Kenapa kamu begitu?
Apa motif sebenar kamu begitu?
Menyiarkan gambar kehormatan budak perempuan
Ah! Memalukan!
Tidak sedarkah kamu?
Kamu telah memalukan ibumu sendiri
Di situlah kamu dilahirkan ke dunia ini
Kamu telah memalukan kakak dan adik perempuanmu
Malu mereka mempunyai abang seperti kamu
Kamu memalukan isteri kamu juga
Dia adalah ibu kepada anak-anak kamu
Kamu memalukan anak perempuanmu
Pasti dia malu mempunyai bapa sepertimu
Aku juga malu
Kerana mempunyai teman facebook
Yang berminda mencemarkan
Semua status wanita di dunia ini
Aku tak tahu apa motifmu sebenarnya
Nyata aku tak suka
Merekapun tak suka
Justeru aku terpaksa undur diri
Tak mahu menjadi teman facebookku lagi
Maafkan aku
Kerana
Namamu kupadamkan
Dalam kamus hidupku!
Karya: Rha NS
24 Jun 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment