka dalam pemberian gelar adat atau hanya sekadar ikutan sahaja. Sebagaimana yang kami lihat dan perhatikan dalam penyampian anugerah atau kurnia itu ia seolah-olah disampaikan tanpa berilmu atau seperti mengikut apa yang diwartakan sebelumnya atau mereka tidak faham akan hal yang sebenarnya yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Dalam hal yang sama gelar adat untuk golongan perempuan juga terdapat perbezaan yang sangat ketara bahkan seperti tidak wajar diberikan gelaran seperti itu kerana golongan perempuan juga memiliki gelar adat yang khusus bagi mereka. Seperti Sabda Pendita Bugis Tua “KITA MENGIKUT ORANG YANG SESAT, MAKA JADINYA KITA BERTAMBAH SESAT”. Semoga-moga Allah SWT memberikan kami hidayat dan petunjuknya.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
Unlike ·  · 
  • You, Sri Pemangku Adat and 21 others like this.
  • Insan Musafir Waalaikumsalam WMHWRKT.......Aamiin Ya Allah
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, kembali YM Tauhid Muhd, amin.
  • Opu Daeng Waalaikumsalam YTM Sri Pemangku Adat. Ingin kiranya diri ini bertanya, apakah kaitan naga dg Wangsa Bugis?
  • Andi Aspar Arung Didi Waalaikummussalam wr'wb.Alhamdulillah,Amin Ya Allah.
  • Sri Pemangku Adat salam, menjawab pertanyaan YM Opu Daeng dalam kepercayaan Wangsa Bugis Melayu.. NAGA dilambangkan sebagai SEMANGAT JUANG YANG KUAT... dan diertikan simbol AMAR iaitu AIR... amin ya allah.
    10 hrs · Unlike · 5
  • Sri Pemangku Adat contohnya gelar adat seperti To' Amar Pahlawan..amin ya allah.
    10 hrs · Unlike · 5
  • Roger Izz Dari mana naga ini datang/menyusup kedlm adat? Setahu saya naga ini hanya mitos dan kepercayaan org cina.
    7 hrs · Unlike · 3
  • Karaton Nusantara salam, YM Roger Izz dalam mitos nusantara juga ada NAGA yang melambangkan kekuatan, kerana mitos itu bukan hanya pada bangsa cina sahaja... mungkin naganya yang berbeza rupa dan terdapat pada alatan seperti pinggan mangkung tembaga yang berukir naga itu.
    1 hr · Unlike · 3
  • Roger Izz Waalaikumsalam YM Karaton Nusantara. Terima kssih atas penerangan. Cuma kalau kita kaitkan dengan yang "real" rasanya ia lebih relevan. Sebagai satu pandangan..elok di buang unsur2 mitos demi utk direlevankan dgn umat inusantara yg beragama islam sekarang.
    1 hr · Like · 2
  • Karaton Nusantara salam, ini hanya adat budaya bukan kepercayaan tahyul terhadap mitos.. jadi jangalah kita mudah menghukum tanpa kita tahu akan perkara yang sebenar.. semoga anda dapat memahaminya, amin.
    1 hr · Unlike · 3
  • Karaton Nusantara kerana saya juga antara anggota yang terlibat dalam adat dan budaya Wangsa Bugis Melayu itu, jadi wajarlah saya juga memberikan jawapan untuk pertanyaan itu..
    1 hr · Unlike · 3
  • Karaton Nusantara salam, sudah banyak amalan dan kepercayaan yang kuno dan bertentangan dengan syariat islam telah dibuang oleh YTM Sri Pemangku Adat dalam masa pemerintahan adat yang diterajuinya masa kini kerana beliau juga arif dalam hukum2 islam, amin
    1 hr · Edited · Unlike · 4
  • Roger Izz Maaf jika meyinggung..tiada niat sedikitpun. Hanya pandangan yg ikhlas dari saya yg tiada ilmunya.
    1 hr · Unlike · 2
  • Sri Pemangku Adat salam hormat, ilmu agama Islam hendaklah seiringan dalam mengamalkan adat dan budaya, semoga-moga Allah SWT... memberkati dan merahmati, kerana setiap bangsa di alam dunia ini telah ditakdirkan mempunyai warisan pusakanya masing-masing..., amin ya allah.
    54 mins · Edited · Unlike · 4
  • Rabeah Binti Mohd Ali Roger Izz @ Hooii...main tipu....nama dan perkataan yang awak gunakan pun seperti tiada adat. Jika saya admin pasti awak tidak diterima di grup ini namun Sri Pemangku Adat masih terima sebagai ahli grup, ini bermakna Sri Pemangku Adat masih boleh menerima sesiapa saja tanpa mengira siapa yang mahu menyertai grup ini.Tujuan grup ini diwujudkan untuk saling berbagi ilmu dunia akhirat untuk diwariskan kepada generasi kini dan akan datang agar tidak hilang adat dan budaya leluhur nenek moyang terdahulu , namun begitu yang tidak selari dengan kehendak agama, adat itu akan perbetulkan selari dengan kehendak Agama Islam itulah yang ditekankan oleh Sri Pemangku Adat dan AJK grup Sri Pemangku Adat. Perbezaan pendapat itu biasa matlamatnya tetap sama memartabatkan adat dan budaya yang selari dengan kehendak Agama. Atas dasar itu juga betapa pentingnya peranan setiap ahli grup untuk saling menyokong dan berkerjasama dalam setiap niat ,usaha dan cita-cita murni demi kerana Agama, Bangsa Dan Negara.
    Just now · Edited · Like
  • Rabeah Binti Mohd Ali



Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Darjah Pangkat Tertinggi dalam Darjah Yang Maha Mulia iaitu:
Y.M.M. Kaus Maha Raja Pesaka Adat atau Maharaja Pesaka Adat bukan Sultan atau Raja Pemerintah mana-mana Negeri dalam Malaysia dan ia adalah Ketua Besar Adat atau Ketua Utama kepada Raja-Raja Pesaka Adat Karaeng dalam Negeri-Negeri atau Wilayah-Wilayah di seluruh Malaysia. Penerima Darjah Yang Maha Mulia ini membawa gelar adat sebagai TUANKU dan isteri akan membawa gelar adat sebagai PUAN SURI. Darjah ini dikhaskan kepada waris keturunan yang berhak mutlak sahaja.
Darjat Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Teramat Mulia iaitu:
Y.T.M. Kaus Raja Pesaka Adat (Sri Pemangku Adat) bukan Sultan atau Raja Pemerintah ia sama taraf Raja Jajahan Wilayah/Pembesar Daerah atau Pembesar Negeri dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Undang Luak/Luhak Wilayah atau Daerah dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Teramat Mulia ini membawa gelar adat sebagai TUAN SRI PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai PUAN SERI.
Darjat Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Amat Mulia iaitu:
Y.A.M. Kaus Penghulu Pesaka Adat (Pemangku Adat) ia sama taraf Penghulu Mukim dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Lembaga dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Amat Mulia ini membawa gelar adat sebagai TO’ SRI PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai TOH PUAN.
Darjat Pangkat Ketiga dalam Darjah Yang Mulia iaitu:
Y.M. Kaus Penggawa Pesaka Adat (Pemangku Adat Muda) ia sama taraf Pegawai Kawasan atau Ketua penempatan penduduk atau Ketua perkampungan dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Buapak dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Mulia ini membawa gelar adat sebagai TO’ PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai TOK PUAN.
Darjat Pangkat Keempat dalam Darjah Yang Amat Hormat iaitu:
Y.A.H. Kaus Pangkuan Pesaka Adat Karaeng. Ia sama taraf Ketua Keluarga atau Ketua Kerabat dalam Adat Temenggung atau Besar Waris dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Amat Hormat ini membawa gelar adat sebagai TO’ SRI dan isteri akan membawa gelar adat sebagai CIK PUAN. Bagi penerima Perempuan membawa gelar adat sebagai TOH PUAN.
Darjat Pangkat Kelima dalam Darjah Yang Hormat iaitu:
Y.H. Kaus Pegawai Pesaka Adat Karaeng. Penerima Darjah Yang Hormat ini membawa gelar adat sebagai TO’ SETIA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai CIK MUDA. Bagi penerima Perempuan membawa gelar adat sebagai TOH SETIA.
PERHATIAN : Darjah Kebesaran dan Kehormatan Adat Karaeng ini tidak diberikan secara umum melainkan ia pasti mempunyai hubungan kaum keluarga atau kaum kerabat dengan pengamal adat budaya khususnya bagi Wangsa Bugis Melayu di Malaysia. Darjah yang diwartakan oleh DISAKA dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya melainkan menerusi pelbagai tapisan oleh Lembaga Adat Karaeng dan diputuskan secara muktamad oleh Y.T.M. Tuan Sri Paduka Sri Pemangku Adatsahaja.
Like ·  · 


Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
KETUA ADAT DALAM ADAT KARAENG BAGI WANGSA BUGIS MELAYU.
Di Malaysia, umumnya Ketua Adat adalah menjadi Ketua Utama kepada kaum keluarga dan kaum kerabatnya. Ketua Adat juga dikenali sebagai Ketua Waris dan Ketua Pusaka. Seorang individu lelaki yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan kebolehan akan dipilih menjadi calon penyandang jawatan Ketua Adat dikalangan peringkat cucu dari kaum keluarga dan kaum kerabat berkenaan. Seramai lima belas (15) orang anggota termasuk Ketua Adat akan dipilih dari kalangan peringkat cucu dan peringkat anak dalam kaum keluarga dan kaum kerabat berkenaan untuk dilantik menjadi Ahli Lembaga Adat Karaeng. Diperjelaskan seperti berikut:-
(a) Calon penyandang jawatan utama sebagai Ketua Adat, TIDAK diperturunkan kepada anak dan ia hanya diperturunkan kepada cucu sahaja.
(b) Seramai lima belas (15) orang sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa adalah dipilih secara demokrasi dan permuafakatan dan mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan diperingkat cucu dan peringkat anak sahaja.
(c) Organisasi Lembaga Adat Karaeng diwujudkan dalam Pertubuhan, Persatuan atau Badan Organisasi yang seumpamanya mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Malaysia.
Maksud sebagai Ketua Waris ialah:
(a) Ketua kepada datuk dan nenek sebelah ibu dan bapanya,
(b) Ketua kepada ibu dan bapanya,
(c) Ketua kepada isterinya dan anak-anak perempuan dan lelakinya termasuk isteri dan suami mereka,
(d) Ketua kepada adik beradik perempuan dan lelakinya termasuk isteri dan suami mereka,
(e) Ketua kepada anak-anak saudara perempuan dan lelakinya termasuk isteri dan suami mereka,
(f) Ketua kepada ibu saudara dan bapa saudara sebelah ibu dan bapanya termasuk isteri dan suami mereka,
(g) Ketua kepada sepupu-sepupu perempuan dan lelakinya termasuk isteri dan suami mereka,
(h) Ketua kepada anak-anak perempuan dan lelaki sepupu-sepupunya termasuk isteri dan suami mereka, dan
(i) Ketua kepada mereka yang menjadi ahli waris kepada kaum keluarga dan kaum kerabatnya.
Maksud sebagai Ketua Pusaka ialah:
(a) Ketua yang memimpin kaum keluarga dan kaum kerabatnya bagi memelihara perpaduan, keamanan dan keharmonian hidup bermuafakat,
(b) Ketua yang menyelesaikan pertelingkahan antara kaum keluarga dan kaum kerabatnya,
(c) Ketua yang bertanggungjawab mengendalikan pembahagian harta pusaka,
(d) Ketua yang menjadi rujukan perkara berkaitan dengan adat dan hukum, dan
(e) Ketua yang berperanan memelihara, melindungi, melestarikan dan memperturunkan warisan pusaka dari nenek moyang (leluhur) mereka.
PENJELASAN : Maksud sebagai Ketua Waris dan maksud sebagai Ketua Pusaka adalah bermaksud sebagai KETUA ADAT kepada kaum keluarga dan kaum kerabatnya bagi Wangsa Bugis Melayu.
Maksud pertabalan sebagai Ketua Adat ialah:
(a) Ketua Adat diberi anugerah gelar adat iaitu Yang Mulia (Y.M.) Kaus Penggawa Pesaka Adat atau juga dikenali sebagai Pemangku Adat Muda.
(b) Ketua Adat diisytiharkan pelantikannya dalam majlis adat istiadat dan protokol bagi mengumumkan bahawa beliau sah menjadi penyandang pusaka iaitu sebagai pemegang jawatan yang diresmikan secara tradisi turun-temurun.
(c) Ketua Adat dikurniakan Watikah Gelar Adat iaitu surat kuasa mutlak dan diberi gelar adat permulaan seperti Y.M. To’ Paduka Raja atau Y.M. To’ Paduka Maharaja dan lain-lain.
Gambar2 yang dipamerkan sekadar informasi sahaja.
Unlike ·  · 
  • You, Sri Pemangku Adat and 8 others like this.
  • Tengku Mahkota Alam Waalaikumsalam waramatullahi wabarakatu. 
    Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Insya Allah
    8 hrs · Unlike · 3
  • Megat Faris Waalaikummussalam...
    Alhamdulillah... AaMiinN...
    6 hrs · Unlike · 3
  • Roger Izz Untuk melaksanakan tugas2 adat ini memerlukan pembiayaan kewangan yg kukuh. Dari mana dtgnya sumber keewangan yg diperlukan itu?
    6 hrs · Unlike · 3
  • Karaton Nusantara salam, YM Roger Izz sumber kewangan kami perolehi melalui perniagaan dan syarikat2 yang telah lama beroperasi hasil dana yang diwarisi daripada nenek moyang kami yang terdahulu dan kami mengamalkan adat ini hanya sebagai kesinambungan...kerana itu ahli-ahli kami terdiri daripada Pengarah2 syarikat sendirian Berhad (sdn. Bhd)... amin
    2 hrs · Unlike · 3
  • Karaton Nusantara mungkin juga saudara YM Roger Izz, jika anda di Malaysia membeli dari syara\ikat sdn bhd barangan atau makanan yang kami juga ada melabur di dalamnya..amin
    2 hrs · Unlike · 3
  • Roger Izz Alhamdulillah. Semuga terus maju demi menegakkan yg haq.
    2 hrs · Unlike · 3
  • Karaton Nusantara kami hanyalah sekadar meneruskan tradisi yang ditinggalkan oleh mereka yang terdahulu..amin
    1 hr · Unlike · 3
  • Rabeah Binti Mohd Ali YAKINLAH SETIAP YANG BAIK ITU DARI ALLAH YANG KURANG ITU ADALAH KELEMAHAN DIRI SENDIRI. MAKA YANG BAIK ITU DITERUSKAN PERJUANGAN YANG KURANG ITU DIPERBAIKI AGAR MENJADI YANG TERBAIK DI SISI ALLAH SWT BERJAYALAH DUNIA AKHIRAT IN SHAA ALLAH AAMIIN.
    4 mins · Like

PETIKAN WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA
21 SAFAR 1436H
14 DISEMBER 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;