Wednesday, 1 June 2011

HIDAYAH KASIH

Hampir bertahun
dia mengabdikan
cinta suci padanya
dipertahankan biarpun
remuk redam,
hancur lulur
hati dimamah
bicara beracun!

Hidup bertemankan
gerhana…
Kemarau…
Buat hati suram
ketandusan cinta.

Hari-hari dilalui
tanpa cinta suci
cuma yang ada
gerhana dan kemarau kasih.

Dinantikan pelangi cinta
datang menyinggah
namun pelangi cinta
tidak juga membalas
kasih suci…

Kini pabila
hati telah hancur lulur
telah retak menunggu pecah
barulah pelangi cinta
mahu memperbetulkan
kesilapan masa lalu
mahu membalas cinta suci
setelah dia mendapat
‘Hidayah Kasih’

Tapi apakan daya…
Hati dan jiwaku
telah kau hanyutkan
ke gurun sahara kasih
biarpun pelangi cintamu
bertandang di hatiku semula
segalanya sudah terlewat
untuk diulangi kembali
kasih suci yang pernah kita bina.

Maafkan aku duhai pelangi cinta…
Tika ini hatiku telah dimiliki
cinta suci sanggup
sehidup semati
disulami Hidayah Kasih dariNya.

Karya:Rha NS
26 Mei 2011

2 comments:

Panggil Aku Romeo said...

Apatah mungkin sang pelangi cinta akan merubah semua sikap...???

Sasteraku Duniaku said...

Insya-Allah kerana hati manusia sentiasa dalam genggaman Allah Taala. Selagi mana cinta pelangi cinta...mencintai setulus ikhlas keranaNya akan ada penunjuk jalan Allah tunjukkan untuk hambaNya yang sabar ...ikutlah kata hati imanmu untuk sama-sama menuju mendapat balasan cinta dariNya.

Post a Comment

 
;