SASTRA ANUGERAH ILAHI (488) PERTARUNGAN TAKDIR MAKHLUK BESAR DI ANTARA MAKHLUK KECIL
Alam Pren Adni Mpn shared Dewata Majnun's photo.
LEMBAH BUJANG, TAMADUN TERTUA DI ASIA TENGGARA ADALAH MILIK MELAYU
Komuniti Melayu dan komuniti Tamil di Malaysia “berperang” fakta di alam maya dalam membincan...
See More
Alam Pren Adni Mpn shared Dewata Majnun's photo.
LEMBAH BUJANG, TAMADUN TERTUA DI ASIA TENGGARA ADALAH MILIK MELAYU
Komuniti Melayu dan komuniti Tamil di Malaysia “berperang” fakta di alam maya dalam membincangkan mengenai siapakah Lembah Bujang yang diperkatakan. Ada yang mengatakan bahawa ianya dibina oleh Melayu, dan ada mengatakan ianya bukan.
Berikut adalah artikel yang berbentuk Q&A ataupun Soalan & Jawapan bagi menjawab segala permasalahan dan khilaf dalam menentukan siapakah pemilik Lembah Bujang.
S: Berapa luas kawasan Lembah Bujang (LB)?
J: Setakat ini lebih kurang 200km persegi.
S: Berapa lamakah usia peradaban di LB?
J: Setakat penemuan terkini, 5 abad Sebelum Masehi (SM). Atau bahasa mudah, 2500 tahun dahulu. Atau lebih mudah, 500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa/Jesus. Sekiranya ada penemuan terbaru, usianya mungkin lebih tua dari itu.
S: Penemuan setakat ini di LB?
J: Di tapak ini ada lebih kurang 97 tapak purba berjaya ditemui. Sebanyak 46 tapak berjaya digali & selebihnya masih tertanam. Sekiranya ada penemuan terbaru, luas kawasan tadi menjadi lebih besar dan jumlah tapak purba yang berjaya ditemui meningkat.
S: Jenis binaan yang berjaya ditemui di LB setakat ini?
J: Candi-candi, tapak peleburan besi & jeti. Binaan di sini dibina menggunakan batu-bata tanah liat yang dibakar & beratapkan genting yang juga dibuat dari tanah liat yang dibakar. Namun tempat pembuatan batu-bata, genting & tuyere (relau) masih belum ditemui.
S: Apa itu candi?
J: Candi adalah bangunan yang berkait rapat dengan keagamaan. Ia boleh jadi tempat pemujaan, penyucian, pintu gerbang, istana malahan makam. Dan candi tidak semestinya tempat pemujaan dan tidak semestinya berkaitan dengan Hindu/Buddha.
S: Lain-lain penemuan di LB?
J: Cengkerang dan serpihan tulang lembu yang menunjukkan masyarakat ketika itu menternak & memakan daging lembu.
S: Pihak yang menjalankan ujikaji dan pengesahan usia peradaban di LB ini?
J: Contoh batu-bata dihantar ke Basic Science Lab di Korea, manakala contoh abu dan arang dari relau besi dihantar ke Beta Lab di Florida, USA. Pihak Malaysia juga ada melakukannya sendiri di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di USM untuk memastikan hasil pentarikhan adalah sama dengan hasil yang di perolehi oleh Korea & USA.
S: Adakah tapak ini ada kaitan dengan agama Hindu/Buddha?
J: Pada mulanya, ia seakan berkaitan dengan agama Hindu/Buddha. Namun setelah diteliti, ianya berkaitan dengan kepercayaan Animisma/penyembah alam kerana tapak purba ini dibangunkan menghadap ke Gunung Jerai.
S: Benarkah peradaban di LB dibangunkan oleh keturunan Chola yang berbangsa Tamil, seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang Tamil di Malaysia?
J: Tidak sama sekali. Keturunan Chola yang berjaya menyerang (bukan menakluk) semenanjung ini ialah Rajendra Chola I, yang memerintah sekitar 1012 – 1044 Masehi. Beliau hanya menyerang dan tidak bersemayam di sini. Tapak purba di LB berusia 5 abad Sebelum Masehi. Semasa beliau datang ke sini, peradaban di LB telah lama wujud. Sedangkan ibubapa kepada moyang Rajendra Chola I, iaitu Vijayalaya Chola yang memerintah sekitar 848 -891 Masehi pun belum dilahirkan lagi.
S: Habis, kenapa kerajaan tersebut menemukan artifak Hindu-Buddha?
J: Saya percaya bahawa pada kurun 500 SM, usia terbaru yang dibangkitkan oleh USM mengenai tapak ini, ketika itu ianya dibina bukan berlandaskan ajaran Hindu tetapi lebih kepada memuja Gunung Jerai.
Kemudian, bila waktu bergulir di Kedah Tua, maka kita dapati bahawa bila ajaran Hindu Buddha dianuti oleh orang Melayu, maka candi itu dijadikan tapak pemujaan kepada ajaran Hindu. Sebab itu terdapat kekeliruan bilamana sangat kuat seni bina Yunani pada candi-candi di sini, dan ianya berbeza sekali dengan yang adai di Utara atau Selatan India.
S: Itukan bukti bahawa Lembah Bujang adalah milik orang India dan Tamil. Tengok, tinggalan purba Hindu-Purba!
J: Saya mohon saudara jangan sempitkan fikiran mengatakan bahawa agama dan nama menunjukkan bangsa.
Nama saya Helmi Effendy, saya beragama Islam dan nama saya adalah nama arab. Apakah saya ini orang arab? Tidak bukan? Saya tetap Melayu.
Ya, itu semua sebuah kerajaan Melayu walaupun mereka beragama Hindu-Buddha.
S: Apa bukti bahawa Lembah Bujang itu orang MELAYU… manalah tahu ianya dibuat oleh orang asli kalau bukan orang Tamil yang memerintah.
J: Boleh saya tahu siapa orang asli anda sebut? Sebab di Malaysia ini suku orang asli kebanyakan daripada Melayu Proto dan Melayu Moden pula dikenali sebagai Melayu Deutro.
Bukti itu sebuah tamadun milik Melayu? Daripada lembah bujang ini, lahirnya banyak kerajaan hebat iaitu Pattani, Kedah Tua, Langkasuka, dan Gangga Negara.
Dan bila saya merujuk tesis-tesis yang dibuat oleh pengkaji, ataupun buku sejarah, mereka semua mengaitkan kerajaan yang saya sebut dengan Melayu.
Bahkan kami mempunyai hikayat yang menceritakan mengenai asal-usul Kedah iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Dan teks tersebut bukannya dalam bahasa Tamil atau India tetapi bahasa Melayu.
S: Tetapi, apakah bukti bahawa Cholas tidak menjajah Kedah?
J: Para sejarawan berpendapat dan sebulat suara mengatakan bahawa Cholas hanya menjarah Kedah yang ketika itu adalah menjarah bukannya menjajah. Mereka mahu mengacau pelabuhan Srivijaya, iaitu sebuah lagi empayar Melayu yang hebat.
Kerana selepas 2 tahun serangan Cholas, dan Maharaja Sangramavijayottungga ditangkap oleh Cholas, kelihatan Srivijaya melalui Mahraja Sri Deva menghantar utusan ke China dan baginda sempat juga membina sebuah kuil bernama Tien Ching kepada Maharaja China.
Kredit: Hamid Wahab & Helmi Effendy
Sumber : www.thepatriots.my

28 SYAABAN 1436H
15 JUN 2015
0 comments:
Post a Comment