Terima kasih Sasterawan Negaraku,
Kerana sudi terimaku sebagai sahabatmu;
Moga ilmumu dapat membantuku,
Memperkayakan ilmu kesusasteraan melayuku.
Terima kasih Sasterawan Negara,
Saudara Ahmad Khamal Abdullah;
Semangat senimu sentiasa membara,
Moga perjuanganmu tak pernah mengalah.
Duhai Sasterawan Negara yang kukagumi,
Ucapan tahniah dariku biarpun terlambat;
Moga penamu terus menari,
Mempertajamkan minda pembaca menjadi hebat.
Sudah lama hamba menanti,
Sasterawan Negara menjadi guru;
Sungguh besar hajat di hati,
Sasterawan Negara mencurah ilmu.
Karya:
Rha NS
28 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment