IBRAHIM YAHYA:
Assalamualaikum Salam 1 Malaysia. Dua pasangan ibubapa
marah guru darjah dalam sesi bertemu keluarga kerana
pelajaran anak mereka lemah. Ibubapa patut marah guru
atau anak?
RABEAH MOHD ALI:
Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
Ilmu ditimba janganlah jemu;
Keciciran murid bukan salah guru,
Ulangkaji pelajaran anak ibubapa perlu ambil tahu.
Ibubapa dan guru perlu sering berhubung,
Peningkatan pembelajaran anak akan ditahu;
Barulah melahirkan pelajar cemerlang,
Itulah harapan ibubapa dan guru mahu.
Inilah resepi untuk tidak marah,
Guru dan penjaga mesti bersatu;
Markah murid tiada yang merah,
Tersenyum bangga pelajar mendapat restu.
Hidup guru seperti lilin,
Mencurahkan ilmu tanpa jemu;
Mengajar terus mengajar demi kejayaan,
Kejayaan murid itulah yang dimahu.
Tiada yang sempurna kecuali Allah,
Yang tak sempurna itu dari diri sendiri;
Bermuafakat penyelesai masalah,
Masalah selesai apabila baik berkomunikasi.
Sampai ke mati tak pernah berpuas hati,
Ada saja dicela dan dikeji;
Kehidupan guru sentiasa makan hati,
Sampai mati bukan minta untuk dihargai.
Budi yang ditabur bukan untuk dipuji,
Cukuplah sekadar ingatan di hati;
Salahkah aku berbudi hingga matiku dikeji,
Bertepuk sorak mereka bilaku mati.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment