MARHABAN YA RAMADAN (24) USAHA TETAP USAHA AGAR MELAYU MENANG DI TANAH MELAYU
PINNED POST
News Feed
FROM NOTIFICATIONS
Haz Roell shared The Patriots's photo.
ILMU TEMPA PEDANG BANGSA MELAYU:
Abu Dullaf al Muhalhil,seorang pedagang dari Bukhara telah datang ke sini pada tahun 940 Masihi dan merekodkan kepada kita satu cerita yang menarik mengenai Kedah Tua;
“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…”
Al Idrisi pada tahun 1154 pula merekodkan ;
“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”
Rekod al-Kindi pada sekitar abad ke 9 Masihi menyatakan bahawa tiga besi terbaik di dunia pada masa itu boleh didapati di tiga buah tempat;
1) Yemen
2) Hindi
3) Qalai (Kedah Tua)
2) Hindi
3) Qalai (Kedah Tua)
Selama ini,kita sering mendengar bahawa eksport utama dari tanah Semenanjung yang terkenal pada zaman dahulu adalah bijih timah dan emas.Nampaknya catatan pedagang Arab pada zaman dahulu dan dibuktikan dengan penemuan loji pemprosesan besi purba di Kedah membuktikan bahawa satu masa dahulu,besi juga termasuk antara eksport yang terkenal dari tanah Semenanjung,dan tambahan pula,besi Kedah (besi Qalai) ini pula dikatakan antara tiga besi terbaik di dunia pada masa itu!
Dipercayai bahawa salah satu daripada pedang nabi kita Rasulullah S.A.W adalah diperbuat di Kedah!
-PETIKAN KITAB TAMADUN MELAYU-
P.S: Berminat untuk dapatkan buku KITAB TAMADUN MELAYU kami? Sila PM kami untuk info-info pembelian dan tempahan.
PINNED POST
News Feed
FROM NOTIFICATIONS
News Feed
RECENT ACTIVITY
2 RAMADAN 1436H
19 JUN 2015
0 comments:
Post a Comment