SASTRA ANUGERAH ILAHI (490) PANTUN SILATURRAHIM TERJAGA
FROM NOTIFICATIONS
Semoga dengan ada nye group (MALAYSIA & RIAU) Melayu Serumpun ini dapat memper'eratkan tali persaudaraan dan Silahturahim sesama melayu.. Walaupun kita beza negara, tapi kita tetap 1, sebab tanah melayu yg bertitahkan Raja dn Sulatan sudah membuktikn bahwasanye kita semua sedara mare,puak2 melayu berbilang kaum dn suku adat,yg beza tapi tujuan tetap same...
#AMARAN
1). Kita semua org Melayu di larang untuk postingkn fhoto/gambar porno dan sexsy..
1). Kita semua org Melayu di larang untuk postingkn fhoto/gambar porno dan sexsy..
2). Kita semua orang melayu di larang becakap/koment yg tidak sopan santun dn kluar dari akidah akhlak diri sendiri..
Berguraw senda lah selayaknya untk menghormati yg tua...
Berguraw senda lah selayaknya untk menghormati yg tua...
3). Tak boleh pasang iklan di group ini..
4). Saling menjaga negara kita maseng2 dan jangan ada percanggaan,,sesama melayu...
Klu sya dah buat awk semua ada yg tak senang dan tak suka,dengan group ini. Sya mintak maaf sebesar2nye...
#WASALLAM
#WASALLAM
OLDER
Rabeah Binti Mohd Ali shared drtuah's photo.
Islami akan terus tenang oleh setiap petaka yang ditimpakan kerana dia tahu kesabaran mencetuskan kasih sayang ALLAH buatnya." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Rabeah Binti Mohd Ali shared Fakta's photo.
Beza Tanjak Dendam Tak Sudah & Solok Timbo
Acapkali juga saya menerima pertanyaan dan tempahan destar Dendam Tak Sudah dari para pengantin. Sebenarnya saya amat tidak selesa sekiranya mengambil tempahan Dendam Tak Sudah (DTS) sesudah mempelajarinya dari seorang guru di Negeri Sembilan. Menurut guru saya, DTS hanya layak dipakai oleh Sultan yang memerintah, bukannya rakyat biasa.
Rakyat di kalangan kita moleknyalah memakai Solok Timbo (ST) untuk sama ada majlis perkahwinannya atau lainnya. Juga sambil itu, saya ingin mengalih-arahkan pandangan tuan-tuan terhadap persepsi yang mengatakan bahawa ini adalah destar untuk pengantin semata. Sebenarnya tidak (mohon ditambah sekiranya ada lagi pencerahan atau sekiranya kurang tepat, mohon dimaklumkan juga). Daripada pengamatan saya yang baru ini, sekiranya di Negeri Sembilan, ia digunapakai oleh sesetengah mereka yang berjawatan, itu paling utama. Selain itu, dipakai juga oleh mereka yang mengambil pingat dan sebagainya atau lebih mudah dipakai oleh golongan rakyat. Malah terpapar juga foto anak-anak Tuanku Negeri Sembilan di internet (juga ada di Muzium Seri Menanti) yang hanya memakai destar ST.
Selain itu, kalau diamat-amati kedudukan dan rupa bentuk keduanya adalah sama, namun letak simpulan dan arah lambaiannya berbeza. Untuk ST, simpulan di sebelah kanan dan lambaiannya menghala ke sebelah kiri, manakala kedudukan DTS pula adalah sebaliknya.
( sumber : Tuan Peniup Serunai di http://kronikeltanjakmelayu.blogspot.com/…/beza-antara-solo… )
Like ✔ Tag ✔ Share ✔ & sebarkan #Fakta
Kai
Rabeah Binti Mohd Ali shared drtuah's photo.
Red Beach in Panjin, China
Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
SI GILA DAN KHALIFAH HARUN AR-RASYID
Dikisahkan bahawa Buhlul adalah merupakan seorang lelaki gila pada zaman al-Khalifah al-’Abbasi Harun Ar-Rasyid. Pada suatu hari, Harun Ar-Rasyid lalu berdekatan dengannya. Ketika itu dia sedang duduk di sisi kubur. Harun Ar-Rasyid berkata kepadanya dalam keadaan menghina: “Wahai Buhlul, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?”
Buhlul pun memanjat sebatang pokok sehingga sampai ke tempat yang paling tinggi. Kemudian dia menyeru Harun Ar-Rasyid dengan sekuat-kuat suaranya: “Wahai Harun, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?” Harun Ar-Rasyid pun pergi ke bawah pokok tersebut sambil menunggang kudanya.
Harun Ar-Rasyid berkata kepada Buhlul: “Aku yang gila atau engkau yang gila yang berada di atas pokok?”
Buhlul berkata kepada Harun: “Aku ada akal”.
Harun Ar-Rasyid bertanya: “Bagaimana kamu mengatakan kamu ada akal?”
Harun Ar-Rasyid bertanya: “Bagaimana kamu mengatakan kamu ada akal?”
Buhlul menjawab: “Aku ada akal dan tidak gila kerana aku tahu bahawa benda ni akan hilang (sambil dia menunjukkan ke arah istana Harun Ar-Rasyid) dan benda ini akan kekal (sambil dia menunjukkan ke arah kubur). Maka aku telah mengimarahkan ini (kubur) sebelum ini (dunia dan nikmatnya). Manakala kamu pula sesungguhnya telah mengimarahkan yang ini (dimaksudkan istana) dan kamu telah merosakkan yang ini (dimaksudkan kubur). Kamu benci untuk berpindah daripada tempat yang kamu makmurkan kepada tempat yang kamu rosakkan sedangkan kamu tahu bahawa kubur itulah tempat kamu kembali bahkan tidak mustahil lagi.”
Buhlul pun berkata: “Katakanlah kepadaku siapakah di antara kita yang gila sebenarnya?”
Gementar hati Harun ar-Rasyid dan dia menangis sehingga basah janggutnya. Lalu dia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya engkau benar.”
Kemudian Harun Ar-Rasyid berkata: “Tambahkanlah nasihat untukku ya Buhlul.”
Buhlul berkata: “Cukuplah bagimu Kitab Allah maka berpegang teguhlah dengannya.”
Harun Ar-Rasyid berkata: “Adakah kamu ada sesuatu hajat, aku akan tunaikannya.”
Buhlul berkata: “Ya, aku ada tiga hajat. Jika kamu menunaikannya, aku berterima kasih kepadamu.”
Harun Ar-Rasyid berkata: “Mintalah hajatmu itu.”
Buhlul pun berkata: “Engkau tambahkan umurku.”
Jawab Harun Ar-Rasyid: “Aku tak mampu.”
Buhlul berkata lagi: “Kamu selamatkan aku daripada Malaikat Maut.”
Jawab Harun Ar-Rasyid: “Aku tak mampu.”
Buhlul berkata lagi: “Engkau masukkan aku ke dalam Syurga dan jauhkan aku daripada Neraka.”
Jawab Harun Ar-Rasyid: “Aku tak mampu.”
Buhlul berkata: “Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau adalah ‘mamluk’ (yang dimiliki) dan engkau bukanlah ‘malik’ (yang memiliki). Aku tiada apa-apa hajat di sisimu.”
Sumber dari terjemahan: كتاب عقلاء المجانين
=======================================
Kita lupa berhajat pada Al-Malik, tapi beria-ia minta pada si mamluk...
=======================================
Kita lupa berhajat pada Al-Malik, tapi beria-ia minta pada si mamluk...
Siapa lebih gila sebenarnya?
Peringatan untuk diri sendiri...
-HE-
PETIKAN WALL GRUP (MALAYSIA & RIAU) MELAYU SERUMPUN &
GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
28 SYAABAN 1436H
15 JUN 2015
0 comments:
Post a Comment