Assalammualaikum admin grup Melayu Bani Jawi dan semua ahli grup yang sentiasa dihormati dan tersanjung di hati...jika benarlah grup ini akan ditutup sebelum ramadhan saya menghulur sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya bersiaran karya.
Niat di hati ingin menjadi rakan seperjuangan yang terbaik untuk grup ini tapi apakan daya grup ini ingin ditutup di alammaya...tapi saya masih berharap grup ini dapat teruskan perjuangannya membela nasib melayu agar tak layu ditelan zaman. Aamiin.
Ratu Rimba Niagara,
Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
27 Syaaban 1436H
14 Jun 2015
Like · Comment
17 people like this.
Fatin Hamamah Abu Bakar Maaf bermaafan kak... add la saya k
Rabeah Binti Mohd Ali Jika sanggup menjadi pejuang sastera akak sehingga ke titisan darah terakhir kenapa tidak? sejujurnya sanggup ke tidak. Nanti sudah diterima menjadi rakan fb terus seperti patung cendana. Wujud seperti tak wujud. Jika begitunya kamu akak terpaksa mencari pejuang sastera yang lain. Biarlah akak terus terang agar fatin boleh terima prinsip akak.
Fatin Hamamah Abu Bakar Saya bukan pejuang sastera kak. Saya nak jadi pejuang islam, pejuang Allah dan rasul. Pejuang kasih sayang. Dengan kasih sayang kita akan maju dan kuat dlm apa saja yg kita buat. Kalau akak nak sambut seruan kasih sayang marilah.
Neo Exypnos Kena faham juga ya masalah sdr admin kita tu. Bukan senang nak menyatu-padukan ahli2 grup Bani Jawi ini kalau kebanyakannya dah mula tunjuk taring dan tidak mahu bertolak-ansur dlm berpendapat. Ada juga yg mengeluarkan kata2 kurang enak. Walaupun masing2 memegang ajaran yg berlainan, apa salahnya saling hormat-menghormati hasil nukilan mereka. Bukan mudah untuk menyampaikan mesej ya. Admin kini sedang bersedih hati. Siapa yg x sayangkan grup yg di bina sekian lama cuma akhlak ahli2nya ada yg susah di kawal. Ambil pelajaran agar contohilah akhlak para Rasul kerana ada suri tauladan yg baik pd mereka.
Slm hormat dr sy Neo smile emoticon
Rabeah Binti Mohd Ali Fatin tiada yang indah jika menyambut seruan kasih sayang kerana Allah Taala. Tapi pengorbanan untuk kasih sayang yang telah disambut itu adakah sanggup berkorban kerana mengekalkan kasih sayang itu tanpa saling berputus asa, tikam menikam, lain di mulut lain di hati, iri hati, dendam kesumat, berkata sesuka hati, mengumpat, menfitnah, realitikan menjadi pejuang islam, pejuang Allah dan rasul. Jika ya kuterimamu menjadi rakan fbku dan jika kamu melanggar janji maka maafkan daku , aku tak tega menyimpan mereka yang melanggar janji.
Laman fbku bersiaran karya sepanjang-panjangnya jangan nanti kamu bilang komputerku ada masalah ke jika itu yang kamu tanya bererti kamu sendiri yang mencari masalah ok...marilah jika sudah bersiap sedia sejujurnya ikhlas kerana Allah Taala..
PETIKAN WALL GRUP MELAYU BANI JAWI & PUJANGGA RATU RIMBA
CINTA 5 BENUA
28 SYAABAN 1436H
15 JUN 2015
0 comments:
Post a Comment