Friday 16 September 2016

HIDUP SATU PERJUANGAN (373) KITA SEMUA HAMBA-NYA YANG KERDIL DI SISI-NYA




HIDUP SATU PERJUANGAN (373) KITA SEMUA HAMBA-NYA YANG KERDIL DI SISI-NYA

Buluh Perindu
YA ALLAH, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada~Mu.
Renungan untuk diriku yg mudah lupa...

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Kopi Lekat
Menarik! Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
_________________________
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Baca selanjutnya>>>http://bit.ly/1m0Hl0H
KL


Buluh Perindu bersama ZE Zul Trw dan 9 yang lain.
Setiap angan2 terhadap gambaran syurga dan neraka diluar batasan khayalan manusia. Setiap apa yg dibayangkan hanyalah 'ibarat' saja utk kefahaman bagi org yg mahu memahaminya.-)

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Buluh Perindu telah menambah 2 foto baru
memahami kehendak Allah SWT.. Bagi org yg redha musibah atau tidak adalah sama. Kerana dia melihat bahawasanya musibah t'sebut adalah ketentuan dari Rabbnya. Inilah perbedaan antara redha dan sabar. . .

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Kebahagiaanmu tidak ditentukan oleh orang lain, Tapi oleh dirimu sendiri. Apa yang kamu lakukan hari ini, Tentukan bahagia masa depanmu.
Rabeah Binti Mohd Ali berkongsi kenangan.
Setiap yang hidup pasti menghadapi kematian...moga kita ditemukan dengan Husnul Khotimah bukan Su'il Khotimah
Rabeah Binti Mohd Ali berkongsi kenangan.
ITULAH YANG TERZAHIR
SELAMAT HARI MALAYSIA 2015, selamat bercuti kepada yang bercuti. Kepada yang bekerja teruskan usaha anda, moga2 berakhir sebagai insan LUAR BIASA BAGUS dan HEBAT SEKALI.

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen


Rabeah Binti Mohd Ali
 berkongsi kirimannya.
KOLEKSI KARYA RATU RIMBA NIAGARA & RAKAN-RAKAN
SEPERJUANGAN UNTUK WARISAN ANAK BANGSA NUSANTARA
PENDEKAR MELAYU ADALAH TENTERA ALLAH
Takkan hilang melayu di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah Melayu sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.
Pendekar melayu menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.
Melayu sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa melayu berakar umbi;
Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
Itulah bukti melayu sudah satu hati.
Melayu pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar melayu akan satukan ummah,
Kerana mahu mati dalam fisabilillah.
Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
Anak jantan melayu pantang dicabar;
Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
Nyawa jadi taruhan jika dicabar.
Melayu hina melayu kepantang melayu,
Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.
Melayu kuat kerana bersatu,
Kutuk mengutuk hina menghina;
Bukan jiwa pendekar melayu,
Yang ada membela yang teraniaya.
Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
Raja sekarang selalu muafakat;
Muafakat Raja bersama rakyat,
Raja dan rakyat hidup penuh berkat.
Hulubalang sultan sedia berbakti,
Pada raja berjiwa hamba-Nya;
Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
Laksamana lambang kepahlawanan sejati.
Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
Raja dan rakyat saling menyanjungi;
Kata sepakat semua rumpun melayu,
Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.
Melayu oh! melayu
Perwira oh! perwira
Pahlawan oh! pahlawan
Pendekar oh! pendekar
Laksamana oh! laksamana
Hulubalang oh! hulubalang
Berjuanglah kalian
Hingga ke titisan darah terakhir
Fisabilillah lah kamu jangan jemu
Syahidmu di medan juang
Allah sayang padamu
Syurga Firdausi tempatmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
Syahid ke jalan-Nya
Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
Aku bangga denganmu
Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Jun 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
TERIMA KASIH GRUP TENTERA FISABILILLAH
Bismillahhirrahmanirahim
Assalamualaikum Wr Wb
Terima kasih kerana sudi menjemput hamba
Bersiaran karya di grup yang mulia ini
Grup Taman-Taman Syurga Insya-Allah Aamin
Grup yang ahli-ahlinya
Bermatlamat berjuang ke Jalan-Jalan ALLah
Dan matipun dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT
Moga apa yang dimatlamatkan dan dicita-cita berjaya Aamiin
Hamba bukan seorang cendikiawan atau sri kandi
Tapi cumalah seorang hamba Allah
Yang dikurniakan sedikit bakat untuk menulis
Dengan sedikit bakat kurniaan inilah
Hamba cuba menulis yang terbaik
Untuk dipersembahkan kepada Allah SWT
Dan moga sudi dibaca oleh ahli-ahli grup
Tentera Fisabilillah yang diRahmati Allah
Di kala hidup dan mati Insya-Allah Aamiin
Andainya apa yang hamba tulis
Tak seindah bahasa dan pengetahuan para ahli grup di sini
Harap dapat memaafkan hamba
Percayalah hamba sudi ke sini
Semata untuk menyiarkan karya-karya hamba
Untuk dibaca dan dihayati oleh Tentera Fisabilillah...
Tentera Allah
Insya-Allah balasan-Nya Syurga.
Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin.
'SELAMAT BERJUANG TENTERA FISABILILLAH
DOAKU MENGIRINGI PERJUANGANMU
JIKA KAU GUGUR DI MEDAN JUANG
JASAMU SENTIASA MEWANGI DI HATI KAMI'
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT!
DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS,'FISABILILLAH'
Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'
Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah-Nya di muka bumi ini
Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!
Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!
Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat
Aku dengan caraku
Kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela
Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!
Darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk :
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!
ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN FISABILILLAH!
KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
16 SEPTEMBER 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE -49 PADA 16 SEPT 2012)
TETAMU ALLAH SYURGA MENANTI
duhai tetamu Allah yang dikasihi dunia akhirat...
selamat menunaikan fardhu haji
selamat menunaikan ibadah umrah
selamat menunaikan ibadah haji dan umrah
selamat datang ke Makkah Al-Mukarahmah
bertuahnya kamu menjadi tetamu Allah...
kamulah insan teristimewa dipilih Allah menjadi tetamu-Nya
menjadi tetamu manusia pun sudah gembira
inikan pula Tetamu Allah Tuhan Semesta Alam
Segala Pujian Hanya Untuk Allah Yang Maha Berkuasa
Allah Yang Menguasai Kerajaan Langit Dan Bumi
Allah menguji hamba-Nya tanda Allah cinta
tetamu Allah diuji
adakah sabar menerima ujian yang maha hebat dari Allah.
suasana tenang dengan sekelip mata Allah timpakan bala bencana sehingga bergelimpangan tetamu Allah yang syahid
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
melihat darah syahid tetamu Allah teringat pula
dimana kisah Nabi Ibrahim as mendapat wahyu dari Allah swt
memerintahkan Nabi Ibrahim as melakukan ibadah korban dengan menyembelih Nabi Ismail as
Allahu Akbar Allahu Allahu Allahu Akbar
tetamu Allah yang syahid Syurga telah menanti kedatanganmu
selamat bahagia tetamu Allah selamat bahagia ahli Syurga
benarlah wahyuNya dalam surah Al- Fajr 27-30
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Zulhijah 1436H
15 September 2015
(Puisi dikarangkan istimewa untuk semua tetamu Allah yang sedang diuji Allah moga bertabah hati dan mendapat Haji Mabrur AAmiin)
Ratu Rimba Niagara WAJAH-WAJAH PEJUANG SYAHID FISABILILLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Ayahanda Panglima Pangeran Aduka
Monday
Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali... Masih sy ingat lagi layanan istimewa beliau kpd saya dan rakan2 pada tahun lpas... Walau pun hnya sehari semalam je tinggal di rumah beliau tp ilmu yg di kongsikan amat bermanfaat... Semoga Allahyarham Tuan Guru Ayahanda Pak Ya,Guru Utama Perguruan Gerak Insan Seni di Melaka di tempatkan di tmpat org yg beriman..beliau juga merupakan Ayahanda dlm Pekida di melaka.. Al Fatihah...
Ratu Rimba Niagara shared Ariel Arjuna Andre Ricky's photo.
Ditepian simpang ini sejenak aku terhenti
Terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula
Ku tingalkan segala yang kusayang dan cinta
Hanya untuk mencari satu identiti 'Diri yang murni'
Setelah tejerat dalam dilema aku mengerti
Bagaimana sukarnya 'Mengenal diri sendiri'
Hanyutlah aku dalam arus hidup yang tak menentu
Maka timbul kesedaaran yang aku selama ini keliru
Kupandukan cahayaMU dari MU Ilahi
Aku bersujud mohon doa mohon rahmat memohon restu MU
Kau senangkanlah mudahkanlah perjalanan hidup ku
Selama ini aku terpedaya dan keliru.
DIRIpengembara - ArielARJUNA 1440 -
KAU AKAN SELAMAT SAMPAI DI MERCU KEJAYAAN
Duhai hamba yang keliru
Selagi kamu berpegang
Pada Al-Quran dan As-Sunnah
Kamu tak akan terpedaya diperdaya
Kamu tak akan keliru dikelirukan
Bagaimana tingginya ombak tsunami membadai
Kau tak akan karam di dasar lautan
Sekalipun perjuanganmu
Seperti berada dalam bara api
Gulungan ombak mengganas
Kau akan selamat sampai di mercu kejayaan
Karena tak perlu kau bimbang
DIA sentiasa ada dalam sangkaanmu
Maka sentiasalah bersangka baik
Pada apa yang ditakdirkan untukmu
Pasti kau bisa mengatasi segala cabaran yang mencabar
ALLAHU AKBAR
Kuasa Allah Mengatasi segala-NYa
Yakinlah itu duhai hamba Allah yang tak terkeliru lagi.
RATU RIMBA NIAGARA
26 Jun 2013
PANTUN KARYA PUJANGGA WARISAN BANGSA
Ratu Rimba Niagara:
Salam persahabatan nusantara
Dari jauh hamba datang
Untuk saling bertegur sapa
moga berpadu ukhuwah kasih sayang
Yahya Isa ...
Diambil juga buah salak,
asam kelubi jauh di muara;
biarlah jasad dipisah jarak,
dalam hati terasa mesra.
Ratu Rimba Niagara:
Dalam hati terasa mesra,
Senyuman menguntum menjawab salam;
Kita serumpun melayu senusantara,
Menyambung ukhuwah berkirim salam.
Yahya Isa ...
Termenung resah puteri mengidam,
dihulur manisan kerabu mangga;
menyambung ikhuwah berkirim salam,
menyubur warisan karya pujangga.
Ratu Rimba Niagara:
Karya pujangga warisan bangsa,
Untuk dihadiahkan cucunda tercinta;
Senusantara berpadu berbahasa,
Bahasa melayu bahasa bangsa.
Yahya Isa ...
Kuanggap emas rupanya suasa,
kemas jahitan di lengan busana;
Bahasa Melayu bahasa bangsa,
terjejas dirancu penderhaka durjana.
Ratu Rimba Niagara:
Bahasa melayu bahasa bangsa,
Akan dimartabatkan tanpa jemu;
Tak akan berani si penderhaka durjana,
Pejuang sastra pertahankan bahasa melayu.
Bangunlah para pejuang bahasa bangsa,
Lalaimu pertahankan akan kecewalah moyangmu;
Makanya kau disandarkan harapan anak bangsa,
Agar bahasa bangsa melayu menjadi kebanggaanmu.
Para pejuang tak akan biarkan,
Bahasa bangsa dipersendakan;
Disepikan di biarkan tanpa dipedulikan,
Bahasa bangsa warisan moyang kesayangan.
Yahya Isa ...
Berlegar Aduka menanti di taman,
Berserah sahaja melihat nyonya;
Agar bahasa menjadi kebanggaan,
Dikerah semua menobat daulatnya.
Ratu Rimba Niagara:
Daulat bahasaku daulat bahasaku,
Kita bersama mendaulatkannya;
Tanpa rasa takut di hatiku di hatimu,
Lambang cinta pada anak bangsa.
Yahya Isa ....
Rendang dinda tidak bersisa,
sedap dimasak khasiatnya kaya;
Lambang cinta anak bangsa,
Sederap gerak terus berkarya.
Ratu Rimba Niagara:
Indah sungguh kanda berpantun,
Penuh adap penuh sopan;
Karya dinda karya kepahlawanan,
Untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
Yahya Isa ....
Pantun puan cukup berkesan,
rima dan rangkap dijaga indah;
Untuk memartabat bahasa kebangsaan,
Berganding kita menyusun langkah.
Ratu Rimba Niagara:
Pantun tuan apa kurangnya,
Lagi dibaca tercetus idea;
Ingin aturkan langkah setelitinya,
Agar segala matlamat dalam izin-Nya.
Yahya Isa ...
Bersinar permata nilam taranya;
Hiasan berseri di songkok mahkota;
Agar segala matlamat dalam izin-Nya,
Ikhlaskan hati dan bertawaduk kita.
Ratu Rimba Niagara:
Setiap langkah adalah perjuangan,
Memartabatkan bahasa jiwa bangsa;
Agar kita tidak merasa penyesalan,
Berpanjangan hingga tiadanya kita.
Yahya Isa ...
Busana dinda bertatah ratna,
cantik buatan harganya mahal;
sastera kita merungkai makna,
bagai beliung memotong tebal.
Ratu Rimba Niagara:
Sastera kita merungkai kata,
Untuk ditinggalkan generasi tersayang,
Dari sekarang kita seia sekata,
Tanda generasi kita kasih dan sayang.
Yahya Isa ...
Hati terhiris pinangan ditunda,
sebak di dada hati terkilan;
kita pewaris tinggalan ibunda,
seni berpantun hilang jangan.
Ratu Rimba Niagara:
Kukuh berseni sepanjang zaman,
Begitu hebatnya bahasa ibunda;
Bahasa ibunda tak akan ketinggalan zaman,
Kerana kitalah generasi penerus tinggalan ibuda.
KARYA YAHYA ISA & RATU RIMBA NIAGARA
(GRUP PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA)
16 Sept 2012
PEREMPUAN-PEREMPUAN PEMECAH BATU
By: Duta Leonardo Dudikoff
renangi sungai Kelingi
lalu peluklah riaknya
hingga senja serupa kilau permata
diwajahnya yang renta
Sebab di sana, berbongkah-bongkah batu
Telah menjelmakan diri bagai mutiara
Untukmu Perempuan-perempuan
Bertulang baja..
By: Duta Leonardo Dudi koff
Kelingi, Lubuk Linggau September 2012
(GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
' LUKISAN '
By: Temul Amsal
seorang
pelukis tua
mencoret coret wajah
sebelum pemesannya tiba
bias bias pelangi dimakan tikus putih
tak jadi selesai
.........................................
kugores warna dari warna
dari darah jariku
kucipta wajah dari wajah
dari raut mukaku
.........................................
di kanvas ini
wajah wajah kehilangan rupa
aku kehilangan diriku
dibalik timbunan warna
.........................................
botol botol tinta
ku hempaskan ke dinding dinding
sampai aku jemu
segala warna dari warna
yang tersisa di botol itu
ku goreskan
ku coretkan semua
pada kanvas yang tak berbingkai
ku tulis nama nama
ku tulis namamu
yaaa rabbi
ku tulis lagi
ku tulis kata hati
berulang ulang
ku baca
ku eja eja
bait baitnya
sampai jemu
sampai jenuh
.......................................
lukisan itu tak pernah selesai
----------------------
By Temul Amsal
(GRUP DIALOG RUMAH SASTERA BORNEO)
pada 16hb September 2012 jam 9.55 ptg ·
BICARA ALAM
Andai mampu
Kukumpul buih-buih lautan,
Akan kuanyam butiran memaniknya,
Kujadikan untaian madah puisi serlahan mutiara kekata.
Andai mampu
Kuraup bebayu senja
Akan kumandi segarkan jiwa
Dengan siraman ilham pujangga.
Andai mampu
Kukumpul titisan embun
Akan kusuburkan Sahara gersang di jiwa
Dengan rerendang kehijauan lunak madah sastera.
Andai mampu
Kujadikan langit hamparan rasa
Akan kukumpulkan kejora dengan gugusan bintang-bintang
Kualihkan awan agar tiada mendung budaya.
Andai mampu
Kutarah bukit gunung
Akan kupetik sebutir permata
Kucanai gilap kehalusan wajah berliannya
Biar sinar gemerlap terpancar cahaya bisikan nurani sukma.
Andai mampu
Kukawal aliran air terjun
Akan kupastikan tiada kemarau ilham
Seriang ikan-ikan berkejaran di tasek minda
Biar mengalir sebening dingin jernihnya sungai kekata.
Andai mampu
Kukumpul kuntum mawar kasturi
Akan kusirami haruman di minda pujangga
Biar madah karyanya terus meresapi nurani bangsa.
Andai mampu
Kujadi semuanya
Akan kulontar tsunami ilham
Sepantas pancaran kilat geraknya
Biar pujangga terus berkarya seindah kicauan unggas rimba
Biar bait-bait puisi tiada lagi kemaraunya
Di jiwa bangsa terus subur budaya
Khazanah warisan terus bergema.
Ilham
YAHYA ISA
(GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
pada 16hb September 2012 jam 10.00 ptg · Suka
ILMU JIKA MAHU DISAMPAIKAN JANGAN SEPERTI KITA MENGAJAR KERANA MEREKA TERLEBIH PANDAI DARIPADA SEGALA ILMU
ILMU DISAMPAI SECARA MENDIDIK KERANA MENTARBIYAHKAN DIRI SENDIRI DENGAN RASA BETAPA KERDILNYA KITA DI SISI ALLAH SWT INSYA-ALLAH ILMU YANG DISAMPAI TERUS MERESAP KE KALBU PEMBACA DAN MOGA ILMU YANG DISAMPAIKAN ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN. ITULAH MATLAMAT UNTUK MENYEBAR LUASKAN ILMU YANG SETITIS INI.
RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
SAYA CUMALAH SEBUTIR PASIR
Hari ini kita mendabik dada
Akulah yang alim
Akulah yang faham agama
Akulah yang warak
Mereka semua bacul
Tak faham agama
Munafik!
Penipu!
Wah...Wah...egonya kita
Siapa kamu untuk mendabik dada
Kamulah yang sempurna alim dan warak
Pada pandangan mata kamu
Mereka si pendosa semuanya
Pasti menerima hukuman neraka
Pasti kamulah ahli Syurga kerana taat
Siapa kamu untuk
Menyatakan kamu ahli Syurga
Si pendosa ahli neraka
Apakah kamu tahu
Kesudahan mati kamu di mana?
ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
Si warak masuk neraka kerana munafik
Si pendosa masuk ke Syurga kerana taubatnya diterima
Jika si warak masuk Syurga
bukan kerana banyak amalannya
kerana jika ditimbang amalannya dengan sebutir pasir
berat lagi pasir jika dibandingakan amalan si warak
si warak masuk Syurga kerana dengan Rahmat Kasih Allah
tanpa Rahmat Kasih Allah si warak tak dapat masuk Syurga
makanya si warak harus sedar jangan angkuh
dan sombong dengan ilmu yang setetes
memandang hina si pendosa
bimbinglah si pendosa yang mahu pulang ke pangkal jalan
dengan setulusnya ikhlas kerana-Nya
pasti Rahmat Kasih Allah akan dilimpahi kepada semua
yang mahu mendapat Rahmat Kasih-Nya
Moga kita semua tergolong dalam hamba-Nya
yang sentiasa merasa kerdil di hadapan Allah Azwajallah
Berkata , berpujangga. berhujah dan memberi pandangan
semata untuk dipersembahkan kepada Alllah SWT dan dengan
Rahmat Kasih-nya apa yang kita perkatakan di tinta-tinta
alam maya menjadi saksi untuk menyelamatkan kita
di pandang Mahsyar. Insya-Allah Aamin.
Kepada semua yang membaca karya-karya saya
setiap yang baik itu adalah dari-Nya
yang kurang itu adalah dari saya sendiri
makanya jika ada penulisan saya yang tidak
berkenan di hati pembaca mohon dimaafkan
kerana saya menulis bukanlah untuk dibanggai
atau melukakan hati pembaca alam maya budiman...
saya menulis mahukan Rahmat Kasih-Nya
mana tahu mendapat pandangan-Nya
walaupun saya cuma sebutir pasir.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H
SEBUTIR PASIR SETITIS AIR
dengan adanya sebutir pasir jadilah pantai
dengan adanya setitis air jadilah tasik
makanya jangan sesekali anggap hidup kita tak bermakna
kerana bermaknanya kita
adanya pantai dan tasek
pantai yang indah permai
tasek yang mendamaikan
kehadiran kita di bumi ini
mendamaikan untuk roh dan jasad
kerana kita sudah bersumpah setia
tika berada di alam roh mengaku untuk
menjadi khalifah di bumi ini sehingga dijemput-Nya
jika perjanjian itu sengaja kita lupakan
kerana terpesona dengan pesona dunia yang menipu
alangkah ruginya kita
makanya kita perlukan
penyatuan ummat Islam yang saling
berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran
menganggap diri tetap insan yang kerdil
biarpun sudah berada di puncak jaya
apalah ada kejayaan di dunia ini
jika kejayaan kita tidak memberi apa-apa makna di akhirat
kemuncak kejayaan di akhiratlah yang hendak
kita capai sungguh-sungguh
tanpa ada niat untuk menzalimi manusia
berbuat baik pada manusia
kerana mahu meraih kasih sayang Allah Azzawajallah
moga kita semua menjadi khalifah-Nya yang selari dengan
kehendak Allah SWT
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Ogos 2012
11 Syawal 1433H
Kami Persembahkan Penghargaan Termatrai Bagi Penyair Ulung Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua//////////////kedamaian dunia akan berpatut dalam syair gurindam..............
By Maharaja Kutai Mulawarman
BUKAN DARJAT DAMBAAN CINTA
AKU BUKAN RATU BANGSAWAN DIRAJA
aku bukan ratu
aku bukan bangsawan
habis tu mengapa
mengaku ratu jika bukan ratu
mengapa mengaku bangsawan jika bukan bangsawan
cerminlah pada diri sendiri jika mengaku ratu mengaku bangsawan sedangkan hidup dalam golangan kelas bawahan
adakah gelaran ratu dan bangsawan
telah membuatkan hatimu tersakiti
iya memang aku sakit hati
jika kamu mengaku ratu mengaku bangsawan
tapi cuma topeng untuk gilakan darjat kebangsawanan
aku benci kepura-puraan topeng kegilaan darjat yang kau dambakan mengaburi mata hati orang lain kelas atasan
dan kelas bawahan seperti kamu bolehlah percaya
tapi kelas bangsawan seperti kami tidak
malah kamu bagi kami
paling hina dan menjijikkan
pada kami kamu kelas bawahan adalah sampah
yang harus di hanyutkan
sampah tetap sampah
sampah yang disumpahkan
selamanya menjadi sampah
itulah hukum karma
mengaku bangsawan karena gilakan darjat bangsawan
agar dihormati dan disanjungi manusia
kelas bawahan tetap kelas bawahan
manakah sama dengan kelas bangsawan
walaupun kau laungkan seluruh benua
kau adalah ratu golongan bangsawan
itu cuma anganan mu yang tak akan jadi kenyataan...
duhai ratu golongan bangsawan
aku memang bukan seorang ratu bangsawan seperti kamu
tapi aku tidaklah sampah sepertimana yang kamu bilang
adakah kamu tahu di akhir hayatku menjadi sampah
sebagai hukum karma aku mengaku ratu golongan bangsawan
terlalu agungkah darjat bangsawanmu itu
sampai kamu hinakan aku seperti sampah
adakah kamu yakin selamanya kamu berstatus ratu bangsawan
yang punyai darjat dan harta bertimbun sehingga tujuh keturunan tidak habis habis hartamu
sedarjat mana pun kamu
adakah kamu yang petah berbicara ini
apabila dimatikan kamu perintahkan agar
semua pangkat harta dan darjat kamu di kuburkan sekali
jenazahmu dikafankan dengan kain sutera yang diimpot dari
luar negara dengan harga jutaan ringgit agar tidak dimakan
ulat-ulat dan diseksa dalam kubur?
jika kamu yakin kamu mati dalam redho Allah
aku redha kamu hina aku
hinalah aku semahumu andai itu bisa membahagiakan hatimu
biarkan saja aku terima hukum karma yang sepertimana kamu bilang ke aku, sejujurnya aku tidak layak mengaku ratu golongan bangsawan karena aku golongan bawahan yang tak punya kecantikan jauh sekali harta bertimbun seperti golongan bangsawan
aku memang tak layak apa lagi mengaku bangsawan
aku malu pada diriku sendiri
mengaku ratu golongan bangsawan
dengan pengakuanku itu
aku terhegeh-hegeh
bercampur gaul dengan golongan bangsawan
mereka hormatiku dan sanjungi aku
karena mereka ingatkan aku golongan bangsawan seperti mereka dengan memanggilku Yang Mulia Ratu pujaan hati
kecuali kamu saja yang tidak menerima aku sebagai ratu...
tapi tahukah kamu ratu bangsawan
betapa aku terpaksa memecahkan tembok
jurang darjat di antara golongan bangsawan dengan kelas bawahan semata-mata mahu kesamarataan taraf di antara bangsawan dan bawahan
aku mahu golongan bangsawan dan bawahan
rasakan mereka tiada jurang perbedaan status
berdiri sama tinggi
duduk sama rendah
golongan bangsawan menghormati kelas bawahan
tiada rasa untuk saling menjelekkan menghinakan atas darjat...
golongan bawahan bukan pandang betapa tingginya darjat golongan bangsawan
tapi memandang budi bahasa yang santun menghormati golongan bawahan andai bahasamu membuatkan hati kami golongan bawahan terluka
akan ada hukum karma
makanya hukum karma itu
mahu diperbaiki
saling memperbaiki
agar hukum karma
menjadi buat baik dibalas baik
buat jelek dijauhkan
yang ada hati semurni Syurga
itulah yang didambakan oleh kita semua
dan karena itu juga
RATU RIMBA NIAGARA berkarya
ratu sebagai watak dalam karya saja
bukan RATU yang datang dari golongan bangsawan
makanya maafkan aku jika buatkan hatimu tersakiti
ayuh mari kita berdamai bagi mengelakkan hukum karma
aku bukan ratu memadailah aku ratu pujangga di hatimu sayang....
sayang dunia akhirat
agar kita dapat bersaudara di dunia bersaudara di Syurga
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Safar 1435H
17 Desember 2013
Fasmadhy Deddi jiwa selaku ratu
Ratu Rimba Niagara memadailah aku ratu pujangga di hatimu ya...sama setia dalam perjuangan seni mu perjuangan sasteraku ya...
AKU BUKAN RATU MEMADAILAH AKU RATU PUJANGGA DI HATIMU ANDAI KAU SUDI NGGAK SUDI AKU FAHAM KAU FAHAM SAMA SAMA FAHAM ASALKAN DUA-DUA TAK
TERSAKITI HATI YA...
MOGA DENTINASI YANG KITA TUJU SEIRING DENGAN PERANCANGAN YANG TELAH DITAKDIRKAN UNTUK KITA AAMEEN.
(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
15 Safar 1435H
18 Disember 2013M
Ratu Rimba Niagara YM Prabu Umbu Nai Pilla ...gimana dengan karya yang ratu rimba karangkan ini ya...beri komentar jika sudi...
Prabu Umbu Nai Pilla Wah sudi dan bagus banget YM Ratu Rimba Niagara, kalau saya bilang karya YM adalah SENJATA BERMATA DUA, DAPAT MEMUSNAHKAN JIWA-JIWA BERBAGAI KARAKTER
PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Rusli Saleh slmt brtmu kmbali,sdri penulis yg saye sanjungi,trmksh karena mingisi ruang ilmu,sastra dan ilmu2 tentang penghayatan dlm kehidupan umat islam t,k sdri////
Ratu Rimba Niagara salam bertemu kembali buat sahabat grup yang setia memberi komentar menyuntik semangat untuk terus menulis dan menulis...moga dengan adanya komentarmu itu memberi manfaat kepada pembaca generasi kini dan akan datang . Moga Allah swt merahmatimu sekeluarga atas kebaikanmu memberi komentar untuk tatapan pembaca karya sastera Ratu Rimba Niagara. Insya-Allah Aamiin.
Rusli Saleh Ratu Rimba Niagara teruskan karya sdri itu bagi sy cukup esentik,dalam menulis,sdri sungguh luar biase,dlm menulis di tatapan grup ini mcm iskandar zulkarnain..mcm dr ibnu sina
Rusli Saleh komentar ikhlas dri sy,,satu klbihan anugrah ALLAH
Ratu Rimba Niagara Allahu Akbar..setiap kelebihan seseorang hamba adalah anugerah dari-Nya jika kelebihan anugerahNya dapat dibagikan(dikongsikan) kepada semua adalah satu keindahan hati yang hanya DIA saja yang faham betapa syukur padaNya tak terlafaz. Syukur Alhamdulillah.
Adakah Sama Yang Kau Rasa?
aku menemukanmu
di untai aksara yang membisu
di antara bait puisi tertoreh di dinding semu
terpanah aku oleh goresan jemarimu
terpesona aksara penuh makna
percikan rindu menyentuh kalbu
selalu kuulang terus kuulang
memperhatikanmu dalam diam
kaupun mulai singgah di hatiku
hadiri bayang-bayang indah dalam angan
kaulah sang ratu pelukis rasa
hadirmu kudamba di beranda jiwa
kau insan yang amat istimewa
membuat hati jatuh padamu
tertewas di panah asmara rindu
adakah sama yang kau rasa?
setiap rasa tersimpan
tidak dapat dilafaz
rasailah bahasa hati
adakah sama yang kau rasa?
Karya Isma Anis Al-Fikri
30 Mei 2012
AKSARAMU
kala aksaramu terpintal melukis makna
bagai ada kata bergema di kuping
bagai ada nada bergerak seiring...
aku..antara lemas dan sadar
antara sepi dan honar
menadah tangan memujuk sukma..gejolak rasa sukar ditera..
By: Gahar Gilar
30 Mei 2012
AKSARA TERPINTAL MELUKIS MAKNA
Aku sama merasakan apa yang kau rasa ...
Karena kita ditakdirkan ada jiwa menangkap cinta kerana-Nya
Untuk dialih bahasakan ke askara terpintal melukis makna...
INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU
Indah bagi yang mengerti bahasa hati
bahasa jiwa bahasa bangsa
bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
bahasa yang boleh menenangkan jiwa
tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
mendamaikan roh dan jasad
moga pertemuan antara dua hati ini
kekal abadi disatukan di alam realiti
berbicara empat mata satu hati
sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
indahnya pertemuan di kala itu
bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
saling mengerti saling memahami
bahasa hati bahasa jiwa
cuma yang mengerti betapa indahnya
bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
bahagia...
Karya PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Mei 2012
KARYA : ISMA ALIF AL-FIKRI & GAHAR GILAR & PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Mei 2012
TEMAN SEJATI MENDEKATKAN CINTA PADA ILAHI
TEMAN SEJATI INDAHNYA BAGAIKAN PELANGI DI MALAM HARI
HATINYA SEHARUM KASTURI
BICARA SELARI DENGAN HATI
TIADA PENDUSTAAN DALAM BICARA HATI
BERTEMAN KARENA ILAHI
SUSAH SENANG BERSAMA DILALUI
BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT SENTIASA DIHARAPI
DEMI SEBUAH PERSAUDARAAN SEJATI DALAM REDHO ILAHI
ITULAH TEMAN SEJATI SAMPAI MATI SAMPAI SYURGA MENANTI
MOGA DIPERKENANKAN ILAHI
TEMAN DUNIA AKHIRAT YANG DINANTI
AGAR PERJUANGAN BERMATLAMATKAN AKHIRAT YANG DIIDAMI
MENJADI REALITI
BUKAN ANGGANI LAGI
SEMUANYA KUASA ILAHI
DARI DIA KITA DATANG DARI DIA KITA DIKEMBALI
KEMBALI KE PANGKUAN ILAHI
MOGA KEMBALI DALAM JIWA TENANG DALAM REDHO ILAHI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara
16 Safar 1435H
19 Disember 2013M
KETIKA ENGKAU BENAR2/SUNGGUH2 TULUS BERSERAH/TAQWAKAL
KEPADA PENCIPTA-MU
SEGALA SESUATU YANG MENJADI MUSUHMU
AKAN MENJADI TAAT DAN TUNDUK KEPADAMU
KARENA " ALLAH " —
By Prabu Umbu Nai Pilla
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN GRUP YANG SUDI LIKE DAN KOMENTAR KARYA RATU RIMBA NIAGARA MOGA KERJASAMA YANG INDAH INI MEMBERI MANFAAT DUNIA AKHIRAT BUAT KITA SEMUA INSYA-ALLAH AAMIIN
DIMAKBULKAN DOA TIADA SIAPA HALANGI
Rusli Saleh Ratu Rimba Niagara nama di beri.
orang nye cantik manis sekali,
kalau lah sye macam sadari,adakah mungkin dapat ,Phd??
Ratu Rimba Niagara Rosli Saleh hebat sekali,
Memberi komentar setulus hati,
Tiada mustahil bagi Ilahi,
Dimakbulkan doa tiada siapa halangi.
Rusli Saleh Ratu Rimba Niagara saya mmuji stulus hati,
untuk saudari Rabeah Ali,
kalau saudari dapat Phd,
teruskan mnulis lagi..
Ratu Rimba Niagara Rusli saleh yang baik hati,
Memuji setulus hati,
Phd bukan matlamat diperolehi,
Asalkan Allah iktiraf itu didambai.
Comments
Akhiramdani Abdulhak Saya sependapat dengan makna kias dari kalimat "Tetesan air mata mampu memadamkan API NERAKA". Alhamdulillah kebenaran akan mulai terkuak.
Ratu Rimba Niagara Setiap yang baik itu datangNya dari Allah itulah kebenaran yang terkuat. Alhamdulillah Aamiin.
Akhiramdani Abdulhak Wahai saudaraku mari kita berusaha mengeluarkan tetesan air mata (dam'un illahi) hanya untuk bermunajat ke ALLAH, bukan airmata yang keluar karena pahitnya dunia ini, jangan tertipu wahai saudaraku.
Ratu Rimba Niagara Akhiramdani Abdulhak benaran katamu saudaraku.
Akhiramdani Abdulhak maaf saudaraku, sejak tahun 1995 saya mendalami tasawuf, banyak pula yang dapat dan saya rasakan, sampai saat ini saya masih menikmati dunia tasawuf.
Akhiramdani Abdulhak bari kali ini saya berani berkomentar tentang tasawuf, karena banyak yang tidak masuk di akal pikiran kebanyakan manusia.
Ratu Rimba Niagara Alhamdulillah sesungguhnya dunia tasawuf terlalu indah hanya mereka yang memahami dan merasai keindahanNya SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR.
Akhiramdani Abdulhak ya.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 DZULHIJJAH 1437H
16 SEPTEMBER 2016
"SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

Rabeah Binti Mohd Ali berkongsi kenangan.

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Barum Ali Slm sejahtera Rabeah... hebat bahasa ketuhanan awk tu..
Tak SukaBalasan113 min
Rabeah Binti Mohd Ali Salam sejahtera buat sahabat kembali...
Allahu Akbar semuaNya dengan izinNya jua...
kerana DIA Maha Sempurna Hebat...
ku cumalah hambaNya yang kerdil sama juga seperti mu sahabatku yang dikasihi dunia akhirat....


SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Rusli Saleh slmt brtmu kmbali,sdri penulis yg saye sanjungi,trmksh karena mingisi ruang ilmu,sastra dan ilmu2 tentang penghayatan dlm kehidupan umat islam t,k sdri////
Ratu Rimba Niagara salam bertemu kembali buat sahabat grup yang setia memberi komentar menyuntik semangat untuk terus menulis dan menulis...moga dengan adanya komentarmu itu memberi manfaat kepada pembaca generasi kini dan akan datang . Moga Allah swt merahmatimu sekeluarga atas kebaikanmu memberi komentar untuk tatapan pembaca karya sastera Ratu Rimba Niagara. Insya-Allah Aamiin.
Rusli Saleh Ratu Rimba Niagara teruskan karya sdri itu bagi sy cukup esentik,dalam menulis,sdri sungguh luar biase,dlm menulis di tatapan grup ini mcm iskandar zulkarnain..mcm dr ibnu sina
Rusli Saleh komentar ikhlas dri sy,,satu klbihan anugrah ALLAH


Ratu Rimba Niagara Allahu Akbar..setiap kelebihan seseorang hamba adalah anugerah dari-Nya jika kelebihan anugerahNya dapat dibagikan(dikongsikan) kepada semua adalah satu keindahan hati yang hanya DIA saja yang faham betapa syukur padaNya tak terlafaz. Syukur Alhamdulillah.
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-53 PADA 16 SEPTEMBER 2016)
  — meraikan Hari Malaysia.
app-facebook
Selamat Hari Malaysia!
Kami berharap anda mempunyai sambutan yang indah.

SukaTunjukkan lagi reaksi
 Komen
Komen
Abdul Majid Baharom · Friends with Awang Karim Kadir
Tahniah adn Awang Karim Kadir ...
Tak SukaBalasan113 jam
Abdul Majid Baharom · Friends with Awang Karim Kadir
Tahniah juga kpd Ratu Rimba Niagara ..... yg punya karya " PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH" ... Good luck to both of you ....
Tak SukaBalasan210 jam
Ratu Rimba Niagara Aamiin.Terima kasih saudara Abdul Majid Baharom yang sudi menghargai karya yang ditulis .
SukaBalasan29 jam
Abdul Majid Baharom · Friends with Awang Karim Kadir
... saya tidak pandai menyanyi, sebarang nyanyi saya nyanyikan ... saya juga tidak pandai menari, sebarang tari saya tarikan ... saya cuma boleh menghargai , maka itulah saja yg dpt saya lakukan ...
Selamat Hari Malaysia semua
Tak SukaBalasan13 jam
Ratu Rimba Niagara Saling menghargai itulah sahabat sejati ...

'SELAMAT HARI MALAYSIA KEMBALI BUAT SAHABAT YANG BERHATI MURNI,'

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA & INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI HUJUNG NYAWA!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG MALAYSIA & INDONESIA.
UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KE 70 , HARI KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O16, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2016 DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2016'
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terima kasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
11 ZULHIJJAH 1436H
25 SEPTEMBER 2015
drtuah
Hari ini jam 7.30 pagi, secara langsung drtuah di Selangor FM. Jom dengar untuk memerahkan motivasi anda.
ANDAI KUBUR KITA TAK BAHAGIA JANGAN SALAHKAN TUHAN KERANA KITA SENDIRI YANG MEMBUAT PILIHAN PANGGILAN KE SYURGA ATAU KE NERAKA. 

Benarlah hidup cuma mimpi

Setelah mati adalah kehidupan abadi yang realiti

Bayangan hidup di dunia adalah bayangan akhirat kita

Syurga itu luas seluas langit dan bumi malah lebih luas dari itu
Tingkatan satu Syurga ke Syurga yang lain adalah sejauh langit dan bumi
Walaupun penghuni Syurga berada di Syurga tapi pasti menginginkan Syurga yang pertama. SUBHANALLAH 

Nikmat segala nikmat yang ada di Syurga apabila semua penghuni Syurga dapat memandang Wajah Allah Azzawajallah dengan jelas tanpa terlindung
sebagaimana kita dapat melihat bulan dengan jelas begitulah kita dapat memandang Wajah Allah Azzawajallah. SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Moga kita beramal dan membuat segala kebaikan bukanlah kerana Syurga tetapi kerana Allah Taala , kita inginkan Syurga kerana di Syurgalah kita dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah.

Kerana Syurga itu luas semua layak masuk Syurga maka kita sentiasa tarbiyahkan diri kita , keluarga kita, sanak saudara kita , kawan-kawan kita dan semua muslimin muslimat untuk bersama hidup di Alam Syurga. 

ALLAHU AKBAR INDAH-NYA JIKA KITA HIDUP SEHATI SEJIWA MENEMPAH TIKET KE SYURGA. MOGA ALLAH SWT PERKENANKAN SEGALA USAHA KITA WALAUPUN SEBESAR ZARRAH ADA NILAIAN-NYA DIKUMPUL-KUMPUL SEHINGGA BERJAYA TEMPAH TIKET KE SYURGA. INSYA-ALLAH AAMIIN.

Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izin-Nya jua . AAmiin . 

Setelah mati berada di alam barzah tidak siapa pun tahu untung nasib si mati semuanya menjadi rahsia Allah urusan Allah.

Andainya si mati masih di umpat keji oleh mereka yang masih hidup Allah swt lah pembelanya. Bilamana Allah pembelanya maka tunggulah pembalasan yang maha dahsyat.

Moga kita dijauhi daripada suka mengumpat keji pada mereka yang hidup atau yang sudah mati kerana siapapun kita tak sempurna.

ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU

Moga kita hidup berakhir dalam khusnul khotimah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Bilamana hati terpaut kepada Allah hati akan selembut salju kerana hati tidak terdinding dengan duniawi lagi hati sentiasa tenang setenang air di kali Syurga. Aamiin Ya Allah.

MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA

Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,,
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.

Seputar kejadian di Masjidil Haram...
Indah sungguh peng akhiranmu wahai saudaraku
Meskipun banyak orang mempunyai harta seluas langit dan bumi namun tidak se indah kepergianmu ketika sujud
Selamat jalan saudaraku ku doakan semuga kau tenang bertemu Tuhan MU..Aamiin....

surat AL-Fajr 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH

Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DUNIA YANG HINA

Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin

"SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN
RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

KH. Abdullah Gymnastiar
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita

Rabeah Binti Mohd Ali Terima kasih atas like dan sapaan semua sahabat...sebagaimana banyaknya pahala ada dalam karya ini begitu juga diberikan kepada sahabat yang dikasihi dunia akhirat. Aamiin.

................................................................
aku adalah hamba-Nya seperti kamu juga ingin ke Syurga Melihat Wajah-Nya,
2o Muharram 1437H 
2 November 2015



PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
14 DZULHIJJAH 1437H
16 SEPTEMBER 2016
"SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"

0 comments:

Post a Comment

 
;