NURUL AIN LIM:
Buah mengkudu jatuh melantun,
Lalu menimpa si dahan pauh;
Dikirim rindu dalam berpantun,
Hendak berjumpa tuan yang jauh.
RABEAH MOHD ALI:
Kuterima salam dalam berpantun,
Dikau yang jauh kurindu selalu;
Budi baikmu bersopan santun,
Buat hatiku tak sabar bertemu.
RABEAH MOHD ALI:
Nurul Ain sahabatku tersayang,
Kamu di mana sekarang ini;
Kita jalinkan persahabatan dengan setulus sayang,
Moga persahabatan ini tersimpul mati.
NURUL AIN LIM:
Insya-Allah.
RABEAH MOHD ALI:
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
30 Jun 2011)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment