RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
Bertolong-tolonglah kamu dalam berkebajikan kerana
itulah bekalan untuk dibawa ke alam akhirat...
itulah harta yang abadi kamu punya.
Moga dimurahkan rezeki melimpah ruah atas kebajikan
yang diberikan kepada rakyat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Syukur Alhamdulillah Raja kami dimurahkan rezeki melimpah
ruah berkat doa rakyat atas keperihatinan membela nasib rakyat.
Kuasa raja yang diKurniakan Allah adalah untuk dimanfaatkan
kepada rakyat. Syukur kami dikurniakan raja berjiwa rakyat.
RAJA & RAKYAT BERPISAH TIADA.
DAULAT TUANKU!
Ya Allah murahkan rezeki kerabat diRaja Johor
atas niat suci membela nasib rakyat yang memerlukan.
Turunkan Rahmat Kasih-Mu sehingga ke akhir hayat raja dan juga rakyat .
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rima Niagara
30 Syaaban 1436H
16 Jun 2015
RAJA MEMERINTAH ADIL DAN SAKSAMA
Negeri Bersultan Rakyat Beraja,
Kekal Subur Sepanjang Masa,
Bukan Hanya Simbol Biasa,
Raja Berperanan Menyatukan Warga,
Raja Dilihat Sebagai Dewata,
Raja Memerintah Adil dan Saksama
Diiktiraf Sebagai Ketua Agama.
Memberikan Panduan Disandarkan Harapan,
Raja Diiktiraf Memiliki Segala Kelebihan,
Keberanian dan jua Berpengetahuan,
Mengatasi Cabaran Memberi Naungan,
By: Wangsa Mahkota Selangor
RAJA DAN RAKYAT SENTIASA SEHATI SEJIWA
Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku diRaja,
Patik sekalian rakyat mengadap ke Bawah Duli Tuanku,
Menyanjungi mengaku taat setia kepada Tuanku diRaja,
Rakyat Selangor aman sejahtera di bawah pemerintahan Tuanku.
Raja memerintah adil saksama,
Bertitah mengajak rakyat bersatu padu,
Mensejahterakan negara sentiasa berkerjasama,
Titah dijunjung ke bawah Duli Tuanku.
Raja adil raja didaulatkan rakyat,
Raja zalim rakyat derita minta dikasihani,
Tak akan berpisah raja dan rakyat,
Telah tersurat raja dan rakyat saling mengasihi.
Institiusi diRaja sentiasa dimartabatkan,
Tak akan dibiarkan rakyat derhaka,
Telah tercatat sejak zaman berzaman,
Bermula kesultanan melayu di Melaka.
Rakyat derhaka akan diambil tindakan,
Dibuang negara seringan hukuman,
Sebagai ikhtibar atas kesalahan,
Kerana mulut membawa kemusnahan.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,
Jika mengaku warganegara diperintah Raja,
Makanya Institusi diRaja sentiasa disanjung,
Demi menjaga keharmonian rakyat dan Raja.
Raja tidak menyebelahi mana-mana parti politik,
Tugas baginda Raja memerintah rakyat semuanya,
Mempastikan rakyat tidak dizalimi oleh politik,
Politik membela rakyat itu disokong Raja .
Kuasa Raja melebihi pemimpin,
Kerana baginda Raja pemerintah negara,
Tiada Raja tiada pemimpin,
Raja dan pemimpin bersatu demi negara.
Negara kita milik semua,
Diperintah oleh raja bijaksana,
Bersatu hatilah kita semua,
Sejahtera negara di bawah naungan Raja.
Raja pemimpin rakyat tiga serangkai,
Bersatu hati merealisasi keamanan negara,
Saling hormat menghormati ikatan sejati,
Negara kekal merdeka dalam aman sejahtera.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Saling sehati senada seirama,
Rakyat dibela agar bahagia semuanya,
Rahmat Allah datang sejahtera selamanya.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Jun 2013
(Karya Ilham Ratu Rimba Niagara Misi dan Visi Memartabatkan Institusi diRaja &
Pahlawan diRaja SeNusantara)
(PETIKAN DARIPADA WALL KESULTANAN JOHOR, WARISAN MAHKOTA SELANGOR & RATU RIMBA NIAGARA)
RAJA RAKYAT PEMIMPIN TIGA SERANGKAI TAK DAPAT DIPISAHKAN!
Sejarah adalah sejarah
Sejarah raja tetap ada di setiap pewarisnya
Biarpun sudah berkurun lamanya pergi meninggalkan yang hidup
Tapi darjatnya tetap hidup dihidupkan oleh pewarisnya
Tapi darjat yang ada bukanlah bertujuan untuk
Rasa mendabik dada akulah ,
"Keturunan Raja...
Darah yang mengalir ditubuhku ini adalah moyangku yang berketurunan raja aku punya segala keistimewaan yang patut
diakur oleh semua rakyat nusantara...sesiapa yang menderhaka
akan kena daulatku.."
Adakah raja begitu yang hendak rakyat sanjung?
Kerana berdarah raja sewenang-wenangnya memperlekehkan rakyat... sedangkan rakyat selalu menyanjungi institusi diRaja
setia sesetia Hang Tuah...biarpun dia diperintah dibunuh oleh raja
tapi tetap setia pada raja kerana tidak mahu menjadi rakyat derhaka.
Kalau dulu iya daulat raja akan terkena pada rakyat kerana raja yang zalim telah mengaku kesilapannya pada rakyat dan mahu berazam lebih pentingkan rakyat daripada kepentingan sendiri...maknanya raja tersebut telah benar-benar berubah mahu menjadi hamba Allah yang benar-benar soleh ...memiliki kuasa dan darjat untuk membela rakyat dan berbakti kepada rakyat jelata. Rakyat pula hanya akan menyanjungi dan memartabatkan raja yang berjiwa hamba Allah swt...
yang ego dan sombong suka mengeluarkan bahasa mengherdik, menghina, sombong akan darjat, kekuasaan dan harta yang dimiliki sejujurnya rakyat akan tidak memandang sebelah mata pun pada raja yang sombong.
Setiap takdir seseorang itu telah tercatat sejak azali.
Sudah tercatat sejak azali dia bergelar raja biarpun dia bukan keturunan raja
Raja cumalah gelaran manusia kepada ketua mereka yang digelar raja.
Raja manusia hanyaLah Allah swt selainnya tidak ada....
Yang ada di muka bumi ini hanyalah gelaran saja....
Semuanya boleh menggelarkan dirinya raja...
tapi jika asalnya berketurunan darah diraja itu adalah tiket
untuk dia menjadi ketua memerintah rakyatnya
berkuasa pada rakyatnya bukan untuk menguasai tapi untuk saling
menyanjungi pengorbanan
rakyat menyanjungi raja
raja menyanjungi rakyat
rakyat membela raja
raja membela rakyat
rakyat pula adalah pemimpin
Pemimpin dan rakyatlah
yang akan memartabatkan
Institusi diRaja
bukan untuk kepentingan raja itu sendiri
tapi untuk kepenting rakyat seluruhnya
jika raja faham apa yang dimahukan rakyat
makanya Institusi diRaja itu dipandang mulia
dan patut dimartabatkan sepanjang zaman
barulah sumpah keramat
Laksamana Hang Tuah...
TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
menjadi kenyataan
dan tak akan berani sesiapa pun memadamkan dalam sejarah melayu
MELAYU ITU UJUD SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI
SELAGI DUNIA BELUM QIAMAT
In Shaa Allah Aamiin
Makanya
RAJA PEMIMPIN RAKYAT
TIGA SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN
DARI ALAM NYATA
KERANA RAJA ITU RAKYAT
RAKYAT ITU PEMIMPIN
PEMIMPIN ITU ADALAH KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
YANG SEIA SEKATA
SENADA SEIRAMA
SALING BEKERJASAMA MAHU MENYIAPKAN BEKALAN
UNTUK DIBAWA PULANG KE NEGERI ABADI
DAN BEKALAN ITULAH MATLAMAT SEMUA
YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA & GROUP RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NASIONAL GATHERING)
16 April 2013
PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua benda ada penciptanya,
Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
Apa dicipta penuh bijaksana,
Demi kebaikan seisi alam.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
i) Ampun tuanku beribu ampun,
khilaf patik harap diampun;
Di setiap karya patik nyatakan,
Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.
ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
Rela berkorban nyawa demi negaraku;
Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
1Malaysia sayangkan negaraku.
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Di parlimen tempat besidang,
Para pemimpin pilihan rakyat;
Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Negara aman ketangkasan polis bertindak,
Menggadai nyawa membanteras jenayah;
PDRM & ATM berjiwa patriotik,
Apabila berjuang tidak pernah mengalah.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
Jiwa tenang setenang air di kali ;
Seruan yang indah kata yang santun,
Pasti membaca berulang kali.
ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu padu;
Pelbagai kaum hormat menghormati,
Agar negara terus di mercu.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 April 2013
PEMASYURAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG X1V
AL-MU'TASIM BILLAHI TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'AZZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
Wangsa Mahkota Selangor added a photo from June 2, 2013 to his timeline.
Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...
Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasim Billahi Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas pemasyuran Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV – 2 Jun 2013 Bersamaan 12 Rejab 1433 Hijrah.
Patek sekalian Editor Wangsa Mahkota Selangor Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.
Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat. Aamiin....
Sembah Takzim daripada:
Wangsa Mahkota Selangor
2 Jun 2013
Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa.
Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam Negeri dan Negara agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang Kedaulatan Negara..
Daulat Tuanku...Daulat Tuanku... Daulat Tuanku... Merafak Sembah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mu'tasim Billahi Tuanku al-Haj Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas pemasyuran Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV – 2 Jun 2013 Bersamaan 12 Rejab 1433 Hijrah. Patek sekalian Editor Wangsa Mahkota Selangor Merafakkan sembah penuh taat penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa. Semoga Tuanku dan Raja Permaisuri dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat. Aamiin.... Sembah Takzim daripada: Wangsa Mahkota Selangor 2 Jun 2013 Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah semata-mata sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa. Raja mampu menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa berdaulat. Persepakatan Raja dan rakyat perlu dimartabatkan kerana Payung yang dipayungkan oleh rakyat bagi memastikan payung itu menjadi Penyuluh Seri di dalam Negeri dan Negara agar permuafakatan yang telah lama terpahat di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun di julang untuk melestarikan kesinambungan tamadun, malah meletakkan identiti negara bangsa, lambang Kedaulatan Negara..
Unlike · · Share · 1822 · 53 minutes ago ·
You and 17 others like this.
2 shares
Idham Mustafa Daulat Tuanku
Like · Reply · 43 minutes ago
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
patik dari Rimba Niagara
dan wakil dari seluruh Rakyat Rimba Niagara
mengucapkan selamat menyambut
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong Ke- 14
Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
moga Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia...
DiRahmati Allah Azzawajallah Aamiin
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang Di Sanjungi Lagi Dihormati,
patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
di sepanjang Tuanku Memerintah Malaysia...
rakyat Malaysia hidup dalam aman dan damai
dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah
di bumi bertuah Malaysia dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa
terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada
rakyat Malaysia membuatkan setiap rakyat Malaysia rasa dihargai dalam penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.
Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
kepada rakyat Malaysia menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu
yang ada di Seluruh Rumpun Melayu Nusantara.
Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Dengan Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
Ratu Rimba Niagara @ Puteri Nilam Purnama
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
1 Jun 2013
PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Sekalung tahniah di atas pertabalan,
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Rakyat hargai segala budi baik Tuanku.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja yang penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Disember 2011
(Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)
PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.
Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.
DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.
Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.
Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.
Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.
Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.
Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat berkerjasama.
Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.
Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.
Bertuah sungguh rakyat Sabah,
Punyai TYT yang amat memahami;
Denyut nadi rakyat Sabah,
Maju Sabah dan dihormati.
TYT Negeri Sarawak baik budi,
Semua rakyat Sarawak menyayangi;
Tutur kata sebaik budi,
Akan dikenang hingga ke mati.
Melaka negeri penuh bersejarah,
Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
Ramai pelancong datang berhijrah,
Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 Jun 2013
(KARYA DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013 UNTUK TATAPAN SEMUA RAJA & RAKYAT SENUSANTARA TERCINTA)
KARYA DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI SEMPENA HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-14 SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH PADA 1 JUN 2013
1 Jun 2013
KARYA DISIARKAN DI WALL DYMM SULTAN HASANAL BOLKIAH SEBAGAI TANDA PERSAHABATAN ANTARA DUA BENUA MALAYSIA & BRUNEI DARUSSALAM
1 Jun 2013
Like · · Promote
SULTAN HASANAL BOLKIAH
April 19
Aamiin-kan doa ini:
Ya Allah,
baguskan agamaku karena ia menjadi peganganku.
Baguskan duniaku karena disitulah kehidupanku dan baguskan akhiratku karena ia itu tempat aku kembali.
Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.
(HR. Muslim)
968240115Unlike · · Share
SULTAN HASANAL BOLKIAH
December 18, 2012 via mobile
Rabbi najjinii minal qaumazhzhaalimiin.( QS:28/21)
ARTINYA;
Wahai Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang2 yg zhalim
Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir. (QS: 28/24)
ARTINYA :
Ya Tuhanku ,sesungguhnya ǎku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yg Engkau turunkan kepadaku.
58110676Unlike · · Share
SULTAN HASANAL BOLKIAH
December 15, 2012 via mobile
Allaahumma innii auudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’,
wa min qalbin laa yakhsya’, wa min nafsin laa tasya’,
wa min da’watin laa yustajaabulahaa”
artinya:
“Ya Allah,
aku berlindung kepada-MU dari ilmu yang tidak bermanfaat,
hati yang tidak khusyu,
jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak terkabulkan”
♠̇Aamiin
Yaa Rabbal 'alamiin
5178356Unlike · · Share
SULTAN HASANAL BOLKIAH
December 5, 2012 via mobile
Allahumma innii as a'luka 'ilman naa fi'aa ,wa rizqon thayyibaa,wa 'amalaam mutaqabbalaa.
ARTINYA
Ya Allah ,sesungguhnya saya memohon kepada Mu ilmu yg bermanfaat,rezeki yg baik , dn amal yg diterima.
( HR.Ibnu Majah )
(PETIKAN DARIPADA WALL WANGSA MAHKOTA SELANGOR , DYMM SULTAN HASANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
2 Jun 2013
June 14 at 12:12am
Dewata Majnun likes your comment: "Perbezaan pendapat itu biasa tapi...".
Dewata Majnun likes your post in Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara): "KOLEKSI PUISI PERANG ENAM HARI DI BUMI...".
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterimakasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
30 SYAABAN 1436H
17 JUN 2015
0 comments:
Post a Comment