Sudah lama hamba menanti,
Proposal hamba untuk kerajaan menilai;
Hampir bertahun hamba menanti,
Tiada jawapan pasti hingga kini.
Ratusan proposal sudah dihantar,
Kepada kerajaan dan juga swasta;
Jawapan diterima menjadi hambar,
Usahakan tanpa berputus asa.
Ratusan muka surat proposal dihantar,
Sokongan rakyat sebagai bukti;
Hingga kini jawapan hambar,
Kutabah juga demi generasi.
Kupujuk hati berkali-kali,
Jangan mengalah mengundur diri;
Tidak berkarya jiwaku mati,
Apa nak buat mereka tak sudi.
Proposal dihantar berkali-kali,
Demi kerana hajat di hati;
Hajat di hati menabur budi,
Budi disemai untuk generasi.
Proposal banyak tersimpan lama,
Kusimpan elok di Galeriku;
Bila ku tiada untuk generasi tercinta,
Tanda kasih sayang untuk generasiku.
Jika ada jawapan pasti,
Tidak hamba ternanti-nanti;
Mana tahu ada lain yang sudi,
Sukanya aku di dalam hati.
Kalau sudi katakan sudi,
Tidaklah hamba ternanti-nanti;
Kalau tidak berkenan di hati,
Katakan dukacita jawapan diberi.
Karya: Rha NS
29 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment