Saturday, 2 July 2011

MOGA MENDAPAT SAKINAH DUNIA AKHIRAT

RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih Athaya Nabila,
Kerana sudi berteman denganku;
Moga persahabatan kita dalam redhaNya,
Mendapat Sakinah dunia akhirat kau dan aku.

Sebagai tanda persahabatan sudilah layari blog bunda:
sasterakuduniaku.blogspot.com
mogaallahredha.blogspot.com

ATHAYA NABILA:
hat
Amin terima kasih juga bunda telah sudi
menerima ananda sebagai teman di dunia,
semoga begitu pula harapan ananda.
Insya-Allah nanda akan layari blog bunda,
salam ananda dari seberang.

RABEAH MOHD ALI:

Terima kasih kerana sudi melayari blog bunda,
Moga Allah saja yang dapat membalasNya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

ATHAYA NABILA:

Assalamualaikum bunda. Subhanallah begitu indah
dan begitu menyentuh kalbu...nanda begitu terkesan
dengan syair yang begitu dekat dengan kehidupan nanda,
Istana Pelangi Cinta kerana semua mimpi nanda juga
kandas di akhir pendidikan nanda... kerana kandanya
cerita indah tersebut akhirnya nanda terus bernikah
dengan pilihan keluarga nanda... kerana kondisi adik
nanda telah menikah sebelum nanda...banyak syair-syair
bunda yang begitu indah dan menyentuh kalbu nanda,
begitu pula Syair Abu Suffian... tidak menggurangi
rasa hormat nanda untuk memohon sudilah bunda telah
sudi memperkenankan nanda melihat semua koleksi sastera
bunda...semoga  yang bisa menjadi tambahan pengetahuan
semua mengenai dunia sastera.

RABEAH MOHD ALI:

Walaikummussalam nanda Nabila, Syukur Alhamdulillah
dengan limpah Kurnia dariNya bunda dapat menghasilkan
karya yang menyentuh kalbu nanda tanpaNya siapalah bunda
untuk menghasilkan karya-karya tersebut. Begitu terharu
bunda mendengar rintihan nanda...sabarlah lah ye...
bunda doakan Istana Pelangi Cinta yang nanda miliki
sentiasa diberkati Allah.  Amin Ya Rabbal A'Lamin.   

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
24 Jun 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;