MAHIZAN HUSAIN:
Nordin Ahmad Hang Jebat & M Amin Hang Tuah
(Mengisahkan Sultan mengarahkan Tuah untuk
membunuh Jebat)
RABEAH MOHD ALI:
Setelah melihat filem di atas tersebut, saya mendapat
ilham untuk mereka skrip Jebat dan Tuah Era Moden
Bunyinya lebih kurang begini:
JEBAT : Apa salahnya kita bermaaf-maafan,
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku
selama ini membela kau.
TUAH : Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah
rakyat yang setia ...apa yang terjadi selama ini adalah
cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh
terima apa yang kukatakan.
JEBAT : Betul ke Tuah.
TUAH : Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan
rakyat dan negara melebihi diri sendiri. Begitu juga rakyat
sayangkan Raja dan negara melebihi diri sendiri.
JEBAT : Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.
TUAH : Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah
sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang
pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!
TUAH : DAULAT TUANKU!
JEBAT : SAYANG RAKYAT!
Karya: Rha NS
30 Jun 2011
RABEAH MOHD ALI:
MAHIZAN HUSAIN:
Ayat Jebat dalam filem Hang Jebat yang saya ingat ialah,
"Kita yang tangguh-tangguh dia yang bersungguh-sungguh,"
RABEAH MOHD ALI:
Ayat di atas cuma imaginasi penulis apabila Hang Jebat
dan Hang Tuah diubah ke era moden jika hendak difilemkan
semula. Apa pendapatmu saudara Mahizan...Apakah boleh
diterima cadangan ini.
MAHIZAN HUSAIN:
Boleh saja demi perpaduan.
RABEAH MOHD ALI:
Kalau macam tu...diberi kesempatan kita boleh bincang
bagaimana nak jadikan skrip Jebat dan Tuah era moden
mahukah bekerjasama dengan saya nanti? Mana tahu ada
penerbit yang berminat dengan skrip tersebut demi
perpaduan, apa pendapatmu?
MAHIZAN HUSAIN:
Boleh saja.
RABEAH MOHD ALI:
Terima kasih kerana sudi terima idea ini, Insya-Allah
ada peluang kita bincang untuk menyediakan skrip filem
nak beri tajuk apa ye yang sesuai? Boleh beri pendapat?
MAHIZAN HUSAIN:
Insya-Allah nanti kita usahakan ya. Buat masa ini saya
memang tak boleh fikir apa-apa lagi sebab otak tengah
penuh fikirkan kerja yang tak habis-habis lagi.
RABEAH MOHD ALI:
Insya-Allah ...saya pun begitu juga...bila dah senang nanti
sama-sama kita fikirkan dan usahakan ya.... Insya-Allah.
Apapun terima kasih untuk segalanya!
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
30 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment